PENGALAMAN MEMANCING IKAN DI LAUT DALAM
PENGALAMAN MEMANCING IKAN DI LAUT DALAM
1 Saya telah mula diperkenalkan olih datuk saya memancing ikan ialah semasa berumur sepuluh tahun. Di masa itu kami bertiga, bapa saudara, sepupu dan saya sendiri dibawa menaikki perahu melangai udang galah di Sungai Parit Baran. Saya teringat kami memperolihi bamyak udang galah.
Memandangkan waktu pada masa itu masih awal lagi, kami dibawa mudik ke kuala Sungai Ayer Baloi, sampai kami di kuala Sungai Ayer Baloi pandangan kami ke arah laut nampak dua longgok buah pulau, datuk menyatakan itu ialah Pulau Pisang. Olih sebab ayer laut masih surut, datuk membawa jauh mudik ke laut mengikuti alur sungai sehingga sampai digigi air. Setelah datuk mengikat tali perahu pada pancang yang sedia ada, kami memasang umpan anak udang pada mata kail dan terus memancing. Tiba-tiba mata pancing saya telah disambar sesuatu seperti direntap, saya terperanjat dan memegang tali pancing sekuat-kuat, dan datuk mengambil tali pancing saya yang terkena sambar olih ikan. Saekor ikan sebesar satu kilo setengah telah dapat ditewaskan . Datuk berkata, Melan dapat ikan sembilang dan bertelur pula. Nanti sampai rumah kita masak gulai pedas dan kita makan sama-sama. Bapa saudara dan sepupu yang sebaya dengan saya itu sama-sama gembira kerana meraikan tangkapan ikan yang terkena pancing saya itu..
2 Pada tahun1968, umur saya 18 tahun ketika itu, saya dan saorang kawan bernama Raman telah dipelawa olih kawan yang pada masa itu berkerja kelong ditengah laut Tampok, Benut. Pada hari yang dijanjikan, kami telah pergi ke jeti Ah Heng di Pontian untuk berangkat menaikki bot menuju ke kelong. Tuan punya kilong saorang bangsa Cina melarang kami pergi ke kelongnya kerana pada masa itu angin barat selalu berlaku ribut dan keadaan kelong yang telah buruk mudah roboh.
Kebetulan saorang budak muda Melayu menyuruh kami masuk kedalam bot bersembunyi dicelah injin bot tersebut tanpa diketahui taukeh kelong, kami dapat pergi kekelong tanpa diketahui olih taukeh tersebut. Sebelum sampai ke kelong yang di tuju, bot yang membawa kami itu menyusur dari satu kelong ke kelong yang lain menghantar ayer minuman sehingga sampai ke kelong yang akhir iaitu kelong Tampok ,dimana kawan saya ditempatkan. Bot yang menghantar air minuman pun berhenti di kilong tersebut, esok paginya bot tersebut akan menyusur ke kilong lagi untuk mengambil hasil tangkapan untuk dihantar ke pasar ikan.
Setelah sampai di kilong saya dan Raman sangat gembira dan itulah pertama kali kami dapat menjejakki kilong yang tidak pernah termimpi akan ke situ, kami dapat merasa suasana malam hari di kelong melihat ikan-ikan, sotong, ikan bawal dan ikan bilis berenang terperangkap di jaring untuk ditangkap dengan sauk. Saya lihat beberapa buah ancak berisi ikan bilis yang telah direbus dan beberapa tong berisi dengan ikan hasil tangkapan. Kami puas makan hasil tangkapan seperti udang tuaheyt, comek, ketam dan lain-lain sehingga kami kekenyangan. Besok paginya saya pulang awal kedarat mengikut bot yang mengambil hasil tangkapan di kelong, Rahman tidur semalam lagi di kilong dan balik mengikut bot yang sama besoknya.
Seminggu selepas saya balik dari kelong,saya telah mendapat kabar bahawa kawan saya yang berkerja di kelong Tampok itu telah terkena ribut, kelong tempat mereka berkerja telah runtuh kerana kena ribut. kedua-dua kawan saya itu berhanyut satu hari suntuk berpaut pada batang nibung kilong tersebut, nasib mereka baik kerana telah diselamatkan olih bot jaring. Apa akan jadi pada saya dan Raman sekira saya bersama-sama terkena ribut yang tidak tahu berenang itu.......
