TEKNOLOGI TANAMAN NANAS MORIS
TEKNOLOGI TANAMAN NANAS MORIS
1. Tanaman nanas moris telah dilaksanakan olih pekebun kecil sejak berabad lagi. Tanaman jenis makan segar ini terus kekal sampai kehari ini, tidak seperti nanas jenis kaleng seperti nanas merah" Singapore Spanish", nanas Masmerah dan nanas PPG No 19 atau dikenali sebagai nanas Gandul. Nanas Moris adalah di dalam kumpulan "Queen" Nanas Moris tidak banyak masalah kepada serangan penyakit, mungkin mempunyi daun yang keras lagi berduri serta mempunyai akar yang kasar tidak seperti jenis kaleng yang disebutkan tadi.
2. Seingat saya pada tahun 1960 nanas ini berharga empat ke lima sen sebiji, berbanding hari ini dengan harga RM 1.35 sebiji gred A harga di ladang. estimewanya nanas ini bolih ditanam samada di atas tanah gambut atau di atas tanah meneral. Di tanah meneral kemanisanya terserlah berbanding menanamnya di kawasan tanah gambut, manis hanya pada sebelah bawah daripada pangkal buah hingga pada pertengahan isi buah.
3. Dengan perubahan teknologi, nanas Moris telah mengunakan sejenis Fruitone bagi mendapat buah yang berbentuk "gantang", isi yang sedikit mampat dan melewatkan kematangan supaya nanas menjadi sedikit berat keuntungan bagi pekebun kecil. Sekiranya kimia Fruitone tidak digunakan bentuk buah kekal besar di bawah dan akan kelihatan tirus sedikit demi sedikit dari pangkal buah hingga ke hujung buah.
4. Di sebelah Utara Semenanjung amalan pekebun kecil di sana sedikit berbeza dengan sebelah Johor dari segi praktis tanaman nanas tersebut. Ini saya kesan pada pertengahan tahun 2000 dimana mereka menanam nanas jenis ini mengunakan kaedah sistem tanaman 1:4 iaitu satu pokok ibu dan empat kali dilaksanakan dengan cara menyulam. Pengunaan hormon balas tidak dilakukan ini menyebabkan batang buah akan pecah mengakibatkan kerugian pada petani kerana buah yang rosak. Pengunaan Fruitone tidak dilakukan. Mungkin pegawai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia yang bertugas di kawasan Utara telah memberi penerangan kepada pekebun kecil di sana yang
menanam dengan nanas moris.
5. Saya akan menerangkan teknologi tanaman nanas Moris samada dikawasan tanah mineral atau di tanah gambut. Keterangan saya berlandaskan pengalaman dan perlaksanan yang telah dibuat. Diharap kita sama-sama memperolih ilmu dan pengalaman :
a) PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN.
Kawasan yang hendak diusahakan ialah samada diatas tanah gambut atau di tanah mineral. Sekiranya di tanah gambut pekebun perlu membersihkan kawasan dengan meracun samada racun serap atau racun sentuh. Sekiranya kawasan tersebut belukar, perlulah ditebas mengunakan parang panjang, biar kawasan kering dan dibakar. Perlu diingat semasa kerja pembakaran segala rumpai hendaklah betul-betul kering, dan cari masa semasa hari panas dan kering, bagi mempastikan segala rumpai dan belukar habis terbakar. Masa pembakaran ialah disebelah petang, dimana tiupan angin telah reda bagi mengelakan pembakaran melarat ke kebun sebelah atau jiran sebelah. Keliling sempadan kebun hendaklah dibersih betul sepanjang satu rantai daripada parit sempadan. Semasa pembakaran dilaksanakan pembakaran dimulai dengan arah menyungsung angin kerana mengelakan tiupan angin yang kencang. Setelah kawasanyang telah dibakar kelihatan semuanya kering, kumpul segala ranting-ranting pokok yang tidak terbakar buat longokan bakar ulangan sekali lagi. Biarkan beberapa hari supaya segala biji benih yang ada didalam tanah, semuanya bercambah. Setelah rumpai tersebut telah berdaun tiga ke empat helai hendaklah diracun dengan mengunakan racun PARAQUAT iaitu racun sentuh atau dicampurkan racun BASTA. Lakukan penyemburan semasa cuaca terang. Sekiranya ada tumbuh lalang berselerak di dalam kebun maka biarkan ia tumbuh setinggi satu kaki dan racun dengan racun serap seperti racu Mosanto ROUND UP atau racun NASA. Bagi racun sentuh Racun Paraquat sebanyak 100 cc bagi empat gelen air dicampur dengan racun Basta gunakan 50cc, disembur semua tempat dalam kawasan kebun. Kalau mengunakan satu drum 40 gelen air tambah racun tersebut dengan nisbah sepuluh kali ganda. Mengunakan mesen sembur lebih mudah pada kebun bersekala besar. Buat racun ulangan mempastikan supaya semua rumpai musnah.. Perlu diingat mebunuh semua rumpai tanpa tanaman nanas lebih mudah berbanding dengan membersih rumpai dalam pokok nanas yang telah ditanam.
