Friday, 5 December 2014

MELANCONG KE YOGYAKARTA< INDONESIA.

Suatu pagi Cikgu Sarimah menalipon saya mempelawa saya pergi melancong ke Yogyakarta, Indonesia cuti sekolah pada 24hb November 2014 hingga 26hb November 2014 iaitu selama tiga hari dua malam.  Dia tahu saya ada masaalah kesihatan rawatan dialisis tiga kali seminggu.  Namun setakat miss satu hari saya terpaksa bayar hutang dengan membuat rawatan berturut-turut hari.  Saya pernah lakukan beberapa bulan lepas semasa mengikuti rombongan beliau ke Vietnam,  Dengan syarat jaga minuman, alhabdulliah tiada apa yang berlaku.

Dipendekan cerita saya bersetuju mengikuti beliau pada masa yang telah ditetapkan.  Dengan bayaran sejumlan RM 1000.00 Termasuk tambang kapal terbang, pengangangkutan semasa di sana, makan minum, hotel dan tiket semasa disana.  Saya mengangap terlalu murah walaupun cuma memakan masa tiga hari dua malam.

Tepat jam 12.30 petang iaitu tanggal 24hb kapal terbang Air Asia meninggalkan lapangan terbang Senai menuju tempat yang dituju.  Dua jam kemudian kami selamat mendarat di lapangan terbang Angkasa  Pura Yokyakarta.   Kelihatan lapangngan terbang tersebut sangat kecil sehinggakan setiap penumpang perpusu-pusu untuk mengambil bagasai.  Mengikut pemandu pelancong perancangan membina lapangan terbang telah dalam proses pembinaan iaitu kawasan ditepi pantai,  dijangka dalam masa terdekat siaplah lapanganterbang  baru untuk menggantikan lapangan terbang yang sedia ada.  Maka itu akan penumpang-penumpang akan lebeh selesa.

Di lapangan ternang kami telah disambut seorang pemandu pelancong yang bernama Muhammadian  daripada PT MENTARI AURA WISATA. Saya melihat perwatakannya lembut,sopan dan beriman.  Senang kami mendengar tutur kata, jelas dan meyakinkan.  Dengan pengalaman lebih 20 tahun sebagai pemandu pelancong tidak heranlah setiap penerangan dan penjelasan telah diberi dengan meyakinkan.

Pangilan Dian sahaja atas  permintaannya. Beliau boleh mengendalikan jika pelancong  berhajat pergi keseluruh Indonesia seperti Bali, Jakarta, Bandung, Surabaya dan Medan tiada masaalah.  Beliau menetap di Medan.  Beliau ke Yokyakarta di hantar oleh majikannya.  Begitilah kerjanya seharian.  Kalau diminta kemanapun dia tetap pergi menjalankan tugas.

Kami telah dibawa menaiki bas yang comel dan baru berhawa dingin, sangat memuaskan dan nyaman.  Dian telan mengucapkan salam perkenalan.  Beliau mengenalkan diri disamping beliau ada dua.orang mengikuti sepanjang kami berada dibandaraya tersebut, iaitu saorang draber dan pembantu draber.  Dian bercakap dengan merendah diri dan beliau menyatakan adanya pelancong seperti yang datang merata tempat dapatlah ekonomi orang-orang di Yokyakarta sedikit berkembang.

Seterusnya beliau memberi penerangan lawatan sepanjang berada diYokyakarta. Beliau menyatakan sedikit perubahan jadual lawatan hari pertama iaitu sepatutnya selepas makan tengah hari rombongan akan terus ke gunung Merapi untuk melihat mangsa korban lahar gunung tersebut,  malangnya sepangang pagi hari hujan, mengikut pehak berkuasa disana tidak selamat bagi kita untuk mendaki dengan kenderaan jeep dikuatiri jalan yang licin.

