Wednesday, 28 January 2015

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA : SATU PERINGATAN DAN NASIHAT, PROAKTIF DAN KERJA KUAT



     LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA :  SATU PERINGATAN DAN NASIHAT
     PROAKTIF DAN KERJA KUAT.


     Sejak kilang nanas Pekan Nanas (PCM) ditutup,  Semua mata pencarian pekebun kecil yang menanam nanas kaleng tidak dapat memasarkan buah-buah nanas mereka ke kilang PCM itu lagi.  Mereka ibarat telah kehilangan tempat bergantung.  Ajensi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak PCM itu bulanlah di bawah jagaan dan pengawasanya.  Maka dengan itu, pekebun terpaksa mencari haluan masing-masing meningalkan tanaman nanas kaleng mereka kepada tanaman seperti nanas segar, tanaman pokok kekal seperti tanaman pokok kelapa sawit, kelapa atau mencari penghidupan bidang perkerjaan  lain.

     Saya berpendapat setelah kilang nanas PCM telah ditutup peluang pekebun kecil untuk memasarkan salah satu hasil nanas kaleng telah makin kecil.  Untuk mengekakkan mereka daripada    terus meninggalkan perkerjaan penanaman nanas  sesuatu tindakan mestilah dibuat.  Perancangan yang rapi dan tersusun mestilah dimulakan dengan mewujudkan berberapa konsep demi  kelangsungan kemajuan industeri nanas di Malaysia seperti berikut:

1. KONSEP PEKEBUN PELAPIS
2. KONTREK FARMING.
3. SISTEM TANAMAN BERSEKALAR BESAR.
4. TIMESERIES DALAM TANAMAN.
5.  RISIKAN PASARAN.
6. PUSAT PENGUMPULAN DAN PEMASARAN BUAH.
7. PENGILANGAN BUAH NANAS

1.  KONSEP PEKEBUN PELAPIS.

     Konsep Pekebun pelapis ini telah lama di perkatakan, tetapi tiada sesiapa atau badan yang hendak bertanggungjwab memperkenalkanya.  Dalam hal ini  saya mencadangkan supaya LPNM  mengambil tanggungjawab dan iniasiatif meujudkan petani pelapis dengan menarik graduan yang ada asas dalam hal bidang pertanian.  Golongan ini hendaklah diberi pendedahan dalam mengendalikan tanaman nanas dengan cara komercial.  Jika kita dapat menarik golongan ini, maka genarasi ini akan melaksanakan dan membantu industri nanas berolih kemajuan, kerana mereka mahir dalam hal ilmu pertanian, seterusnya menjadi daya tarik kepada golongan yang berminat.

2.  KONTREK FARMING.

    Untuk menjamin pasaran tidak tergendala maka kondep Kontrek Farming hendaklah diujudkan supaya setiap hasil yang dikeluarkan dapat dipasarkan.  Dengan adanya perjanjian pembelian buah nanas,  penjual dan bembeli akan selamat kerana tidak berlaku lambakan buah yang tidak diambil.  Segala terma perjanjian telah dibuat seperti syarat buah-buah yang mengikut spek perjanjian, dan mengelakan kedua-dua penjual dan pembeli tidak ingkar.

3.     SISTEM TANAMAN BERSEKALA BESAR

       Pelabur atau pun usahawan yang berminat untuk mengusahakan tanaman nanas yang bersekala besar, satu " Model Tanaman Bersekala Besar"hendaklah dikemukakan kepada mereka sebagai panduan dan rujukan.  Setiap pelabur hendaklah diberi penerangan supaya mereka faham dan jelas kerana modal yang hendak dikeluarkan itu adalah tersangat besar. Mereka juga perlu diberi pengetahuan potensi dan risiko projek tersebut supaya mereka tidak tersalah pilih disebabkan penerangan yang kita beri itu biar jelas.  Setelah penerangan diberi biarlah mereka membuat keputusannya sendiri.

4     TIME SERIES DALAM TANAMAN

      Tiap-tiap penanaman nanas samada bersekala kecil atau pun besar hendaklah mempunyai jadual Time Series atau pengurusan masa.  Pengurusan masa adalah penting sebagai  "check List" dalam jadual melaksanakan dari mula menanam hinggalah pengutipan hasil.  Dengan mengikut jadual, semua aktiviti dapat dilakukan  mengikut masa dengan tepat,  dan jadual penghasilan telah dapat dirancang terlebih dahulu.

