Saturday, 20 December 2014

PENANAMAN NANAS MENGUNAKAN KAEDAH SUNGKUPAN PLASTIC " PLASTIC MULCH"


PENANAMAN NANAS MENGUNAKAN KAEDAH SUNGKUPAN PLASTIK "PLASTIC MULCH "

1     Dalam bidang pertanian menanam mengunakan kaedah sungkupan plastic telah lama diamalkan olih pekebun penanam sayur.  mereka mengunakanya tanam sayuran itu di atas tanah meneral.  Di atas tanah tinggi disamping pengawalan rumpai kaedah itu dapat mengelakan daripada penghakisan tanah.

2     Dalam tananam nanas, sungkupan plastik belumlagi digunakan, semasa saya bertugas di Stesen nanas Alor Bukit di awal tahun 1990an selepas beberapa tahun pengisytiharan  Varieti Nanas MARDI HYBRID 1 yang dikenali dengan nanas JOSAPINE, saya telah melaksanakan petak pengamatan pada tanaman nanas JOSAPINE mengunakan sungukupan plastik di atas tanah mineral di sebelah setor baja Stesen tersebut  Kali kedua iaitu tahun 2006 sebelum bersara, saya telah mencadangkan kepada  saorang pekebun yang menerima bantuan daripada Lembaga Perindusteria Nanas Malaysia (LPNM) mengunakan kaedah sungkupan plastic disebahagian tanaman mereka.  Mereka pada masa itu menghadapi masaalah rumpai dan tenaga  kerja.  Bantuan yang diperolehi seluas 22 ekar  tanaman dengan baka nanas sarawak Thailand.  Tanaman nanas tersebut adalah di atas tanah mineral di Kawasan Sitiawan, Perak.  

3     Tujuan utama pengunaan sungkupan plastik adalah untuk mengatasi masaalah rumpai dan tenaga kerja.  Pembajaan baja tabur dapat dilakukan sekali gus  tidak seperti keadaan biasa pada pembajaan nanas dengan membaja tabur mengikut peringkat ke tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan.  Walaupun mengunaan sungkupan plastik akan menambah kos pengeluaran kerana pembelian "Plastic Mulch" tetapi dapat menjimatkan kos upah merumput dan pembelian racun pra cambah pada kawasan nanas.

4     Di bawah ini dicatatkan faedah dan kebaikan pengunaan sungkupan plastik pada kawsan tanaman nanas.  Kawasan yang paling sesuai adalah kawasan bertanah mineral   Tanah gambut dalam adalah kurang sesuai jika pengunaan trekter kerana jentera yang berat,tetapi bolih juga digunakan dengan jentera pembajak kecil jenis kobota yang diubah suai:

    i)  Dapat mengawal pertumbuhan rumpai dengan berkesan
   ii)  Aktiviti membaja tabur dapat dibuat sekali gus pada tanaman
. iii)  Dapat menjimatkan kos merumput dan menjimatkan pengunaan tenaga kerja.
  iv)  Apabila tanah di tutupi dengan plastik, tanah sentiasa berkeadaan  lembap dan tidak kering.
   v)  Cahaya plastik yang dibentang dengan cahaya "silver shine" bolih menyebabkan pembalikan cahaya matahari dan mendapat faedah proses photosisntisis
  vi)  Pengunaan baja sekali gus sangat sesuai terutama kepada nanas jenis Hybrid seperti nanas  N 36 Sarawak.  Nanas jenis Sarawak, N 36, dan Josapine peratus pengeluaran buah yang rendah jika pembajaan dibuat terlalu dekat jarak masa dengan pengaruhan bunga.  Dijangka berlaku juga pada nanas Hybrid MD2 Sarawak Philippina 
   vii)  Penghasilan buah yang membangkan.

5.     Nanas yang bernilai tinggi, dengan harga yang mahal seperti Hybrid Josapine, N36, Sarawak dan terbaru jenis sarawak MD2.   Jenis-jenis nanas ini adalah sangat sesuai ditanam ditanah mineral. Nanas jenis untuk kaleng seperti nanas merah" Singapore Spanish", Masmerah dan nanas gandul hanya sesuai ditanam di atas tanah gambut sahaja ,tidak ditanah meneral.  Untuk pengetahuan, jenis nanas yang ditanam di atas tanah gambut kemanisan buah apabila sudah matang hanya berlaku pada pangkal buah hingga sampai dipertengahan biji buah, berbanding jenis-jenis yang sesuai ditanam ditanah meneral, isi buah akan berasa manis daripada pangkal hingga kehujung buah.

6)     Saya akan menerangkan kaedah tanaman nanas Hybrid Josapine, N36, Sarawak, dan MD2  Phillipina mengunakan kaedah sungkupan plastik di atas tanah meneral:

i)    PENYEDIAAN TAPAK / KAWASAN
       Semua kawasan tapak hendaklah di tebas atau racun dan dibakar.  Setelah kawsan tersebut dibersihkan dengan amalan yang disyorkan mengikut keterangan yang telah diberikan sebelum ini, kerja mengunakan terktor membajak piring supaya pembalikan tanah lapisan atas akan diterbalikan kebawah.  Bajakan piring akan dilakukan ulangan sebanyak sekali lagi, supaya segala akar-akar lalang terkeluar daripada tanah.  Selepas proses bajak piring  telah selesai, bajak dengan cara putar "rotto" dibuat pula bagi pengemburan tanah.

