MASAKAN NASI BRIANI ISTIMEWA
MASAKAN NASI BRIANI ISTIMEWA
Masakan nasi briani sangat dikenali di Negeri Johor. Biasnya dimajlis-majlis perkhawinan, nasi briani dihidangkan kepada para jemputan samada menggunakan hidangan untuk makanan empat orang atau secara buffet. Bermacam lauk pauk seperti lauk briani kambing, lauk daging lembu briani, ayam masak merah, daging kambing masak masam-masam manis, masakan dalca sebagai iringan nasi briani.
Saya mempunyai pengalaman memasak nasi briani lebih sepuluh tahun. Saya jadikan ia sebagai hobi saja. Saya mempelajarinya dengan beberapa sahabat handai dengan melihat semasa mereka memasak nasi briani. Ada juga saya bertanya sekiranya ada kemuskilan. Mereka yang saya belajar masakan nasi briani seperti Paman Yasir, Pak Majid, Sabtu Arifin, Yusoff Burung, Husin Jaafar, dan lain-lain. Ilmi yang saya perolehi daripada mereka saya rangkumkan jadi resepi masakan saya . Saya patut berterima kasih kepada mereka kerana ilmu yang diberi. Saya akan memberi nama masakan saya ialah dengan nama masakan nasi briani istimewa
Saya akan memasak nasi briani apabila mendapat permintaan daripada keluarga sendiri atau diminta olih kawan-kawan. Saya tidak pernah mengambil upah, sekiranya memasak untuk keluarga sendiri, saya terlebih dahulu mengeluarkan modal membeli bahan-bahan. Biasanya apabila sampai Tahun Baru Cina, saya selalu memasak nasi briani untuk menghantar ke rumah mereka. Itu kelaziman saya sejak lebih sepuluh tahun lepas, kerana saya mempunyai ramai kenalan berbangsa Tiong Hua.
Dalam hal memasak nasi briani, saya akan menunjukkan cara memasak nasi briani, lauk daging lembu briani, daging kambing masak masam-masam manis dan masak dalca. Biasanya sebelum kerja memasak, barang-barang peralatan memasak perlu disediakan terlebih dahulu. Peralatan tersebut adalah seperti periuk masak nasi, periuk lauk, dapur, gas, centong, tapis nasi, pengacau nasi atau lauk dan lain-lain yang berkaitan. pembantu perlu ada sekurangnya dua orang untuk membantu.
Saya akan memulakan memasak lauk briani terlebih dahulu kerana masak nasi memerlukan kuah briani untuk disimbahkan dalam nasi supaya bau nasi yang harum kerana dicampur dengan kuah briani :
1. Sepuluh kilo daging lembu, satu kilo dipotong tiga kalau untuk hidangan makan untuk empat orang. Jika untuk makan secara buffet satu kilo potong lapan. Rempah briani sebanyak setengah kilo. Ibu briani 50 gram. Pati nasi 200 gram. Pati lauk 100gram. Biasanya saya perolihi daripada kedai rempah Burhan di Benut rempah-rempah tersebut.
BAHAN KISAR: Serai 12 batang, potong halus diblender halus, lainkan dalam bekas. Lengkuas 4 ibu jari kaki, Alia 15 jari, bawang besar 15 biji, bawang kecil 1 kilo, bawang putih 5 labu, Lada merah dan hijau 30 biji potong halus masuk dalam bekas, buah tomato dipotong dadu kecil masuk dalam bekas. Bahan kisar diblender berlainan seperti serai, bawang, alia, lengkuas berlainan bekas.
BAHAN KERING : Tomato sos 3 botol kecil, cili sos 3 botol kecil, tomato puri 12 sudu besar, madu 10 sudu besar, krisik 2 biji kelapa, minyak sapi 12 sudu besar, kismis setengah kilo, susu cair 2 tin dengan 20 biji limau kasturi, gula melaka 1 ketul.
BAHAN PENUMIS : Bunga cengkih 20 biji, kayu manis 3 jari, pekak 6 kuntum, bunga pelaga 10 biji, daun sop, daun bawang, daun pudina tiap satu secekak, daun ketumber sepertiga cekak.
