PERCUTIAN MILAN, ITALY
PERCUTIAN MILAN,
ITALY
Peta Milan |
Milan, Italy atau panggilan Milano oleh
Rakyak Italy terkenal dengan kota berwajah Kehindahan, Fesyen dan Kesenian. Reka bentuk bangunanya yang kelihatan rapi
dan unik.
Bangunan-bangunan dengan rumah
kediaman nampak sentiasa dijaga dengan rapi.
Tidak heranlah ia terkenal diserata dunia.
2 Beberapa tahun yang lalu saya telah
berpeluang bercuti sambil melancong ke Milan.
Saya mengambil peluang ini kerana adik ipar saya iaitu Ahmad bin Esa
bekerja dengan Tourism Malaysia, di
Milan. Beliau tinggal bersama isteri dan
dua orang anak lelaki di sebuah pasangpuri
di pinggir Bandar raya, Milan.
Isteri Ahmad, Fadilah adalah adik saya saorang guru yang bercuti tanpa gaji
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia selama mereka tinggal di Milan.
Keluarga Ahmad Bin Esa |
3 Saya bernasib baik berpeluang tinggal di
kota Milan selama dua minggu. Sebagai
kenang-kenangan, saya telah mengetuk “key board” lep top buruk saya berserta
gambar-gambar yang saya simpan di dalam album untuk diabadikan di dalam blog
saya ini.
4 Percutian saya di Milan telah dirancang
terlebih awal dan telah membuat beberapa jadual lawatan dan perjalanan selama
saya berada di Milan. Jadual tersebut
telah diuruskan oleh Ahmad kerana beliau tahu tempat-tempat yang menarik untuk
dilawati. Sepanjang saya berada di sana
Ahmad lah yang membawa saya sebagai pemandu pelancong.
5 Setelah tiba masa yang ditetapkan, saya
telah berangkat bersaorangan ke Milan dengan menaiki pesawat MAS dari lapangan
terbang Senai transit di KLIA dan Heatrow London, terus menuju ke destinasi
lapangan terbang Linate, Milan. Dengan
mengambil masa perjalanan dari rumah selama 15 jam termasuk dua kali transit di
KLIA dan Heatrow London.
6 Semua bagasi yang saya bawa bersama awal-awal
lagi telah di check in di lapangan terbang Senai, jadi tidak menjadi masaalah
bagi saya kerana barangan tersebut akan sampai bersama saya di Linate, Milan
dengan selamat tanpa menghadapi masaalah dan halangan.
7 Diantara barangan yang saya bawa itu
adalah sebuah bag besar berasingan yang berisi dengan barang makanan yang
dipesan oleh adik saya seperti ikan
kurau yang telah disejuk beku dan lain-lain
ikan bersisik yang dibungkus rapi supaya tidak cair semasa dalam
perjalanan, rempah ratus, makanan dalam tin seperti sardine, kicap dan
lain-lain barang yang sukar di perolehi di Milan. Shukor alhamdulliah semasa tiba di tempat
pemeriksaan Kastam, barangan tersebut tidak diperiksa dan dilepaskan.
8 Semasa sampai di lapangan terbang Linate
saya telah disambut oleh Ahmad di kawasan tempat menunggu. Perjalanan pulang ke pasangpuri beliau sejauh
30 km yang memakan masa perjalanan 20 minit sekiranya terafic tidak sebuk.
Sampai di Lapangan Terbang Linate |
9 Sesampai tempat penginapan mereka, saya
telah disambut oleh adik dan dua orang anak lelakinya iaitu Akmaluddin dan
adiknya Afiquddin. Kami telah
dihidangkan dengan makanan malam yang sangat menyelerakan. Sambil makan, dapatlah kami bertanyakan khabar
masing-masing.
10 Lebih kurang jam 10 malam, Ahmad telah membawa saya pergi
melihat suasana diwaktu malam kota raya “Duomo Malino” Bangunan-bangunan di
sekitaran sungguh hebat dan terpegun
saya melihatnya. Tak terkata. Saya
dibawa melihat sebuah Gereja Cathedral yang terkenal di seluruh dunia itu. Pada masa itu bangunan gereja tersebut
kelihatan gelap tersergam dan mengerunkan.
Saya dapat merakamkan satu dua keeping gambar dengan lebih dekat gereja
Cathedral dalam cahaya yang berbalam-balam.
