BANTUAN TANAMAN NANAS PEKEBUN KECIL -- KAITAN LAWATAN PERMULAAN, LAWATAN BANTUAN PERTAMA DAN BEKALAN BAHAN TANAMAN
Bantuan tanaman nanas pekebun kecil telah dimulakan pada tahun 1972 olih Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu melalui Yunit Tanam Semula Nanas. Tahun pertama kelulusan diberi ialah seluas lebih sedikit dua ratus ekar sahaja. Saya masih ingat beberapa orang yang telah menerima bantuan menanam nanas iaitu Puan hajjah Mon daripada Mukim Rimba Terjun, Chan Chiok daripada Mukim Jeram Batu dan Ng Ser Eng Mukim Sungai Karang.
Sambutan pekebun kecil pada masa itu sangat tidak menggalakan adalah disebabkan tahun pertama bantuan tanaman nanas diperkenalkan, keduanya, syarat penyertaan yang dikenakan adalah sangat berat dan pekebun tidak mampu untuk menerima syarat-syarat tersebut seperti, mestilah geran bersyarat dengan tanaman nanas, mempunyai hak milik yang sah dan tanaman nanas hendaklah secara tunggal.
Setelah meneliti syarat-syarat yang dikenakan itu berat, pihak Lembaga telah memohon kepada kerajaan meringankan syarat yang dikenakan iaitu dengan memberi kelulusan tidak kira apa syarat kebun seperti tanaman getah, kelapa atau buahan, kedua pekebun bolih dibenarkan menanam pokok-pokok nanas di bawah pokok kelapa, dibawah anak pokok getah yang bawah umur lima tahun dan geran AO. Sejak itu sambutan olih pekebun kecil nanas menggalakan.
Saya adalah pegawai luar pertama dilantik menjawat sebagai Assitant Replanting menjalankan tugas-tugas melawat kebun, membuat bekalan input seperti bekalan benih nanas,baja, hormon. Selang satu bulan saorang lagi melapur diri iaitu Anuar Mohd Yusoff dan sebulan berikutnya Encik Khamisan bin Asran. Kami bertiga ditugaskan memeriksa kebun dan membuat bekalan input. Kawasan dibawah jagaan kami meliputi ke Daerah Batu Pahat, Muar, Johor Baru dan Kluang. Masa itu bantuan tanaman nanas adalah nanas kaleng seperti nanas marah dan nanas masmerah. Nanas untuk makan segar seperti nanas moris tidak dipertimbangkan untuk bantuan.
Saya dan Anwar telah bernasib baik kerana dapat belajar selok belok kerja ukur kebun dengan Khamisan kerana beliau bekas pekerja pegawai luar Risda yang tahu bidang tugas pemeriksaan kebun. Sistem bantuan kewangan tanaman semula nanas dicedok seratus peratus daripada ajensi RISDA, daripada sistem perkeranian rekod, kewangan, lawatan baucer bekalan semuanya diambil terus daripada ajensi tersebut.
Sehinggalah pada awal tahun 1973 seramai tujuh orang lagi Assitant Replanting diambil berkerja kerana sambutan pekebun kecil menerima bantuan cukup menggakakan.
Dalam rencana ini saya akan menceritakan pengalaman bantuan tanaman pekebun kecil nanas, kaitan lawatan permulaan, lawatan bantuan pertama dan bekalan bahan tanaman. Ketiga-tiga perkara adalah sangat penting kepada pegawai luar Lembaga.
Pihak kerani Rekod hendaklah memperoses setiap borang permohonan yang menyertai bantuan seperti membuat "title checking" di Pejabat tanah, mendaftar pekebun sebagai pekebun berdartar, membuat semakan dipejabat Risda bagi mengelakan menerima bantuan berganda, mengisi Surat Wakil Kuasa, Surat Kongsi, Surat Wakil Kuasa Pihak Yang Berkongsi, Wakil Kuasa Mati dan Surat Ganti Rugi. Pegawai luar akan membuat lawatan permulaan sebelum permohonan tersebut diberi kelulusan sementara yang dinamakan "White Card" atau kad putih. Pekebun akan diberi kelulusan sementara kebun mereka dengan diberi tempoh masa untuk mengerjakan dan membersihkan kebun siap untuk ditanam dengan nanas.