CARA-CARA MEMASAK : Setelah daging dipotong dengan cara melintang, basuh dan tus. Rempah briani dibubuh sedikit air dan uli dengan tangan supaya sebati. Nyalakan api letak periuk masuk minyak makan3 kilo, minyak sapi10 sudu besar, masuk penumis 4 sekawan. Setelah minyak panas masuk serai yang telah blender kacau hingga nampak garing, masuk bawang belender dan sentiasa kacau, masuk alia, bawang putih, lengkuas. Kacau biar sebati. Setelah nampak segala bahan pecah minyak masukan rempah briani. Kacau hingga pecah minyak dan nampak sebati. Setelah itu masukan daging yang telah ditus ke dalam periuk, kacau sentiasa supaya tidak hangus. Setelah itu masukan temato puti 12 sudu besar, masukan tomato sos dan cili sos kacau sebati. Setelah itu masukan lada besar hijau dan merah, masukan tomatu dadu kacau supaya nampak sebati, masukan daun-daun seperti sedikit daun ketumber, daun pudina, daun sadri dan daun bawanf, kacau. Masuk kismis, masuk tairu 1 tin susu campur dengan 10 biji limau kasturi, kacau. masuk krisik, madu, dan gula melaka.tutup periuk, kecilkan api, selalu dikacau. Masukan pati lauk separuh bahagian dan pati nasi suku bahagian. Sekiranya nampak kuah hendak kering masukan sedikit air panas. Biasanya kuah tidak kering kerana daging yang tidak direbus terlebih dulu. Setelah daging hendak empuk masuk garam cukup rasa. Beberapa minit hendak angkat periuk taburkan ibu beriani dalam periuk sebanyak 50 gram, tutup periuk, jangan kacau. Setelah mati api, kacau lauk briani. Angkat periuk.
2. MASAK BERAS : Beras Pulsar 6 kilo, dibasuh, tuskan dalam besen penapis selama 40 minit. Jerang air tiga suku periuk, masukan segala lebihan bawang, alia, lengkuas yang telah diblender, bahan 4 sekawan seperti kayu manis, cengkeh, pekek dan bunga lawang, masukan sebiji hirisan tomato, hirisan sebiji bawang besar dan masukan juga daun pandan supaya wangi dan.setengah kilo garam. Sebelum nasi dimatikan api, sediakan: kuah dan rempah briani satu mangkuk besar, hirisan daun-daun ketumber, daun bawang, daun pudina, masukan dalam satu bekas, bawang goring dan kismis dalam satu bekas, sedikit rempah briani dan pati nasi di satukan masuk dalam bekas dan sedikit kuma-kuma supaya nasi berbau harum. Bahan pewarna dan beberapa titik bunga mawar. Setelah air mendidih, masukan beras sentiasa kacau sehingga beras nampak tiga suku masak, setelah beras sudah tiga suku masak matikan api. Ambil beras dalam rebusan, ambil dengan penapis masukan dalam besen penapis sehingga semua nasi yang berada dalam periuk tersebut sudah masuk dalam besen tapis. Periuk rebusan nasi digunakan dengan keringkan air masukan sedikit minyak sapi sapu rata pada muka periuk dan minyak lebihan kuah briani supaya apabila dimasukan nasi akan menjadi wangi dan harum nasi beiani. Masukan beras sebanyak tiga lapis. Taap-tiap lapis di bubuh dayn-daun, kuah dan rempah briani, kismis dan bawang goring, bahan pewarna di renjis, pati nasi dan sedikitrempah briani dan kuma-kuma, masuk nasi dan buat sehingga lapis ketiga. Letak kertas basah dibibir periuk dan tutup dengan daun periuk rapat-rapat. Nyalakan api paling kecil dan letak periuk atas tungku, letak benda berat supaya tidak keluar wap. Beberapa ketika, sekiranya kelihatan keluar wap kecil disekeliling bibir periuk menendakan nasi sudah masak. Nasi sudah siap dimasak.
3. DAGING KAMBING MASAK MASAM-MASAM MANIS :
Daging kambing satu ekor, berat 20 kilo. Dipotong untuk makan buffet. Dibasuh dengan tepung gandum supaya hilang lemak dan minyak. Bawang besar 2 kilo, bawang kecil 1 kilo, alia setengah kilo, lengkuas sepermpat kilo. semuanya diblender. Tomato sos dan temato cili masing-masing tiga botol besar, tomato puri 2 tin bersais tin susu, kismis digorng 1kilo, bawang besar dihiris halus digoreng 1 kilo, bawang kecil dihiris halus digoreng tiga suku kilo, masa mengoring taruk sedikit minyak sapi supaya bau wangi. Penumis 4 sekawan, kentang 2 kilo, keret 1 kilo, susu cair 1 tin, buah tomato, minyak sapi, minyak makan, gula melaka 1 buku.
CARA-CARA : Masukan ayer paras dengan daging kambing, masukan bahan blender, 4 sekawan dan sedikit lada hitam, jerang atas periuk. Apabila daging separuh masak, masukan sos cili dan sos tomato dan tomato puri, kacau. masukan goringan kismis, bawang goring kecil dan besar, kacau. masuk gula pasir, kacau. Taruk gula melaka, susu cair sehingga warna naik cantik. masuk keret dipotong, kentang dan kacau. setelah daging dah hendak masak masuk buah tomato dibelah 2, tabur daun bawang, angkat. Sebelum itu masuk garam secukup rasa.
4. DALCA :
Daging selangka dan tetel 5 kilo, bawang besar 3 kilo, bawang kecil setengah kilo, bawang putih 2 labu, alia 5 ini, lengkuas 3 inci dblender, serai titik 3, daun kari 10 pelepah, penumis 4 sekawan, kacang dal 2 kilo, kacang panjang 1kilo, terung setengah kilo, keret 3 batang, kentang 10 biji, tomato 4 biji, rempah kari babas 5 senduk, lada serbuk 2 senduk, kiub knor 2 buku, sos tiram. Sedkit lada hitam.
