Monday, 8 December 2014

PENGURUSAN PENANAMAN JAGONG MANIS MADU DI ATAS TANAH GAMBUT Bahagian1

PENGURUSAN PENANAMAN JAGUNG MANIS MADU DI ATAS TANAH GAMBUT
Bahagian 1.

Penanaman jagung jenis Hibrid manis madu ini adalah satu jenis tanaman komersial yang tinggi lagi menguntungkan.  Pengusaha jenis tanaman jagung ini perlulah terlebih dahulu mempelajari dengan memahami dan meneliti semua aspek penanaman khususnya di atas tanah gambut.  Walaupun tanah gambut mengandungi Ph tanah yang masam,  ramai pengusaha telah menanam jagung jenis ini sejak lebih satu dekad yang lalu.  Saya telah berpengalaman selama lima tahun terbabit dengan perusahaan ini.

Dari segi kualiti tidak ada masaalah, malah produk ini telah mendapat pasaran dengan menggalakan di Singapore dan negara-negara Timur Tengah. Di daerah Pontian lebih 30 0rang menanam berterusan samada dengan cara memajak, menumpang atau mengusahakan di atas tanah kepunyaan sendiri.  Pada bahagian pertama ini saya akan menerangkan kaedah penanaman dari mula  perancangan, perlaksanaa, masaalah  yang kita akan hadapi sebelum kita mula menanam.

Fokus saya ialah menunjuk jalan bagaimana mengusahakan tanaman ini mencapai penghasilan yang maximum.  Ilmu teknologi senang didapati mana-mana sumbar dan rujukan, tetapi teknik yang akan ditunjukan ini sangat berharga.

Dalam tulisan saya yang pertama saya ada menceritakan bagaimana saya telah mendapat ilmu daripada Allahyarham Dato Salleh Majid bagaimana kita hendak menjadi usahawan tani yang berjaya.  Krateria pertama adalah modal, kedua ilmu dan pengalaman, ketiga tempat yang selamat daripada serangan musuh tanaman seperti monyet, dan babi hutan, keempat tenaga kerja yang mencukupi dan mahir, dan akhirnya adalah pasaran.

Semua kreteria yang di nyatakan itu ada kait mengait diantara satu dengan yang lain, kalau salah satu daripada keempat-empat perkara itu tiada, risikonya pasti ada. Sekiranya semua perkara yang dinyatakan itu dapat diatasi maka senanglah kita melaksanakannya  dengan licin dan lancar dengan syarat kita hendaklah memberi segala tumpuan dan komitmen pada projek yang hendak kita lakasanakan.

Bagi mereka yang hendak mengusahakan tanaman jagung dengan keluasan tanah yang bersekala besar adalah terlalu susah dan rumit hendak mencari pembeli.  Walaupun kita ada kaedah cara  "contract-farming",tiada saorang,  yang berani membuat perjanjian dengan kita kerana mereka tidak yakin disebabkan kita tiada trek rekod.

Kaum pembeli sangat berhati-hati dengan mereka yang baru mula hendak mengusakan tanaman ini
kerana mereka akan mengikat "contract farming" jika mereka yakin.  Mengikut pengalaman, walaupun saya mempunyai semua kreteria hendak memulakan projek menanam jagong saya terpaksa mencari pengalaman menanam jagung dengan peladang jagong sebanyak dua musim selama 120 hari daripada mula menyediaan tapak, menanam,merumput, membaja sehingga pengutipan hasil, barulah saya berjaya mendapat perjanjian "contract farming" dengan di sokong peladang jagung tersebut

Gerak kerja seterusnya pembelian alat-alat seperti trakter jenis kobota yang diubah suai untuk kegunaan ditanah gamnut, pembelian mesen sembor, mesen tebang, tajak, cangkul dan keperluan lain yang akan dibeli kemudian.  Tungul-tungul besar atau kecil banyak kelihatan diatas dan dalam tanah gambut, itulah sebabnya perlu mesen tebang yang akan memotong kayu-kayu tersebut agar semasa kerja -kerja membajak dan" rotto"senang dilakukan semasa kerja menanam.

Aspek terpenting dalam aktiviti menanam jagung ialah memilih pekerja.  Kita tidak perlu mempunyai pekerja yang kuat semata, yang terpenting mereka rajin, tekun bekerja dan mendengar kata.  Penjagaan tanaman perlu ketelitian dan sabar saperti kita menjaga anak kecil, majikan perlu berada setiap hari walau pun sekejap.  Setiap pekerjaan perlu pemantauan kerana kalau ada kerja-kerja seperti membaja semburan, racun seranga pada pokok atau pucuk mudah di buat pembetulan jika berlaku kesilapan.

Ada juga perangai pekerja yang kurang cerdik mereka perlu diberitau berkali ibarat  cakap sekali ingat sampai bila-bila, tetapi yang ini kena ingatkan sampai bila-bila.  Ada juga  diantaranya mempunyai perangai tangan panjang, mencuri baja atau input dijual dengan harga murah kepada kawan senegara yang menanam secara persendirian

Pengalaman saya mempunyai tenaga kerja berpermit selama lebih 15 tahun mencadangkan pertama mereka yang hendak diambil bekerja hendaklah menpunyai pengalaman bekerja kebun.  Kedua sudah berkahwin dan mempunyai saorang dua anak kerana gulungan ini menumpukankan kerja untuk mengirimkan belanja kepada anak isteri. Ketiga minta pekerja yang telah lama bekerja denganan kita minta carikan tenaga kerja kerana dia lebil mengenali dan tahu kalau boleh dari kalangan saudara mara.

Bagi pekerja yang mahir mereka boleh mengusahakan tanaman jagung diantara empat hingga enam ekar bagi satu-satu musim, tetapi mereka berkongsi tenaga dengan ramai orang semasa kerja menanam, semburan pada pokok dan pada masa menuai.

Dalam bahagian 2, saya akan menceritakan aktiviti penyediaan tapak hingga pengutipan hasil.    

  

    

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home