Pegawai luar akan dibekalkan dengan borang lawatan permulaan yang diberi nama borang PI. Pegawai luar dikehendaki memerikas kebun menggunakan borang PI mengikut masa yang ditetapkan iaitu dalam tempoh dua minggu dari tarih borang tersebut dikeluarkan olih pejabat. Setelah pemohon telah dapat dihubungi, pemeriksaan kebun telah ditetapkan. Sebelum kebun dibuat pemeriksaan, Pegawai luar hendaklah melorek secara kasar dengan melukis pelan pada "raft paper" dan trace tanda mata angin, ukuran dalam chain atau inci, no std sheet. Setelah pergi ke "side", pekebun dikehendaki menunjukkan kebun, pertama tanda batu sempadan, padan kan arah mata angin dengan kedudukan kebun, catat kedudukan kebun bersebelahan nyatakan jenis tanaman sebelah menyebelah kebun, catat apa yang ada dalam kebun, seperti kawasan halaman, kawasan rumah atau apa-apa bangunan seperti reban ayam atau reban ternakan lain. Kawasan tersebut hendaklah diukur dengan tarik tali tape ukuran chain, kerana kebun diukur mengikut ekar.
Mengukur kebun banyak kaedah, jika kebun mempunyai besar empatsegi sama, senang membuatnya, tetapi jika kebun mengandungi sebahagian kawasan rumah, padang permainan, halaman, reban ternakan, kawasan tersebut hendaklah diukur menggunakan formula half base time high, maka dapat jawapan keluasan. Setelah dilapurkan apa yang ada di atas kebun, keluasan sementara sudah bolih didapati. Pegawai luar hendaklah mengembalikan semula borang PI yang telah disempurnakan. Pada masa membuat lawatan permulaan "PI" sebolihnya pemohon ikut sama semasa lawatan dijalankan, senang bagi pegawai bersoal selidik seperti, kemampuan tenaga kerja, modal, pengalaman tanaman nanas jika ada, dimana nanas hendak dipasarkan, jenis nanas yaang hendak ditanam.
Pernah berlaku kepada saya beberapa pengalaman yang saya hadapi. Ini adalah gara-gara mengambil alih tugas daripada pegawai yang bertukar kawasan. Ini berlaku di kawasan Parit Dahlan, Mukim Sungei Pinggan, Pontian. Pertama kebun berkeluasan sembilan ekar, kebun dikerjakan empat ekar tetapi dilulus enam ekar. Saya yang mengambil alih kawasan tersebut daripada pegawai terbabit telah memanggilnya untuk selesaikan sendiri kerana tidak mahu terlibat. Kedua, tiap kebun sepanjang Parit Dahlan telah dibuat penolakan taliayer Johor Barat, setiap kebun ada yang ditolak dari suku ekar hingga tiga suku ekar. Wang pampasan telah diterima, tetapi dalam rekod pejabat Tanah belum di catat pengambilan Perparitan Johor Barat. Rekod tersebut hanya bolih didapati di pejabat parit dan Saliran. Mana-mana kebun yang menerima bantuan daripada Lembagi saya terpaksa menyemak semula dengan menolak bantuan mengikut keluasan sekurang-kuraangnya
melebihi suku ekar. Satu lagi perkara yang tidak dapat saya lupakan ialah memeriksa kebun Title HSM jumlah ekar yang luas berbanding jumlah keluasan dalam geran. Ceritanya begini, pekebun mempunyai jumlah ekar seluas satu tiga suku ekar, saya mengukur kebun tersebut hampir lima ekar, Pekebun mati-matian menyatakan kebunya berkeluasan demikian sedangkan dalam geran adalah satu ekar tiga suku. Pekebun tidak mau beralah dia minta saya meluluskanya lima ekar, akhirnya saya minta dia menunjukan tanda batu sempadan, tetapi dia tidak dapat mencarinya. Dalam lapuran saya tetap berpegang pada keluasan dalam geran iaitu satu ekar tiga suku. Setelah disiasat pekebun terbabit telah membuat parit sempadan sehinggakan memakan kawasan sebelah kebun jiran, itu yang menyebabkan kebunya kelihatan luas kerana termakan kebun sebelah. Kesan daripada kejadian itu, saya mendapat surat komplin orang-orang di Parit Dahlan minta saya dipindahkan daripada kampong mereka.