CARA_CARA : Setelah dibasuh dengan tepung gandum daging direbus masukan bahan blender. Kacang dal direbus berasingan sehingga empuk. Tumis serai, 4 sekawan, masuk daun kari, masukan kiub knor, masuk lada serbuk kacau hingga pecah minyak, masukan sedikit lada hitam, masukan rempah yang telah dikacau sedikir air kacau hingga sebati dan pecah minyak. masak sehingga rempah nampak betul-betul garing, tuangkan kedalam rebusan daging kacau, setelah sebati masukan kacang dal dalam rebusan daging dan rempah kari, jika pekat masuk sedikit ayer panas. masuk keret, masuk kentang, masuk 3 senduk sos tiram kacau, masuk susu cair, apabila sudah tiga suku masak, masuk kacang panjang masuk terung dan akhir masuk tomato, sedikit garam dan sedikit gula pasir. Dah betul-betul masak dan daging empuk, angkat sedia dihidang.
Begitulah sedikit pengtahuan masakan nasi briani, daging masakan biani, daging kambing masak masam-masam manis dan dalca . Petua orang-orang tua apabila kita menyediakan masakan, yang pertama ialah keikhalasan kita, insyAllah akan berjaya.
MMY
NANAS SARAWAK " SMOOTH CAYENNE ' KAITAN PEMBAJAAN DAN HORMON
NANAS SARAWAK "SMOOTH CAYENNE ' KAITAN PEMBAJAAN DAN HORMON
Nanas jenis sarawak "Smooth Cayenne" adalah satu jenis baka nanas yang kebal penyakit seperti penyakit berdaun merah 'red wilt", berpucuk busuk "heart rot", kerana ia mempunyai daun yang tebal berakar besar lagi keras tidak seperti jenis nanas kaleng seperti nanas masmerah dan nanas gandul yang mudah terkena penyakit seperti dinyatakan kerana berdaun sederhana nipis dan lembut serta berakar halus.
Didapati banyak jenis sarawak seperti nanas sarawak tempatan, sarawak Thailand, sarawak thaipoon (Sarawak Thaiwan), sarawak hybrid N 36 dan sarawak Hawaii MD2 yang bertebaran penanamanya diserata negara Malaysia. Walaupun dari segi penyakit ia tidak membimbangkan, tetapi ia mempunyai masaalah menggunakan bahan pengatur pertumbuhan (growth regulator) iaitu penggunaan sejenis hormon supaya tanaman nanas tersebut dapat menghasilkan pembungaan yang seragam.
Pernah berlaku kepada saorang pekebun kecil yang mengusahakan tanaman nanas sarawak memusnahkan tanaman beliau itu dengan meracunya keseluruhan kebun kerana tiada terbit pembungaan setelah beberapa ketika kebunnya dihormon. Pekebun tersebut mengalami kerugian yang besar kerana tidak mempelajari secara mendalam berkaitan kaedah pengurusan pembajaan dan hormon pada tanaman nanas tersebut.
Mengikut cerita, ada sebuah ladang telah menjalankan aktiviti menghormon pada waktu dinihari dengan mencampurkan air batu supaya peratus kejayaan pembungaan tinggi. Menghormon diwaktu tengah malam itu dilakukan kerana berkehendakan cuaca yang sejuk dan sesuai dengan keadaan semulajadi pada tanaman nanas sarawak. Saya berpendapat menghormon pada tanaman nanas seeloknya selepas hari hujan kerana pada masa itu cuaca sejuk atau aktiviti menghormon dibuat pada awal pagi.
Nanas jenis sarawak, terutamanya nanas sarawak MD2 Hawaii, sangat berpotensi untuk pasaran nanas segar diluar negara. Dalam lawatan percutian ke Milano, Italy, saya dapati nanas jenis seakan-akan nanas sarawak MD2 Hawaii berada dipasaran disana, berat 1.3 kilo termasuk jambulnya"crown" dengan harga Malaysia RM 18.50. Nanas yang dijual itu, melihat pada label datangnya dari pulau Costa Rico. Kalau penguasa nanas dapat melaksanakan pasaran nanas jenis segar ini dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia dan pertolongan ajensi MATRADE, tidak ragu-ragu saya yakin akan berjaya.
Sebelum ekspot nanas sarawak ini dilaksanakan, beberapa perkara asas perlu diselesaikan dahulu, seperti menyediakan bahan tanaman supaya jangka masa menghormon lebih awal dan pengutipan hasil mencapai kehendak pasaran. Pengguna-pengguna di Eropah tidak memerlukan buah nanas yang besar sepertimana skspot sarawak N 36 ke Abu Dabi yang mencapai 2.5 kilo sebiji , mereka berkehendakan hanya satu kilo lebih saja. Dengan buah yang bernilai tinggi, harga yang tinggi, buah-buah tersebut bolih dihantar dengan pesawat kargo yang memakan masa perjalanan selama sebelas jam saja.
