PENGURUSAN TANAMAN NANAS - Menili Semula Amalan Buruk Dan Baik Oleh Pekebun
PENGURUSAN TANAMAN NANAS - Menilai Semula Amalan Buruk Dan Baik Oleh
Pekebun
1. Aktiviti penanaman nanas oleh pekebun boleh mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pekebun, bidng komercial ini kalau tidak dilaksanakan dengan berkesan dan sampurna akan membwa kerugian.
2. Pihak kerajaan telah mengeluarkan bantuan kepada pekebun nanas pada awal tahun tujuh puluhan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM ). Pekebun telam disalurkan bantuan berupa wang tunai, bahan tanaman, baja, hormon dan racun rumpai.
3. Untuk melahirkan pekebun kecil berjaya sejak LPNM diujudkan adalan sangat sukar: Banyak faktornya, pekebun tidak cukup modal untuk mengusahakan projek tanaman nanas, kekuarngan ilmu berkaitan tanama dan seterusnya tidak mempunyai tenaga pekerja yang mahir.
4. Ada dua pekebun yang berjaya yang bolih kita jadikan contoh, saorang berkuturunan Indonesia .bernama Saji, tinggal di Parit Puteri menangis. Beliau mengusahakan tanaman nanas moris dan nanas josapine. Seluas lebih lima puluh ekar kawasan tanaman yang diusahakan. Saorang lagi berbangsa Cina bertanam dengan tanaman nanas. Jenis nanas yang diusahakan ialah jenis josapine seluas 600 ekar. Nama pekebun berjaya ini Goh Swee Eng. Beliau baru meninggal dunia kerana serangan sakit jantung. Kedudukan tanah yang diusahakan dengan josapine ialah di hujung ladang nanas Peninsula Simpang Rengam, Kluang. Johor.
5 Ada dikalangan pekebun mengambil kesempatan menerima bantuan tanaman nanas mereka bersekali dengan kelapa sawit. Tanaman nanas hanya dapat di usahakan sebanyak dua pusingan tananam. Setelah tanaman kelapa sawit di dalam tanaman nanas telah mencapai umur 30 bulan maka tanaman nanas dimusnahkan kerana tidak sesuai ditanam dengan nanas lagi.
6. Tanaman nanas mesti mempunyai tenaga kerja yang mencukupi. Aktiviti penanaman nanas memerlukan ramai tenaga pada satu-satu masa. Pekerjaan menanam sekurang - kurangnya memerlukan seramai tiga orang pekerja. Saorang mengangkat benih diserakan keseluruhan kebun, saorang membuat lubang dengan menugal mengunakan penugal dan saorang menanam. Begitu juga melaksanakan baja semburan mengunakan misen sembur dan seterusnya semasa kerja pengutipan hasil.
7. Ada dikalangan penerima bantuan tidak memberi sepenuh perhatian kepada penanaman. Mereka mengangap penanaman nanas adalah mudah dengan mengambilnya sambil lewa dan mengangap tanaman nanas sebagai sampingan sahaja. Lebih-lebig lagi mereka tidak mengeluarkan modal daripada poket mereka, dengan ketiadaan komitment sudah pasti tanaman nanas mereka menemui kegagalan.
8. Mengikut pengalaman dan penghayatan yang saya lakukan banyak kesalahan dan kelemahan yang dilakukan pekebun kecil dalam hal pengurusan tanam nanas. Perkara yang dapat dikesan adalah:
a) Penyediaan tapak.
