TEKNOLOGI TANAMAN KELADI CINA
TEKNOLOGI TANAMAN KELADI CINA
Keladi cina atau nama saintificnya colocasia essulenta merupakan sejenis keladi yang bolih dimakan. Ubinya bolih direbus, digoreng, dikukus atau boleh dibuat kuih muih. Banyak jenis keladi yang bolih dimakan seperti keladi seratah, keladi sayur, keladi cina dan terbaru ialah keladi mawar.
Saya mempunyai pengalaman bertanam keladi cina pada awal tahun 2000 dengan berkeluasan 60 ekar. Pada masa itu saya telah menyewa sebidang tanah kepunyaan Johor Copration terletak dikawasan Bukit Nyamuk, Simpang Rengam, Kluang dengan dikenakan bayaran RM 100 saekar untuk setiap setahun. Kawasan tanah tersebut adalah bekas tanaman pisang montel yang telah terbiar beberapa tahun lepas. Keadaan tanah adalah sangat sesuai dengan tanaman keladi cina, bertanah gambut nipis yang gembur, tidak ditengelami air. Kawasan keladi yang diusahakan itu telah mendapat perhatian ramai peminat yang ingin berlajar untuk menjadi usahawan keladi.
Tidak dapat dilupakan ialah satu kumpulan pelawat daripada Pegawai-Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia yang melawat keladang tanaman keladi saya itu. Dalam kunjungan itu, mereka mempelajari dan mendapatkan pengalaman ilmu teknologi tanaman keladi yang sedang saya usahakan. Diakhir lawatan mereka, saya telah memberi olih-olih beberapa biji keladi cina setiap pelawat untuk dibawa pulang. Ada diantara pegawai-pegawai tersebut mempelawa saya ke kawasan mereka untuk menunjuk ajar kepada petani ditempat masing-masing untuk belajar bertanam keladi.
Saya telah membuat perjanjian "contract farming" kepada taukeh di Batu Pahat, pada masa itu harga perjanjian pembelian keladi cina tersebut ialah pada harga A RM 1.90 sekilo dan gred B ialah 0,90 sen sekilogram. Semua jualan keladi saya telah dijual di Pasar Selayang , Kuala Lumpur. Pada hari ini jenis keladi cina yang saya tanam itu ialah RM 8.50 sekilogram pada harga dipasar. Purata berat keladi cina diantara satu kila sampai satu kilo setengah.
Tanaman keladi cina bolih mengeluarkan hasil dengan mencabut pokoknya pada umur pokok sembilan bulan hingga ke satu tahun. Setelah mencabutnya pokok keladi tersebut, buang tanah-tanah yang melekat pada umbisi dengan mengunakan pisau secara mengiring dan tarik mengunakan belakang pisau tersebut supaya umbisi tidak tercedera. Setelah dibersihkan, potong pelepah keladi jarak lima inci daripada umbisi dan dimasukan dalam bag plastik sais 50 kilo sedia untuk pasaran.
Berikut adalah cara-cara teknologi tanaman keladi cina yang telah saya usahakan dengan menunjukkan kaedah "time series" atau pengurusan masa :
BULAN KE UMUR POKOK KELADI KEGIATAN UTAMA
(BULAN)
0 A. Setelah kawasan bersih, rentang tali
sepanjang lorong sebagai penanda
"single row" selorong 2 kaki kali
3 kaki setengah iaitu setiap 2 kaki
sepokok dengan setiap 3 kaki setengah
setiap lorang besar.
B. Cangkul lubang dengan satu mata
cangkul dalam. Setiap lubang tabur
dengan segengam abu getah.
C. Cari anak pokok yang berdaun lima
helai dan potong semua daun sampai
hujung daun. Tanam dengan masuk
dalam lubang sehingga tengelam umbisi
dalam tanah.
1 1 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, Kulat.
2 2 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun seranggaa, Kulat.