Alhamdulliah, beberapa hari berikutnya saya telah dipindahkan kepejabat Pontian kerana dinaikan Pangkat dengan Gred E 32.
Setelah lawatan PI di buat, Satu jawatankuasa melulus telah bersidang untuk kelulusan sementara, Pemohon telah diluluskan dengan kelulusan sementara. Kelulusan sementara dengaan kiriman "kad putih" untuk pembersihan kebun. Sekiranya kebun telah bersih kad putih akan dikembalikan semula ke pejabat untuk dibuat pememeriksaan bantuan pertama. Bantuan Pertama ini tersangat penting. Pegawai hendaklah memeriksa dan mengukur kebun yang telah bersih hanya kawasan yang hendak ditanam dengan tanaman nanas. Kawasan yang tidak layak diberi bantuan seperti kawasan rumah, kawasan halaman, bangunan reban ternakan, semua ini perlu ditolak dalam kira bantuan.. Perlu diingat bantuan tanaman nanas ialah bagi seekar RM 3150, kalau suku ekar terlebih beri bantuan kerana kita luluskan tapak halaman atau bangunan reban ternakan melibatkan wang diberi bantuan tetapi tidak diusahakan sebanyak RM 787, jika setengah ekar berjumlah RM 1575. Perkara ini adalah satu kesalahan yang serius, ingat!
Setelah kebun menerima kelulusan, bekalan bahan tanaman iaitu benih nanas akan dibekalkan samada dibekal olih pihak pejabat, dibekal olih pekebun sendiri atau dibekal olih pihak pembekal. Sekiranya bekalan benih dibuat olih pihak pejabat, benih-benih tersebut datangnya daripada pihak pembekal yang sudah tentu mempunyai kualiti benih yang bermutu, olih sebab kedudukan benih yang jauh dari kebun yang hendak dibekalkan, seharusnya mengikut pengalaman, benih tersebut hendaklah diikat 50 sulur setiap ikat, disusun 5X20barisX 10 susun = 50,000. Ambil 5 ikat secara "rendom" dikira jumlah setiap ikat sekiranya kurang daripada ikatan , contoh setiap ikat kurang satu atau dua anak benih, hendaklah ditolah semua mengikut jumlah ikatan.
Jika kebun dibekal benih olih pekebun sendiri,pekebun hendaklah menanam tanaman nanas seperti nanas moris dengan jarak 14500 pokok bagi seekar contoh 4X2X1 =14500 atau 3 kaki 6 inci X20 inci X14 inci berjumlah 13,750 baru wang benih bolih dibuat bayaran,begitulah seterusnya.
Pegawai luar hendaklah melapurkan jenis benih yang ditanam kerana harga setiap jenis benih berlainan harga seperti, benih moris berharga 0.10 sen, Josa 0.20 sen, N 36 0.30 sen, MD2 rm 1.80. Bayangkan tanam dengan Moris tetapi buat tuntutan bertanam dengan N 36, sudah 0.20 sen terlebih setiap satu sulur. Itulah peranan tanggungjawab tugas penyelia. Selalu buat "Spot Check" supaya penyelewengan dapat dihindari.
Begitulah serba sedikit pengalaman dan panduan bantuan tanaman nanas pekebun kecil - kaitan lawatan permulaan, lawatan bantuan pertama dan bekalan bahan tanaman. Bagi Pegawai Luar LPNM pengalaman berharga ini menjadi pengajaran dan pelajaran, Insyallah.
4 Comments:
Salam tuan muzlan. Bagaimana Cara untuk saya hubungi tuan seperti Telefon atau untuk berjumpa tuan? Terima kasih.
Assalamualaikum wbt. untuk makluman penulis blog ini iaitu ayahanda saya telah meninggal dunia pada 17 Februari 2017, mohon maaf sekiranya ada pertanyaan yang tidak dibalas. Semoga tuan/puan mendapat manfaat daripada penulisan Arwah ya. Mohon hadiahkan Al-Fatihah untuk Arwah. Terima kasih.
Saya baru memula kn menanam nenas ,kalau di sabah benih nenas yg sya tanam nenas paun, dan nenas madu serawak ada kah jenis nenas ne baik, dan klu keluasan tanah sya hanya 3 ekar lebih boleh layak ka minta bantuan alur nenas
Rip buat arwah
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home