Dalam tulisan ini saya hanya memberi penerangan pengurusan dan kaitan pembajaan dengan hormon.
Olih sebab nanas yang bernilai tinggi ini dengan harga yang cukup mahal, adalah dicadangkan supaya perlaksanaanya hendaklah dibuat di atas tanah mineral. Sebelum kerja -kerja menanam dilaksanakan, penyediaan tapak hendaklah dibuat dengan pembajakan piring sebanyak dua kali kerana bagi memusnahkan rumpai-rumpai yang ada. Sebelum menanam penggunaan bajak putar dilaksanakan supaya tanah gembur, senang semasa menanam dan akar-akar nanas mudah menjalar.
Saya mencadangkan penggunaan sungkupan plastik . Tujuanya ialah menabur baja dibuat sekali gus kerana tidak menggangu pertumbuhan pokok nanas kerana baja tabur dibuat pada awal semasa hendak menanam. Sebelum menanam, baja sebatian kompound cap kuda singa baja 15;15;15 sebanyak 20gram dengan baja 12:12:17:2 TE sebanyak 25 gram dicampur mengikut nisbah sepokok dicampur berapa pokok mengikut bilangan setiap lorong. Sebagai contoh, Setiap lorong kecil mengandungi 200 pokok kiri kanan anak nanas, bererti 200 pokok kali dengan 24 gram baja yang telah digaul. Tabur sepanjang lorong kecil sebelum dibentang sungkupan plastik. Saya telah menyatakan beberapa kebaikan sungkupan plastik pada tanaman nanas, perkara ini telah dinyatakan pada tulisan saya atas tajuk tanaman nanas dibawah sungkupan plastik. Adalah dicadangkan sebelum dibentang dengan sungkupan plastik muka tanah hendaklah basah dan lembap, seeloknya selepas hari hujan agar muka tanah sentiasa basah dan lembap dibawah plastik.
Baja semburan hendaklah dibuat pada masa pokok berumur Satu bulan setengah, tiga bulan, lima bulan dan enam bulan. Semburan pada umur pokok satu bulan setengan dan umur pokok tiga bulan gunakan urea 3 kilo, kapor 2 kilo, terusi setengah kilo, zinc dan besi sepermpat kilo untuk bancuhan satu tong drum. Semasa semburan hendaklah dikacau supaya semua larutan sebati. Diperingkat ini penggunakan baja semburan ialah dua tong drum bagi seekar. Bagi bulan ke lima dan ke enam penggunakan baja semburan yang sama tetapi pengunaan ayer semburan ialah sebanyak tiga tong drum.
Pada bulan ke tujuh dan ke lapan perkerjaan menghormon boleh dilaksanakan berpandukan besarnya pokok nanas. Kebesaran buah nanas bolih dikawal dengan pengurusan menghormon. Olih sebab pembajaan tabur telah dibuat lebih awal, pertumbuhan pokok hidup dengan tiada gangguan. Sekiranya pokok dibaja dalam jangka masa dekat dengan hormon, ini dikhuatiri akan menggangu peratus kejayaan pembungaan setelah dihormon.
Adalah dicadangkan penggunaan hormon dengan mengguna calcium carbide kerana mengikut pengalaman saya penggunaaan kimia tersebut sangat berkesan jika hendak dibandingkan dengan ANA pil atau Ethrel. Penggunaan calcium carbide ialah 45 gram untuk empat gelen air dimasukan sebanyak 25 cc kedalam pucuk nanas. Buat ulangan sekali lagi setelah 40 hari tidak nampak kesan pembungaan.
Itulah serba sedikit tunjuk ajar dan perkongsian ilmu kaitan pembajaan dan hormon pada nanas sarawak " Smooth Cayenne". Nanas sarawak sangat indah dipandang sekiranya ditanam beberapa pokok di depan halaman rumah.
.
TEKNOLOGI TANAMAN KELADI CINA
TEKNOLOGI TANAMAN KELADI CINA
Keladi cina atau nama saintificnya colocasia essulenta merupakan sejenis keladi yang bolih dimakan. Ubinya bolih direbus, digoreng, dikukus atau boleh dibuat kuih muih. Banyak jenis keladi yang bolih dimakan seperti keladi seratah, keladi sayur, keladi cina dan terbaru ialah keladi mawar.
Saya mempunyai pengalaman bertanam keladi cina pada awal tahun 2000 dengan berkeluasan 60 ekar. Pada masa itu saya telah menyewa sebidang tanah kepunyaan Johor Copration terletak dikawasan Bukit Nyamuk, Simpang Rengam, Kluang dengan dikenakan bayaran RM 100 saekar untuk setiap setahun. Kawasan tanah tersebut adalah bekas tanaman pisang montel yang telah terbiar beberapa tahun lepas. Keadaan tanah adalah sangat sesuai dengan tanaman keladi cina, bertanah gambut nipis yang gembur, tidak ditengelami air. Kawasan keladi yang diusahakan itu telah mendapat perhatian ramai peminat yang ingin berlajar untuk menjadi usahawan keladi.