Tidak melaksanakan pekerjaan yang betul semasa pembersihan kebun. Tidak memusnahkan segala rumput rumpai dengan sempurna. tidak memusnahnya dengan mengulangi meracun mengunakan racun rumpai dan Round up menyebabkan kehidupan rumpai tumbuh berulang-ulang ka dalam kawasan tanaman nanas yang tiada berkesudahan.
b) Menanam
Tidak mendapat bekalan bahan tanaman yang sihat dan segar. Tidak melaksanakan penanaman dengan mengerid benih-benih tersebut dengan pengklaskan kepada besar, sedang dan kecil. Membiarkan benih nanas berlongok terlalu lama, benih akan terkena panas dan hujan akhirnya benih akan rosak kerana lecur. Tidak membuat bantahan kepada pegawai yang membekal semasa bahan tanaman yang rosak dan tidak berkualiti.
c) Merumput
Tidak mengikut tatacara yang betul. Ada yang kerja merumput setelah rumpai telah mengeluarkan bunga dan benih. Enggan mengeluarkan modal dengan mengunakan racun pra-cambah kerana sayangkan wang. Merumput dengan cara manual, mereka mencbut pokok-pokok rumpai yang telah sama tinggi dengan pokok nanas. Ada juga memusnahkan rumpai pada masa hujan dengan mengunakan mesin sembur. Kerja yang bertanguh dalam pengurusan merumput menyebabkan pekerjaan tidak akan habis-habis sehingalah sampai masa mengeluarkan hasil
d) Membaja
Rata-rata pekebun kecil nanas khususnya yang berbanga Melayu tidak tahu mengenali baja dan pengunaanya. Lebih-lebih lagi yang baru hendak berjinak-jinak menceburkan diri sebagai petani. Mereka hanya mengunakan bekalan input daripada penyalur bantuan. Tidak menabur baja pada masa yang telah ditetapkan, mereka mengangap kebun masih berkeadaan subur tidak perlu dibaja. Ada juga dikalangan pekebun mengunakan baja bantuan nanas terus kepada kebun kelapa sawit mereka, atau menjualnya kepada pembeli dengan harga yang murah. Semburan "Folier Spray" dibuat semasa hari hujan dan tidak mengulanginya lagi. Membuat semburan baja terlalu kuat dan tajam menyebabkan pokok terlebih baja, dan tidak mengacau baja "Bordox mixture" semasa kerja-kerja penyemburan dilaksanakan.
e) Aruhan Pembungaan/Hormon
Aruhan pembungaan tidak diikuti dengan betul, Aruhan pembungaan tidak sama dengan jenis-jenis pokok nanas, seperti nanas jenis smooth cayenne (Jenis sarawak), atau nanas jenis moris. Sebagai contoh pada penanaman nanas moris akan berlaku pecah tangkai kerana faktor cuaca, begitu juga jenis nanas baka baru iaitu jenis nanas Phillipina peratus kejayaan Aruhan pembungaan akan menurun disebabkan ketiadaan pengatahuan menghormon.
f) Pengeluaran Hasil
Tidak ada perancangan apabila tiba masa pengeluaran hasil. Tempahan dibuat secara tergesa-gesa kepada pembeli menyebabkan hantaran buah boleh tergendala dan keadaan buah akan rosak. Memetik buah tidak mengikut index kematangan seperti nanas moris, nanas sarawak, nanas N 36 untuk pasaran segar. Sepanjang perjalanan daripada menanam hingga pengutipan hasil beberapa kelemahan dan kekurangan perancangan bolih menyebabkan kerugian.
9) Serba sedikit yang dapat ditunjukkan bagaimana kesalahan dan kelemahan yang dibuat oleh pekebun dalam mengendalikan kerja penanaman nanas. Pekebun didapati tidak pernah membuat penilaian semula selepas penghasilan pertama dapat dikeluarkan. Sepatutnya mereka perlu mencari sebab sebagai contoh mengapa penghasilan yang tidak tercapai sepertimana diharapkan. Mereka mesti melihat kembali aktiviti yang dilaksanakan seperti kerja -kerja pembersihan, menanam, merumput pembajaan dan lain-lain pengurusan seperti tenaga pekerja. selepas penilaian semula telah dibuat dan dapat dikesan segala kelemahan dan halangan, maka seterusnya cuba elakan kelemahan dan kesalahan tersebut tidak berulang lagi.