5.     RISIKAN PASARAN

       Tiap-tiap produk kormercial memerlukan risikan pasaran.  Risikan pasaran perlu ada pada penguasa kerana tidak mahu bersaing dengan produk saingan mereka.  Sebagai contoh, Penguasa A akan mengeluarkan produk b pada bulan Januari.  Penguasa B mesti mengelakan produk yang sama pada bulan Januari kerana pertembungan harga.  Kalau perkara seperti itu dapat dielakan maka harga pasaran dapat distabilkan dan tidak menghadapi kerugian dan tiada lambakan

6.     PUSAT PENGUMPULAN DAN PEMASARAN BUAH NANAS

       Tiap -tiap penghasilan buah nanas olih pekebun sewajarnya di tempatkan di Pusat Pengumpulan bauh untuk dipasarkan.  Dengan adanya pusat tersebut dapat mengurangkan atau menghapuskan orang tengah.  Selama ini harga buah nanas makan segar di tetapkan olih orang tengah, mereka mengambil kesempatan meletakan dengan harga yang rendah.  Sudah sewajarnya pihak ajensi seperti LPNM mengawal harga buah nanas mengikut pasaran kerana Lembaga tersebut mempunyai kuasa penentu, tidak secara langsung bolih membantu nasib pekebun kecil.

7.     PENGILANGAN BUAH NANAS

       Setelah kilang nanas PCM di tutup, LPNM sewajarnya mengambil tanggungjawab membantu pekebun kecil memperoses buah-buah nanas mereka seperti mengadakan kilang nanas secara mini, sebagai contoh kilang industri kecil membuat jem, ayer jus nanas.  Dengan modal yang sederhana kecil pihak LPNM mampu untuk melaksanakanya.

       Untuk melaksanakan perkara yang dinyatakan pihak LPNTM dan semua anggotanya mestilah mempunyai sifat proaktif dan kerja kuat demi menjayakan Industri nanas malaysia.  Dengan harga komiditi yang tidak menentu ini,  pekebun hendaklah digalakan mempelbagaikan jenis-jenis tanaman mereka supaya produk mereka akan stabil.  Ajar mereka cara penanaman dengan mengecilkan kos tetapi mendapat hasil yang tinggi.

       Banyak lagi perkara yang pekebun bolih diajar seperti sistem tanaman nanas secara organic, menggunakan bahan tananaman bernilai tinggi seperti baka sarawak MB2,  pendik jangka masa  menghormon nanas MB2 semasa umur pokok 6-7 bulan supaya bolih mengeluarkan hasil cepat. teknologi membuat textile daripada daun nanas atau produk daripada umbut nanas.

       Perkara yang saya cadangkan ini hendaklah menjadi satu cabaran kepada semua staf LPNM kerana mereka kebanyakannya semua saya tahu.  Semasa diadakan bengkel di Melaka sejurus saya hendak bersara pada tahun 2006, saya ada menyatakan saya akan meninggalkan lembaga bukan pergi begitu saja, tetapi akan menegur sehingga Lembaga berjalan mengikut landasan yang betul.

      Itulah janji saya. 

  

4 Comments:

At 14 September 2015 at 11:42 , Blogger Unknown said...

Salam En Muzlan, saya ingin bertanya adakah pada masa kini produk buah nanas kurang mendapat sambutan berbanding buah nenas yang segar?

 
At 21 September 2015 at 04:53 , Blogger Unknown said...

salam, sejarah penanaman nanas bak sejauh mata memandang. untuk menjawab soalan tuan, setelah kilang nanas PCM ditutup kerana masaalah pengurusan/pentadbiran, pekebun kecil nanas tidak dapat mengusahakan tanaman nanas kaleng.untuk dikilangkan. Sebagai alternatif kalau ada pun penanam hanya menanam dengan nanas segar seperti nanas moris, Josapine, N 36 dan MD2 untuk dipasarkan sebagai nanas segar. Walaubagaimana pun nanas2 seperti nanas moris, Josapine dan N36 boleh dibuat kalengan tetapi ia sesuai dijual sebagai nanas jenis segar. Sebab itu pada hari ini nanas jenis segar mendapat sambutan daripada pengguna samada tempatan atau untuk eksport nanas segar di luar nagara.

 
At 1 December 2015 at 21:31 , Blogger Unknown said...

Salam, nak tanya dimana bole saya beli serat nanas?

 
At 12 July 2020 at 06:32 , Blogger aincomel said...

Assalamualaikum wbt. untuk makluman penulis blog ini iaitu ayahanda saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017, mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yang tidak dibalas. Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penulisan Arwah ya. Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Terima kasih.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home