Tuesday, 24 February 2015

MASAKAN NASI BRIANI ISTIMEWA




      MASAKAN  NASI  BRIANI  ISTIMEWA

      Masakan nasi briani sangat dikenali di Negeri Johor.  Biasnya dimajlis-majlis perkhawinan,  nasi briani dihidangkan kepada para jemputan samada menggunakan hidangan untuk makanan empat orang atau secara buffet. Bermacam lauk pauk seperti lauk briani kambing, lauk daging lembu briani, ayam masak merah, daging kambing masak masam-masam manis, masakan dalca sebagai iringan nasi briani.

      Saya mempunyai pengalaman memasak nasi briani lebih sepuluh tahun.  Saya jadikan ia sebagai hobi saja.  Saya mempelajarinya dengan beberapa sahabat handai dengan melihat semasa mereka memasak nasi briani.  Ada juga saya bertanya sekiranya ada kemuskilan.  Mereka yang saya belajar masakan nasi briani seperti Paman Yasir, Pak Majid, Sabtu Arifin, Yusoff Burung, Husin Jaafar, dan lain-lain.  Ilmi yang saya perolehi daripada mereka saya rangkumkan jadi resepi masakan  saya . Saya patut berterima kasih kepada mereka kerana ilmu yang diberi.  Saya akan memberi nama masakan saya ialah dengan nama masakan nasi briani istimewa

      Saya akan memasak nasi briani apabila mendapat permintaan daripada keluarga sendiri atau diminta olih kawan-kawan.  Saya tidak pernah mengambil upah, sekiranya memasak untuk keluarga sendiri, saya terlebih dahulu mengeluarkan modal membeli bahan-bahan.  Biasanya apabila sampai Tahun Baru Cina, saya selalu memasak nasi briani untuk menghantar ke rumah mereka.  Itu kelaziman saya sejak lebih sepuluh tahun lepas, kerana saya mempunyai ramai kenalan berbangsa Tiong Hua.

      Dalam hal memasak nasi briani, saya akan menunjukkan cara memasak nasi briani, lauk daging lembu briani, daging kambing  masak masam-masam manis dan masak dalca.  Biasanya sebelum kerja memasak, barang-barang peralatan memasak perlu disediakan terlebih dahulu.  Peralatan tersebut adalah seperti periuk masak nasi, periuk lauk, dapur, gas, centong, tapis nasi, pengacau nasi atau lauk dan lain-lain yang berkaitan.  pembantu perlu ada sekurangnya dua orang untuk membantu.

      Saya akan memulakan memasak lauk briani terlebih dahulu kerana masak nasi memerlukan kuah briani untuk disimbahkan dalam nasi supaya bau nasi yang harum kerana dicampur dengan kuah briani :

1.     Sepuluh kilo daging lembu, satu kilo dipotong tiga kalau untuk hidangan makan untuk empat orang.  Jika untuk makan secara buffet satu kilo potong lapan.  Rempah briani sebanyak setengah kilo.  Ibu briani 50 gram.  Pati nasi 200 gram.  Pati lauk 100gram.  Biasanya saya perolihi daripada kedai rempah Burhan di Benut rempah-rempah tersebut.
BAHAN KISAR: Serai 12 batang, potong halus diblender halus, lainkan dalam bekas.  Lengkuas 4 ibu jari kaki, Alia 15 jari, bawang besar 15 biji, bawang kecil 1 kilo, bawang putih 5 labu, Lada merah dan hijau 30 biji potong halus masuk dalam bekas, buah tomato dipotong dadu kecil masuk dalam bekas.  Bahan kisar diblender berlainan seperti serai, bawang, alia, lengkuas berlainan bekas.
BAHAN KERING :  Tomato sos 3 botol kecil, cili sos 3 botol kecil, tomato puri 12 sudu besar, madu 10 sudu besar, krisik 2 biji kelapa, minyak sapi 12 sudu besar, kismis setengah kilo, susu cair 2 tin dengan 20 biji limau kasturi, gula melaka 1 ketul.
BAHAN PENUMIS :  Bunga cengkih 20 biji, kayu manis 3 jari, pekak 6 kuntum, bunga pelaga 10 biji, daun sop, daun bawang, daun pudina tiap satu secekak, daun ketumber sepertiga cekak.