Pada hari ini pihak kerajaan telah mengharamkan pembinaan kelong sepanjang laut pantai Barat Semenanjung kerana hal-hal yang tertentu.
3 Saya banyak berpengalaman memancing ikan di laut dalam. Walau pun saya meminati memancing tidaklah sampai saya digelar orang gila memancing. Tempat yang saya banyak memancing ialah disekitar laut Pulau Pisang, Pontian. Di kawasan tersebut banyak" labuh "tempat ikan tinggal, seperti labuh Ah Heng, Labuh Alor Benang, Labur Temereh, Labuh Tanjong Mat Shah, Labuh Tanjung Arab, Labuh Lubang Timur, dan Labuh Lubang Barat. Jauh ke barat dari Pulau Pisang ialah Labuh Kapal Tengelam Teronoh depan laut Sengarang.
Labuh yang saya sebutkan semuanya saya telah pernah memancing. Biasanya saya pergi memancing dengan tekong dan awak-awak dengan bot pukat saya sendiri seberat 20 tan. Biasanya kami memancing setelah seharian menarik pukat, dan memancing, kami ambil kesempatan pada waktu malam dimana waktu itu kami tidak menarik memukat.
Masa dahulu kami mencari labuh dengan tidak menggunakan alat moden seperti GPS atau EKO SOUNDER. Kami hanya menggunakan "Baring" tanda pulau pisang dan samada gunung Pulai atau tanda Bukit Nyamuk. Kalau dah tepat kena baring yang ditanda, maka kami mencampakan batu kedalam laut, batu tersebut ditarik sampai terkena batu karang labuh tersebut. Begitulah kami mencari labuh di masa dahulu.
Setelah mendapat labuh, kami akan mencampakan tong gelen kosong betul-betul di atas batu karang dan di ikat dengan tali pelita lanting sebagai panduan mengalih bot semasa ayer surut dan
ayer pasang.
4 Saya ada pengalaman memancing di Labuh Ah Heng. Setelah kami dapat labuh tersebut, sauh pun dilabuh. Kapal dagang lalu lalang kiri kanan sebelah kami dengan jarak cuma lima puluh meter. Seram sejuk juga kami dibuatnya, takut-takut kalau bot kami dilanggar olih kapal dagang tersebut...Kami hanya menyalakan api bot dan lampu lanting, kalau kapal dagang dari jauh nampak menuju kearah kami, kapal tersebut akan kami suluh dengan lampu "Spot Light" kami supaya kapal tersebut beredar.
Labuh Ah Heng sedalam 30 meter, dengan perambut sepanjang tujuh depa saya mencampak umpan comek hidup yang dicedoh olih salah saorang awak-awak saya, setelah lima belas minit saya menunggu, tiba-tiba mata kail saya telah direntap saekor ikan, saya telah dapat menaikan saekor ikan "Onga" seberat lapan kilo yang dikenali dengan ikan jenahak. Dalam masa setengah jam saya telah dapat menaikan ikan-ikan jenahak sebanyak lapan ekor, sebaya beratnya. kerana menaikan ikan dengan ayer yang se dalam 30 meter, dengan rasa penat dan sakit tangan memegang tali tansi, maka saya berehat daripada memancing. Masa tersebut ikan jenahak tersebut datang ke labuh tersebut secara berkumpulan, pekerja saya masih dengan menaikan ikan yang sedang rancak makan umpan sotong pada mata pancing. Pada malam tersebut kami memperolihi berpuluh ikan jenahak hasil tangkapan kami hanya dengan memancing.
5 Saya juga ada pengalaman memancing ikan laut dalam di Pulau Sembilan , Negeri Perak bersama adik ipar Sirajuddin Pada hari yang telah ditetapkan saya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk memancing di Pulau Sembilan, Perak. Saya datang berbekalkan pancing" AMBOR" sahaja, Siraj menyatakan memancing di laut perak tidak menggunakan cara ambor, ,mereka menggunakan semuanya rod ada kalanya gunakan bateri menaikan ikan. Kedalaman ayer di sana ialah 150 meter. Kami telah pergi kekedai memancing untuk membeli "Fishing Rod" yang dibayar olih Siraj dengan harga RM 700.