Gambar Sisi Gereja Cathedral |
11. Seterusnya saya telah dibawa ke sebuah
restoran minuman, Ahmad telah memesan minuman cappuccino. Rasa yang sangat enak dan menyegarkan. Dia menyatakan cappuccino Milan diantara yang
terbaik rasanya dan saya bersetuju dan mengiakan cakapnya itu, hendak pula
lepas makan malam di rumahnya perlu ada minuman yang menyegarkan dan dapat menghilangkan
rasa letih selepas di perjalanan yang panjang itu.
Menikmati minuman cappuccino |
12 Selepas bersembang sambil minum
cappuccino, banyak cerita yang kami bualkan yang berkaitan hal-hal keluarga,
kampong halaman tak kurang juga saya bertanyakan suasana tinggal di negera
orang. Dia berkata kadang-kadang terasa
sunyi juga. Tepat jam 12 tengah malam,
kami pulang kerumah dan beristerihat.
VENICE
13 Setelah dapat berehat sehari, pada hari ke
tiga saya di Milan, Ahmad telah mengatur lawatan ke Venice. Mengikut ceritanya, Venice adalah satu tempat
yang menarik dan terkenal dengan tarikan pelancong-pelancong di seluruh dunia
yang mengidamkan datang ke situ. Tidak
sah rasanya kalau sudah sampai di Milan, Venice tidak dilawati.
Peta Venice |
Gondola |
Terusan Buatan manusia |
15 Venice telah diiktiraf sebagai “World
Haritage” oleh UNESCO. Ia juga dikenali
dengan namanya sebagai “ La Dominate “, “ Serenissimo”, “ Queen of the
Adriatic”, “ City of Water “, “ City of Masks “, “ City of Bridges “, ‘ The
Floating City “, dan “ City of Canals “.
Venice juga terkenal sebagai bandar raya yang cantik dan indah yang
dibangunankan oleh manusia dan diantara tempat yang romantic di Eropah.
16 Tidak ketinggalan ia juga terkenal
sebagai pusat Program Artastic terpenting dan menjadi pusat Symphoni dan Musik
Opera. Tidak heran ramai pelancong di
serata dunia mengunjunginya.
Bergambar di hadapan kereta api |
17 Kami telah bertolak ke Venice dengan
menaiki keretapi dari stesen keretapi Milan Central.
Masa perjalanan menuju ke destinasi mengambil masa selama dua jam
setengah. Di dalam train kami
ditempatkan di koc yang terdiri dua pasang penumpang di kebin yang
bertutup. Sepasang pelancong yang agak
berumur duduk menghadap kami yang dipisahkan oleh sebuah meja. Kami sempat berbual-bual dengan mereka,
kelihatan ramah. Mereka sepasang suami
isteri pelancong dari England pernah beberapa kali mengunjungi Malaysia kerana
melancong. Disamping Pulau Pinang yang di kunjungi, mereka juga pernah pergi disamping Kuala
Lumpur mereka pergi ke Sabah. Saya
teringat Sabah adalah dikenali sebagai Adventure Tourism, sebab itu ramai
orang-orang Eropah suka ke sana.
18 Kedua-dua
suami isteri ini sangat mengenali Malaysia dan tidak lupa bercerita
tentang bangunan berkembar Petronas “ Petronas Twin Tower “ dan “ Litar FI
Sepang circuit”. Rasa bangga Negara Malaysia diperkatakan……
Di atas Jambatan Venice |
19 Setibanya…….. kami berjalan-jalan kaki
menyusur di kawasan peranginan Venice yang terkenal itu bersama –sama pelancong
dari luar. Semua bangunan di sekitar
kelihatan mengagumkan. Diantara deretan
bangunan panjang, terpisah dengan canal-canal yang bolih dilalui sampan atau
gondola. Itulah laluan transport awam. Tidak ada kenderaan bermotor di kawasan
tersebut.
20 Setelah penat menyusur sekitaran kami
menaiki sampan “Gondola” yang dipandu oleh pengayuh sambil menyanyikan lagu
berbahasa Itali yang menceritkan keindahan Venice, mengikut kata Ahmad. Kami telah membayar tambang dengan wang Euro
kepada pengayuh ‘Gondola” tersebut.
21 Kami juga telah menaiki feri dan melalui
terusan atau canals bersama pelancong dengan percakapan dan perbualan yang
tidak mengerti bahasa yang digunakan oleh mereka.
