PANDUAN PEMBAJAAN NANAS JOSAPINE (MARDI HYBRID 1)
PANDUAN PEMBAJAAN NANAS JOSAPINE (MARDI HYBRID 1)
Seperti hidupan samada haiwan, manusia memerlukan pemakanan untuk hidup dan kesihatan, begitu juga dengan jenis-jenis tumbuhan yang memerlukan kesuburan. Berbeza dengan manusia, tumbuhan hidup dan tumbuh dengan melalui proses fotosintesis. Proses ini berlaku di dalam daun-daun hijau dengan bantuan zat galian, gas kabon dioxide dan udara diamping proses fotosintesis memerlukan cahaya matahari, air dan klorofii.
Nanas baka kacukan Josapine telah diperkenalkan olih MARDI pada pertengahan tahun 1985 dan baka tanaman tersebut telah tersebar luas penanamanya di seluruh negara. Mengikut sejarahnya, nanas Josapine ini telah menjangkau 20 tahun ia bertahan. Nanas yang popular dengan buah makan segar ini disyorkan olih MARDI, pembajaanya dengan 356 kg "Ammonium Sulphate" + 5 kilo CIRP +133 kg "Murite of Potash" sehekter tiap-tiap pembajaan pada tiga, enam dan sembilan bulan selepas ditanam. Sekarang ramai pekebun maju telah mengubah suai kaedah pembajaan nanas ini supaya hasilan daripada pembajaan dapat meningkatan penghasilan tanpa menjejaskan kualiti buah.
Syor pembajaan ::tanaman nanas Josapine :
Umur
Pokok Keadah pembajaan
(Bulan)
1.5 Baja semburan 1
3.0 Baja semburan 2
4.0 Baja tabur 1
5.5 Baja semburan 3
6.0 Baja tabur 2
8.0 Baja semburan 4
9.0 Baja semburan 5
10 HORMON.
Syur pembajaan pada tanaman nanas Josapine ialah dua kali baja tabur dan lima kali aktiviti baja semburan dilaksanakan iaitu pada umur pokok satu bulan setengah., bulan ketiga, bulan lima setengah, bulan ke lapan dan bulan ke sembilan. Manakala baja tabur hanya pada dua kali sahaja iaitu pada bulan keempat dan bulan ke enam.
Syur sukatan baja semburan
(40 gelen air)
bahan kuantiti(kilo)
i) urea 6
ii muriate of potash 3
iii) copper sulphate 0.5
iv) Hydrated lime 2.0
v) Azmo 0.25
Kaedah bancuhan baja semburan. Pertama isikan air di dalam tong gelen serpetiga penuh masukan hydrated lime sebanyak 2 kilo dan kacau hingga larut. Kedua larutkan copper sulphate atau terusi di dalam baldi plastik hingga larut semuanya tuangkan larut terusi tersebut ke dalam bancuhan kapur dan kacau hingga larut Seterusnya masukan urea sebanyak 6 kilo dalam larutan kapur dan terusi. tuangkan azmo dan kacau. Tuangkan air kedalam tong hingga penuh dan kacau sehingga larut.
Baja semburan hendaklah digunakan dengan mesen sembur. Perkerjaan menyembur hendaklan dilakukan seramai tiga orang iaitu saorang menjaga tong air dengan sentiasa mengacau larutan jangan ia mendak dan tersumbat pada tali getah, saorang memegang tali getah dan saorang lagi kerja menyembur dengan memasukki setiap dua lorong besar. Semburan hendaklah rata. Semburan pertama gunakan sebanyak dua drum 40 gelen air untuk satu ekar, di ikuti semburan kedua dengan jumlah bahan yang sama. Pada semburan kali ke 3, umur pokok lima bulan setengah, keempat umur lapan bulan dan ke lima bulan ke sembilan hendaklah gunakan semburan sebanyak dua drum setengah hingga ke tiga drum bagi setia[ satu ekar.
Baja semburan ini hendaklah digunakan samada pada tanaman diatas tanah gambut atau dikwasan tanah mineral.
Syur bagi baja tabur dengan menggunakan baja compound dan baja campuran pada tanaman di atas tanah gambut atau tanah mineral:
Kaedah pertama; Baja tabur, urea dua bag, potash satu bag, copper atau trusi setengah kilo dan zinc suku kilo. Bahan tersebut hendaklah dikacau dan dibancuh rata ditabur pada pokok nanas sebanyak dua kali iaitu yang pertama pada baris berkembar kecil, umur pokok empat bulan. dan kedua pada umur pokok enam bulan pada setiap lorong besar tanaman Gunakan baja tabur NPK 15 gram sepokok.
Keadah kedua: Gunakan baja campuran NPK 31.1.32, sama seperti menggunakan kaedah pertama. Dua kaedah pembajaan adalah pada pokok nanas diatas tanah gambut.
Kaedah ketiga: Baja tabur gunakan baja compound Natroposka Cap Kuda Singa 15:15;15 umur pokok empat bulan pada peringka pertama, pada peringkat baja kedua umur pokok enam bulan tabur guna baja Compound Natroposka Cap Kuda Singa 12:12:17:2:TE sebanyak 20 gran sepokok. Keadah pembajaan tabur pertama pada setiap lorong lorang kecil berkembar dan kedua setiap dua lorong besar berkembar. Kaedah ketiga ialah pada tanaman di atas tanah mineral
Tujuan pembajaan adalah menambahkan kesuburan tanah, kedua pemakanan untuk pertumbuhan pokok, pengeluaran bunga dan buah dan seterusnya akan meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.
Sedikit sebanyak kaedah pembajaan pada tanaman nanas Josapine, mudahan mendapat manafaat daripadanya..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home