Wednesday, 10 December 2014

PENANAMAN NANAS : Mengapa masaalah rumpai masih tidak dapay diselesaikan

PENANAMAN NANAS ; Mengapa masaalah rumpai masih tidak dapat diselesaikan. 


Rumpai adalah satu jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki dalam tanaman yang kita usahakan.  Rumpai akan mengangu pertumbuhan dan akan menjejaskan penghasilan yang kita usahakan.  Fokus saya dalam hal ini ialah dalam menguruskan tanaman nanas dan kaitanya dengan rumpai.

Dalam perlaksanaan pengurusan tanaman nanas khususnya di kawasan tanah gambut, dalam pengalaman dan penghayatan saya adalah didapati masaalah rumpai memang tiada kesudahanya.
Sejak awal tahun tujuh puluhan penanam nanas mengurus masaalah rumpai dengan cara manual dan bergotong royong.  Masa itu tidak ada racun kimia.  Pekebun mengusaha kebun mereka menunggu kebun bersih memakan masa selama tiga bulan.

Pada tahun 1973 Syarikat ICI telah berkerjasama memperkenalkan sejenis kimia racun rumpai PARAQUAT dengan jabatan saya ketika itu sehingga kami pergi disegenap pelusuk kampung yang bertanam nanas mengadakan majlis penerangan dan seterusnya dengan pertunjukan wayang pacak.  Sejak saat itu atas inisiatif kami maka pekebun nanas telah mula mengunakan racun kimia PARAQUAT untuk memusnahkan kebun mereka untuk tanaman nanas.  Daripada menungu masa tiga bulan , setelah mengunakan racun tersebut hanya mengambil masa satu bulan setengan tananam nanas dapat dimulakan.

Tetapi masaalah menyelesaikan rumpai itu hingga kini masih berlaku .  Adakah para pekebun tidak ada ilmu bagi menghapuskan rumpai dalam tanaman nanas atau mereka tidak diberi penerangan dan penjelasan bagaimana hendak menguruskan rumpai dalam tanaman nanas.  Atau mereka mengambilnya sebagai sambil lewa saja.

Saya ada pengalaman dimana saorang pekebun kecil nanas menghadapai masaalah rumpai dalam kebun nanas mereka,  berpandukan kepada keteranganya projek yang diusahakan itu mendapat bantuan sebuah ajensi yang menelan belanja berpuluh ribu ringgit.  Saya telah melawat dan merberi penerangan.  70 peratus keseluruhan kebun ditumbuhi rumpai sehinggakan tidak nampak tanaman nanas.

Kesimpulan yang dapat saya beri ialah mungkin pekebun ini tidak diberi penerangan yang betul.  Mereka mengangap tanaman nanas seperti tanaman jenis lain seperti tanaman kelapa sawit, getah, kelapa atau jenis pokok tahun, tiga bulan tidak tengok masih rumpai dapat dimusnahkan dengan racun rumpai, berbanding dengan tanaman nanas selama jangka masa itu pasti tanaman nanas tersebut tidak dapat diselamatkan.  Berbalik kepada pekebun yang diceritakan itu, siapa yang rugi?  pehak pekebun kecil, ajensi yang menyalurkan bantuan atau oleh pihak kerajaan yang menyedia dana bantuan?

Bagi pendapat saya setiap pekebun yang menyertai projek kerajaan pertama sekali mereka hendaklah ditemuduga. setelah mendapat maklumat daripada peserta tersebut dari segi pengalama bertani, ilmu pertanian yaang diperolehi, modal, jumlah tenaga kerja jika ada, kedudukan tanah adakah dekat dengan kawasan   dimana musuh tanaman tinggal disitu dan akhirnya kemampuan yang boleh kerjakan.  Adalah  selamat jika pekebun baru yang hendak menceburkan diri dalam tanaman nanas di beri kelulusan permulaan cuma jumlah yang minimum .Kedua diberi kursus kaedah penanaman, mengenal semua input dan menerangkan pengunaanya, beri tunjuk ajar pengurusan masa dalam hal penanam nanas.  TIME SERIES tersangat penting kerana dapat kita menyemak semua Check List ini dengan tepat.  Yang lebih penting setelah menerima projek penanaman pekebun mestila memberi perhatian sepenuhnya dan seluruh komitmen kerana tenaman tanas tidak boleh dibuat secara sampingan.

Berikut saya akan menunjukan serba sedikit cara-cara pengurusan rumpai dalam tanaman nanas:

Peringkat awal, kawasan yang hendak diusahakan dengan tanaman nanas adalah berbelukar, semak samun, kawasan tersebut hendaklah dipancah dan ditebas.  Setelah kerja-kerja tersebut dilaksanakan, tunggu selama dua minggu setelah segala belukar kering, kawasan hendaklah dibakar dengan cara terkawal,  biasanya carilah masa yang redup, terutama sebelah petang dimana masa itu tiupan angin telah mula reda. Setelah kawasan bersih daripada pembakaran, segala tungul-tungul dan ranting kayu yang tidak terbakar hendaklan dikumpulkan beberapa longok untuk diperun

Setelah kerj-kerja pembakaran dapat disiapkan, biarkan beberapa hari supaya segala rumpai hidup dah kita boleh kenal pasti jenis-jenis rumpai yang tumbuh.  Jika rumpai jenis berdaun lebar kita boleh guna racun paraquat, dan kalau tumbuh lalang gunakan jenis racun serap untuk memusnahkanya.  Jenis racu serap ialah jenis Mosanto, Round-Up dan NASA.

