ADAKAH INDUSTRI PEKEBUN NANAS TELAH MENJADI KELAM DAN SURAMI
ADAKAH INDUSTRI PEKEBUN NANAS TELAH MENJADI KELAM DAN SURAM ?
Betulkah Industri Nanas Malaysia sekarang ini menghadapi hari-hari yang kelam dan suram seperti selalu diperkatakan ramai orang sebagai "Sunset Industry" Sejak saya meninggalkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) hampir sedekad yang lepas tidak nampak peningkatan industri itu berkembang dan berjalan pada landasan yang betul, atau saya sendiri telah ketinggalan mendapat maklumat berkaitan dengan kemajuan LPNM.
Mengikut pengamatan saya, adalah didapati banyak projek tanaman nanas di bawah pengawasan Lembaga menemui kegagalan. Kawasan tersebut ialah seperti kawasan berkolompok yang bersekala besar di Batu 13 Jalan Parit Sulong Muar. Kawasan FELDA Nita, Mersing. Kawasan berkolompok Sedili. Kawasan berkompok Pengerang, dan yang terbaru kawasan berkolompok Lembaga Pertubuhan Peladang di kawasan Kuala Kabong, Mukim Api-Api, Pontian.
Mengikut pemerhatian saya, projek-projek tersebut telah banyak mengeluarkan peruntukan dana yang bolih mencecah ratusan ribu ringgit, tetapi kalau hendak dikira dengan pulangan jauh daripada keuntungan. Saya belum lagi hendak memberi teguran apa yang berlaku di Stesen Nanas Alor Bukit yang dimileki olih LPNM, berkeluasan 299-3-00 ekar itu. Sebenarnya saya tidak mahu memberi apa-apa teguran berkaitan ladang di Stesen Alor Bukit, ditakuti menyingung anggota di Stesen tersebut.
Terakhir sebuah kilang nanas (PCM), Pekan Nanas telah ditutup gara-gara kurang mendapat bekalan buah nanas daripada ladangnya seluas 2000 ekar di kawasan Jalan Bukit Batu - Ayer Baloi.
termasuk juga kurang mendapat bekalan buah nanas daripada pekebun kecil.
Kilang nanas PCM Pekan Nanas telah dirasmikan operasinya pada tahun 1964, walaupun berlaku sedikit masaalah kilang tersebut tetap beroperasi sehingga hampir empat dekad, tetapi setelah bertukar tangan dengan pihak pengurusan baru, tidak berapa lama terus ditutup kerana menghadapi masaalah kewangan yang serious. Pekebun kecil yang menerima bantuan daripada LPNM yang bertanam dengan nanas kaleng tidak dapat pembelaan daripada sesiapa.
Saya berpendapat kegagalan kawasan berkolompok yang bersekala besar itu adalah disebabkan penjaga kawasan tidak mempunyai ilmu pengurusan tanaman nanas yang bersekala besar, jauh sekali mendapat pengalaman terlebih dahulu dalam hal pengendalian kawasan yang besar dan luas itu, disamping kurang mendapat kerjasama daripada kakitangan lembaga. Itulah sebabnya projek semuanya gagal. Itu belum mengambil kira keperluan tenaga pekerja, mengawasi musuh tanaman, termasuk pengurusan tanaman seperti penyediaan tapak, menanam dengan baka bahan tanaman yang bermutu, merumpai dan seterusnya sampai peringkat pengutipan hasil. Arah tuju pemasaran pun mesti diambil kira.
Saya merasakan sepatutnya pihak Lembaga lama dulu telah ada satu model tanaman nanas bersekala besar seperti ladangnya yang berkeluasan 300 ekar. Model tersebut bolih digunakan olih pelabur atau usahawan sebagai panduan dan rujukan. Kalau pihak Lembaga belum lagi melaksanakanya mulakan dari sekarang, buat satu bengkel dengan melibatkan saintis daripada MARDI, Pengurus-pengurus ladang seperti mereka dari ladang nanas Peninsula, Simpang Rengam dan Pengurus Ladang Nanas Parit Sikom. Ilmu dan pengalaman daripada mereka sangat-sangat diperlukan.
Adalah dicadangkan Bengkel tersebut hendaklah meliputi:
1. Keluasan tanaman yang hendak diusahakan. Sekurang-kurang 500 ekar.
2. Pembiakan benih dan penjedualan menanam.
3. Berapa ramai tenaga kerja yang diperlukan
4. Lantik saorang pengurus, Penolong Pengurus, beberapa orang penyelia yang bertanggungjawab
menjaga parit dan jalan ladang, menyimpan dan bela benih, menanam merumpai, membaja hormon pengutipan hasil, transpot, halehwal kebajikan pekerja dan lain perkara yang diperlukan.
Setelah kilang PCM ditutup ada kabar ladang nanas telah menanam dengan nanas makan segar jenis Sarawak MB2 dan Josapine ditanam seluas 50 ekar sehari. Aktiviti ini bolih menjejaskan penghasilan daripada sektor pekebun kecil. Adakah syarat ladang nanas bolih menanam nanas makan segar sedangkan mereka ada kilang mengetin. Fikirkanlah!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home