22 Yang menariknya dan tidak dapat dilupakan
ialah ketika kami berbual-bual, terdengar sayup sebutan perkataan “ Selamat
Sore Pak “ dan kami terpinga-pinga
menoleh dari arah mana suara “ Selamat Sore Pak” itu. Tiba-tiba saorang pemuda berumur dalam lengkungan
awal empat puluhan merapat dan nengulur salam dengan kami. Dia menyatakan lama memerhati dan mendengar
akan perbualan kami itu. Dengan rasa
bangga, jauh dari tanah air ada juga orang menegur walau pun dalam bahasa
Indonesia. Pemuda tersebut menceritakan
yang dia pernah bekerja di Indonesia beberapa tahun dengan syarikat
Belanda. Dia ke Venice kerana melancong
sambil menghabiskan cuti tahunan. Pernah
ke Pulau Pinang transit dalam perjalanan pulang ke Belanda. Satu hari kalau ada kesempatan dia berjanji
akan datang melancong ke Kuala Lumpur.
23 Kami mengambil kesempatan merakam foto di
sekitaran peranginan Venice detik-detik saya berada di pulau peranginan yang
mengkagumkan itu. Benar apa yang
diperkatakan Venice adalah tempat yang terindah, cantik yang tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata.
24 Setelah beberapa jam kami berada di
kawasan peranginan itu, sebelum pulang kami pergi di sebuah taman bunga
berdekatan membawa bekalan yang disediakan oleh adik saya untuk menjamu
selera. Kami bertolak pulang ke Milan
sudah lewat petang. Terasa penat tetapi
puas. Selamat tinggal Venice sebuah kota
romantic dan sunguh mengasyikkan. Itulah
Venice.
Di hadapan Taman Bunga |
PASAR PAGI
25 Pada hari keempat saya telah dibawa oleh
Ahmad dan Fadilah ke jualan pasar pagi di pinggir Bandar raya Milan. Anak mereka ikut bersama. Di Milan pasar pagi yang ada seakan-akan sama
konsepnya dengan yang ada seperti di tempat kita di Malaysia, cumanya pasar
tani dan pasar malam di Malaysia jualanya rencam tidak seperti di Milan. Di Milan, nampaknya barang-barang yang dijual
disusun atur dengan kemas. Jenis jualan
ditempatkan seperti jualan barang
perhiasan, kain baju,langsir, alat solek,alat pakaian seperti kasut, tali
pinggang ditempatkan berjauhan dan jualan
buahan di sudut yang lain, begitu juga stall daging sejuk beku disudut yang
lebih jauh lagi. Nampaknya pihak berkuasa di Milan menitik beratkan
kebersihan dan kesihatan dalam aktiviti pasar pagi mereka.
26 Pelanggan atau pembeli di pasar pagi menjadikan
pasar tersebut sebagai alternaitve mereka membeli di pasaraya kerana di pasar pagi harga
barangan lebih murah, tiada bayaran sewa
bangunan dan membayar gaji pekerja.
Sepanjaang saya di Milan sebanyak tiga kali saya di bawa ke pasar pagi
untuk membeli keperluan barang rumah dan
Di Pasar Pagi |
27 Semasa di pasar pagi saya telah pergi ke
gerai menjual buahan, disamping buahan seperti orange, epal, pear dan anggur,
ternampak beberapa biji buah nanas dipamerkan.
Saya perhatikan jenis nanas tersebut seakan nanas Sarawak kalau di
Malaysia dikenali jenis nanas Sarawak MD2.
Nanas tersebut melihat lebelnya datang dari kepulauan Costa Rica. Berat
termasuk jambul (crown) kurang sedikit 1.5 kilo dengan harga RM 18 wang Malaysia.
Hantaran menggunakan kargo udara
dari kepulauan Costa Rica.
sedang menunjuk nenas MD2 |
28 Selepas kami membeli belah di pasar pagi,
kami beredar ke satu kawasan kedai menjual daging lembu yang tidak jauh dari pasar pagi tersebut. Kami menaiki kereta lebih kurang sepuluh
minit, berjumpa kedai yang menjual daging tersebut. Dari jauh penjual berbangsa Arab Mesir itu
memberi salam kepada Ahmad sambil mereka bersalam. Saya dapat meneka penjual daging itu adalah
tempat Ahmad selalu datang melangan.
Sempat juga dia bersalam dan bertanyakan kabar pada saya. Sungguh mesra dan baik hati. Setelah barang-barang keperluan dapat
semuanya, maka kami pun pulang ke rumah.
