Wednesday, 10 December 2014

PENGURUSAN PENANAMAN JAGUNG MANIS MADU DI ATAS TANAH GAMBUT Bahagian II

PENGURUSAN PENANAMAN JAGUNG MANIS MADU DI ATAS TANAH GAMBUT
Bahagian II

Dalam bahagian pertama tulisan saya ada menyentuh hal-hal pekerja,  Pekerja yang "skill" adalah aset bagi kita.  Perlu diingat jika kita pandai mengendalikanya insyaalah semuanya dapat diselesaikan.  Sebagai majikan kita hendaklah sentiasa bertolak ansur, jaga kebajikan mereka, sekali sekala ajak mereka keluar makan bersama sebagai mengambil hati.

Peringkat awal, kita perlu membuat perancangan seperti berapa ekar keluasan yang hendak kita usahakan,  Bagi saya walaupun kita mempunyai tanah keluasan 30 ekar, eloklan peringkat permulaan tanah yang hendak diusahakan biarlah dusahakan hanya 15 ekar dahulu, selebihnya biarlah setelah kita melaksanakan tanaman jagung beberapa pusingan, tak secara langsung kita telah ada ilmu pengalaman.  Pembeli jagung kita pun hendak tahu tahap pengurusan dan kualiti jagung yang dihasilkan.

Dengan tenaga yang kita ada seramai lima orang itu, sebagai permulaan kita mulakan dengan 15 ekar dahulu.  Kalau dibagi dengan lima orang maka purata mendapat tiga ekar saorang. Bagi yang ada kemahiran dan rajin mereka boleh mengusakakan tanaman sehingga enam ekar.

Kita juga perlulah menyediakan tempat tinggal pekerja kita dengan membina rumah pondok kecil yang sesuai untuk mereka diami dengan membeli peralatan pembinaan secara bergotong rorong.  Peralatan memasak seperti pingan mangkuk, periuk kuali dan gas, dapur perlu disediakan.  belanja makan seperti beras, gula dan lain-lain perlulah disediakan dan semua perbelanjaan makanan tersebut akan ditolak daripada hasil jagung mereka kelak.

Ada juga dikalangan pekerja suka tinggal satu rumah pondak dengan dua tiga orang sahaja, itu terpulang kepada keselesaan mereka.  Mereka terpaksa mendirikan dua buah rumah pondok setelah mendapat persetujuan sesama mereka.  Disamping itu sebuah rumah stor kecil hendaklah disediakan untuk menyimpan segala input dan alatan pertanian.  Soarang yang dipercayai hendaklah dilantik sebagai wakil menerima apa-apa bekalan input, atau pun menjadi wakil semua pekerja apa-apa masaalah untuk disampaikan kepada majikan.

Mereka juga akan diberi pinjaman sedikit wang tunai untuk membeli keperluan mereka seperti membeli rokok, ada juga yang meminjam sedikit wang untuk mengirim kepada keluarga dikampung.

Setelan perkara berkaitan dengan pekerja telah selesai, perkara seterusnya ialah pergi membeli peralatan membajak iaitu dengan membeli sebuah trakter kobota yang disesuaikan dengan pembajakan di atas tanah gambut.  Pembelian kobota tersebut boleh dibeli dengan harga "Second hand".  Mesen tersebut dapat diperolehi di kedai yang menjualnya seperti di Simpang Rengan, Muar atau di tangkak.

Kawasan tanah gambut yang baru yang hendak diusahakan itu biasanya mengandungi tunggul kaya yang keras seperti kempas, kerja-kerja membersihkan kayu kayan tersebut perlu mengunakan tenaga menual dan mesen.  Disini sebuah mesen tebang diperlukan.  Kerja-kerja membersihkan batang dan tunggul kaya memakan masa lebih kurang satu bulan.  Setelah tunggul itu dikumpul dan dilongok pembakaran terkawal hendaklah di lakukan sebelah petang kerana diwaktu itu tiupan angin mula kurang mengelekan daripada melarat kekebun sebelah.

Setelah keseluruhan kebun telah bersih, tarikh mula menanam hendaklah diperolehi haripada pembeli buah jagung kita. Taukeh tersebut akan menetapkan jadual menanam dan akan membekalkan biji benih yang dikenakan pada harga RM125.00 sekilo.  Bayaran akan dipulangkan semasa pengeluaran hasil.  Bagi seekar sebanyak tiga kilo benih akan dibekalkan.

