Sunday, 14 December 2014

SEJARAH VARIETI NANAS HYBRID 1

SEJARAH VARIETI NANAS HYBRID 1

Perusaan nanas yang berasaskan pertanian adalah yang paling lama dan mempunyai kepentingan sioso-ekonomi kepada negara.  Parusahaan yang telah bertapak di Nagara ini dalam sekitar tahun 1888.   Dari segi faktor kepentingan,  perusaan ini ialah pengunaan tanah gambut yang mempunyai status kesuburaan tanah yang bernilai rendah.

Kultivar nanas tin yang menjadi tulang belakang perusaan nanas di Malaysia ialah nanas merah "Singapore Spanisa"yang dibawa masuk kenegara ini pada abad yang lepas.  Kultivar ini telah lama digunakan walaupun ia mempunyai banyak ciri-ciri yang tidak memuaskan.

Hasil Masmerah (Penganti kepada Singapore Spanish) adalah lebih rendah hasilnya sekurang-kurang 40 peratus dari Smooth Cayene (jenis sarawak), varieti yang ditanam di luar negara seperti di Thailand, Austerlia, Philipina dan Hawaii.  Nanas ini tidak mempunyai isi yang keemasan (Golden) seperti nanas Masmerah dan Singapore Spanish, seperti mana identiti nanas tin Malaysia.  Jenis nanas sarawak mempunyai masaalah lain mudah berlaku serangan penyakit seperti buah hantu, mata guli, mata hitam dan berkulit tebal mengakibatkan perssahaan nanas  ini berada pada tahap yang kekurangan dalam pasaran nanas tin.

Pihak Mardi telah berjaya melahirkan satu penemuan pembiakbaik  untuk menghasilkan "Mardi Hybrid 1" yang dipangil nanas komersial iaitu NANAS JOSEPINE.  Sempena dengan itu, pehak Mardi telah mengisytiharkan Hybrid 1 itu oleh YB Saudara Anuar Ibrahim, Menteri Pertanian ketika itu di Stesen PenyelidekanMARDI, IPRIS Pontian Johor pada 4hb. Julai, 1985.

Sempena dengan itu juga angota kakitangan yang terbabit dengan tanaman nanas yang dinyatakan telah diberi kursus pengurusan tanaman nanas Hybrid 1  olih pihak Mardi, LPNM, Jabatan pertanian, Peladang dan pihak swasta,  kursus tersebut diadakan selama tiga hari.  Saya juga telah dapat menyertai sama.  Penyampai kursus adalah terdiri pegawai mardi yang terlibat kepada projek Hybrid 1.  Saya dapat bertemu pegaai lama saya semasa bekerja di pusat penyelidikan nanas LPNM iaiti DR Lim Weng Hee (bahagian pathology), Dr Lee Soo Ann ( Bahagian Agronomi), DR Tey Tian Hock.  Mereka sangat baik dan rapat dengan saya.  Saya sempat berbual dan bertanya kabar.  Budi baik mereka tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Program Pembaikbiak untuk menghasilkan Mardi Hybrid 1 mengunakan kaedah "crossing" SINGAPORE SPANISH   X  SMOOTH CAYENE.  Proses ini dijalan bertahun dengan ujian ladang dibeberapa lokasi, pembiakan bahan tanaman dan akhir segala penghasilan disebarkan kepada petani.  Ada pekebun nanas yang bersekala besar telah menempah bahan tananam HIBRID 1 ini untuk kegunaan ladang mereka dengan membeli sesulur berharga  60 sen.  

CIRI_CIRI NANAS MARDI HYBRID 1

CIRI_CIRI TAMPANG:
: pokok tinggi dan cergas
: daun tidak berduri, panjang dan tegak
: 55-60 daun keluar di peringkat
  pengaruhan bunga
:jambul besar
:Pengeluaran sulur tangkai agak rendah
: pengeluaran sulur  tidak menentu.

CIRI-CIRI PEMBUNGAAN:
 : tindakan kepada aruhan ethrel agak
   memuaskan (80-90%)
: dari peringkat pengaruhan hingga
  pembungaan: 44 -48 hari
 dari pembungaan hingga penuaian:
16 - 120 hari
: dari peringkat pengaruhan hingga
penuaian: 162 - 166 hari

CIRI_CIRI BUAH:
: kulit muda berwarna hijau ungu
: warna braktea merah cerah ( muda )dan
  putih kemerahan semasa penuaian
: 100 - -mata, lebar dan leper
: buah besar, 75% lebih berat dari 
 Masmerah
: berbentuk silinder
: warna isi kuning hingga keemasan
: kandungan gula dan asid yang tinggi
:citarasa enak

KETAHANAN KEPADA PENYAKIT
: lebih tahan kepada penyakit buah hantu
 jika dibanding dengan Masmerah
: tahan kepada penyakit reput teras
: kejadian penyakit "cork spot"
  sekali sekala
: kejadian buah 'marble" sekali sekala
  bergantung kepada keadaan cuaca

CIRI-CIRI PENGETINAN
: kadar perolehan yang lebih baik
(23 -33%)
: peratus sederhana untuk pak istemewa
("fancy')
: mengekalkan citarasa yang enak
: garis pusat empulur yang besar dan perlu
ditebuk dengan tiub yang berukuran
sekurang- kurangnya 1 inci

HASIL DAN KESESUAIAN

: hasil yang lebih baik dari kultivar nanas 
tin semasa
: lebih mudah sesuai dengan berbagai
keadaan alam sekitar'

AMALAN KULTURA
Bahan tanaman biasanya terdiri dari jambul dan sulur.  Jarak tanaman 120 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris sebatas)  Pembajaan 356 kg "Ammonium sulphate  + 5 kg CIRP +133 kg "Maurite
 of potash sehektar tiap-tiap kali pembajaan pada tiga, enam den sembilan bulan selepas ditanam.  Pengaruhan bunga pada masa 10 bulan selepas ditanam dengan mengunakan Ethril dan 400 bahagian perjuta dan 5% urea (40 ml sepokok).  Memetik buah pada peringkat "braktea putih"

Jualan buah nanas Hybrid 1 yang dikenali dengan nama Nanas Josapine akhirnya dijual secara buah nanas makan segar kerana ia mempunyai cita rasa yang enak berbanding nanas makan segar lain seperti nanas moris  .Hingga hari ini nanas tersebut telah dijual di pasar raya yang terkenal, dan dianggap buah nanas yang sangat manis serta mahal.

PENUTUP

Itulah serba sedikit sejarah penemuan varieti nanasMardi Hybrid 1 yang dikenali dengan pangilan nanas Josapine.  Industeri nanas sewajarnya berterima kasih kepada pehak Mardi yang membuat kajian dengan penumuan nanas baka hybrid 1  yang kekel pengeluaranya sehingga hari ini.





   



   
 
 
 
   

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home