10) Di bawah ini diperturunkan cara-cara dan kaedah mengikut amalan pertanian .yang betul:
a) Merancang Gerak Kerja
Pekebun kecil nanas hendaklan merancang gerak kerja dengan menyediakan segala keperluan seperti modal, ilmu dan pengalaman dalam hal penanaman nanas, tenaga pekerja, tapak tempat aktiviti menanam dan akhirnya pasaran. Semua perkara ada kait mengait diantara satu dengan yang lain. Sediakan jadual" Time Series", pengurusan masa sangat penting dalam aktiviti menanam nanas. " Time series"sangat penting sebagai" check list dalam aktiviti penanaman.
b) PembersihanTapak Kawasan
Kawasan hendaklah dibersihkan daripada semak samun dan rumput rampai dengan menebas segala semak belukar. Setelah segala semak tersebut habis di tebas biarkan ia kering. Kalau cuaca panas dalam dua ke tiga minggu segala belukar sudah boleh dibakar.
Setelah dibakar semua ranting-ranting dan dahan-dahan ranting yang tidak terbakar hendaklah di kumpul untuk diperun. Setelah kerja-kerja memerun telah dibuat, pekerjaan membina parit ladang, parit sempadan atau parit yang terkambus hendaklah dijalankan serentak. Begitu juga dengan membina jalan lorong untuk mengeluarkan buah nanas kelak.
Kerja membakar hendaklah dengan cuaca yang terang, supaya segala semak samun telah betul-betul kering, mudah dibakar. cari masa yang sesuai seperti waktu membuat pembakaran seeloknya sebelah petang, dimasa itu tiupan angin telah mula perlahan dan reda.
Sementara bekalan benih diterima, segala biji benih rumpai telah mula bercambah dan mengeluarkan dua tiga helai daun, maka pekerjaan meracun mengunakan racun paraquat hendaklah digunakan dengan kadar setiap 100 cc racun paraquat dengan 4 gelen iir, disembur secara "Blanket". Jika didapati ada tumbuh lalang hendaklah gunakan Round up dengan kadar 100 cc kepada 4 gelen air. Pengunaan racun serap Round up semasa cuaca terang dan panas, biarkan pokok lalang tersebut tumbuh sedikit tua, senang lelehan semburan mengalir terus ke perdu pokok.
Setelah dua minggu aktiviti meracun pertama telah dijalankan, untuk mempastikan segala rumpai bersih meracun rumpai hendaklan dibuat ulangan supaya tidak timbul masaalah kemudian hari. Meracun kawasan dengan tanpa tanaman nanas lebih mudah meracun rumpai di dalam kawasan nanas. Kebaikan membina parit ladang dan parit sempadan boleh mengalirkan ayer apabila hari hujan, tidak secara langsun dapat mengurangkan tahap Ph tanah. Tanah sentiasa kering tidak lembap menyebabkan sukar bagi rumpai tumbuh.
b) Menanam
Setelah rumpai telah dimusnahkan dengan meracun kali kedua dan kelihatan betul-betul mati, tempahan benih sudah bolih dibuat. Penghantaran benih hendaklah diperolehi daripada sumber yang betul dengan mendapat benih yang sihat dan segar. sebolih-bolihnya benih yang dibekalkan adalah dari kebun yang bersih dari rumpai, kerana kalau ada rumpai melekap pada anak pokok nanas sudah pasti rumpai tersebut dengan mudah tumbuh dan menimbulkan masaalah.
Kerja menanam memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang iaiui mengangkat benih selerakan dikawasan kebun, saorang membuat lubang dengan cara menuggal dan saorang lagi menanam dengan memasukkan pangkal anak pokok kedalam lubang.
