Monday, 5 January 2015

KHIDMAT PENGEMBANGAN -- DARI ASPEK PEMBANGUNAN INDUSTERI PEKEBUN KECIL NANAS DI MALAYSIA



KHIDMAT PENGEMBANGAN -- DARI ASPEK PEMBANGUNAN INDUSTRI PEKEBUN 
                                                            KECIL NANAS DI MALAYSIA


1      Sejarah Khidmatan Pengembangan Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (Sebelun di tukar kepada nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kemudianya) telah bermula secara besaran dalam Rancangan Malaysia Yang Ke 2 iaitu pada jangka masa 1970 - 1975.  Dengan melaksanakan dasar ekonomi baru (DEB).  Tujuanya ialah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor  di Malaysia sekaligus memperbaiki  kedudukan orang-orang Melayu.

2      Seiringan dengan itu Lembaga telah diberi tangungjawab mewujudkankan dua unit iaitu Unit Perkembangan dan Unit Tanam Semula Nanas.  Tujuanya ialah untuk membasmi kemeskinan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada sektor pekebun kecil.  Pada awal tahun 1971 Unit Perkembangan telah dimulakan dan seterusnya diikuti dengan pengambilan anggota Unit Tanam Semula beberapa bulan selepas itu.

3      Sektor pekebun kecil sebelum itu tidak mendapat apa-apa penerangan dan pengetahuan dalam hal teknologi tanaman  nanas secara formal daripada Lembaga.  Mereka pada masa itu kebanyakanya telah  menanam nanas kaleng iaitu nanas merah "Singapore Spanish" untuk dihantar penjualanya kekilang nanas PCM, di Pekan Nanas. 

4       Setelah anggota daripada Unit Perkembangan mula beroperasi maka pekebun-pekebun kecil telah mula dapat melaksanakan aktiviti penanaman nanas dengan cara formal daripada pegawai Lembaga mengikut sistem yang ditunjukan seperti dari segi penyediaan tapak pembersihan kebun, menanam dengan cara yang betul, merumput, membaja, hormon dan pengutipan hasil.  Mereka juga telah diajar tidak memetk buah-buah nanas yang tidak terlalu muda dan terlalu masak dikhuatiri akan menerima penolakan olih pihak kilang.

5      Disamping khidmat nasihat, kerja-kerja Pengembangan telah diluaskan skopnya seperti diantara lain melaksanakan kerja-kerja pendaftaran pekebun kecil tiap-tiap tahun bagi mendapat maklumat tanaman mereka seperti jenis nanas yang ditanam, luas, dan samada secara tunggal atau secara selingan.  Ini bagi tujuan membuat perancangan dan program disamping mengetahui jumlah keseluruhan luasnya tanaman nanas sektor pekebun kecil.  Pekebun juga telah diberi kursus teknologi tanaman nanas secara formal seperti kursus Asas, Pertengahan dan Lanjutan.  Pekebun ini telah diberi khidmat nasihat secara individu.

6      Pada pertengahan tahun 1986 Unit Perkembangan telah dicantum dengan Unit Tanam Semula dengan ditukar nama Bahagian Pembangunan.  Bahagian Pembangunan telah melaksanakan sekali gus kerja Pengembangan dan Tanam Semula.  Disamping menyalurkan bantuan melalui Tanam Semula pekebun telah diberi khidmat nasihat olih pegawai Pengembangan yang memeriksa kebun-kebun pekebun kecil.  

7      Lama kelamaan tugas pengembangan sudah menjadi tidak begitu jelas kerana tugas khidmat pengembangan yang dibuat pegawai telah banyak tertumpu kepada lawatan bantuan.
Kursus telah mula sedikit demi sedikit terabai.  Sistem baru telah diujudkan dengan nama Pusat Ceramah Berkelumpuk (PCB).  PCB ini telah diberi tanggungjaab kepada saya di masa itu, tujuanya adalah seakan-akan sama dengan Sistem 2L yang dilaksanakan olih Jabatan Pertanian.  Saya diminta mewujudkan lebih kurang 30 kawasan  berkelumpuk dan setiap kelumpuk mempunyai saorang pengerusi yang terdiri daripada pekebun kecil yang aktif seperti Ketua Kampung atau JKKK.  Setiausaha adalah terdiri saya sendiri ( Kadang-kadang saya terpaksa mengajar pengerusi memimpin mesyuarat kerana kebanyakan mereka tidak tahu mengendalikanya)  Agenda mesyuarat  antara lain adalah mengesan setiap permohonan bantuan tanam semula yang belum mendapat bantuan, menjelaskan masaalah tanaman seperti masaalah rumpai, pembajaan dan perkara yang berkaitan dengan masaalah pekebun.  Diakhir mesyuarat saya diminta menyampaikan ceramah pendik olih pekebun seperti penolakan buah olih pihak kilang, bekalan benih yang tidak bermutu olih pihak Lembaga, hal-hal penyakit buah nanas. diakhir, diadakan jamuan rengan peruntukan oleh Lembaga.

8      Setelah saya ditukar dengan diberi tanggungjaab membangunkan ladang nanas Alor bukit, PCB telah tidak disambung lagi dan mati begitu saja.  Sebenarnya saya berasa sedih dan kesal kerana Pusat Ceramah Berkelumpuk telah mati , dengan adanya PCB itu kita dapat bertemu muka menyelesaikan beberapa masaalah yang ditimbulkan pekebun, mendapat maklum balas dari masa kesemasa, yang terpenting pekebun rasa mereka dihargai ,dapat menyelesaikan masaalah yang timbul dengan pantas.

9      Zaman telah berubah tidak lagi sama dengan tiga puluh tahun  dulu, era tersebut telah berlalu intisarinya masih bolih terpakai lagi, cumanya ubah sedikit pendekatan disana sini.  Pada pendapat saya di era zaman yang  baru ini,  kerja-kerja pengembangan industri pekebun kecil memerlukan pendekatan  pengajaran kaedah "Time Series' dalam pengurusan tanaman nanas , Perlaksanaan tanaman bersekala besar,  Sistem "Contract Farming" dan cara pelaksanaanya, dan "Risikan Pasaran".  Cadangan yang saya sebutkan ini adalah sangat bermanfaat dan penting terhadap pembangunan industri pekebun nanas di Malaysia.  

10.      Kerja -kerja Pembangunan Pengembangan memerlukan pembinaan modal insan yang betul dan tepat yang dapat membantu pembangunan industri pekebun kecil nanas di Malaysia. Mereka hendaklah diberi latihan yang secukupnya mengikut peredaran zaman, kerana mereka akan menjadi penyuluh dan seterusnya gulungan sasaran menerima faedah.  Pilihlah pegawai Pengembangan yang berintregriti, bermoral dan beretika.  Untuk membuat pilihan beberapa kreteria perlu ada dalam saringan ini.  Bagi mereka yang membuat pilihan carilah mereka yang berkelulusan dalam bidang diceburi tanpa ada pilih kasih ,Insyaalah akhirnya akan menerima kejayaan.                    

 

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home