Sekiranya kebun tersebut tumbuh dengan lalang berselerak sekitar kebun biarkan sehinga pokok tersebut tumbuh sedikit tua, samada racun jenis Round-up atau NASA boleh digunakan dengan sukatan 100 cc bagi empat gelen air,  racun sehingga pokok tersebut kelihatan basah.  Biarkan pokok lalang mati kerina, ia mengambil masa dua ke tiga minggu.  begitu juga jika didapati rumpai yang berdaun lebar gunakan paraquat dengan sukatan 100cc bagi empat gelen air.Kerja penyemburan hendaklah dibuat semasa cuaca terang, meracun lalang berkehendakan sekurangnya tidak hujan dalam masa 24 jam berbanding dengan paraquat ia tidak hujan dalam dua tida jam saja.

Setelah kawasan diracun, tungu seketika bagi memberi peluang rumpai tumbuh sekali lagi.  Sebelum menanam setiap rumpai-rumpai telah dimusnahkan dan kerja menanam boleh dimulakan.  Tiga minggu,  selepas menanam pekebun hendaklan memusnahkan rumpai yang baru tumbuh dengan mengunakan racun pra cambah seperti gasapex.  Bagi pekebun yang berani dan teliti adalah memusnahkan rumpai dengan mengunakan racun basta dicampur paraquat.  Masa penyemburan jangan sekali-kali terkena pada tanaman nanas.  Racun pracambah adalah disyorkan kepada pekebun,kerana ia tiada risiko pokok mati kesan keracunan.  Gunakan 100 cc gasapex kepada empat gelen air, sembur pada rumpai yang baru tumbuh, elakan jangan terkena pokok nanas walaupun nanas tidak mati terkena racun pra cambah tersebut, sekurangnya pokok akan sedikit terjejas jika terkena racun pracambah tersebut.

Tiga minggu selepas merumput rumpai pertama  dengan racun pracambah kerja merumput dengan mengunakan racun pracambah kerana semasa  merumput pertama ada diantara  rumpai masih hidup tersembunyi disebalik pokok nanas, jika rumpai tersebut tidak dimusnahkan rumpai tersebut akan tumbuh dan berbunga dan akhirnya akan mengeluarkan benih.  Perlu di ingat semasa pembersihan kebun pembinaan parit hendaklan dilaksanakan seperti membina parit ladang, parit sempadan atau membersihkan parit sempadan yang telah tersumbat.  Parit sangat penting pada tananam nanas kerana ayer akan mengalir keluar serta mengurangkan tahap Ph kemasaman tanah.

Satu bulan  berikutnya kerja merumput dengan cara manual di laksanakan, pekebun perlu berjalan setiap loraang dengan tajak bagi mengesan rumpai yang tumbuh, perkerjaan ini perlu dilakukan pada setiap bulan sehinga bulan keenam  Setrusnya.kerja merumput dibuat setiap 2 bulan iaitu pada bulan ke 8, bulan ke 10, dan bulan ke 12.

Setelah kerja-kerja merumput dilaksanakan dengan mengikut Time Series maka dirasakan masaalah merumput di dalam kawasan penanam nanas sedikit sebanyak  sudah dapat diselesaikan.
Diharap bagi pekebun atau anggota ajensi yang terbabit dengan pekerjaan berkaitan ikutlah panduan yang ditunjukan, mudahan mendapat manfaat daripadanya. 

5 Comments:

At 28 March 2017 at 20:14 , Blogger Rahim Osman said...

Pohon nasihat. Selepas nanas ditanam dan membesar, masih terdapat lalang tumbuh, apakah cara terbaik bagi mengawal pertumbuhan lalang
Terima kasih

 
At 14 August 2017 at 09:24 , Blogger Unknown said...

Boleh saya tahu jenis rumpai ape yang selalu ada kawasan tanaman nanas

 
At 1 November 2019 at 05:13 , Blogger muhammad nor salleh said...

macamana dengan pengunaan plastik hitam untuk mengurangkan pembiakan rumpai?

 
At 12 July 2020 at 06:25 , Blogger aincomel said...

Assalamualaikum wbt. untuk makluman penulis blog ini iaitu ayahanda saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017, mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yang tidak dibalas. Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penulisan Arwah ya. Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Terima kasih.

 
At 3 March 2022 at 14:00 , Blogger yashodharacadoret said...

Mummys Gold Casino & Hotel - Mapyro
Mapyro offers information, reviews, and 서귀포 출장샵 more about the Mummys Gold Casino & Hotel 보령 출장마사지 in Las Vegas, 부산광역 출장마사지 NV. 동해 출장샵 Find reviews, hours, directions, and 의정부 출장안마 more for Mummys Gold

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home