Sunday, 28 December 2014

BERKONGSI PENGALAMAN MAKAN NASI KANDAR BERATUR

 .
BERKONGSI PENGALAMAN MAKAN NASI KANDAR BERATUR

1     Pada hari 25hb. Disember 2014, jam 8.00 malam pesawat Air Asia telah meninggalkan Lapangan Terbang Senai membawa saya ke Pulau Pinang.  Tepat jam 9.10 malam pesawat kami sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa pulau Pinang.  Saya terpaksa menunggu anak saya Ain dilapangan tersebut kurang lebih satu jam kerana talian talipon Celcom pada hari itu tidak dapat berfungsi . Dengan tawakal, saya menunggu anak saya itu didepan pintu masuk  gate Nombor 1 dekat deretan teksi dan duduk di satu baris bangku panjang,  ramai manusia berpusu-pusu mungkin menunggu sesaorang seperti saya juga.

2     Saya telah membut perancangan satu bulan yang lepas menghadiri majlis perkahwinan besan saya, ibu mertua kepada Ain.  Dia telah membuat tempahan tiket pesawat Air Asia  dari tarikh 25hb  Disember 2014 hingga 27hb Disember 2014  Kunjungan ke Pulau Pinang hanya saya saorang yang menghadiri kerana isteri saya uzur dan anak saya Dr Nieza masih dalam rawatan pembedahan dalam perut.

3     Dalam saya duduk sambil menunggu, saya terpandang seperti kereta Ain yang terletak di tepi jalan, baru melangkah lima enam langkah, saya terpandang Ain keluar dari pintu masuk gate Nombor 4, saya menjerit dan memanggilnya.  Dia telah menyatakan telah menunggu satu jam tidak nampak saya yang duduk di pintu gate nombor 1.  Alhamdulliah semua telah beres.

4     Saya, Ain, suaminya yang memandu kereta dan bersama dua orang cucu kembar perempuan berumur empat tahun  sedang tidur di dalam kereta kerana menunggu saya. Perut telah berkeroncong, apa yang telah dijanjikan,  Ain telah mengajak saya untuk makan malam nasi kandar.

5     Kerana malam Raya Krismes ramai manusia sepanjang jalan yang kami lalui, hendak pula ada pesta Pulau Pinang sepanjang jalan yang kami lalui.  Tempat yang dituju belum lagi ditemui.  Menantu saya telah menyatakan telah lebih satu tahun tidak melalui jalan tersebut, banyak jalan di buat kepada satu lorong, maka lebih rumitlah perjalanan kami.

6     Setelah lebih satu jam perjalanan mencari tempat makan nasi kandar, kami telah berjumpa satu tempat kumpulan barisan manusia, dan kami mencari tempat parking tidak jauh daripada kumpulan yang berbaris itu. Pada masa itu tidak kurang 200 orang sedang berbaris menunggu giliran penempahan,  Saya menyatakan pada Ain baik kita cari tempat lain yang kurang ramai,  hendak pula dua cucu yang sedang tidur susah hendak di kejut.  Akhirnya mereka berdua kami kejut dengan menyatakan "Atuk Datang".  Saya dan Ain di minta olih suaminya beratur beliau sambil menunggu anak-anaknya di meja makan.

7     Dalam kita beratur panjang saya perhatikan ramai dikalangan bangsa Cina beratur sama dengan perbualan sesama mereka.  Ada saorang "Mat Saleh" yang lalu lalang di sebelah kami berhenti keheranan sambil bertanya apa yang sedang berlaku.  Satu kumpulan dibelakang saya menyatakan sedang menunggu giliran  tempahan nasi kandar.  Sambil berlalu "Mat Saleh" itu ketawa berdekah-dekah.  Dalam kami sedang berbaris menunggu giliran, saya terpandang sebuah bangunan tersergam betul-betul bersebelahan bangunan menjual nasi kandar.  Nama bangunan tersebut ialah Mesjid Kapitan Keling.  Kami juga terpandang di atas bangunan menjual nasi kandar tertulis tulisan Nasi Kandar Beratur, mula dibuka jam sepuluh tiap-tiap malam.