"Contract Farming" adalah sesuatu yang sangat baik bagi pengusaha.  Pembeli akan  mengambil jagung kita berapa banyak pun, bayangkan seekar boleh mengeluarkan 10000 tongkol gred A, sekiranya menanam lima ekar sudah tentu penghasian boleh mencapai 50000 tongkol.  Bayangkan dipasar tani atau pasar minggu berepa mereka akan dapat memesarkanya.   Konsep "Contract Farming" sangat sesuai bagi usahawan tani yang hendak menjalankanya.

Benih jagung jenis MADU MANIS mengandungi hibrid berjenis-jenis,  seperti hibrid untuk pasaran tongkol.  Hibrid jenis ini selalunya dipasarka ke Singapore, sekitar Kuala Lumpur dan di bandar kecil Semenanjung.  Hibrid jenis ini ialah Nombor 368, nombor 968, G 20, N06 dan N09.  Tarikh penghasilan ialah diantar 58 hari hingga ke hari yang ke 60.

Bagi hibrid yang hendak di ekspot keluar nagara ialah No 168, G 20, No 6 dan No 9.  Jagung -jagung ini akan dilanjutkan masa menuai ke 65 dan 66 hari selepas menanam, bagi mendapat isi biji sedikit keras mudah untuk mengopek biji. Negara Timur Tengah seperti Abu Dhabi mengimpot jagung jenis kopek.

Setelah memperolehi tarikh menanam daripada pembeli,  kerja-kerja membersih dan membajak dengan kobota sudah boleh dimulakan dengan membajak mengunakan  kaedah membajak putar "rotto" dengan membuat lorong penanaman corak "double Row" jarak tanaman ialah 2.6"X1.6"X1.0".Oleh sebab ini kali pertama kawasan tanah tersebut di bajak, sebelum bajak putar dilakukan kali kedua setiap lorong  hendaklah di tabur dengan baja taik ayam, dan jika hendakan tanaman lebih subur bolehlah di tabur dengan abu getah sepanjang lorong yang hendak menanam.  Bagi satu ekar baja taik ayam memerlukan sebanyak 100 bag, sementara baja abu getah sebanyak 50 bag.  Baja tersebut memang diperlukan.  Selepas tiba pusingan kedua penanaman baja taik ayam dan baja abu getah bolehlah diselang seli pada masa menanam selanjutnya.

Berikut, diterangkan kaedah pengurusan masa untuk memudahkan penanam mengetahui dengan lebih tepat dan detail lagi.  "TIME-SERIES ini sangat penting sebagai "Check List"supaya segala perlaksanaan dan gerak kerja dapat dibuat dengan sampurna.
     

HARI  1                                       MENANAM                
                                                     Sehari sebelum menanam setelah lorong yang hendak ditanam telah ditabur dengan baja taik ayam dan baja abu getah ,saeloknya bajak putar hendaklah dibuat sebelah petang sehari sebelum tanam, kerana baja-baja tersebut sudah digaul dengan putaran kobota.  Dan pula tanah masih basah. Biji benih hendaklah direndam dengan ayer 5 jam sebelum kerja-kerja menanam supaya biji kembang dan mudah bercambah beberapa hari setelah menanam.  Sebelum itu perlu diingat setiap lorong tanaman hendaklah ditabur dengan racun siput bagi menghindar tanaman dimusnahkan siput-siput tersebut.  juga beberapa kilo racun tikus dicampakan dikawasan kebun,dicelah-celah tunggul kayu.  Musuh tanaman ini akan memakan biji-biji benih yang baru di tanam.  Lima orang pekerja hendaklah memulakan kerja seawal pagi iaitu pukul 6.30 pagi
dua orang membuat lubang mengunakan kayu penugal, dua orang menanam dan saorang menjalankan kobota membajak putar sepanjang lorong.  penugal akan membuat kerja menugal sedalam 2 ke 3 cm dengan jarak "bouble row" 2.6"X1.6"X1.0", manakala yang menanam pula dengan mecempakan biji benih kedalam lubang dan menekan sedikit dengan jari kaki  supaya biji benih terbenam dalam tanah.  Cara menam ialah dengan mencampakan satu biji pada satu lubang di ikuti dua biji dan seterusnya  dengan sistem 1:2;1;2 dan seterusnya.
Pekerjaan menanam dapat disiapkan dalam satu hari seluas empat ekar.