3 3 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, Kulat
4 4 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, kulat
5 5 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, Kulat
6 6 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, Kulat
7 7 A. Merumput
B. Membaja
c. Rawatan racun serangga, Kulat
8 8 A. Merumput
B. Rawatan racun serangga, Kulat
9 9 A. Pengutipan hasil
10 10 A. Pengutipan hasil
11 11 A. Pengutipan hasil
12 12 A. Pengutipan hasil
Bahan tanaman anak pokok bolih didapati dari pokok induk yang telah berumur tiga bulan dengan mencabut anak pokok tersebut semasa membuat kerja merumput dengan cara manual. Cara merumput pada bulan pertama ialah dengan mencabut segala rumpai dengan menggunakan sarung tangan disetiap keliling anak pokok keladi dan lorong besar. Setelan kerja pembersihan rumput telah sampurna dilaksanakan, kerja membaja dengan mengunakan baja kompound cap kuda singa 15:15:15 dengan kadar 15 gm sepokok, tabur keliling pokok jarak 3 ke 4 cm. Setelah kerja pembajaan siap gunakan sembur mesen sebanyak 2 tong drum dengan kadar racun serangga malathion, 300 cc dan racun kulat Mancozeb setengah kilo sentiasa dikacau semasa membuat semburan supaya rata. Dengan racun serangga dapat menghapus belalang dan racun kulat menghapuskan hawar daun.
Pada umur pokok 2 bulan buat kegiatan sama seperti mana dilakukan pada bulan pertama. Setelah pokok berumur 3 bulan kerja merumput mula bertambah kerana pada masa itu tanaman telah mula mengeluarkan anak pokok yang bolih dibuat sumber anak. Biasanya satu pokok induk bolih menghasilkan tiga anak pokok setiap bulan sebagai bahan tanaman. Bahan tananam tersebut samada bolih diluaskan penanaman atau menjualkanya kepada pembeli.
Kerja pembajaan dan membuat semburan hendaklah dilakukan seperti bulan ke 2. Perlu diingat semasa membuat semburan lakukan semasa cuaca cerah tidak hujan, seeloknya lakukan masa diawal pagi atau lewat petang.
Pada bulan ke 4 perkerjaan merumput, membaja dan semburan racun serangga dan kulat sama seperti kegiataan semasa umur pokok 3 bulan. Diperingkat ini kegunaan racun semburan telah bertambah kerana pokok telah mula besar.
Pada masa umur pokok berumur 5 bulan, Perkerjaan merumput menutup tanah dengan mengaut tanah disekeliling tanaman pokok keladi menaikan tanah tersebut supaya umbisi ditutupi tanah. Perlu diingat isi keladi akan tumbuh dan menjadi umbisi bukan didalam tanah tetapi pangkal pelepah kalau ditimbus dengan tanah disekeliling pangkal ia akan menghasilkan umbisi keladi. Perkerjaan menimbus tanah sudal bolih dimulakan pada umur pokok tiga bulan. Penimbusan tanah hendaklah dibuat sedikit demi sedikit. Kerja membaja dan semburan menggunakan racun serangga dan kulat dilakukan sama seperti sebelumnya.
Pada umur pokok 6 bulan kerja merumput telah mula bertambah. Ada antara pekerja meminta bantuan kawan sekerja menolong kerja merumput bagi meminjam tenaga, mereka akan menolongnya kembali apabilan perkerjaan berkurangan. Pada masa ini baja buah hendaklah digunakan dengan menggunakan baja cap kuda singa 12:12:17:2:TE dengan kadar 20 gram setiap pokok. Racun Serangga Jenis Dragon 350 cc, dan racu kulat Top Plus 400 gm untuk satu tong drum. Pada masa ini penyemburan menggunakan 3 tong drum.
Pada umur pokok 7 bulan semua aktiviti dibuat sama sepertimana kegiatan pada bulan keenam. Pada masa ini pokok telah mula membesar dan meninggi, pokok kelihatan berwarna hijau gelap. Umbisi telah mula membesar.