Tidak dapat dilupakan ialah satu kumpulan pelawat daripada Pegawai-Pegawai Pertanian Semenanjung Malaysia yang melawat keladang tanaman keladi saya itu. Dalam kunjungan itu, mereka mempelajari dan mendapatkan pengalaman ilmu teknologi tanaman keladi yang sedang saya usahakan. Diakhir lawatan mereka, saya telah memberi olih-olih beberapa biji keladi cina setiap pelawat untuk dibawa pulang. Ada diantara pegawai-pegawai tersebut mempelawa saya ke kawasan mereka untuk menunjuk ajar kepada petani ditempat masing-masing untuk belajar bertanam keladi.
Saya telah membuat perjanjian "contract farming" kepada taukeh di Batu Pahat, pada masa itu harga perjanjian pembelian keladi cina tersebut ialah pada harga A RM 1.90 sekilo dan gred B ialah 0,90 sen sekilogram. Semua jualan keladi saya telah dijual di Pasar Selayang , Kuala Lumpur. Pada hari ini jenis keladi cina yang saya tanam itu ialah RM 8.50 sekilogram pada harga dipasar. Purata berat keladi cina diantara satu kila sampai satu kilo setengah.
Tanaman keladi cina bolih mengeluarkan hasil dengan mencabut pokoknya pada umur pokok sembilan bulan hingga ke satu tahun. Setelah mencabutnya pokok keladi tersebut, buang tanah-tanah yang melekat pada umbisi dengan mengunakan pisau secara mengiring dan tarik mengunakan belakang pisau tersebut supaya umbisi tidak tercedera. Setelah dibersihkan, potong pelepah keladi jarak lima inci daripada umbisi dan dimasukan dalam bag plastik sais 50 kilo sedia untuk pasaran.
Berikut adalah cara-cara teknologi tanaman keladi cina yang telah saya usahakan dengan menunjukkan kaedah "time series" atau pengurusan masa :
BULAN KE UMUR POKOK KELADI KEGIATAN UTAMA
(BULAN)
0 A. Setelah kawasan bersih, rentang tali
sepanjang lorong sebagai penanda
"single row" selorong 2 kaki kali
3 kaki setengah iaitu setiap 2 kaki
sepokok dengan setiap 3 kaki setengah
setiap lorang besar.
B. Cangkul lubang dengan satu mata
cangkul dalam. Setiap lubang tabur
dengan segengam abu getah.
C. Cari anak pokok yang berdaun lima
helai dan potong semua daun sampai
hujung daun. Tanam dengan masuk
dalam lubang sehingga tengelam umbisi
dalam tanah.
1 1 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, Kulat.
2 2 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun seranggaa, Kulat.
3 3 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, Kulat
4 4 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, kulat
5 5 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, Kulat
6 6 A. Merumput
B. Membaja
C. Rawatan racun serangga, Kulat
7 7 A. Merumput
B. Membaja
c. Rawatan racun serangga, Kulat
8 8 A. Merumput
B. Rawatan racun serangga, Kulat
9 9 A. Pengutipan hasil
10 10 A. Pengutipan hasil
11 11 A. Pengutipan hasil
12 12 A. Pengutipan hasil
Bahan tanaman anak pokok bolih didapati dari pokok induk yang telah berumur tiga bulan dengan mencabut anak pokok tersebut semasa membuat kerja merumput dengan cara manual. Cara merumput pada bulan pertama ialah dengan mencabut segala rumpai dengan menggunakan sarung tangan disetiap keliling anak pokok keladi dan lorong besar. Setelan kerja pembersihan rumput telah sampurna dilaksanakan, kerja membaja dengan mengunakan baja kompound cap kuda singa 15:15:15 dengan kadar 15 gm sepokok, tabur keliling pokok jarak 3 ke 4 cm. Setelah kerja pembajaan siap gunakan sembur mesen sebanyak 2 tong drum dengan kadar racun serangga malathion, 300 cc dan racun kulat Mancozeb setengah kilo sentiasa dikacau semasa membuat semburan supaya rata. Dengan racun serangga dapat menghapus belalang dan racun kulat menghapuskan hawar daun.
Pada umur pokok 2 bulan buat kegiatan sama seperti mana dilakukan pada bulan pertama. Setelah pokok berumur 3 bulan kerja merumput mula bertambah kerana pada masa itu tanaman telah mula mengeluarkan anak pokok yang bolih dibuat sumber anak. Biasanya satu pokok induk bolih menghasilkan tiga anak pokok setiap bulan sebagai bahan tanaman. Bahan tananam tersebut samada bolih diluaskan penanaman atau menjualkanya kepada pembeli.
Kerja pembajaan dan membuat semburan hendaklah dilakukan seperti bulan ke 2. Perlu diingat semasa membuat semburan lakukan semasa cuaca cerah tidak hujan, seeloknya lakukan masa diawal pagi atau lewat petang.