Bagi tanaman di atas tanah mineral, kalau didapati kawasan dipenuhi belukar dan kayu bekas ditebang, hendaklah menyewa Bulldozer untuk menolak segala kayu yang bekas ditebang, longokan memanjang kerana mudah kering dan senang dibakar. Setelah kawasan terang kerana dibakat maka sewa pula trektor jenis bajak piring. gunakankan dua kali bajak piring bagi membalikan tanah sebelah atas iaitu "Top Soil" dan selepas itu gunakan bajak putar untuk mengemburkan tanah serta membuat batas lorong tanaman. Sebelum menanam semua rumpai yang tumbuh tiga empat helai daun sembur mengunakan Paraquat dan racun Basta.
b) PENYEDIAAN BENIH / BAHAN TANAMAN
Ada dua cara mendapatkan benih iaitu dengan cara menyimpan sendiri benih dengan membela benih didalam kebun sendiri atau menerima bekalan. Bagi mereka mendapat bantuan daripada ajensi kerajaan, biasanya ajensi akan membekalkan bahan tanaman tersebut atau pekebun membelinya sendiri terlebih dahulu dan membuat tuntutan bayaran kepada ajensi penyalur bantuan kemudianya. Bagi benih nanas Moris lilitan pada pangkal benih tersebut hendaklah 2.0 - 2.5 inci.
ini supaya masa menghormon semasa umur pokok selepas ditanam berumur tujuh bulan. Sukar mendapat bekalan benih sebesar itu, kerana pembeal mengutamakan keuntungan. Itu sebabnya pekebun kecil selalu mendapat bekalan benih yang tidak berkualiti dan bekalan benih yang tidak mengikut spek bekalan. Sekiranya pekebun menerima bekalan daripada ajensi penyalur bantuan yang tidak mengikut spek seperti benih rosak kerana lecur, terlalu kecil, tidak mengikut bilangan pokok saya mencadangkan supaya jangan membuat akuan terima
Bagi pekebun yang mempunyai benih sendiri, setelah pokok nanas telah mengeluarkan buah, pokok ibu hendaklah di bela dengan menjaganya dengan cara membuang semua daun nanas tersebut dengan menyiangnya sepanjang enam inci daripada pangkal batang. Segala daun nanas tersebut dipotong pendek dan letakan diatas lorong supaya rumpai sukar tumbuh. Pekerjaan ini dilakukan keseluruhan kebun. Setengah bulan berikutnya anak benih akan tumbuh dipangkal kelopak pangkal daun. seeloknya baja semburan hendaklah dilakukan supaya benih yang tumbuh akan cepat besar dan sihat. Sukatan baja semburan ialah 12.5 kilo urea dicmpur dengan Hydrated Lime 5.0 kilo dan terusi 150 gm dengan satu drum air 40 gelen disembur kesemua pokok yang baru ditumbuhi anak benih. Bagi pokok yang sihat bolih mengeluarkan benih diantara lima ke lima belas sulur pada setiap pokok.
c) MENANAM
Sebelum menanam pastikan segala biji benih tidak lagi tumbuh, pastikan sebelum menanam segala rumpai telah dimusnahkan. Saya sangat menitikberatkan dalam hal ini, kebanyakan pekebun gagal dalam tanaman mereka disebabkan masaalah rumpai. Penghasilan akan terjejas lebih 50% ada yang tidak dapat menerima hasil terus kerana rumpai telah meliputi tanaman nanas.