Bulan ke 8 kerja pembajaan tidak lagi digunakan, cumanya kerja merumput dan semburan racun serangga dan kulat dibuat sepertimana bulan ke 7. Baja tidak lagi dibuat kerana keladi akan dibuat pengutipan hasil tidak sampai sebulan bolih berlaku pembaziran penggunaan baja. Kerja merumput dibuat untuk mempastikan kesuburan pokok keladi tidak terjejas.
Pada bulan 9,10, 11 dan 12 kerja pengutipan hasil telah mula dibuat dengan mencabut pokok-pokok keladi yang telah mula menunjukan sifat daun yang mula kering. Kerja mencabut pokok-pokok keladi mengikut jadual tempahan. Kadang-kadang tempahan dibuat sekali hantaran lebih 100 bag. Ini memerlukan ramai tenaga kerja untuk melaksanakanya.
Begitulah serba sedikit teknologi tanaman keladi cina yang pernah saya lakukan. Pada masa ini dengan nilai yang sangat tinggi saya ingin menganjurkan kepada sesiapa yang berminat, ambilah peluang keemasan ini kerana pulangan yang sangat-sangat menguntungkan.
3 kaki setengah
7 Comments:
Encik, Saya berkenaan membeli keladi dengan akarnya masih tinggal. Encik ada jual?
Tempoh penuaian hasil bagi tanaman umbisi seperti KELADI CINA lazimnya akn mngambil msa lbih kurang 6 bulan lebih.Meskipun sstngh pengusaha tpksa mngambil satu tempoh masa yang agak panjang utk melakukan aktiviti penuaian hasil namun pulangan yg diterima adlh bbaloi pda msa kini dn hal ini adlh dsbabkn faktor penjgaan dri sgla aspek hrus dilakukn demi mnjga mutu dn kualiti buah.Lazimnya hasil tuaian bagi per pokok blh mncecah shingga 400 ke 700 gram bgntung kpda pnggunaan jenis baja yg dberikan..shbungn dgn itu hrga pasaran perkilo bagi setiap hasil tuaian(buah) blh mncecah shingga Rm 7.00 shingga Rm 12.30 bdasarkn pengelasan mlalui peringkat pengredan..Justeru itu, bagi mana2 pengusaha mhupun orang awam khusunya mhu mndptkn pembelian scra ats talian blh la bhbung scra trus kpda sya Syah Hasan mlalui whatsapp ( 01110169338 )..lokasi terletak di kampung Bukit Sakong Jln Bugaya Semporna Sabah..
*harga boleh nego bdsarkn kuantiti pembelian
*taklimat dan pndedahan bhbung pnjgaan shingga ke peringkt pemasaran akn diberikn tnpa sbrang caj yg dikenakan(percuma)
*mempnyai nilai psaran yg tinggi
*tidak mmerlukn pnjgaan spnuh msa
*peratus utk mati adlh rndah serta peratus utk pncmbhan adlh tinggi
*mempunyai hayat yg lma
*sulur ank pokok yg bkualiti.
*boleh dn bbas pilih2 bentuk dan saiz ank pokok yg dikhendaki pda kdar dn hrga yg sma.
*caj perkhidmatan pengambilan anak pokok adlh ( PERCUMA )
🌱Hak dan kuasa pembeli diutamakn, kepuasan pembeli adlh prnigaan kmi🌱
Assalamualaikum wbt. untuk makluman penulis blog ini iaitu ayahanda saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017, mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yang tidak dibalas. Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penulisan Arwah ya. Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Terima kasih.
Dimanakah saya boleh dapatkan benihnya?
bohong
kalau keladi dh tua akar hampir tiada,akar kering atau mereput sendiri,kalau anak keladi banyak akar
alfatihah,jarang ada org kongsi ilmu ni,lg2 org yg berjaya dalam pertanian keladi ni,
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home