Pada bulan ke 4 perkerjaan merumput, membaja dan semburan racun serangga dan kulat sama seperti kegiataan semasa umur pokok 3 bulan. Diperingkat ini kegunaan racun semburan telah bertambah kerana pokok telah mula besar.
Pada masa umur pokok berumur 5 bulan, Perkerjaan merumput menutup tanah dengan mengaut tanah disekeliling tanaman pokok keladi menaikan tanah tersebut supaya umbisi ditutupi tanah. Perlu diingat isi keladi akan tumbuh dan menjadi umbisi bukan didalam tanah tetapi pangkal pelepah kalau ditimbus dengan tanah disekeliling pangkal ia akan menghasilkan umbisi keladi. Perkerjaan menimbus tanah sudal bolih dimulakan pada umur pokok tiga bulan. Penimbusan tanah hendaklah dibuat sedikit demi sedikit. Kerja membaja dan semburan menggunakan racun serangga dan kulat dilakukan sama seperti sebelumnya.
Pada umur pokok 6 bulan kerja merumput telah mula bertambah. Ada antara pekerja meminta bantuan kawan sekerja menolong kerja merumput bagi meminjam tenaga, mereka akan menolongnya kembali apabilan perkerjaan berkurangan. Pada masa ini baja buah hendaklah digunakan dengan menggunakan baja cap kuda singa 12:12:17:2:TE dengan kadar 20 gram setiap pokok. Racun Serangga Jenis Dragon 350 cc, dan racu kulat Top Plus 400 gm untuk satu tong drum. Pada masa ini penyemburan menggunakan 3 tong drum.
Pada umur pokok 7 bulan semua aktiviti dibuat sama sepertimana kegiatan pada bulan keenam. Pada masa ini pokok telah mula membesar dan meninggi, pokok kelihatan berwarna hijau gelap. Umbisi telah mula membesar.
Bulan ke 8 kerja pembajaan tidak lagi digunakan, cumanya kerja merumput dan semburan racun serangga dan kulat dibuat sepertimana bulan ke 7. Baja tidak lagi dibuat kerana keladi akan dibuat pengutipan hasil tidak sampai sebulan bolih berlaku pembaziran penggunaan baja. Kerja merumput dibuat untuk mempastikan kesuburan pokok keladi tidak terjejas.
Pada bulan 9,10, 11 dan 12 kerja pengutipan hasil telah mula dibuat dengan mencabut pokok-pokok keladi yang telah mula menunjukan sifat daun yang mula kering. Kerja mencabut pokok-pokok keladi mengikut jadual tempahan. Kadang-kadang tempahan dibuat sekali hantaran lebih 100 bag. Ini memerlukan ramai tenaga kerja untuk melaksanakanya.
Begitulah serba sedikit teknologi tanaman keladi cina yang pernah saya lakukan. Pada masa ini dengan nilai yang sangat tinggi saya ingin menganjurkan kepada sesiapa yang berminat, ambilah peluang keemasan ini kerana pulangan yang sangat-sangat menguntungkan.
3 kaki setengah
INTREGRITI : CERITA DAN PENGALAMAN MENGENDALIKAN BANTUAN PEKEBUN KECIL NANAS.
INTREGRITI ; CERITA DAN PENGALAMAN MENGENDALIKAN
BANTUAN PEKEBUN KECIL NANAS.
Intregriti berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Ia biasnya menjurus kearah perwatakan sesaorang - maksud intregriti mengikut kamus Dwibah asa DPB, 1985 ialah kejujuran dan ketulusan. kesempurnaan, keutuhan. Dari maksud yang didapati dari kamus di atas, intregriti adalah safat jati diri yang merangkumi juga keikhalasan, kerterbukaan, ketulasan, amanah, benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruh, boleh dipercayai, pegang cakap dll.
Saya telah mempunyai pengalaman berkerja dengan ajensi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia selama 36 tahun. Bidang tugas saya pada mulanya mereriksa kebun dan menyalurkan bantuan kepada pekebun kecil nanas. Saya di tempatkan di pejabat cawangan di Benut, Pontian. Di pejabat tersebut ada ramai anggota yang berlainan ajensi menjadi sahabat saya. Mereka dari ajensi pejabat Pertubuhan Peladang, Jabatan Pertanian, Jabatan Parit Dan Saliran dan RISDA.
Seingat saya, saya rapat dengan berberapa kawan yang berkerja semacam sama dengan bidang tugas yang saya buat, hendak pula pejabat mereka bersebelahan dengan pejabat saya. Banyak tunjuk ajar yang telah saya perolehi daripada mereka dalam hal memeriksa kebun serti mengukur kebun-kebun yang menyertai bantuan. Saya tidak dapat lupa cerita yang disampaikan kepada saya olih sahabat saya itu yang saya anggap sebagai cerita klasik. Cerita yang berlegar dari mulut kemulut hingga sampai kepada saya.