CARA-CARA MEMASAK  :  Setelah daging dipotong dengan cara melintang, basuh dan tus.  Rempah briani dibubuh sedikit air dan uli dengan tangan supaya sebati.  Nyalakan api letak periuk masuk minyak makan3 kilo, minyak sapi10 sudu besar, masuk penumis 4 sekawan.  Setelah minyak panas masuk serai yang telah blender kacau hingga nampak garing, masuk bawang belender dan sentiasa kacau, masuk alia, bawang putih, lengkuas. Kacau biar sebati.  Setelah nampak segala bahan pecah minyak masukan rempah briani.  Kacau hingga pecah minyak dan nampak sebati.  Setelah itu masukan daging yang telah ditus ke dalam periuk, kacau sentiasa supaya tidak hangus.  Setelah itu masukan temato puti 12 sudu besar, masukan tomato sos dan cili sos  kacau sebati.  Setelah itu masukan lada besar hijau dan merah, masukan tomatu dadu kacau supaya nampak sebati, masukan daun-daun seperti sedikit daun ketumber, daun pudina, daun sadri dan daun bawanf, kacau.  Masuk kismis, masuk tairu 1 tin susu campur dengan 10 biji limau kasturi, kacau.  masuk krisik,  madu, dan gula melaka.tutup periuk, kecilkan api, selalu dikacau.  Masukan pati lauk separuh bahagian dan pati nasi suku bahagian.  Sekiranya nampak kuah hendak kering masukan sedikit air panas.  Biasanya kuah tidak kering kerana daging yang tidak direbus terlebih dulu.   Setelah daging hendak empuk masuk garam cukup rasa.  Beberapa minit hendak angkat periuk taburkan ibu beriani dalam periuk sebanyak 50 gram, tutup periuk, jangan kacau.  Setelah mati api, kacau lauk briani.  Angkat periuk.

2.  MASAK BERAS :  Beras Pulsar 6 kilo, dibasuh, tuskan dalam besen penapis selama 40 minit.  Jerang air tiga suku periuk, masukan segala lebihan bawang, alia, lengkuas yang telah diblender, bahan 4 sekawan seperti kayu manis, cengkeh, pekek dan bunga lawang, masukan sebiji hirisan tomato, hirisan sebiji bawang besar dan masukan juga daun pandan supaya wangi dan.setengah kilo garam.  Sebelum nasi dimatikan api, sediakan: kuah dan rempah briani satu mangkuk besar, hirisan daun-daun ketumber, daun bawang, daun pudina, masukan dalam satu bekas, bawang goring dan kismis dalam satu bekas, sedikit rempah briani dan pati nasi di satukan masuk dalam bekas dan sedikit kuma-kuma supaya nasi berbau harum.  Bahan pewarna dan beberapa titik bunga mawar.  Setelah air mendidih, masukan beras sentiasa kacau sehingga beras nampak tiga suku masak, setelah beras sudah tiga suku masak matikan api.  Ambil beras dalam rebusan,  ambil dengan penapis masukan dalam besen penapis sehingga semua nasi yang berada dalam periuk tersebut sudah masuk dalam besen tapis.  Periuk rebusan nasi digunakan dengan keringkan air masukan sedikit minyak sapi sapu rata pada muka periuk dan minyak lebihan kuah briani supaya apabila dimasukan nasi akan menjadi wangi dan harum nasi beiani.  Masukan beras sebanyak tiga lapis.  Taap-tiap lapis di bubuh dayn-daun, kuah dan rempah briani, kismis dan bawang goring, bahan pewarna di renjis, pati nasi dan sedikitrempah briani dan kuma-kuma, masuk nasi dan buat sehingga lapis ketiga.  Letak kertas basah dibibir periuk dan tutup dengan daun periuk rapat-rapat.  Nyalakan api paling kecil dan letak periuk atas tungku, letak benda berat supaya tidak keluar wap.  Beberapa ketika, sekiranya kelihatan keluar wap kecil disekeliling bibir periuk menendakan nasi sudah masak.  Nasi sudah siap dimasak.