Sebelum menanam benih nanas hendaklah di gred dalam kumpulan besar, sedang dan kecil. Tujuanya ialah benih yang ditanam mengikut gred akan hiduo dengan sekata berbanding tidak mengred, pokok yang kecil tengelam tidak dapat makan baja, cahaya matahari, akhirnya pokok tidak dapat mengeluarkan hasil, seterusnya penghasilan akan terjejs.
c) Merumput
Aktiviti merumput sangan penting dalam pekerjaan menanam nanas. Jika perlaksanaan merumput dibuat sambil lewa akan menjejaskan penghasilan. Ramai pekebun yang meninggalkan kebun nanas mereka kerana tidak dapat mengawal pertumbuhan rumpai...Merumpai dengan cara yang betul boleh memudahkan pekebun nanas menguruskan kebun mereka seterusnya. Saorang pekerja dapat melaksanakan kerja merumpai seluas 10 ekar. Tidak termasuk kerja-kerja lain dalam pengurusan tanaman nanas.
Setelah tiga minggu pokok-pokok nanas di tanam, racun pertama mengunakan racun pra cambah bagi menghapuskan segala rumpai yang ada dalam kawasan tanaman nanas dengan kadar bancuhan 100cc racun gasapex campur dengan 4 gelen air, disembur pada lorong nanas , segala rumpai yang tumbuh hendaklah diracun sehingga daun rumpai yang tumbuh tiga empat helai daun.
Setelah tiga minggu berlalu dengan racun pra camba, racun pra cambah ulangan kali kedua hendaklah dijalankan kerana meracun pra cambah yang kali pertama dikhutari ada pokok rumpai yang tersembunyi disebalik anak nanas tidak kelihatan, dan pula dikhuatiri biji-biji benih rumpai yang bersama hantaran dengan anak-anak nanasakan tumbuh hidup.
Sebulan selepas kerja merumput dengan cara manual, mengunakan tajak dibuat dengan berjalan setiap lorong nanas bagi mencari dan memusnahkan rumpai-rumpai yang tidak dikehendaki dan diikuti merumput pada setiap bulan hinga bulan ke 6.. Seterusnya merumput setiap dua bulan iaitu bulan ke 8,10 dan12 dengan membawa tajak sepanjang lorong mencari rumpai yang tumbun untuk dimsnahkan. Setiap tiga bulan sekali semua parit hendaklah dibersihkan dengan cara manual ataupun meracunya begitu juga dengan lorong-lorong jalan supaya tidal tumbuh sehala rumpai yang tidak dikehendaki. Rrumpai dikawasan parit dan jalan bolih menyebabkan kepada masaalah pekebun nanas.
d) Pembajaan
Pekebun yang maju dalam ilmu pertanian, mereka hendaklah mengetahui jenis-jenis baja dan kegunaanya. Dengan mengetahui ilmu baja tersebut mereka mudah mengunakan baja campuran sendiri kerana mengetahui kekurangan unsur-unsur nutrien dalam kehidupan pokok.
Dalam tanaman nanas ada dua jenis baja yang biasa digunakan, iaitu baja Compound atau baja butir seperti Netroposka NPK 15:15;15 atau NPK 12:12:17:2:Te. Satu lagi baja campuran nanas NPK 30:1:32, dengan Baja Ammonium sulphate, CIRP dan Mauriate of potash.
Baja semburan seperti urea, hydrated lime, terusi, iron dan zinc, Semua unsur-unsur tersebut mengikut kadar disembur pada tanaman nanas pada bulan ke satu setengah bulan dan bulan yang ke empat setengah. Bagi baja tabur mengikut pada kesuaian pokok dan jenis pokok, biasanya baja tabur yang pertama ialah pada bulan ke tiga, ke enam dan ke sembilan. Bagi mereka yang telah mahir dalam pengurusan pembajaan mereka menpunyai formula sendiri.