Kes pertama : Saorang pemohon berbangas Cina telah memohon bantuan tanam semula getah dibawah ajensi RIDA Permohonan yang dibuat itu ialah dengan mengemukakan lima keping geran berkeluasan 20 ekar. Tiba masa lawatan kebun dibuat, pegawai dan pemohon telah membuat lawatan ke lokasi kebun. Setelah empat kebun dibuat pemeriksaan dengan catatan kebun-kebun tersebut mengandungi pokok getah tua yang bersebelahan, pekebun telah menyatakan kebun yang satu lagi iaitu kebun yang kelima, jauh dari lokasi empat kebun itu sejauh satu batu jarak. Pegawai mempercayaai pomohon dan mencatat lapuran lawatan permulaan dengan menyatakan ada getah tua tanpa pergi kelokasi kebun tersebut. Berberapa bulan selepas itu kelulusan sementara "kad putih"dikeluarkan. Setelah sampai masa yang ditetapkan,kad putih dikembalikan kepejabat untuk membuat pemeriksaan kebun. Pegawai yang sama dengan pemohon tersebut telah pergi ke lokasi dan didapati semua kebun telah siap bersih sedia untuk ditanam dengan anak-anak pokok getah. Olih sebab percaya dengan kata-kata pemohon, kebun yang kelima mereka tidak pergi membuat pemeriksaan, dan lapuran olih pegawai kelima kebun telah bersih.
Enam bulan berikut, lawatan ke 2 telah dikeluarkan untuk dibuat pemeriksaan kebun. Pemohon dan pegawai yang baru berpindah mengantikan pegawai sebelumnya telah kelokasi dan terperanjat besar kerana didapati satu keping tanah telah tidak usahakan terus dengan pokok getah tua masih tidak ditebang. Pegawai terdahulu telah dipanggil bagi menceritakan apa yang telah berlaku. Setelah mereka tahu duduk perkara, pegawai tersebut dengan rasa takut menangis menyembah meminta pegawai penganti menolongnya dengan memejamkan mata meluluskan kebun yang tidak diusahakan itu, kalau tidak akan dibuang kerja, hendak pula tidak mendapat kerjasma daripada pemohon kerana pemohon tersebut telah memberi wang rasuah. Olih sebab rasa kasihan tanpa berpikir panjang kebun telah diluluskan peringkat ke2 tanpa dibuat apa-apa. Seterusnya tiba masa pada peringkat bantuan akhir pegawai baru telah berpindah mengantikan pegawai sebelumnya yang telah berpindah ke kawasan lain. Cerita yang sama berlaku, pegawai baru itu telah memanggil kedua-dua pegawai sebelum itu dan mereka kedua-dua minta tolong, kalau tidak mereka akan dibuaang kerja. Dengan tidak berpikir panjang kebun tersebut telah lulus dengan bantuan bantuan akhir dan bantuan telah habis dikeluarkan. Tidak akan timbul masaalah lag, fikirnya.
Dipendikan cerita, kebun berkenaan beberapa tahun selepas itu telah dijual dengan seorang
pembeli dan didapati salah satu kebun itu mengangungi pokok getah tua dan layak menyertai bantuan. Pemilik kebun pun telah datang ke pejabat untuk memohon bantuan. Tetapi permohonan tersebut tidak dapat dipertimbangkan kerana mengikut rekod telah menerima bantuan sebelumnya dan tidak layak menerima bantuan kerana belum sampai masanya lagi. Pemohon tidak berpuas hati, dia menyatakan macam mana bantuan telah habis dikeluarkan bantuan sedangkan pokok getah tua sebesar dua pemeluk tidak terusik. Setelah disemak dengan menyiasat fail permohonan tersebut ketiga-tiga pegawai yang terbabit telah dipanggil dan akhirnya ketiga-tiga mereka telah dibuang
kerja.
Kes ke kedua - Mr Wong mempunyai kawasan tanaman getah berkeluasan bersekala besar di kawasan Kulai. Dia telah menyertai bantuan menanam semula getah tua dengan skim ladang
bersekala besar. Banyaklah ladangnya menerima bantuan dengan bantuan yang berperingkat-peringkat. Kebun bersekala besar biasanya diperiksa olih pegawai kanan pada lawatan peringkat permulaan bersih kebun, lawatan seterusnya barulahlah dibuat olih pegawai peringkat bawahan kerana lawatan melibatkan perbekalan baja, tidak seperti lawatan peringkat permulaan yang melibatkan banyak bantuan wang tunai. Mr Wong hanya selalu berdampingan dengan pegawai kanan sahaja, sedangan pegawai dibawahan kurang mendapat layanan. Ini menjadi kemarahan daripada pegawai bawahan tersebut kerana mereka tidak dapat sesuatu daripada Mr Wong. Pada suatu hari, pegawai bawahan tersebut telah membuat bekalan baja sebanyak 150 kampit baja muatan satu lori. Pegawai tersebur memang berdendam pada Mr Wong kerana sombongnya dengan tidak merberi layanan. Dia telah menawarkan peluang wang kepada dreber lori baja tersebut dan attedan, tawaran tersebut diterima dengan syarat seperti pepatah berbunyi "Biar pecah diperut jangan pecah dimulut". Semasa bekalan dibuat, lori baja tersebut telah diminta olih pegawai berhenti dihujung penjuru simpang jalan sementara pegawai mengambil tandatangan penerimaan bekalan baja. Semasa pegawai mengambil tandatangan Mr Wong, dia menyatakan Mr Wong perlu tandatangan borang lawatan sedangkan dia menandatangani borang
baucer baja. Setelah siap tandatangan lori baja telah beredar kesatu tempat yang tidak diketahui Mr Wong.