 HARI 4,5,6,7                              MENYULAM
                                                     Setelah empat hari kerja -kerja menanam dilakukan kebanyakan       biji  benih tersebut telah mula tumbuh .  Bagi lubang yang tidak keluar cambah benih hari ke 5, 6 dan ke7 kerja-kerja menyulam hendaklah dilakukan dengan mencabut satu pokok yang tumbuh kembar ditanam pada lubang yang tidak hidup bagi mempastikan peratus penghasilan tingi.

HARI 8                                        BAJA SEMBURAN 1
                                                    Setelan umur pokokberumur lapan hari batang pokok sebesar jari kelingking dan mengeluarkan 5 helai daun kerja penyemburan pada pokok dilakukan dengan menggunakan  semburan pam dokong yang bersais empat gelen.  Pokok yang muda hendaklah di sembur dengan semburan menggunakan muncung penyembur sedikit kembang supaya keseluruhan pokok menerima semburan.  Bancuhan bahan kimia adalah seperti racun kulat seperti TOP-PLUS sebanyak setengah sudu, racun serangga DRAGON 20 cc, baja urea 20 gm, buster 25 cc dan calcium20cc.

HARI 12                                        BAJA SEMBURAN 2
                                                       Pekerjaan untuk pembajaan semburan hendaklah dilaksanakan mengikut setertimana kerja penyemburan pertana. Penyemburan ini hendaklah menggunakan mesen sembur.  Tiga orang memerlukan pekerjaan penyemburan ini, saorang membancuh ubat kimia dan mengacau sepanjang kerja penyemburan supaya bahan bancuhan tidak  mendak didasar bekas tong., saorang menjaga tali hos dengan saorang lagi membuat kerja penyemburan. Penggunaan ayer semburan iaitu dua tong drum 80 gelen bagi seekar.  pekerjaan penyemburan menggunakan mesen penyembur hendaklah dengan cermat. penyembur hendaklah masuk lorong menyembur setiap dua baris sekali semburan.  Biasanya daripada rehat tengah hari sehingga lewat petang pekerjaan penyemburan boleh siap dalam empat ekar.  Racun tepung kuning Mankozeb 500 gram, Amure 70cc, racun serangga iapac250cc, dragon200cc,  baja urea 250gram, calcium200cc, buster 250cc,untuk bancuhan 40 gelen ayer bagi satu drum. 

HARI 13                                            BAJA TABUR 1
                                                           Baja jenis butir "COMPOUND" 15:15:15 hendaklah ditabur sekeliling perdu pokok bagi menggalakkan kesuburan.  Sepokok memerlukan sebanyak satu sudu makan dan bagi satu ekar. sebanyak 100 kilogram .  Baja campuran juga boleh digunakan dengan menggunakan baja jenis pokok muda,

HARI  14,15                                        TIMBUS TANAH DAN BUANG ANAK
                                                             Pada hari ke 14 dan 15 kerja menimbus tanah dengan menaikkan tanah sekeliling perdu pokok jagung bagi mengelakkan pokok tumbang beserta membuang mana pokok yang tumbuh kembar.  Pokok jagung diatas tanah gambut tidak disimpan tumbuh, hanya disimpan secara tunggal bagi mempastikan penghasilan buah mencapai gred A  Kerja menimbus tanah diperdu pokok akan  diteruskan sehinga siap.

HARI 16                                               BAJA SEMBURAN 3
                                                              Baja semburan ini dilaksanakan seperti baja semburan menggunakan mesen sembur semasa peringkat kedua.  Kaedah semburan dan sukatan baja adalah sama.  Cuma dicampur dengan baja Mix- green sebanyaksetengah kilo.

HARI 17,18,19                                      TIMBUS TANAH
                                                               Kerja menimbuskan tanah dengan menajak tanah sekeliling dan menaikanya di pangkal  pokok.  Pada masa ini anak pokok sudah kelihatan subur dan mula membesar

HARI 20                                                BAJA SEMBURAN 4
                                                               Baja semburan diteruskan seperti semburan ke 3.  Oleh sebab pokok telah mula membeser, penggunaan ubat kimia ditambah kepada 3 tong drum. Masa ini kerja penyemburan hendaklah dengan cermat dan berjalan perlahan semasa penyemburan supaya semua pokok kena baja,ubat serangga dan kulat.  Jangan terlalu basah seperti orang mandi.  seperti manusia jika makan terlampau banyak hingga mengah akibatnya pasti menerima kemudaratan.