3. DAGING KAMBING MASAK MASAM-MASAM MANIS :
    Daging kambing satu ekor, berat 20 kilo.  Dipotong untuk makan buffet.  Dibasuh dengan tepung gandum supaya hilang lemak dan minyak.  Bawang besar 2 kilo, bawang kecil 1 kilo,  alia setengah kilo, lengkuas sepermpat kilo. semuanya diblender.  Tomato sos dan temato cili masing-masing tiga botol besar, tomato puri 2 tin bersais tin susu, kismis digorng 1kilo, bawang besar dihiris halus digoreng 1 kilo, bawang kecil dihiris halus digoreng tiga suku kilo, masa mengoring taruk sedikit minyak sapi supaya bau wangi.   Penumis 4 sekawan, kentang 2 kilo, keret 1 kilo, susu cair 1 tin, buah tomato, minyak sapi, minyak makan, gula melaka 1 buku.
CARA-CARA :  Masukan ayer paras dengan daging kambing, masukan bahan blender, 4 sekawan dan sedikit lada hitam, jerang atas periuk.  Apabila daging separuh masak, masukan sos cili dan sos tomato dan tomato puri, kacau.  masukan goringan kismis, bawang goring kecil dan besar, kacau.  masuk gula pasir, kacau. Taruk gula melaka, susu cair sehingga warna naik cantik.  masuk keret dipotong, kentang dan kacau.  setelah daging dah hendak masak masuk buah tomato dibelah 2, tabur daun bawang, angkat.  Sebelum itu masuk garam secukup rasa.

4.  DALCA :
     Daging selangka dan tetel 5 kilo, bawang besar 3 kilo, bawang kecil setengah kilo, bawang putih 2 labu, alia 5 ini, lengkuas 3 inci dblender, serai titik 3, daun kari 10 pelepah, penumis 4 sekawan,  kacang dal 2 kilo, kacang panjang 1kilo, terung setengah kilo, keret 3 batang, kentang 10 biji, tomato 4 biji, rempah kari babas 5 senduk, lada serbuk 2 senduk, kiub knor 2 buku, sos tiram.  Sedkit lada hitam.
CARA_CARA : Setelah dibasuh dengan tepung gandum daging direbus masukan bahan blender.  Kacang dal direbus berasingan sehingga empuk.  Tumis serai, 4 sekawan, masuk daun kari, masukan kiub knor,  masuk lada serbuk kacau hingga pecah minyak, masukan sedikit lada hitam, masukan rempah yang telah dikacau sedikir air kacau hingga sebati dan pecah minyak.  masak sehingga rempah nampak betul-betul garing, tuangkan kedalam rebusan daging kacau, setelah sebati masukan kacang dal dalam rebusan daging dan rempah kari, jika pekat masuk sedikit ayer panas. masuk keret, masuk kentang, masuk 3 senduk sos tiram kacau, masuk susu cair, apabila sudah tiga suku masak, masuk kacang panjang masuk terung dan akhir masuk tomato, sedikit garam dan sedikit gula pasir.  Dah betul-betul masak dan daging empuk, angkat sedia dihidang.

      Begitulah sedikit pengtahuan masakan nasi briani, daging masakan biani, daging kambing masak masam-masam manis dan dalca .  Petua orang-orang tua apabila kita menyediakan masakan, yang pertama ialah keikhalasan kita, insyAllah akan  berjaya.

MMY      

     

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home