PENGALAMAN MENANAM JAGUNG MADU MANIS "HONEY-GEN"
Sejak saya bersara pada tahun 2006 daripada ajensi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) saya telah cuba merancang hendak melaksanakan perusahaan penanaman jagung manis. Saya mempunyai tanah ladang seluas 30 ekar. Tanah tersebut berstatus tanah gambut, terletak di Pontian.
Kenapa saya berminat untuk melaksanakan perusahaan tanaman jenis ini. Pertamanya pada penghujung masa saya berkhidmat dengan LPNM saya selalu membuat lawatan dan tinjuan kawasan tanam jagung dan mendapati ada potensi dengan melaksanakan perusaan ini. Keduanya saya telah mempunyai tenaga kerja seramai lima orang warga Indonesia yang ada permit.
Persoalannya macam mana saya hendak memulakan perusaan penanam ini sedangkan saya tidak punya sebarang pengalaman dan kepercayaan daripada pembeli hasil jagung saya nanti. Mujur saya dapat pertolongan saorang kawan kaum Cina. Daripada dialah saya telah mendapat banyak pertolongan dan bantuan ..
Saya masih teringat pengalaman membaca artikal tulisan Allahyarham Dato Salleh Majid Bagaimana kita hendak menjadi usahawan berjaya. Rencana tersebut saya simpan dan saya catat dalam rekod.
Mengikut Catatan Allahyarham Dato Salleh Sesaorang yang hendak menjadi usahawan berjaya khususnya usahawan dalam bidang pertanian pertamanya hendaklah mempunyai modal yang cukup, kedua mesti ada ilmu pengtahuan, ketiga pengalaman dalam bidang yang diceburi, keempat kedudukan tempat yang selamat, contoh selamat daripada musuh tanaman dan bebas daripada musibah banjir,kelima tenaga kerja yang mahir dan mencukupi. akhirnya adalah pasaran.
Saya pegang teguh prinsip yang diberi oleh Allahyrham dan melaksanakanya. Saya mempunyai modal yang saya ada daripada hasil wang EPF saya , Saya telah belajar bersunggug-sunguh secara amali selama dua musim penaman jagung manis selama 60 hari. Dari situ saya telah berjaya mendapat ilmu dan pengalaman kawan saya yang berbangas Cina itu. Semua pekerja indonesia, saya minta kawan Cina menerima bekerja diladang jagung beliau semantara menunggu memulakan penanaman diladang saya.. Akhirnya saya akan mencari pembeli bagi pasaran jagung saya itu. Untuk menyeyelesaikan masaalah pasaran jagung yang bakal mengeluarkan hasil seluas 30 ekar itu, saya terpaksa melaksanakanya secara "CONTRAC FARMING" dengan pembeli. Alhamdulliah semuanya seleasi dan berjaya hasil daripada pertolongan kawan saya itu.
Bukannya senang hendak meyakinkan kaum pembeli, lebih-lebih lagi kita kaum Melayu yang terkenal dengan kaum yang malas, tidak ada komitmen dan tidak mengikut pada janji.
"CONTRAC FARMING" telah dibuat tanpa hitam putih secara mulut saja dengan disaksikan oleh kawan saya. beberapa syarat telah diberi dan saya bersetuju. Pertama penghasilan jagung hendaklah tidak kurang 85 peratus gred A, kedua bersih daripada penyakit seperti serangan ulat pengorek dan terpenting hendaklahlah mengikut waktu yang ditetapkan semasa menanam bagi mengelakkan menganggu pengeluaran hasil peladang lain.
Untuk pengetahuan, saya adalah pertama berbangsa Melayu secara "CONTRAC FARMING" didaerah Pontian. Selepas itu ada beberapa orang berbangsa Melayu meninjau secara bersembunyi daripada pengetahuan saya yang akhirnya diberitau pekerja saya kepada saya. Ada juga saorang bernama Sahdan yang tinggal di Parit Sikom berjumpa saya sendiri untuk mengetahui taknolagi penanaman jagong dan saya tunjuk ajar kepadanya, dia telah mengelar saya sifu!
Itulah serba sedikit pengalaman saya menanam jagung manis madu "HONEY-GEN". Saya akan menunjukkan cara teknologi tanaman jagung dan bagaimana mencapai penghasilan yang maximum.
.
3 Comments:
alhamdulillah.. bak, teruskan perkongsian ilmu ini -ain-
terbaik tuan, harap dapat ikut jejak tuan
Assalamualaikum wbt. untuk makluman penulis blog ini iaitu ayahanda saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017, mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yang tidak dibalas. Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penulisan Arwah ya. Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Terima kasih.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home