HARI 21                                                 RACUN RUMPAI
                                                                Pertumbuhan rumpai telah mula hidup dimerata kawasan tanaman jagung, akibat kesan pembajaan semburan dan tabur.  Bancuhan racun yang disyoykan adalah racun jenis racun pracambah dan racun sentuh,  iaitu Nisbah bancuhan ialah bagi  PARAQUA 1000cc. BASTA 500 cc pada 40 gelen air    Pekerja hendaklah menggunakan pam dukung 4 gelen.  Semasa menyembur gunakan botol mineral 1.5 liter ambil serpetiga sampai hujung penutup potong dan letakkan dihujung muncung alat semburan supaya semasa membuat semburan boleh dikawal tidak terkena pada pokok jagung.  Bagi rumpai yang telah menjalar sehingga ke pokok jagung hendaklah dipijak dan bolehlah disembur dengan racun.  Pekerjaan meracun ini perlu cermat dan teliti.  Adalah disyorkan kerja meracun hendaklah dibuat semasa cuaca terang, seeloknya pekerjaan dilakukan diawal pagi,  masa ayer embun banyak akan mengalir bersama racun terus ke pucuk rumpai.

HARI 22                                                 SEMBURAN PUCUK  1
                                                                Pada peringkat ini ketinggian pokok sudak melangkau dua setengah kaki, Bagi mengelakkan ulat pengorek batang menyerang racun serangga hendaklah digunakan agar tidak menjejas dan merosakkan tanaman.  Racun serangga yang disyorkan ialah.Impac 75 dan 505 Dragon. Impac 75 sebanyak 25cc dengan Dragon 20 cc bagi setiap empat gelen ayer.  semasa membuat semburan letakan satu inci muncung knap spray pada pucuk  sebanyak 25cc pada setiap semburan sepokok. Semburan pada setiap pucuk perlu ketelitian, tekun dan kesabaran.

HARI 23,24                                             RACUN RUMPAI
                                                                 Semburan racun rumpai masih diteruskan.  Menyambung daripada hari yang ke 21. Rrumpai yang tumbuh masih belum berbunga, bagi mengelakan ia tumbuh pekerjaan meracun perlulah disegerakan supaya tidak  menjejaskan kesuburan tanaman,  juga mengelak pembiakan seranga dan musuh tanaman seperti tikus.

HARI 25                                                   SEMBURAN PUCUK 2
                                                                  Semburan pucuk perlu diulang bagi mengelekkan serangga pengorek batang tinggal dalam pucuk jagung sebelum ia pergi tinggal mengorek pada batang pokok pula

Hari 26                                                       BAJA SEMBURAN  5
                                                                   Baja semburan menggunakan mesen diulang seperti semasa membaja semburan yang keempat.  Tidak ada perubahan dari sega input tambahan diperingkat ini.

HARI 27                                                     BAJA TABUR 2
                                                                    Setelah semua rumpai telah musnah, baja peringkat ke dua hendaklah ditabur dengan mengunakan baja butir Yara Mila  NPK 13:13:21 sebanyak dua bag bagi seekar.

HARI 28                                                     SEMBURAN PUCUK 
                                                                    Bagi semburan ketiga pada semburan pucuk ialah Impac 75 dan racun serangga 1.8.  Racun ini sangat berkesan untuk menghapuskan ulat pengorek batang.  Kalau kerja menyembur pucuk kurang sampurna kita boleh lehat pada sebahagian pucuk kelihatan najis serangga tersebut pada pucuk, jika kelihatan banyak najis serangga tersebut maka semburan ulangan perlulah diulang lagi.  Banyak racun seranga yang boleh diguna seperti, Impac 75. Madol, 019,Dragon,Nurelle, Enyoy 1.8 atau Deptrix.

HARI 30                                                      SEMBURAN MESEN
                                                                     Sama seperti semburan 5, Pastikan semasa membuat semburan pada pokok tidak ada hujan, walaupun hujan renyai-renyai.  Sekiranya berlaku hujan dalan masa 24 jam kerja-kerja menyembur   ulangan hendaklah dibuat semula.  Kadang-kadang  kalau musim hujan dan kurang mendapat cahaya matahari kalau diperhatikan pada pokok ada kelihatan kutu daun sangat kecil, serangga ini seperti agas ditepi laut dan lebih kecil daripada itu, kalau dibiarkan serangga ini ikan mengisap pada daun dan kesanya daun sebelah bawah akan mula kelihatan merah dan kering seterusnya terus hingga kepucuk.  Ini akan menjejaskan penghasilan.  Racun yang disyorkan ialah seperti profenofur.

