MENGAPA TINDAKAN TATATERTIB TIDAK BOLIH DIAMBIL TERHADAP SAYA
MENGAPA TINDAKAN TATATERTIB TIDAK BOLIH DIAMBIL TERHADAP SAYA
Saya sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada saorang juruterbang Mejar Zaidi, 47 tahun kerana tuduhan kesalahan membuat kenyataan media dan beliau telah menerima hukuman dibuang kerja. Jurulatih juruterbang jet pejuang yang telah berkhidmat selama 25 tahun dengan Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM) didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat lapuran polis dan bercakap dengan media.
Saya mempunyai pengalaman sepertimana saya nyatakan pada tajuk penulisan saya ini. Ceritanya bermula begini:
Pada sekitar tahun 1987, semasa saya bertugas di Lembaga Perindustria Nanas Malaysia ( LPNM ) saya di tempatkan di Bahagian Perkembangan membuat kerja-kerja penyeliaan semua Pembantu Perkembangan. Pada setiap bulan mesyuarat Bahagian Perkembangan diadakan. Pengerusi mesyuarat pada masa itu Pengarah Perkembangan. Banyaklah perkara yang telah dibangkitkan berkaitan dengan pembangunan kemajuan sektor kecil nanas. Saya masih ingat isu panas yang saya bangkitkan ialah dengan menimbulkan sejenis baka nanas kaleng iaitu Nanas N PPG 19 yang dikenali dengan nama Nanas Gangul
Nanas jenis Gangul ini telah ditanam olih pihak Ladang Pontian Pineapple Growers (PPG) dan Ladang Peninsula Simpang Rengam secara besar-besaran sejak sedekad yang lalu. Pada masa itu LPNM menyalurkan bantuan dengan menggunakan bahan tanaman "Mass Selection" jenis Nanas Masmerah yang hanya dapat mengeluarkan hasil buah nanas dalam lengkungan sepuluh hingga dua belas tan sahaja bagi seekar, sedangkan bagi nanas Gandul bolih mencapai penghasilan hingga 28 tan dengan jumlah ekar yang sama dengan nanas Masmerah. Pada mesyuarat bulanan berikutnya saya telah membawa beberapa biji Nanas Gandul serta mengopiknya sekali untuk membuktikan kepada pengerusi dengan buah yang besar, berbentuk gantang dan dengan isi keemasan. Sangat sesuai untuk nanas kalengan. Malangnya pihak pengerusi tidak mahu memperakuinya nanas Gandul itu, alasan yang diberi ialah nanas Gandul mengandungi ronga-ronga pada isi buah dan tidak cukup berat jika ditinkan, beliau khuatir jika buah nanas tersebut menggunakan kimia "Fruitone" pada buah tersebut akan mendapat risiko semasa di pasaran.
Cadangan saya untuk menggalakan pekebun menanam dengan nanas Gandul tidak berjaya. Dengan secara kebetulan, kenalan bapa saya yang pada masa itu berkerja sebagai kerani di PPG, telah diminta olih kawanya yang berkerja sebagai penyelia ladang PPG tersebut memohon untuk mendapatkan bantuan bertanam dangan nanas Gandul. Setelah permohon tersebut telah dikemukakan olih bapa kepada saya, permohonan tersebut sangat sukar diluluskan. Saya telah memberi pandangan dan jalan supaya kawan Cina tersebut membuat surat permohonan bertulis memohon hendak menanam dengan nanas Gandul dan membekalnya sendiri baka nanas tersebut dengan menangung apa-apa kerugian yang disebabkan olih nanas Gandul tersebut. Saya yang meniliskan surat tersebut. Alhamdulliah permohonan untuk bertanam dengan Nanas Gandul telah diluluskan dengan syarat pekebun sanggup menanggung apa-apa risiko yang berlaku kepada nanas Gandul tersebut. Pihak Lembaga telah memohon kepada kerajaan untuk melaksanakan tanaman dengan kaedah sistem 1 : 2 iaitu satu kali tanam dengan dua kali pokok ratoon, cara praktis adalah pada nanas Masmerah, sedangkan jika dilaksanakan pada nanas Gandul ia tidak praktik kerana nanas Gandul sesuai dengan satu pusingan tanaman sahaja iaitu sistem 1 : 0.