Bagi tanaman diatas tanah mineral kerana tidak mengunakan sungkupan plastic pekerjaan merumput diperingkat awal tersangatlah penting. Di tanah meneral atau tanah terbiar bekas sawah padi pengurusan rumpai tersangat penting. Parit ladang atau parit sempadan adalah nadi sesebuah kebun, tanpa parit tanah akan sentiasa berkeadaan lembap dimana rumpai mudah tumbuh dan akan menyebabkan masaalah kepada pekebun. Benih Moris yang hendak ditanam adalah dengan jarak 3.6 inci X 20 inci X 14 Inci 'berjumlah 13,750 sulur bagi satu ekar. Dengan corak "Double Two Row"
3.6 inci lorong besar, 20 inci lorong kecil dan 14 inci antara pokok selorong. Sama corak tanaman samada diatas tanam meneral atau di tanah gambut. Penanam benih hendaklah mengikut gted iaiti besar, sedang dan kecil, Adalah dicadangkan menanam mengikut petak, setiap petak mengandungi 5000 pokok, senang mengatur semasa menghormon dan pengutipan hasil, sebagai contoh, satu baris sebanyak 200 pokok dikali dengan 25 lorong bersamaan 5000 pokok, bersamaan satu lori pengangkutan. Kerja penanaman sekurangnya dilakukan seramai tiga orang, saorang kerjanya mengangkut benih dari tepi jalan besar untuk diselerakan benih-benih tersebut keseluruhan kebun, saorang membuat lubang dengan menugal mengunakan penugal dan saorang menanam. Pekerjaan menanam bolih mengunakan ramai tenaga biasanya satu ekar mereka dapat menghabiskan seluas satu ekar penanaman.
d) MERUMPUT
Semua tanaman samada diatas tanam meneral atau di tanah gambut, pekerjaan merumput mengunakan racun Pra-cambah hendaklah digunakan, racun Pra-cambah Gasapex dengan 100cc dicampur 50 cc Basta ( Pengunaan racun hendaklah berhati-hati supaya tidak terkena pada tanaman nanas) untuk empat gelen air disembur sepanjang lorong tanaman mengunakan corong dihujung kepala knep spray yang diubah suai. Pekerjaan hendaklah dijalankan semasa cuaca panas seharian. Pengalaman saya semasa mengusahakan tanaman jagung manis madu pekerja saya merumput mengunakan racun paraquat dengan basta didalam lorong jagung jika rumpat telah tinggi enam inci, mereka memijaknya rumpai tersebut terlebih dulu dan meracun rumpai-rumpai tersebut dengan teliti dan cermat. Selepas tiga minggu pekerjaan merumput mengunakan racun Pra-cambah hendaklah dibuat ulangan bagi mempastikan biji rumpai yang bercambah terselindung disebalik anak pokok nanas. kalau pekebun menerima bekalan dikhutiri biji benih rumpai melekat di celah-celah anak pokok tersebut kalau tidak dimusnahkan akan bercambah dan seterusnya berbunga dan akhirnya mengeluarkan benih lagi, menyebabkan pekerjaan merumput tidak akan habis sampai bila-bila.
Sebulan selepas merumput ulangan mengunakan racun Pra cambah, merumput secara manual dengan membawa tajak sepanjang lorong tanaman mencari rumpai yang tumbuh liar mungkin dibawa haiwan yang terbang seperti burung-burung. Pekerjaan merumput hendaklah dibuat setiap bulan dengan cara manual selama enam bulan. Merumput setiap dua bulan selepas itu iaitu bulan ke lapan dan.,bulan ke 10. Pekerjaan merumput hendaklah dilakukan di sepanjang sempadan parit sempadan bagi menghalang musuh tanaman membiak di kawasan semak tersebut seperti tikus. Lorong jalan juga perlu dibersihkan. Pekerjaan pembersihan sempadan dan lorong jalan hendaklah dibuat setiap dua bulan sekali.