8.     Satu kumpulan enam orang termasuk perempuan sebaya anak-anak saya, mereka berbual sesama mereka dalam lorat orang luar dari Pulau Pinang.  Saorang daripada mereka menanya saya datang dari mana, saya mengatakan datang dari JB,  Cerita kami berkisar hal-hal banjir, Dia menyatakan kalau banjir besar seperti ini Muadzam pun banjir juga.  Setelah bertanya,  salah saorang adalah bekas penuntun Universiti Tenaga di Muadzam, saya juga menyatakan anak saya Jehan juga bekas penuntut diUniversiti itu juga  Panjang perbualan dan cerita kami yang berkisar hal-hal banjir, nasi kandar beratur, hal-hal pemimpin negara makan angin bermain golf di luar negara yang tidak sensitive dengan penderitaan rakyat.  Barulah mereka bercerita mereka  orang Kelantan kerana menghadiri majlis perkahwinan.  Mereka menyatakan makanan nasi kandar beratur telah tersebar luas, olih yang demikian mereka ingin mencuba makanan nasi kandar beratur tersebut. Salah saorang bertanyakan Ain bekerja dimana,  Ain menyatakan dia bekerja di PTD, Bahagian JPA.  Saorang daripada mereka telah menyatakan telah temuduga sebanyak dua kali tetapi gagal.

9     Dalam kami berbaris beratur sudah dekat dengan tempahan kami dapati masih panjang barisan belakang seperti kami mula sampai tadi.  Apabila sampai giliran daripada budak Kelantan mereka menempah enam pingan nasi semuanya, dengan lauk berlainan mangkuk.  saya perhatikan mereka menempah berbagai lauk seperti ayam goreng, daging kari, sotong,telur sotong, dan dua tiga macam lagi lauk yang ditempah termasuk minta kuah kari sekali.  Menyelirakan.  Tiba giliran saya dan Ain kami memesan nasi campur kerana bagi saya kuah yang ditaruk kedalam pingan bercampur, itulah yang mengenakan.  Kami minta ayam goreng, ikan goreng, daging dan sotong dan telurnya sekali.  Ain menempah nasi berserta kuah sekali, ayam goring, telur sotong, dan lain yang saya tidak ingat.  Dia menempah dua pingan nasi kosong untuk dua orang anaknya.  Suaminya tidak hendak kerana sudah kenyang, makan berkali-kali semasa majlis perkahwinan adiknya.

10     Dalam perbualan, suami Ain menceritakan sejarah makanan nasi kandar beratur ini pada mulanya semasa bapa kepada tuan punya nasi kandar berniaga makanan nasi tersebut mereka berniaga semasa bulan puasa, dengan jualan untuk mereka yang hendak bersahur.  Kedai ini telah dibuka tepat pukul sepuluh malam dan berakhir jam lima pagi...Lama kelamaan taukeh kedai mendapat cadangan dan galakan daripada pelanggan jualan nasi kandar hendaklah diteruskan walaupun bukan dalam bulan puasa.  Akhirnya nasi kandar beratur telah hidup kekal hingga kehari ini.

11     Kami makan sangat menyelerakan, suami Ain melihat kami makan, dia terpaksa menempah satu pinggan nasi kosong kerana lauk  masih banyak dalam pinggan kami,  Bukan saja nasi yang ditempah, nasi anak kambar pun dilalunya.  Teringat semasa saya dalam perkhidmatan dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,  Apabila membuat "Inspection" di kawasan utara kami tidak lupa makan nasi kandar  Kassim,dibulatan" round about" bersebelahan bangunan Komtar, Pulau Pinang.

12     Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya makan nasi kandar  beratur di Jalan Kapitan Keling, Pulau Pinang..Pengalaman ini saya cerita untuk berkongsi maklumat.  Cubalah siapa yang belum mencubanya.   
   

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home