Monday, 16 February 2015

NANAS SARAWAK " SMOOTH CAYENNE ' KAITAN PEMBAJAAN DAN HORMON




      NANAS SARAWAK "SMOOTH CAYENNE ' KAITAN PEMBAJAAN DAN HORMON


      Nanas jenis sarawak "Smooth Cayenne" adalah satu jenis baka nanas yang kebal penyakit seperti penyakit berdaun merah 'red wilt", berpucuk busuk "heart rot", kerana ia mempunyai daun yang tebal berakar besar lagi keras tidak seperti jenis nanas kaleng seperti nanas masmerah dan nanas gandul yang mudah terkena penyakit seperti dinyatakan kerana berdaun sederhana nipis dan lembut serta berakar halus.

      Didapati banyak jenis sarawak seperti nanas sarawak tempatan, sarawak Thailand, sarawak thaipoon (Sarawak Thaiwan), sarawak hybrid N 36 dan sarawak Hawaii MD2 yang bertebaran penanamanya diserata negara Malaysia.  Walaupun dari segi penyakit ia tidak membimbangkan, tetapi ia mempunyai masaalah menggunakan bahan pengatur pertumbuhan (growth regulator) iaitu penggunaan sejenis hormon supaya tanaman nanas tersebut dapat menghasilkan pembungaan yang seragam.

      Pernah berlaku kepada  saorang pekebun kecil yang mengusahakan tanaman nanas sarawak memusnahkan tanaman beliau itu dengan meracunya keseluruhan kebun kerana tiada  terbit pembungaan setelah beberapa ketika kebunnya dihormon. Pekebun tersebut mengalami kerugian yang besar kerana tidak mempelajari secara mendalam berkaitan kaedah pengurusan pembajaan dan hormon pada tanaman nanas tersebut.

      Mengikut cerita, ada sebuah ladang telah menjalankan aktiviti menghormon pada waktu dinihari dengan mencampurkan air batu supaya peratus kejayaan pembungaan tinggi.  Menghormon diwaktu tengah malam itu dilakukan kerana berkehendakan cuaca yang sejuk dan sesuai dengan keadaan semulajadi pada tanaman nanas sarawak.  Saya berpendapat menghormon pada tanaman nanas seeloknya selepas hari hujan kerana pada masa itu cuaca sejuk atau aktiviti menghormon dibuat pada awal  pagi.

      Nanas jenis sarawak, terutamanya nanas sarawak MD2 Hawaii, sangat berpotensi untuk pasaran nanas segar diluar negara.  Dalam lawatan percutian ke Milano, Italy, saya dapati nanas jenis seakan-akan nanas sarawak MD2 Hawaii berada dipasaran disana, berat 1.3 kilo termasuk jambulnya"crown" dengan harga Malaysia RM 18.50.  Nanas yang dijual itu, melihat pada label datangnya dari pulau Costa Rico.   Kalau penguasa nanas dapat melaksanakan pasaran nanas jenis segar ini dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan pertolongan ajensi MATRADE, tidak ragu-ragu saya yakin akan berjaya.

      Sebelum ekspot nanas sarawak ini dilaksanakan, beberapa perkara asas perlu diselesaikan dahulu, seperti menyediakan bahan tanaman supaya jangka masa menghormon lebih awal dan pengutipan hasil mencapai kehendak pasaran.  Pengguna-pengguna di Eropah tidak memerlukan buah nanas yang besar sepertimana skspot sarawak N 36 ke Abu Dabi yang mencapai 2.5 kilo sebiji , mereka berkehendakan hanya satu kilo lebih saja.  Dengan buah yang bernilai tinggi, harga yang tinggi, buah-buah tersebut bolih dihantar dengan pesawat kargo yang memakan masa perjalanan selama sebelas jam saja.

      Dalam tulisan ini saya hanya memberi  penerangan  pengurusan dan kaitan pembajaan dengan hormon.

      Olih sebab nanas yang bernilai tinggi ini dengan harga yang cukup mahal, adalah dicadangkan supaya perlaksanaanya hendaklah dibuat di atas tanah mineral. Sebelum kerja -kerja menanam dilaksanakan, penyediaan tapak hendaklah dibuat dengan pembajakan piring sebanyak dua kali kerana bagi memusnahkan rumpai-rumpai yang ada.  Sebelum menanam  penggunaan bajak  putar  dilaksanakan supaya tanah gembur, senang semasa menanam dan akar-akar nanas mudah menjalar.

      Saya mencadangkan penggunaan sungkupan plastik .  Tujuanya ialah menabur baja dibuat sekali gus kerana tidak menggangu pertumbuhan pokok nanas kerana baja tabur dibuat pada awal semasa hendak menanam.  Sebelum menanam, baja sebatian kompound cap kuda singa baja 15;15;15 sebanyak 20gram dengan baja 12:12:17:2 TE sebanyak 25 gram dicampur mengikut nisbah sepokok dicampur berapa pokok mengikut bilangan setiap lorong.  Sebagai contoh, Setiap lorong kecil mengandungi  200 pokok kiri kanan anak nanas, bererti 200 pokok kali dengan 24 gram baja yang telah digaul.  Tabur sepanjang lorong kecil sebelum dibentang sungkupan plastik.  Saya telah menyatakan beberapa kebaikan sungkupan plastik pada tanaman nanas,  perkara ini telah dinyatakan pada tulisan saya atas tajuk tanaman nanas dibawah sungkupan plastik. Adalah dicadangkan sebelum dibentang dengan sungkupan plastik muka tanah hendaklah basah dan lembap, seeloknya selepas hari hujan agar muka tanah sentiasa basah dan lembap dibawah plastik.

      Baja semburan hendaklah dibuat pada masa pokok berumur Satu bulan setengah, tiga bulan, lima bulan dan enam bulan.  Semburan pada umur pokok satu bulan setengan dan umur pokok tiga bulan gunakan urea 3 kilo, kapor 2 kilo, terusi setengah kilo, zinc dan besi sepermpat kilo untuk bancuhan satu tong drum.  Semasa semburan hendaklah dikacau supaya semua larutan sebati.  Diperingkat ini penggunakan baja semburan ialah dua tong drum bagi seekar.  Bagi bulan ke lima dan ke enam penggunakan baja semburan yang sama tetapi pengunaan ayer semburan ialah sebanyak tiga tong drum.

      Pada bulan ke tujuh dan ke lapan perkerjaan menghormon boleh dilaksanakan berpandukan  besarnya pokok nanas.  Kebesaran buah nanas bolih dikawal dengan pengurusan menghormon.  Olih sebab pembajaan tabur telah dibuat lebih awal, pertumbuhan pokok hidup dengan tiada gangguan.  Sekiranya pokok dibaja dalam jangka masa dekat dengan hormon, ini dikhuatiri akan menggangu peratus kejayaan pembungaan setelah dihormon.

      Adalah dicadangkan penggunaan hormon  dengan mengguna calcium carbide kerana mengikut pengalaman saya penggunaaan kimia tersebut sangat berkesan jika hendak dibandingkan dengan  ANA pil atau Ethrel.  Penggunaan calcium carbide ialah 45 gram untuk empat gelen air dimasukan sebanyak 25 cc kedalam pucuk nanas.  Buat ulangan sekali lagi setelah 40 hari tidak nampak kesan pembungaan.

      Itulah serba sedikit tunjuk ajar dan perkongsian ilmu kaitan pembajaan dan hormon pada nanas sarawak " Smooth Cayenne".  Nanas sarawak sangat  indah dipandang sekiranya ditanam beberapa pokok di depan halaman rumah.


     
.

     

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home