e) MEMBAJA
Ada dua jenis pembajaan iaitu baja semburan dan baja tabur. Bagi pekebun kecil yang mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan mereka biasanya mengunakan baja yang dibekalkan saja. Bagi saya baja yang dibekalkan tidak mencukupi, anggaplah bantuan yang diberi itu hanya sebagai sokongan kepada pekebun, mereka hendaklah menambah dengan baja sendiri yang bolih dibeli dipasaran
Baja semburan hendaklah dibuat pada satu bulan setengah selepas pokok nanas ditanam, kedua, bulan ke tiga, ketiga, bulan ke lima dah akhir sekali ialah pada bulan ke tujuh. Pada umur pokok berumur satu bulan stengah baja semburan digunakan ialah sebanyak Urea 6 kilo, Hidrated Lime 5 kilo, Terusi 250 gram, Zinc 150 gram, Besi 150 gram dan Azmo Plant Gro 100 gram dan baja NPK15:15:15 cap Kuda Singa satu kilo.kesemua bahan tersebut dilarutkan didalam air sebanyak 40 gelen dan disembur setiap pokok dalam lorong tanaman. Oleh sebab pokok masih kecil semburan hendaklah mengunakan knap spray yang kecil semburanya. Cara menyembur ialah dengan mesen sembur, masuk setiap lorong besar dan berjalan dengan sedikit pantas supaya anak nanas tidak terkena terlalu basah semburan. Semburan pada bulan ketiga ialah urea 8 kilo, Hidrated Lime 6 kilo, Terusi 250 gram,gro 100 Zinc 150 gram Besi 150 gram,Azmo plan gro 100 gram dan baja NPK 15: 15: 15 Cap kuda singa sebanyak satu kilo, kesemua bahan tersebut dilarutkan didalam air sebanyak 40 gelen diaembur setiap lorong tanaman. Pengunaan baja semburan pada umur pokok satu bulan setengah dan umur pokok tiga bulan pengunaan baja semburan ialah sebanyak dua hingga tiga drum bagi seekar.
Baja semburan pada bulan ke lima ialah urea 12.5 kilo, terusi 250 gram, Hydrated Lime 10 kilo, Zinc 150 gram, Besi 150 gram, Azmo plant gro 100 gram baja NPK 12:12:17:2: cap kuda singa sebanyak satu setengah kilo. Kesemua bahan tersebut dilarutkan dalam air 40 gelen disembur setiap dua lorong besar tanaman. Setiap semburan hendaklah satu drum 40 gelen air dengan 3000 pokok tanaman nanas.Dan semburan akhir ialah pada bulan ketujuh. Urea 12.5 kilo, Hydrated Lime 10 kilo, Zinc 150 gram, Zinc 150 gram, Besi 150 gram, Azmo plant gro 100 gram dan baja NPK 12:12:17:2 cap kuda singa sebanyak satu kilo setengah. Kesemua bahan tersebut dilarutkan dalam 40 gelen air dan disembur setiap dua lorong besar tanaman. Setiap semburan hendaklah satu drum 40 gelen air dangan3000 pokok tanaman nanas.
Baja tabur adalah bulan ke dua dan bulan keenam. Pada bulan kedua gunakan baja butir NPK 15:15:15: Cap kuda singa ditabur setiap pokok sebanyak 2000 pokok setiap satu kampit 50 kilo. Baja hendaklah ditabur setiap pokok taburkan sebelah dalam lorong kecil. Pada bulan keenam gunakan baja butir NPK 12:12:17:2;Te cap kuda singa ditabur setiap pokok sebanyak 2000 pokok tabur pada lorong besar kerana pada masa itu pokok-pokok nanas telah menutupi lorong kecil
f) ARUHAN PEMBUNGAAN / HORMON
Bagi nanas Moris masa menghormon sehingga pengutipan hasil ialah selama 125 hari. Nanas jenis Moris tidak kira tempat samada ditanam dikawasan tanah meneral atau di kawasan tanah gambut memerl hormon balas, tanpa hormon balas dikhuatiri akan berlaku pecah batang buah terutama semasa terkena musim panas. Saya mempunyai pengalaman semasa lawatan ke ladang nanas Moris di kawasan Pulau Pinang saya dapati lebih 20 peratus nanas yang baru keluar buah menghadapi tangkai buah yang pecah tangkai, saya dapat menanyakan perkebun terbabit berkaitan pecah tangkai, mereka hanya menyatakan tidak tahu kenapa berlaku tanpa mendapat maklumat untuk mengatasinya. Setelah diberi penerangan kebun tersebut perlu ditaruh hormon balas, nercaya perkara pecah tangkai tidak berlaku lagi. Bayangkan hilang hasil sebanyak 20 peratus kerana pecah tangkai. Beberapa hari lepas semasa saya pergi ke Pulau Pinang, dalam perjalanan dari Kulim Bandar Baru memalui Jalan Sungai Lembu, di tepi jalan saya lihat sebidang kebun ditepi jalan bertanam dengan tanaman nanas Moris, dalam lengkungan empat ekar berumur lima bulan, Kebun dijaga dengan sempurna dan kelihatan sangat subur. Tanaman di atas tanah meneral sedikit beralun. Saya bimbang dikhuatiri pekebun tersebut tidak mendapat maklumat berkenaan hormon balas daripada wakil kakitangan Lembaga yang bertugas dikawasan tersebut. Harap mereka mendapat maklumat.