Beberapa bulan berikutnya, Mr Wong telah perasan satu lot kebun sepatutnya telah menerima bekalan baja tetapi masih belum dapat bekalan lagi. Dia pun pergi ke pejabat untuk bertanya bekalan baja yang belum diterima itu. Mengikut rekod pejabat, kerani rekod menyatakan Mr Wong telah menerima baja sekian haribulan dan boucer baja tersebut telah ditandatangi olih Mr Wong sendiri.
Mr Wong tidak menerima baja yang sebanyak 150 kampit dan dia mengadu kepada pegawai atasan. Pegawai dan dreber lori berserta atteden telah dipanggil mengadap pegawai atasan tersebut berserta Mr Wong. Ketiga-tiga mereka telah disoal siasat tetapi telah bulat menyatakan telah menghantar bekalah baja tersebut, sedangkan Mr Wong menapikan menerima bekalan baja tersebut. Pegawai yang membuat bekalan dengan berkata minta Mr Wong menendatangi baucer bekalan baja, tetapi Mr Wong enggan kerana macam mana hendak tandatangan kerana ketiadaan baja. Pegawai tersebut dengan mudah menyatakan kenapa Mr Wong menandatangi boucer tersebut. Dengan rasa kecewa dan tertipu, Mr Wong balik kerumahnya dengan marah. Dia telah tahu siapa menipunya.
Dua kes yang saya paparkan ini adala cerita bagaimana beberapa orang membuat sala laku dalam perkerjaan akhirnya menerima hukuman dibuang kerja. Sedangkan satu kes lagi walaupun menipu tetapi lepas begitu saja. Walaupun tidak diceritakan akhirnya hukuman yang diterima itu saya yakin akhirnya ada balasanya.
Semasa Lembag Perindustrian Nanas Malaysia(LPNM) hendak di mansuhkan pada awal tahun 2000, semasa peroses pembuburan berjalan, sebahagian kakitangan telah diberi tawaran pilihan samada hendak kekal atau pun bersara awal. Bantuan tanam semula/baru kepada pekebun kecil masih lagi dijalankan. Dengan keadaan yang tidak menentu itu, saya dikhabarkan ada berlaku salah laku olih berberapa pegawai bawahan membuat bayaran benih nanas dengan dua kali bayaran dalam satu permohonan yang tidak diketahui olih pegawai atasan. Saya agak penyelewengan yang dibuat itu berjumlah ratusan ribu ringgit
Semasa Penyerapan Bahagian Pembangunan kepada Seksen Pembangunan Industri Nanas (SPIN) dibawah sayap Jabatan Pertanian Malaysia, saya telah ditukarkan dan ditempatkan di Pejabat Pertanian Modern di Ayer Hitam tanpa membuat satu kerja pun. Saya telah difahamkan hasil nanas ladang yang dikendalikan olih SPIN banyak yang dijual keluar tanpa perolihan kerani kewangan berkaitan, saya mendapat maklum kerani iaitu isteri saya pada masa itu menjadi kerani kewangan bahagian perolihan Buah nanas yang dibeli dengan menggunakan cek bayaran tetapi tidak sampai kekerani kewangan.
Berberapa bulan semasa saya hendak bersara saya dikhabarkan saoraang pegawai bawahan yang menjaga kawasan telah berpakat dengan pengusaha tanaman nanas mencari tanah kosong yang terbiar untuk mengusahakan tanaman nanas dengan tanpa diketahui tuan punya. Tuan punya biasanya tinggal jauh daripada kebun seperti tinggal di Singapura, Di luar Negeri Johor. Nama tuan punya kebun senang diperolehi dengan membuat penyemakan tanah dipejabat tanah, setelah segala dokumen diperolehi borang Surat Wakil Kuasa senang dibuat dengam meminta tandatangan olih Ketua Kampung sebagai Saksi. Perkara tersebut berjalan tanpa diketahui pegawai atasan.
Perkara-perkara yang saya sebut diatas adalah satu pengajaran kepada pegawai dan anggota dalam perkhidmatan supaya mereka menghayati Falsafah Intregriti dalam tugas harian. Mereka hendaklah menjadikan cerita saya ini sebagai pedoman dan takut membuat kesalahan, Insyaalah kita akan selamat akhirnya.
Beberapa hari sebelum saya meninggalkan Lembaga, saya dapat mengambil peluang mengajar dan mendidik serba sedikit bidang tugas yang akan dihadapi olih kumpulan intake baru pada masa itu.. Saya harap nasihat yang berguna itu menjadi pedoman mereka hendaknya.