Beliau terpaksa mengubah jadual  lawatan  dengan di persetujui semua peserta.  Kami bersetuju.  Be, liau mengusulkan kita terus kerestoran makan tengah hari, lepas makan beliau mengusulkan kepantani dimana disitu ada acara monunggang kuda sepanjang pantai dan ada juga jualan makanan dan barang cenderamata.

kami dibawa di restoran BALE BENGONG makanan Jawa dan bali.  Makanan memuaskan.  Setelah itu kami terus dibawa ketepi pantan sepertimana telah dijanjikan.  Dalam pertengahan perjalanan kami berhenti disebuah mesjid sembahayang jamak berjamahah.  Sempat juga kami menjamah cendol tempatan bercampur pulut, sangat manis.  Harga secawan  Rupiah 25000.  Beberapa kilometer kami sampai di pantan yang diceritakan,  ada diantara peserta tidak turun daripada bas kerana kepenatan.  Saya turun bersama sebahagian kawan melihat suasana ditepi pantai. Saya lihat ada beberapa pasangan menaiki kuda dengan gembalanya sekali.  Sekali naik sepanjang tepi pantai dikenakan bayaran Rp 30000 setiap dua orang.

Kami dapat berjumpa dan berkenalan satu  kumpulan. daripada Malaysia..Mereka menyatakan datang dari Kelantan.  Saorang kawan dapat menceritakan senerio politik Kelantan,  Selama lima belas minit kami becerita dan akhirnya teringat sehingga hari ini nasib Dato Husam Musa yang diceritakannya itu. Sebenarnya saya sungguh menghormati Dato itu.

Dalam kami bercerita berkenaan negeri Kelantan ada diantara kumpulan tersebut sedang melihat dan berkata sesuatu.  Saya pun masuk mencelah apa yang diperkatakan.  Sambil menunjukkan kearah kuda yang ditutup mata dengan penutup hanya dapat melihat arah depan saja.  Hendak tahu saya berkata, mereka mengangguk.  Saya menyatakan kuda tersebut perlu ditutup mata kerana sipengambala tidak mahu kudanya terlihat tuannya menerima upah daripada pengupah yang naik kuda itu, nanti kuda tersebut tidak mahu  menungang kerana tidak dapat bahagian daripada upah tersebu   Mereka semuanya tercengang lama seketika baru mereka faham.dan ketawa beramai-ramai

Dian datang menjemput kami menaiki bas kerana mereka sudah lama menunggu. Kami terus berangkat kerana hari telah mula gelap.  Dalam bas Dian memberitau kami akan makan malam di restoran makanan Nasi Padang, mereka didalam bas semuanya bertepuk tangan

Kami di bawa kerestoran.DUTA MINANG.  Makanan sunguh lazat dan menyelerakan.  Nampak semuanya makan berselera.  Baru sehari meninggalkan Malaysia.Saya menempah minuman Avocado Float bayar sendiri yang berharga Rp 17,500 Sunggun enak, saya akan menempah minuman tersebut apabila saya ada kesempatan ke Indonesia.  Ada kawan sebelah mengingatkan saya  minum hanya sedikit

Habis makan kami di bawa ke hotel untuk beristerihat.  Dian membawa kami ke hotel. ATRIUM  Hotel bintang tiga,  sunguh bersih dan comel bagi saya kerana saya saorang tiada kawan jadi saya ditempat saorang sebilik.  Sepanjang malam saya dapat berehat dan mencatat sepanjang perjalan sehari di Yokyakarta.  Besok perjalan akan diteruskan.

Hari ke 2, selepas bersarapan di hotel kami di bawa oleh rombongan ke istana.  Dian menerangkan secara jelas iaitu satu-satunya yang tingal instiusi beraja di Indonesia ialah raja di Yokyakarta. Raja ini seterusnya dilantik sebagai Gabenor yang tidak dipilih melalui pilihan rakyat.  Raja ini sebagai Gabenor akan dilantik melalui keturunan.  Mengikut cerita dan sejarahnya keturunan raja awal tidak memberi sokongan pada penjajah Belanda dahulu.  Raja ini menyokong golongan penentang penjajahan, dari itu pehak pemerintah Indonesia selepas penjajahan mengekalkan institusi ini sehingga kehari ini.  Kami dibawa melawat keseluruh istana yang dijaga saolah hulubalang yang berpakayan batik berkaki ayam.  Kami di beri penerangan saorang pembantu yang menceritakan perihal kesultanan raja Yokyakarta.