Pada umur pokok nanas berumur tujuh bulan pekerjaan menghormon perlu dijalankan. Bagi hormon yang pertama sebnyak 5000 pokok yang perlu dihormon peringkat pertama,seterusnya seminggu selepas hormon pertama buat hormon kedua pada petak seterusnya sebanyak 5000 pokok dan dilakukan dengan jarak seminggu seterusnya. Gunakan ethrel 30 cc dicampur urea setengah tutup penapis tong sembur empat gelen dan di masukkan dalam pucuk nanas sebanyak 2000 pokok bagi empat gelen tong sembur tersebut. Setelah dua minggu menghormon pertama, baja semburan terakhir iaitu baja semburan keempat . Setelah umur 32 hari hormon pertama, hormon balas hendaklah di lakukan dengan Ethrel sebanyak 30 cc dicampur dengan pill Ana sebanyak 50 biji dilarut dalam air empat gelen disembur betul-betul pada buah nanas yang baru terbit dari hujung pucuk yang berwarna merah dengan 1500 hingga 2000 pokok setiap tong empat gelen.
g) FRUITONE
Ada dua kaedah mengunakan ubat kimia Fruitone iaitu semasa membuat semburan membuang jambul nanas terlebih dahulu atau sembur pada pucuk nanas "Crown" tanpa membuang jambul. kaedah pertama buang jambul setinggi satu inci setengah selepas itu sembur dengan kimia Fruitone dengan kadar 25 cc Fruitone dengan empat gelen air semburan sebanyak 2000 biji buah. Satu lagi kaedah sembur pada pucuk "Crown" dengan bancuhan 25 cc Fruitone dengan empat gelen air disembur sebanyak 2000 biji bua nanas.
h) PENGUTIPAN HASIL
Mengikut index kematangan buah nanas sudah mula bolih dipetik pada umur pokok 125 hari dari tarikh hormon pertama. Sebanyak 5000 biji bolih dituai dan telah sedia dengan tempahan lori, Pengutipan hasil di petak kedua sebanyak 5000 biji akan menyusul dan seterusnya. Seminggu sebelum memetik setiap lorong besar hendaklah dirintis supaya mudah melaksanakan aktiviti memetik.
6. Nanas makan segar yang ada potensi adalah nanas jenis Moris dan Nanas HYBRID 1 atau dikenali dengan nanas Josapine. Nanas jenis ini senang diurus dan mudah dipasarkan berbanding dengan nanas jenis N36 dan Sarawak Phillipina MD2 kerana buah yang berharga mahal, peratus kejayaan hormon yang rendah. Dengan pengurusan yang baik, bembajaan yang cukup dan tepat pengunaanya sudah pasti peratus penghasilan nanas Moris bolih mendapat pencapaian peratus gred A akan mencapai lebih tinggi lagi.
7. Sedikit info bagi penanam nanas Moris di kawasan Selatan Semenanjung elakan membuat pengutipan hasil pada bulan-bulan March,April dan Mei kerana pada masa tersebut pengeluaran buah berlaku penyakit "Mata Hitam" kerana faktor cuaca. Petik semasa satu dua bulan sebelum Hari Tahun Baru Cina, seloknya menanam pada bulan November dan bulan D.ecember. Risikan Pasaran saya perolehi daripada sumber yang boleh dipercayai.
.
.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home