Monday, 1 December 2014

Salam perkenalan

Salam perkenalan semua.  Pertama kali saya menulis blog ini di atas galakan sahabat handai bagi memberi sedikit pengetahuan  dan pengalaman saya.  Bidang yang hendak saya ketengahkan adalah dalam bidang pertanian dimana saya terlibat secara langsung. Walaubagaimanapun saya juga akan bercerita pengalaman-pengalaman yang lain seperti melancung, motavasi dan lain-lain sebagai pengetahuan dan info.

Bidang penulisan khusus saya ialah penanaman nanas kerana saya terlibat dalam bidang ini sejak lebih 36 tahun yang lalu  Rugi rasanya kalau saya tidak memberi sedikit pengetahuan dan pengalaman ini kepada audien yang saya perolehi.

Kepada sahabat handai yang memberi galakan saya terlebih dulu ucapkan ribuan terima kasih, terutama anak kesayangan Norjihan yang menunjuk ajar membuat blog ini.  Mudahan mendapat mamafaat  amin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home