Kami diberitau oleh Dian rombongan akan di bawa ke gunung Merapi dimana gunung tersebut meletus sekitar tahun 2010.  Cerita klasik di gunong merapi akan mengingatkan seluruh rakyat Indonesia kepada saorang insan yang bernama NGALEM MBAH MARIDJAN..Beliau adalah wakil raja Yokyakarta menjaga kawasan gunung tersebut.  Pada pertama Mbah ini telah diperingatkan supaya meningalkan kerana gunung akan meletus tetapi beliau enggan, nasib dia selamat.  Kali kedua beliau telah diberi amaran oleh pihak berkuasa beliau enggan, kali ini beliau tewas ertinya terkorban oleh letusan lahar gunong Merapi.  Itulahlah cerita yang menyayat hati.

Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan bandaraya.  Kami diceritakan satu-satunya universiti yang terkenal diYokyakarta ialah universiti Gajahmada,  universiti ini terkenal pengeluaran Doktor perubatan diIndonesia.  Yokyakarta terkenal dengan bandar seni dimana telah melahirkan seniman, senilukis, seni ukir,  Tidak heranlah warga nya  budibahasa yang luhur, sopan santun, berbudi perkerti.  Kalau kita perhatikan ada dindind-dinding seperti distadium, kawasan awan dilukis dengan cantik sekali, menurut Dian penuntut unuversiti melukisnya menggunakan perbelanjaan sendiri   Saya teringat semasa lawatan saya ke Milan Italy lukisan didinding awam terpampang pada dinding malah satu gerabak keretapi teleh dilukis, mungkin gerabak keretapi itu sudah bertahun tidak digunakan..

Sebelum sampai kami dikaki gunung merapi kami makan tengah hari ditengah-tengah perjalanan iaiti di MORO LEJAR di mana kami di jamu dengan lauk ikan gurami dan lauk pauk jawa,  komen kebanyakan ahli rombongan kami makanan kurang berkuah. Itulah makanan jawa celah Dian.  Kami terus membawa kami kekaki gunung Merapi, melihat cuaca baru lepas hujan. mengikut pemandu mendaki gunung merapi  boleh diteruskan.

Setelah Dian berjumpa pemandu jeep yang akan menaiki gunung tersebut dengan jeep mereka kami di tempatkan setiap empat orang bagi setiap jeep dan kami menaiki jeep tersebut menggunakan lima buah kenderaan.Tambang jeep-jeep tersebut telah dijelaskan oleh Dian.

Kami berhenti di dua perjalanan, pertama kami dapat melihat tulang dan tengkorak binatang seperti lembu di gantung dimuka pintu dan merata tempat.  Melihat keadaan sungguh dashat kejadian meletusnya gunong Merapi itu.  Masa itu hujan telah mula turun dan   kami telah dibekalkan dengan baju hujan plastik .Kami tidak turun kerana hujan cuma kami sempat menghulurkan sedikit derma pada tabung yang diletakkan pada muka pintu pondok tersebut
.
 Seterusnya kami menyusur dijalan dikiri kanan kelihatan cerun, yang sangat dalamAlhamdulliah akhirnya kami sampai tempat yang terakhir dan terdekat dengan meletusnya kunung Merapi itu.  Lima kilometer daripada berlakunya letusan Merapi.  Selama lima belas minit kami sempat mengambil gambar dan minum di warung dan sempat membeli makanan rengan sebagai buah tangan kami.  Kami menuruni gunung tersebut dan tidak terasa tengah memikirkan nasib Mbah yang menerima ajal itu kami telah sampai di kaki gunung merapi yang banyak menceritakan suka duka mereka yang telak terkorban

Dalam perjalanan seterusnya kami telan di bawa melawat pusat membuat ukiran perak.  Kami di situ diberi masa selama satu jam setengah.  Kami  bersembahyang di surau berhampiran.  Selesai  lawatan di pusat ukiran perak kami di bawa ke pusat belibelah pasarMariboro.  Di situ  padat dengan manusia macam-macam jualan yang ada, daripada jualan kain, makanan, buahan semuanya ada.  Dipusat membeli belah itu saya sempat membeli oleh-oleh baju t- shirt, kain pelekat, kain seluar tidur untuk anak perempuan dan sedikit buahan untuk dibawa pulang.