Perkara tersebut telah kami timbulkan dalam mesyuarat Perkembangan, Perbincangan telah menjadi hangat dan peraturan sistem yang telah dicadangan adalah pada nanas Masmerah yang tidak sesuai dengan nanas Gandul yang terlalu banyak mengeluarkan sulur angin, hanya sesuai ditanam dengan kaedah sistem 1 : 0., sedangkan semua pekebun telah mengambil kesempatan menanam nanas Gandul.
Saya telah memberanikan diri menulis dan menghantar ke Berita Harian Berkaitan buruk baik perlaksanaan sistem 1 :2 , kerana sistem tersebut sesuai digunakan pada nanas Masmerah, pekebun telah menukarkannya dengan tanaman nanas Gandul. Saya meminta pihak akhbar tersebut menukar nama saya kepada nama samaran iaitu kalau tidak silap dengan nama MASMERAH. Selang beberapa hari rancana tulisan saya telah diterbitkan olih akhbar Berita Harian di kolum Rancana Pengarang, muka 10 dengan nama saya terpampang sebagai penulis dengan huruf besar MUZLAN MOHD YUSOFF. Saya ingatkan tulisan saya itu diterbitkan dalam ruangan harian pembaca sahaja, tetapi keluar dimuka surat 10. Ramai kawan-kawan yang mengucapkan tahniah kerana tulisan saya itu, mula-mula rasa bangga dan gembira kerana mendapat pujian dan tahniah, tetapi rasa bangga dan gembira tersebut bertukar menjadi takut, kerana selang berberapa minggu saya telah mendapat Suratan Rasmi daripada jabatan saya dengan tajuk kepala surat: Mengapa tindakan tatatertib tidak bolih diambil terhadap tuan"
Seminggu saya berfikir bagaimana hendak menjawab surat tersebut. Saya telah meminta pandangan daripada pegawai atasan saya, beliau telah memberitau sekiranya hendak menulis disurat kabar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan dan akhirnya beliau menyuruh saya menjawab dengan pertama meminta maaf, kedua nyatakan tidak tahu dan ketiga tidak akan membuatnya lagi. Ekoran daripada surat jawapan saya itu cerita tindakan tatatertib hilang begitu sahaja, mungkin surat saya itu telah disimpan dalam fail peribadi.
Itulah sedikit sebanyak cerita saya semasa berkerja di LPNM. Ada juga kawan-kawan berkata berkerja makan gaji hendaklah pandai mengambil hati Bos, apa-apa yang diarahkan buat jangan banyak soal, buat dulu kalau tidak dapat baru bertanya, setiasa cakap yes bos, tengok perangai bos dahulu, study, buat yang dia suka jangan sekali melawan, jangan buat benda yang dia tidak suka. Selamat.
Saya masih teringat pada Mejar Zaidi Bin Ahmad! Kesian dan banyak sabar......
4 Comments:
Assalamualikum En Muzlan
Adakah sesuai tanam secara ratton utk Nanas Sarawak Thailand.tk
Assalamualikum En Muzlan
Adakah sesuai tanam secara ratton utk Nanas Sarawak Thailand.tk
Salam.. Saya sekarang mencari sulur keladi untuk berubat. Encik Muzlan tau tak kat mana saya boleh dapatkan sulur keladi di kawasan KL? Terima kasih.
Assalamualaikum wbt. untuk makluman penulis blog ini iaitu ayahanda saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017, mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yang tidak dibalas. Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penulisan Arwah ya. Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Terima kasih.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home