HARI 31,32,33,34,35                                     SEMBURAN PUCUK 4,5,6,7,8
                                                                        Semburan pada pucuk sangat penting.dalam aktiviti penanaman jagung,  Ulat pengotek batang akan pergi ke buah, dan setelah ulat ini dapat bertelor pasti akan menjadi masaalah pada petani.

HARI 36                                                         SEMBURAN MESEN  7
                                                                        Dalam semburan ke tujuh beberapa bahan kimia perlu ditambah,  racun serangga seperti Racun serangga Ken Emma, Amister, dan juga pelekat, Kalau kita berkehendakan jagung yang kita tanam mempunyai biji isi hingga ke hujung buah, ubat kimia nama Nexus Zinc perlu dalam semburan mesen seterusnya.

HARI 39,40,41,42                                            SEMBURAN PUCUK 9,10,11,12
                                                                           Aktiviti ini perlu dijalankan sehingga kesan ulat serangga tidak lagi kelihatan,  Berjaya atau gagal adalah terletak sejauh mana keja memusnahkan ulat pengorek dibuat dengan berkesan.  Banyak racun serangga yang ada dijual dipasaran yang berkesan  tetapi mahal.

HARI 43                                                             MESEN KE 8
                                                                             Semburan mesen adalah sama seperti semburan mesen yang dijalankan pada hari yang ke 36

HARI 44                                                              BAJA TABUR  3
                                                                             Baja Yara Mila Compound NPK 13:13:21.  Baja ketiga adalah terakhir dan  seperti baja kedua iaitu memerlukan dua kampit 100 kilo bagi satu ekar. Keadaan pokok telah mengeluarkan anak buah yang dipangil janten.

HARI 46                                                                MENGOPEK JANTEN
                                                                               Di peringkat ini pekerja akan mengopek buah jagung muda yang akan dijual dipasar untuk dibuat sayur.  Janten ini yang dipanggil baby corn akan diambil oleh pihak pembeli dengan harga empat ringgit bagi satu bag.  "Baby Corn" ini boleh mencapai 50 ke 80 bag seekar mengikut tahap kesuburan tanaman.  Satu pokok jagung yang sehat mengandungi tiga biji buah yang keluar daripada pelepah daun, hanya satu biji yang disimpan untuk pasaran kerana hendak mengekalkan tongkol yang bergrid A.

HARI 47                                                               BUANG BULU/
                                                                              SEMBUR BUAH
                                                                              Bulu pada hujung buah hendaklah dicabut bagi mengelakan mana-mana serangga hingap dan bersarang seterusnya bertelur.  Kerja-kerja membuang bulu dilaksanakan,  apabila kerja tersebut selesai maka pada hujung buah hendaklah diracun dengan racun serangga.  Racun serangga yang dusyorkan ialah Modol dan Nurulle 019. Setiap satu ialah 20cc bagi setiap empat gelen ayer dengan satu semburan sebanyak 10 ke 15cc sekali sembur.  Halakan hujung muncung nosel penyembur satu inci kena pada hujung buah.

HARI 48                                                                SEMBUR MESEN 9

                                                                               Pekerjaan semburan ke 9 ini dilakukan bagi mempastikan kesuburan pokok kekal sehingga hari pengeluaran hasil. pengawasan pertumbuhan pokok diperingkat ini perlulah diselia sentiasa bagi mempastikan pertumbuhan pokok tidak terjejas.  Pastikan kesuburan pokoh kelihatan hijau dan subur.

HARI 49                                                                  BUANG BUNGA
                                                                                Semua bunga pokok hendaklah   dimasukan ke dalam bag dan dibuang.   Debunga jantan tersebut dibuang kerana debu yang keluar daripadanya telah tiada lagi, kedua mengelakan serangga menjadi benah kepada tanaman jagung dan sekiranya tidak dibuang dikuatiri terkena musibah angin kencang menyebabkan pokok jagung tumbang.

HARI 51                                                                  SEMBUR BUAH
                                                                                  Semburan buah diteruskan dengan menggunakan racun yang sama seperti yang pertama.

HARI 52                                                                   SEMBURAN MESEN 10
                                                                                  Semburan dijalankan saperti semburan yang dibuat pada hari ke 48  Pemantauan dan penyeliaan perlu dibuat bagi mempastikan keadaan pokok adalah terkawal.

HARI 53,55,57                                                           SEMBURAN BUAH
                                                                                    Pada hari 53 semburan buah hendaklah dibuat selang sehari iaitu hari ke55 dan hari ke 57. Kurang sepuluh baru masa memungut hasil akan tiba, Bagi mempastikan kualiti buah dan tanpa sebarang penyakit penghasilan pasti berjaya.