STADIUM SAN SIRO
29 Hari-hari berikutnya saya telah dibawa
melawat di stadium San Siro. Stadium ini
dikenali dengan nama Stadio Giuseppe Meazza.
Stadium bola sepak ini terletak di dalam daerah San Siro, Milan. Ia juga dikenali sebagai rumah kepada Inter
Milan dan A.C. Milan.
Di hadapan pintu masuk Stadium SanSiro |
30 Stadium ini boleh menampung seramai 80,
018 penonton. Satu daripada sepuloh
stadium terbesar di Eropah dan satu-satunya stadium bola sepak yang terbesar di
Italy. Sebanyak dua kali kejohan piala
dunia telah diadakan iaitu pada tahun
1934 dan 1938 di mana team game ialah Inter Milan. Stadium ini sebagai hos sebanyak enam
perlawanan ditahun 1990 piala dunia FIFA diadakan dan sebanyak tiga kejohanan
leage UEFA pertandingan akhir pada tahun 1965, 1970 dan 2001.
Bergambar kenangan bersama jersey bola sepak Inter Milan & AC Milan |
Bersama jersey Ronaldo |
|
31 Jika tiada pertandingan bola sepak diadakan, stadium ini digunakan untuk music konsert dan sebarang pertanding” sporting event” Acara besar pernah diadakan, seperti The Rolling Stone Concert, Bob Marley, Muse, Madonna dan Micheal Jackon.
Bersama Replika Piala |
32 Muzium bola sepak – Mengikut sejarah, stadium ini adalah yang pertama dijadikan muzium dalam stadium. Ia menceritakan sejarah bola sepak Inter Milan dan AC Milan dengan memamirkan memorinya sejak perkembangan dan ia juga menceritakan 100 tahun kejayaan dan challenging bola sepak Milan, pameran daripada pertunjukan kasut bola sepak mengunakan tungku kulit, Authenutic shirt, cup dan tropics yang dimenangi dan the legend of soccer ditunjukkan juga.
Di dalam stadium SanSiro |
33 Stadium ini dimiliki oleh Minicipality of
Milan. Mengikut rekod pada tahun 1997
jumlah penuntun adalah 83, 381 orang.
Dirasmikan pembukaanya pada tahun 19-9-1926 dan stadium ini pernah
diubahsuai pada tahun 1955 dan 1990.
34 Sekiranya tidak ada apa-apa event, muzium
ini di buka untuk pelawat, kebanyakan mereka dari luar
Milan. Tiket dikenakan untuk dewasa
berharga 7 Euro, 5 tahun sampai 14 tahun dikenakan 5 Euro sementara warga emas
berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah
percuma. Waktu melawat muzium selama dua jam setiap giliran. Selepas selesai melawat, giliran kumpulan
lain pula mengambil tempat.
34 Setelah membayar wang tiket, kami telah
di bawa menonton filem 100 tahun kejayaan dua pasukan Inter Milan da Ac Milan
selama 15 minit. JC pemain legenda
dipamerkan dengan tercatat nama dan
nombor seperti Ronaldo, Baggio, Boban, Vieri,Cirio dan Bierhoff. Slepas itu kami dibawa pemandu dimana kami
ditunjukan sejarah perkembangan bola sepak kedua-dua pasukan. Kami juga ditunjukan bola yang diperbuat
daripada kulit asli
35 Kami dibawa ke dewan dimana kawasan
tersebut berlantaikan karpet seakan padang rumput berwarna hijau. Sekiranya
tidak dapat bermain di dalam stadium kerana factor cuaca, maka inilah menjadi tempat pemain memanaskan badan
dan belajar segala taktik dan taknik.
Kami juga ditunjukan tempat mandi dan persalinan pemain selepas game.
36 Seterusnya, kami di bawa ke dalam stadium, ke tempat duduk VVIP, dibawa dan ditunjukan ke kawasan rakaman selari oleh pengulas
perlawanan oleh wartawan sukan. Dari
tempat duduk VVIP, saya kagum melihatkan
stadium San Siro yang terbesar di Italy mempunyai
tiang bulat di empat penjuru di stadium yang
sungguh besar dan unik itu.
37 Sepanjang berada di muzium dan di dalam
stadium saya telah mengambil kesempatan dan peluang merakamkan gambar stadium
San Siro untuk di bawa pulang ke Malaysia sebagai kenang-kenangan.