Dalam perjalanan pulang kami diberitau  makan malam di restoren nasi padang bernama SEDERHANA. Sebelum sampai restoren nasi padang Dian telah menyatakan melancong selama tiga hari dua malam tidak mencukupi kerana masa terlalu singkat, Kalau lawatan melebih daripada tiga hari banyak tempat bolih dilawat seperti ladang tanaman kopi dan kita akan ditunjukkan cara pemprosesan kopi.  Candi Borobodor dan tempat Wali Songoh, .  Mungkin dilain masa kalau ada kesempatan tempat-tempat tersebut akan dijejaki juga Insyallah.

Makan yang menyelerakan tidak lupa kami menampah minuman , kali ini ayer durian belanda.  Saorang kawan menempah AvocadoFloat bungkus untuk dibawa ke hotel.  Kami di minta membungkus barangan yang dibeli untuk dibawa balik kerana besoknya selepas sarapan kami semua akan bertolak ke lapanganterbang untuk balik ke Malaysia, dan kami di ingatkan menyiapan sedikit ruang kerana besok sebelun tiba dilapangan terbang kami akan singgah kali terakhir membeli kuih muih untuk oleh-oleh.

besoknya sesampai di lapangananterbanag setelah check-in kami duduk di tempat menunggu,  Sekitar jam dua setengan kami berangkat naik kapalterbang Air Asia.  Pramugara menyatakan perjalanan memakan masa selama dua jam. Malangnya disebabkan cuaca yang buruk pesawat terlewat setengah jam mendarat.  Alhamdulliah kami selamat sampai di rumah waktu azan magrib berkumandang.







2 Comments:

At 17 November 2017 at 14:17 , Blogger Jati Wijaya said...

This comment has been removed by the author.

 
At 15 July 2019 at 00:03 , Blogger Jati Wijaya said...

Assalamualaikum.. salam perkenalan saya Jati, supir tempatan kat Yogyakarta. Syarikat pelancongan Ganesha Jogja tour & travel. Orang asli Jogja :)

Maaf ganggu, nak ajak kerjasama pasal pelancongan Yogyakarta

Berikut sample pakej jogja 4D3N all in

All in (cukup tempah flight)

Day 1
✔ Pine forest
✔ Hobbit house
✔ Mangunan
✔ Sandboarding parangkusumo
✔ Sunset parangtritis

Day 2
✔ Merapi sunrise using jeep
✔ Borobudur temple
✔ Kalibiru national park
✔ Kotagede silver & chocolate
✔ Alun2 kidul

Day 3
✔ Cave tubing pindul (tools included)
✔ Timang beach (jeep included)
✔ Pinus pengger at night

Day 4
✔ Drop off airport or free program

*** bilamana masi ada masa bole tengok tempat yang tidak ada dalam itinerary (free) 😊😊***

☆ pakej all in (cukup tempah flight & sedia wang shopping), include:
👉 transport full 4 days
👉 hotel 3 stars
👉 makan (lunch & dinner)
👉 all entrance fees
*** start RM 599 sorang ***

☆ pakej exclude hotel (tak payah deposit), include
👉 transport full 4 days
👉 makan (lunch & dinner)
👉 all entrance fees, etc
*** start RM 444 sorang ***

☆ pakej transport + hotel 3 stars, include
👉 transport full 4 days
👉 hotel 3 stars (+breakfast)
*** start rm 278 sorang ***

☆ transport only
*** start RM 26 sorang per day ***
👉 kereta, minyak, supir, parking

Nak kastam (tempat lawat ikut tuan / puan) pakej pun bole 😉

Sebarang soalan sila whatsapp +628985101301 atau sila click www.bit.ly/cutijogja. Tanya2 dulu tidak mengapa.

Sebagai reference sila tengok
Fb: www.facebook.com/reviosta
Instagram @pelanconganjogja

Suda lebih 5 tahun kami layan tetamu Malaysia
😊🙏

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home