Kami telah bertolak ke Sungai Bagan Datok tengah hari, seramai sebelas orang menaiki van termasuk drever berbangsa India, tuan punya kepada bot. Dengan dua hari satu malam kami telah dikenakan tiga ratus berjumlah satu package berjumlah tiga ribu ringgit, bahagian saya Siraj yang membayar.
Kami telah bertolak ke Pulau Sembilan melalui sungai Bagan Datok jam enam petang. Bot yang membawa kami dilengkapi kabin, makan disediakan dan beberapa jenis ayer panas yang tersedia hanya dengan memasak ayer dengan sendir sahaja. Selepas makan malam kami telah berhenti di satu labuh untuk memancing. Dalam perjalanan tersebut kami dapat berkenalan dengan kesemua pemancing di dalam bot, saya dapati enam orang berbangsa Cina dan empat Melayu.Saya masih ingat dalam ramai orang tersebut ada saorang berbangsa Cina berkerja dengan Syarikat Insuran dengan kerja "Valueation kereta accident" tidak dapat seekor ikan pun semasa memancing. Yang lain semuanya dapat. Saya perhatikan semasa semua tidur, beliau meminjam curi pancing yang lain mingkin dapat tuah daripada yang punya pancing, namun masih juga tidak berhasil.
Saya banyak berehat dengan berbaring di kabin bot, sementara semua orang sambil berangan mungkin memikirkan sesuatu. Saya akan mencampakan mata pancing apabila saya dapati ada ikan yang naik memakan umpan. Akhirnya saya memperolihi lima ekor ikan jenahak sebanyak lima ekor berat lima kilo setiap ekor. semua ikan-ikan saya beri Siraj sebagai ucapan terima kasih kerana dia membayarkan bayaaran sewa bot. Berbalik kepada kawan Cina tersebut dengan balik ke Kuala Lumpur tanpa saekor ikan pun. Semasa singgah di restoran kami volentier menyerahkan saekor ikan jenahak dimasak untuk kami makan bersama.
6 Semasa umur saya dalam lingkungan tiga puluhan, saya dapat berpeluang berkenalanan saorang pemancing mengunakan bot pancung, kebetulan beliau pekebun nanas yang menerima bantuan daripada jabatan saya. Namanya Bujang, tinggal di Sungai Cengkeh, Serkat. Bujang terkenal dengan memancing. Kalau pergi memancing tidak pernah yang tidak dapat ikan, Bolih dikatakan kalau dia turun ke laut persediaan bahan untuk memasak sudah bolih disediakan terlebih dahulu tinggal tungu ikan hasil tangkapanya sahaja, begitulah hebatnya dia.
Kawasan dia memancing ialah di kawasan Pulau Merambung sehingga ke kawasan kilong satu sampai kilong nombor sembilan dalam perairan Singapura. Saya pernah mengikuti beliau memancing di perairan Singapura, kami dapat beberapa ekor ikan aruan tasik dan ikan pari yang seberat 15 kilo, beberapa ekor ikan aruan tasik pukul rata seberat 15 kilo saekor. Semua ikan-ikan diberi saya untuk di bawa pulang. Jadi satu kerja membawa ikan-ikan tersebut dihantar ke pasar untuk di siang kerana terlalu besar.
7 Di tempat saya di Pontian, ada beberapa orang yang sanggup menyewakan botnya membawa pemancing di sekitar Pulau Pisang dengan dikenakan bayaran RM 400 satu package, seramai empat ke lima orang. Penyewa bot pancing ialah bernama pertama, Noh Botak, dan saorang lagi nama Leman Pet-Pet. Kedua-dua beralamat di Kampong Sri Dungun, Pontian Besar, Pontian.
Ada penyewa bot pukat, setelah memancing semalaman mereka diberi peluang memukat selama satu jam setengah , semua hasil tangkapan pukat di beri kepada pemancing yang menyewa bot. Bayaran sewa bot pukat adalah sekitar RM1200.
8 Itulah serba sedikit pengalaman saya memancing ikan di laut dalam di sekitar laut Pulau Pisang, Pulau Sembilan Negeri Perak dan kawasan Pulau Merambung, bekas kelong 1 hingga 9 perairan Singapura.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home