Di hadapan stadium SanSiro |
GEREJA DUOMO
CATHEDRAL/ DI PLAZZA DE DUOMO/ PEJABAT TOURISM MALAYSIA, MILAN
38 Pada hari ini saya telah dibawa oleh
Ahmad ke kawasan bandara raya Milan sekali gus melawat beberapa tempat seperti
gereja Duomo Cathedral, Di Plazza de Duomo dan seterusnya dibawa melihat
pejabat Tourism Malaysia di Milan.
Gereja Duomo Cathedral |
39 GEREJA DUOMO CATHEDRAL – Gereja ini
berada ditengah-tengah bandaraya Milan,
utara Italy. Bangunan Milan Catheral ( Catheral Church of Milan ) tersergam indah
dan mengagumkan bagi penganut kristian Cothelic.
Bergambar kenangan bersama Isi Kelapa |
40 Mula di bangunkan ( ground breaking )
kira-kira pada tahun 1386 dan siap
sepenuhnya pada tahun 1965. Untuk
menyiapkan pembinaan gereja ini mengambil masa yang sangat panjang iaitu selama
enam abad ( six centuries ) Untuk
membinanya memerlukan beribu buruh yang dipaksa membina canal dimana terusan
itu dijadikan sebagai pengangkutan jongkong-jongkong batu besar daripada kuari
ke Duomo. Material bangunan adalah
daripada batu Candoglio marbles.
Duomo |
41 Gereja ini adalah yang ke lima terbesar di dunia sementara yang kedua
terbesar
di Italy. Ia boleh memuat pada satu satu
masa seramai 40, 000 penganut. Ia telah
dibina oleh Archbisshop Antonio da Saluzzo.
Beberapa kali pembangunanya terkendala kerana masaalah kewangan dan idea.
Decoration dalaman telah dilaksanakan
diantara tahun 1575 hingga1585. Napoleon
Bonaparte telah dimahkotakan sebagai raja Itali di Gereja Duomo ini.
42 Terdapat jumlah yang besar monumen
dan acra, tiga altars yang beautiful
menghiasi bermacam amazing tingkap stain glass yang berwarna warni. Terdapat seni lukisan yang cantik dan halus
pembikinanya menghiasi di dalam gereja tersebut dan juga terdapat bentuk lembaga lembaga Bishop yang terbabit dalam era
zamanya di pamerkan juga.
43 Itulah gambaran gereja Cathedral, Milan yang dpat saya
ceritakan. Saya tidak masuk di dalam bangunan tersebut tetapi ramai
pelancong-pelancong yang datang di
seluruh dunia masuk menikmati keindahan gereja yang menjadi pujaan itu.
44 DI PLAZZA DE DUOMO – Saya dibawa
berjalan-jalan bersiaran di kawasan Di Plazza De Duomo. Pamandangan sungguh menarik perhatian
saya. Semua bangunan yang ada sangat
indah, berseni dan sedap mata memandang.
Di kawasan lapang terdapat ramai manusia berkumpul bersembang lelaki
perempuan, tua muda dan kanak-kanak berkejaran. Kebanyakanya saya rasa mereka sedang
menikmat keindahan suasana di situ,tidak ketinggalan termasuk saya sendiri.
Di Plazza De Duomo |
Di hadapan Kedai Kasut Moreschi |
Kenangan semasa memilih baju Boggi |
Masa di Plazza De Duomo saya telah membeli
baju berjenama Boggi buatan Madras India. Baju yang saya beli jenis cotton dengan
bercorak kotak-kotak kecil. Saya dapat
membeli sebanyak enam pasang baju Boggi.
Begitu juga saya telah membeli sepasang kasut kulit, tali leher dan tali
pingang kulit yang kesemuanya berjenama Moreschi. Sangat lumayan harganya. Ahmad menceritakan ramai VVIP dari Malaysia
datang membeli belah di Milan. Tidak hiranlah Milan menjadi syurga membeli belah bagi orang kaya.
Yang anehnya sehingga hari ini kasut kulit Moreschi belum saya gunakan
lagi. Mungkin menunggu semasa berjalan
di atas karpet merah nanti……Ahmad menyatakan kasut yang saya beli itu dipakai
oleh orang paling VVIP di Malaysia. Ya ke !
45 Setelah dapat membeli barangan yang
dikehendaki itu, kami berjalan-jalan
menyusur melihat pamiran dicermin jualan seperti kasut lelaki, wanita, alatan
pakaian yang berjenama mahal. Kami hanya
menyusur di kaki lima lorong bangunan hanya
sebagai ( window shoping ) sahaja.