e) Aruhan Pembungaan/hormon
Tujuan aruhan pembungaan adalah bertujuan menghendaki pengeluaran buah nanas seragam, kerana sekiranya pengeluaran buah yang serentak memudahkan semasa pengutipan hasil. Kaedah aruhan pembungaan atau hormon berbedza diantara jenis nanas seperti nanas jenis sarawak (smooth cayenne) dengan nanas jenis moris dan josapine, begitu juga dengan nanas gandul, nanas masmerah dan nanas merah (Singapore Spanish)
Nanas untuk kilang seperti Singapore Spanish mengunakan seketul carbide bagi satu tong empat gelen air disemur betul-betul dipucuk nanas sebanyak 20 cc. Begitu juga nanas masmerah menggunakan bahan yang sama seperti nanas Singapore Spanish. Masa berubah penggunaan pil Anna dengan meletakan bahan tersebut pada pucuk nanas. Bagi nanas josapine aruhan pembungaan menggunakan ethrel yang di syorkan olih LPNTM, mengikut rekod kejayan yang tinggi sehingga mencapai 90% kejayaan. Bagi nanas moris, Hormon dibuat sebanyak dua kali pada nanas jenis ini, setelah hormon pertama dengan mengunakan ethrel 25 cc dicampur dengan ana pil sebantak 100 butir pil anna dengan empat gelen air disemburkan pada pucuk nanas sebanyak20 cc. Setelah hormon pertama hendaklah dibalas 32 hari hormon pertama dengan 150 biji pil anna dicampor empat gelen air disembur sebanyak 20 cc kedalam pucuk nanas moris tersebut. Tujuannya supaya mengelakan berlaku pecah pada batang buah.
Setelah nanas moris mengeluarkan jambul sebesar panjaang satu inci setengah pucuk hendaklah disembur dengan jenis kimia nama Fruitone dengan kadar 25 cc dengan empat gelen air. Ada pekebun guna fruitona setelah membuang jambul nanas moris setelah 90 hari dihormon dan disembur fruitone pada kadar 25 cc dengan empat gelen air, disembur pada hujung buah dengan kadar 20cc sebiji. Tujuan penggunaan fruitone ialan memampatkan isi buah dan melewatkan kematangan buah .dan buah akan bertambah berat dan mencapai gred besar. Perlu diingat mengunakan kimia fruitone dengan" over dose" menyebabkan kualiti buah terjejas, dan isi buah akan keras rangup seperti rasa sengkuang dan menjejaskan harga buah tersebut
Ada pihak ladang menghormon pada waktu dini hari dengan mencampurkan ketul air batu bagi mencapai peratus pengeluaran yang tinggi. Nanas yang di tanam ialah jenis sarawak Philippina, pihak ladang tersebut menerima tempahan pembelian nanas sarawak Phillipina sebagai nanas makan segar dengan harga yang tinggi, selebihnya dihantat ke kilang untuk nanas tin.
f) Pengutipan hasil
Beberapa hari sebelum pengutipan hasil, pekebun hendaklan membuat persediaan tempahan kepada pembeli supaya pengambilan buah nanas tidak terjejas. Banyak jenis nanas seperti buah nanas untuk kilang, buah untuk makan segar dan nanas makan segar untuk eksport. Jenis nanas yang dinyatakan ada caranya untuk mengendalikanya. Ini semua mempunyai ilmu dan pengalaman. Pekebun hendaklah mempelajari ilmu index kematangan buah. bagi mereka yang hendak mengetahuinya perlulah menghubungi pegawai yang terbabit dengan pemasaran nanas seperti ajensi FAMA, LPNM atau Jabatan pertanian.
11) Penilaian semula
Setelah mendapat penghasilan buah-buah nanas selama 14 ke 16 bulan menceburkan diri delam penanaman anans para pekebun hendaklah membuat penilaian semula sepanjang yang dilalui mengesan segala kelemahan dan salah silap semasa melaksanakan kerja penanaman dari sejak mula penyediaan tapak hingga pengutipan hasil mungkin matlamat yang hendak dicapai berjaya 70%, atau 80%, jika berjaya 80 peratus Alhamdulliah, cari kesilapan supaya tanaman pada seterusnya akan mencapai peratusan yang lebih tinggi lagi.
12) Penutup
Serba sedikit telah saya terangkan berkaitan dengan Pengurusan Tanaman Nanas - menilai semula amalan buruk dan baik olih pekebun. Saya sangat gembira dapat berkongsi bersama dengan para petani dalam hal pengurusan penanaman nanas,mudahan mendapat manafaat daripada ilmu yang disampaikan, Insyallah.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home