HARI 58                                                                  SEMBURAN MESEN TERAKHIR
                                                                                 Semburan mesen terakhir ialah untuk mempastikan pokok tetap kelihatan segar kerana jangka hayat pokok jagung sudah tidak lama lagi sebab itu baja urea digunakan untuk mempastikan pokok sentiasa segar, tepung kuning mengelakan supaya tahan daripada serangan kulat dan cometec daripada serangan serangga.

HARI 59,60,61                                                       SEMBURAN BUAH
                                                                                 Semburan buah dibuat sebagai menjaga mutu buah tidak terjejas sementara menunggu penghasilan buah jagung 

HARI 65,66,67                                                         PENGUTIPAN HASIL
                                                                                  Beberapa hari sebelun pihak pembeli telah mengirimasn bag untuk diisikan buah jaagung.  Taukeh tersebut telah berhubung akan mengambil buah jagung pada hari 65 selepas menanam sebanyak 30000 tonkol, lori akan datang mengambilnya jam tujuh pagi,  selepas dua hari akan mengambilnya lagi satu trip dan dua hari selepas pengambilan hantaran kedua.  Semuanya pengambilan pada jam tujuh pagi.
Pada hari pengutipan hasil semua pekerja diminta membuat operasi memetik jam sembilan malam selepas waktu solat Ishak,  Mudahan sebelum jam tujuh pagi jagung sebagaimana dikehendaki telah siap untuk dimuatkan kedalam lori.



Kesimpulan dan penutup

Saya telah menerangan sedikit sebanyak berhubangan penanaman jagung madu manis di atas tanah gambut,  sepanjang lima tahun saya menceburkan diri sebagai usahawan penanam jagung, pengalaman dan ilmu ini  saya perturunkan, mudahan mendapat manafaat kepada yang terbabit, amin.

                                                                                                                                                                                                 
                                                                             








                                                                 


                                                                   .

  
                                                             .   
                                                              
                                                                                    


 




8 Comments:

At 24 November 2015 at 16:21 , Blogger Man Toba said...

assalamualaikum tuan Muzlan Mohd Yusof..info yang menarik..step by step..saya juga ada rancangan untuk menanam jagung manis dikluang..sebelum ini saya ada pengalaman menanam jagung taiwan tapi hanya seluas 0.5 ekar sahaja sekadar untuk belajar..hasil yang saya perolehi atau yang boleh dituai sekitar 50% sahaja...
disini saya ada 2 masalah.
1. apakah jenis vareati jagung yang harus saya tanam?..
2.bagaimana untuk mendapatkan farming kontrak sedangkan buat permulaan saya merancang hanya tanam seluas 3 ekar sahaja dahulu..
saya harap tuan beri nasihat pada saya..
Herman
whatApps 011-27561478

 
At 4 May 2016 at 16:55 , Blogger Unknown said...

terima kasih atas perkongsian ilmu..hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya

 
At 9 May 2016 at 11:48 , Blogger Unknown said...

Terima kasih berkongsi..sngt bermanafaat

 
At 9 May 2016 at 11:49 , Blogger Unknown said...

Terima kasih berkongsi..sngt bermanafaat

 
At 26 September 2016 at 02:06 , Blogger Unknown said...

Info yang bermanfaat..terbaik tuan..saya ada pertanyaan berkenaan jenis tanah, kalau sebelum ni tanah sya usahakan utk tanaman tebu dan sya berhajat nak tukar tanaman ke jagung manis adakah sesuai tuan?..bole tuan berikan sedikit komen , 10q

 
At 6 November 2016 at 10:51 , Blogger TOGEL SONGAPURA said...

SAYA IBU SRI HASTUTI DARI MEDAN,
DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KI LANTORO DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KI LANTORO DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

…TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI LANTORO…

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

…=>AKI LANTORO<=…
>>>082-310-352-761<<<

 
At 20 December 2018 at 00:59 , Blogger Unknown said...

Slm sejahtera i nak tanya sikit cik ada suply jagung ke rumah tak untuk kopek..di area alor gajah melaka

 
At 12 July 2020 at 06:12 , Blogger aincomel said...

Assalamualaikum wbt. untuk makluman penulis blog ini iaitu ayahanda saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017, mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yang tidak dibalas. Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penulisan Arwah ya. Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Terima kasih.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home