Setelah penat, kami terasa lapar dan telah pergi kesatu restaurant menjual
fast food, kami menempah makanan vegetarian food berserta dengan ayer coke. Itu
lah makanan darurat kami di Milan?
46 PEJABAT TOURISM MALAYSIA, MILAN – Lawatan
yang terakhir pada hari itu ialah pergi pejabat Tourism Malaysia. Pejabat yang terletak di tengah-tengah
bandaraya Milan. Suasana pejabat amat kemas dan rapi, Ahmad sebagai ketua dan dibantu saorang yang
bercatogari B kanan dan di bantu dua orang kerani wanita berbangsa Italy. Pada masa itu sudah lewat petang dan pula
jatuh hari minggu, saya tidak berpeluang berkenalan kesemua staf Ahmad.
Di dalam Pejabat Tourism Malaysia, Milan |
47 Semasa di pejabat Ahmad, saya dapat
bertanyakan bidang tugas dan misi ajensi Tourism Malaysia di Milan. Saya banyak dapat info berkaitan ajensi
tersebut daripada Ahmad semasa di pejabatnya.
48 Kami pulang ke rumah sudah lewat
petang. Sampai di rumah kami telah
dihidangkan dengan makanan malam oleh
adik saya Fadilah. Makanan nasi yang
berlaukan ikan yang saya bawa dari Malaysia. Ikan masakan asam pedas yang
dirindui.
MASAKAN
FADILAH MENYELERAKAN
49 Selama saya di Milan, adik saya Fadilah
sentiasa memasakan
Masakan yg disediakan oleh cikgu Fadilah |
makanan enak dan rasa
yang menyelerakan. Berbagai masakan yang
telah di sajikan. Jenis-jenis masakan
makanan orang Italy seperti swastika, Spaghetti, masakan nasi dan daging
beriani serta dalca daging selangka serta bermacam masakan yang dapat dinikmati
termasuk kuih muih. Kami juga
dihidangkan dengn sate.
50 Dia pernah bercerita satu hari setelah
pulang ke Malaysia nanti, akan memohon bersara awal sebagai guru dan hendak mengubah
kerjaya sebagai pengusaha restaurant makanan.
Saya percaya dengan minat memasak yang ditunjukan itu tidak mustahil dia
akan berjaya kelak. Saya perhatikan
dengan ayer tanganya semua masakan kena selera bagi tekak saya. Mudahan dia Berjaya.
TASIK COMO/
KILANG PERABUT SEKITAR TASIK COMO
51 Hari-hari berikutnya, selepas tengah hari
Ahmad telah membawa saya pergi kesebuah tempat peranginan tasik Como. Pemandangan di sekitaran tasik tersebut
sangat indah dan menyegarkan, hendak pula dengan angin Medetererian yang
sejuk-sejuk nyaman.. Fadilah dan
anak-anak ikut bersama.
Kenangan di hadapan Tasik |
52 Mengikut rekod, panjang maximum tasik Como ialah sejauh 46 km,
lebar sejauh 4.5 km, keluasan kawasan 146km
persegi, purata kedalaman 154 meter.
Di kawasan tasik tersebut ada pulau diberi nama pulau Isola
Comacina. Ia adalah tasik yang terdalam
di Eropah. Yang ke tiga terbesar di Italy selepas tasik Garda dan tasik
Maggiore. Ia popular dengan tarikan
pelancong kerana banyak artistic dan cultural yang diperbuat daripada
stone. Banyak villa dan Istana seperti
villa Olmo. Sebanyak 1380 hotel di tasik
Como diantaranya hotel Bellagio, Varenna, Carenobbio dan Menaggio.
Kenangan di Tasik Como |
53 Ramai orang kenamaan tinggal di villa
seperti Ronaldinho dan Madonna. Tasik ini adalah diantara yang tercantik di
Eropah.
Tasik Como |
54 Setibanya kami di tepi tasik como, kami
berjalan-jalan sekitaran melihat orang-orang atau pelancong sedang
menaiki bot-bot laju menuju
ke seberang. Sebagai kenangan saya tidak melepaskan
peluang merakamkan gambar-gambar semasa diTasik Como.