ii)    MEMBUAT BATAS TANAMAN
       Membuat "pattern tanaman" dengan cara satu batas tanam dengan dua baris tanaman dengan jarak antara lorong kecil ialah 60 cm sepanjang 50 kaki panjang.  Buat batas selebar 60 cm berikutnya dengan jarak lorong besar ialah 120 cm dan seterusnya.
        Sekira kontor tanah kelihatan sedikit beralun curam, lorong tanaman hendaklah melintang dan jangan mengikuti menuruni curam tersebut, dikhuatiri setiap lorong 120 cm akan terbina aliran parit kecil apabila tiba musim hujan.
        Setelah batas-batas tersebut dibina setinggi enam inci, sebelum membentang menutupi "plastic mulch" pertama, tanah batas hendaklah di basah dengan semburan ayer, atau biarkan terkena hujan, kedua, satu lorong tanaman nanas mengandungi dua baris tanaman iaitu 50 pokok dikalikan dengan 2 baris berjumlah 100 pokok, di darab dengan 60 gm per pokok berjumlah 1200gm iaitu bersamaan satu kilo setengah.  Baja butir NPK 15:15:15 berjumlah 40  gm dicampur dengan NPK 12:12:17:2 +TE sebanyak 20 gm digaul dan ditabur sepanjang lorong penanaman 50 kaki
      Setelah baja di tabur sepanjang lorong 50 kaki", plastik mulch" hendaklah di bentang dan menutupi  batas tanaman sepanjang jarak 50 kaki, mengelak plastik yang baru dibentang tidak berterbangan, tindih dengan benda yang berat dan lakukan seterusnya.

iii)     MENANAM
          Sebelum kerja menanam dilakukan rentang tali sepanjang lorong 50 kaki dan ditandai  dengan satu kaki diikat dngan penanda kecil sebagai panduan semasa menanam.  Untuk menanam dengan benih nanas, plastik mulch hendaklah ditebuk sepanjang tanda pada tali lorong dengan alat yang tajam dengan lubang bersais se besar tin susu yang diubahsuai,  Setelah lubang plastik ditembukan buat lubang dengan penugal dan seterusnya menanam dengan benih-benih nanas seterusnya.  Pekerjaan menanam dibuat  sehinga kerja menanam selesai.

iv)      BAJA SEMBURAN
           Baja semburan mengunakan "brodox mixture" di buat sebanyak dua kali iaitu pada pokok berumur satu bulan setengah dan pada masa umur pokoh empat bulan setengah.  kerja-kerja semburan dengan terusi, kapor hydrated lime, urea, zinz, besi dan juga AZMO plant gro.  Bagi bancuhan 40 gelen  ayer gunakan setengah kilo urea, 500 gm kapur 150 gm terusi, 150gm  zinc, 150gm ferrous, dan 100gm AZMO plant gro.  Semburan mengunakan mesen sembur dengan menyemburnya mengunakan hujung mata penyembur sedikit kembang disembur keseluruhan tanaman tidak begitu tajam, biar kesemua pokok nanas mendapat baja semburakeseluruhanya.

v)      MERUMPAI
          Kerja merumpai seluruh sempadan dan pembersihan parit dilakukan setiap 2 ke tiga bulan sekali dengan racun kimia bagi menghindar daripada sebarang jangkitan penyakit atau menghindar musuh tanaman seperti tikus.

vi)     RAWATAN PENYAKIT
          Untuk mengelakan daripada penyakit benah pokok seperti penyakit daun merah "red wilt" yang biasa berlaku pada tanaman nanas kerana serangan koya, kimia racun serangga hendaklah digunakan dengan mengunakan racun Malathion disembur keseluruhan tanaman yang terkena serangan.  Kadar bancuhan ialah 50cc bagi empat gelen air.

v)       ARUHAN PEMBUNGAAN
           Aruhan pembungaan bolihlah dibuat sepertimana keterangan diberi sebelum ini.  Bagi pokok jenis Sarawak pastikan pokok tidak terlalu tua seperti kelihatan pangkal pokok telah memungung, dikhuatiri tidak terbit buah kerana terjadi "pokok ular"

vi)      PENGUTIPAN HASIL
           Pengutipan hasil hendaklahlah dibuat pada masa buah masak mengikut index kematangan.  Kalau nanas N 36 yang hendak dieksport makan segar, panduan semasa memetik index kematangan hendaklah dipatuhi.  Pastikan pasaran telah diperolehi sebelum pengutipan hasil dilakukan

7)       PENUTUP    
 Serba sedikit kaedah menanam nanas mengunakan sungkupan plastik dan faedahnya kepada pekebun nanas yang melakasanakanya mengunakan kaedah tersebut.  Mudahan mendapat menafaat daripadnnya, amin.    
 
          










   








2 Comments:

At 3 February 2015 at 02:53 , Blogger mR_MorQ said...

Saya mahu belajar bagaimana untuk menghasilkan pokok nanas. Saya guna handphone untuk buka email & FB + saya ada masalah baca & ingat sekali semua. Kalo ade catatan saya boleh ringkaskan ke buku. Hope bagi kerjasama ye. WhatsApp / WeChat 0197743707 / ikhzad@gmail.com

 
At 12 July 2020 at 06:26 , Blogger aincomel said...

Assalamualaikum wbt. untuk makluman penulis blog ini iaitu ayahanda saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017, mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yang tidak dibalas. Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penulisan Arwah ya. Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Terima kasih.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home