55 KILANG PERABOT SEKITAR TASIK COMA - Dalam
perjalanam pulang saya dibawa Ahmad ke sebuah kilang perabut. Kilang perabut kayu tersebut nampak sederhana
besar tetapi banyak alatan misin seperti kikir, pemotong, alat pengukir dan
lain peralatan membuat perabut. Saya
dapati beberapa orang perkerja sedang tekun dengan kerja yang dibuat. Saya difahamkan kilang ini mengimpot perabut
kayu jati dari Indonesia yang telah dibuat kerusi meja yang belum di
perhalusi. Kilang inilah yang memperosesnya sehingga menjadi perabut
sampurna dan dijual dengan harga yang mahal.
Itulah kerja seni orang Italy yang belum dapat ditandingi.
56 Sedang kami melihat saorang pekerja sedang
menjalan kerja mengukir kayu menggunakan mesen, datang saorang berjumpa dan
bersalam dengan Ahmad sambil dia bercakap dalam bahasa Italy, dan menyapa Fadilah dan
anak-anak. Dia bertanyakan saya kepada
Ahmad, dan Ahmad menyatakan yang dibawa bersama adalah abang ipar yang datang dari
Malaysia. Dia mengganguk dan menyebut
Hello kepada saya. Dia menyatakan meja
minuman bergerak yang di tempah masih belum siap lagi, dia berjanji akan
menyiapkan lagi satu minggu. Sebelum beredar
, kami bersalam dan dia menyatakan selamat jalan kepada kami. Kami sampai di rumah sudah hampir Malam.
MEMBELI BELAH
DI FOX TOWN, SWITZERLAND / MEMBELI KASUT BALLY DI GENEVA
Peta FoxTown Outlet, Switzerland |
57 Pagi-pagi lagi kami telah berkemas dan bersedia untuk pergi membeli belah di Fox Town Outlet di dalam Negara Switzerland yang bersempadan dengan Milan. Sepanjang perjalana, tidak ramai manusia kelihatan, keadaan sunyi kami rasakan. Menurut Ahmad, pada musim Summer ramai orang Italy bercuti pergi melancong sama ada di luar atau di dalam Negara. Kalau mereka tidak melancong pada tahun-tahun tersebut mereka menukar alatan perabut menukarlangsir yang baru di rumah mereka. Itulah tabiat orang Italy katanya.
58 Pemandangan banjaran Alps merentas Negara
Italy, Perancis, Switerzerland, German kelihatan putih cantik dan menawan. Banjaran Alps itu tercatat yang tertinggi
diantara sempadan Perancis dan Italy. Diantara
yang terkenal ialah gunung Matterhone, jenama rokok terkenal d inegara kita
suatu ketika dulu.
Begitu juga pemandangan tasik yang
sungguh indah, ayernya biru gelap menunjukan ia sangat dalam. Tasik tersebut di kelilingi deretan bukit berbatu yang tinggi dan hanya kelihatan
rumput yang menghijau pendek di tempat-tempat yang lapang kejauhan. Sangat sesuai bagi orang yang sentimental dan
romantic pergi bercuti di sini. Saya
teringat banyak filem Hindi membuat pengambaran di Switzerland yang biasa
dilakonan seperti Shahrukh Khan, Salman Khan , Kajol dan lain lagi. Tiada gambaran yang hendak saya bayangkan
betapa indahnya pemandangan negara yang sedang saya berada ini.
59 Saya telah sampai di Ticino, Fox Town
Outlet Factory Stores, di katakan tempat membeli belah yang mewah dan
elegance. Pusat membeli belah ini
diletakan ditingkat atas mempunyai tempat parking percuma. Ada bar, restoran dan kasino. Mengandungi sebanyak 160 lot kedai jualan,
harga diskaun ditawarkan sepanjang tahun.
60 Di Fox Town ini saya telah membeli sepasang
kasut kulit
Kenangan di hadapan FoxTown Outlet |
61 MEMBELI KASUT BALLY DI GENEVA – Beberapa
hari berikutnya, kami telah pergi mencari kedai Outlet kasut bally di sebuat
Bandar kecil dipinggir banda raya Geneva.
Ahmad tahu di Outlet tersebut tengah ada jualan sale, dia mendapat
maklumat daripada staf di pejabat Tourism Malaysia di Milan. Mereka mendapat tahu daripada siaran iklan
daripada TV. Di situ ada menjual kasut
untuk lelaki dan wanita yang berjenama
Bally. Saya telah membeli setiap dua
pasang saorang untuk anak-anak perempuan termasuk isteri. Saya juga telah membeli sepasang kasut dan
sandal untuk kegunaan sendiri, sementara
untuk anak lelaki, saya belikan sepasang kasut berwarna hitam.
Pemandangan diSwitzerland |
62 Dalam perjalanan ke Geneva, kami melalui
disebuah terowong sejauh 30.8 kilo meter.
Itulah terowong paling panjang yang pernah saya lalui. Sepanjang perjalanan kami melalui jalan yang
berliku-liku, pemandangan di tepi tasik yang cantik dan indah. Switzerland yang diliputi banjaran gunung ganang,
tasik, itulah sebabnya banyak jalan yang merentas menggunakan terowong yang berbatu-batan.
63 Setelah barang-barangan yang diidamkan
telah diperolehi, kami mula berangkat pulang ke Milan sambil menikmati suasana
pemandangan Switzerland yang sungguh
nyaman dan menghiburkan. Bila rasanya saya akan dapat menjejeki lagi Negara
yang sangat kaya denga pemandangan dan keindahan ini. Banjaran Alps saolah-olah mengejar semasa kami
meninggalkan Geneva. Sampai di rumah jam
sudah menunjukan pukul sepuluh malam.
Banjaran Alps |
LEOLANDIA
MINITALIA
64 MINITALIA ada-lah satu tempat (park)
untuk pengunjung berhibur seperti
menonton pertunjukan, mainan yang seakan-akan sama konsepnya di legoland di
Johor. Orang dewasa, kanak-kanak, orang
berumur semua bolih datang mengunjung untuk menikmati permainan tersebut. Permainanya adalah dibuat khas untuk
kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang
yang telah berumur. Masuk adalah dikenakan
teket. Di dalam kawasan tersebut ada
jualan makanan, minuman. Tidak payahlah
bagi pengunjung mencari makanan di luar.
Bangunan Pisa Conding, MINIITALIA |
65 Tempat yang paling menarik yang saya
lawati adalah kita dapat melihat satu Italy dalam masa satu hari. Tempat tesebut berdekatan dengan Leolandia
dimana kawasan tersebut adalah bikinan manusia yang dibuat betul-betul
menyerupai Negara Italy, dikelingi laut tetapi dengan nisbah yang mini. Banyak bangunan bersejarah diletakan
betul-betul di tempat saolah-olah di dalam Negara Italy. Bangunan yang bersejarah semasa kegemilangan
Roman Empira beribu tahun lalu, Gereja Cathedral di Milan yang terkenal
diseluruh dunia, Stadium perlawanan semasa Roman Empira, Bangunan –banguna
gereja, Banjaran gunung Alps, Tempat peranginan Venice,Bangunan Pisa condong,
Satu Bandar tengelam oleh gunong berapi dan lain-lain yang sangat menarik.
Gereja Cathedral,MINIITALIA |
66 Semasa di Minitalia saya dapat merakam
gambar-gambar yang berlatar belakangkan bangunan yang bersejarah sebagai
kenangan. Kami menyusur segenap tempat
dinegara Italy untuk menikmati pemandangan saolah-olah dalam satu hari perjalanan satu Itali sudah
saya jejaki……….
Bangunan Bersejarah Milan, MINIITALIA |
Bangunan yg runtuh akibat gunung berapi, MINIITALIA |
67 Sesampai di Apartmant adik saya, tidak
disedari beberapa hari lagi saya akan
balik ke Malaysia kerana sudah sampai masa dua minggu saya berada di
Milan. Saya mula mengemaskan barangan yang
saya beli untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Setelah di periksa banyak juga rupanya barangan yang telah saya beli
itu.
Barangan yang dapat di beli di Milan, FoxTown & Geneva |
PULANG KE MALAYSIA
68 Sampai masa ditetapkan, dengan rasa sedih
dan pilu, sebelum berpisah, saya telah
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahmad serta keluarga kerana melayan
saya sepanjang berada di Milan. Anak
saudara saya terlalu sedih saat-saat saya berpisah semasa di Linate. “
Akmaluddin dan Afiquddin Pak Long ingin berpesan belajar rajin-rajin supaya
menjadi anak yang berguna “.
Saat hendak pulang ke Malaysia |
69 Sepanjang perjalanan di dalam pesawat, saya mengenangkan keluarga saya itu bila akan
pulang berkhidmat di Malaysia. Teringat
kata-kata Ahmad semasa sedang minum cappuccino di Duomo “kadang-kadang terasa sunyi juga”…tinggal lama di Milan………
Syukor
alhamdulliah saya telah selamat sampai di Lapangaan terbang disambut oleh
sepupu saya, Zakaria dan terus balik kerumah.