Wednesday, 4 November 2015

PERCUTIAN MILAN, ITALY


                PERCUTIAN  MILAN,  ITALY



Peta Milan

Milan, Italy atau panggilan Milano oleh Rakyak Italy terkenal dengan kota berwajah Kehindahan, Fesyen dan Kesenian.  Reka bentuk bangunanya yang kelihatan rapi dan unik.   


Bangunan-bangunan dengan rumah kediaman nampak sentiasa dijaga dengan rapi.  Tidak heranlah ia terkenal diserata dunia.



2      Beberapa tahun yang lalu saya telah berpeluang bercuti sambil melancong ke Milan.  Saya mengambil peluang ini kerana adik ipar saya iaitu Ahmad bin Esa bekerja  dengan Tourism Malaysia, di Milan.  Beliau tinggal bersama isteri dan dua orang anak lelaki di sebuah pasangpuri  di pinggir Bandar raya, Milan.  Isteri Ahmad, Fadilah adalah adik saya saorang guru yang bercuti tanpa gaji dengan Kementerian Pendidikan Malaysia selama mereka tinggal di Milan.

Keluarga Ahmad Bin Esa


3      Saya bernasib baik berpeluang tinggal di kota Milan selama dua minggu.  Sebagai kenang-kenangan, saya telah mengetuk “key board” lep top buruk saya berserta gambar-gambar yang saya simpan di dalam album untuk diabadikan di dalam blog saya ini.


4      Percutian saya di Milan telah dirancang terlebih awal dan telah membuat beberapa jadual lawatan dan perjalanan selama saya berada di Milan.  Jadual tersebut telah diuruskan oleh Ahmad kerana beliau tahu tempat-tempat yang menarik untuk dilawati.  Sepanjang saya berada di sana Ahmad lah yang membawa saya sebagai pemandu pelancong.


5      Setelah tiba masa yang ditetapkan, saya telah berangkat bersaorangan ke Milan dengan menaiki pesawat MAS dari lapangan terbang Senai transit di KLIA dan Heatrow London, terus menuju ke destinasi lapangan terbang Linate, Milan.  Dengan mengambil masa perjalanan dari rumah selama 15 jam termasuk dua kali transit di KLIA dan Heatrow London.

6      Semua bagasi yang saya bawa bersama awal-awal lagi telah di check in di lapangan terbang Senai, jadi tidak menjadi masaalah bagi saya kerana barangan tersebut akan sampai bersama saya di Linate, Milan dengan selamat tanpa menghadapi masaalah dan halangan.

7       Diantara barangan yang saya bawa itu adalah sebuah bag besar berasingan yang berisi dengan barang makanan yang dipesan  oleh adik saya seperti ikan kurau yang telah disejuk beku dan lain-lain  ikan bersisik yang dibungkus rapi supaya tidak cair semasa dalam perjalanan, rempah ratus, makanan dalam tin seperti sardine, kicap dan lain-lain barang yang sukar di perolehi di Milan.  Shukor alhamdulliah semasa tiba di tempat pemeriksaan Kastam, barangan tersebut tidak diperiksa dan dilepaskan.

8      Semasa sampai di lapangan terbang Linate saya telah disambut oleh Ahmad di kawasan tempat menunggu.  Perjalanan pulang ke pasangpuri beliau sejauh 30 km yang memakan masa perjalanan 20 minit sekiranya terafic tidak sebuk.

Sampai di Lapangan Terbang Linate



9      Sesampai tempat penginapan mereka, saya telah disambut oleh adik dan dua orang anak lelakinya iaitu Akmaluddin dan adiknya Afiquddin.  Kami telah dihidangkan dengan makanan malam yang sangat menyelerakan.  Sambil  makan, dapatlah kami bertanyakan khabar masing-masing.

10      Lebih kurang jam  10 malam, Ahmad telah membawa saya pergi melihat suasana diwaktu malam kota raya “Duomo Malino” Bangunan-bangunan di sekitaran  sungguh hebat dan terpegun saya melihatnya. Tak terkata.  Saya dibawa melihat sebuah Gereja Cathedral yang terkenal di seluruh dunia itu.  Pada masa itu bangunan gereja tersebut kelihatan gelap tersergam dan mengerunkan.  Saya dapat merakamkan satu dua keeping gambar dengan lebih dekat gereja Cathedral dalam cahaya yang berbalam-balam.

Gambar Sisi Gereja Cathedral

11.      Seterusnya saya telah dibawa ke sebuah restoran minuman, Ahmad telah memesan minuman cappuccino.  Rasa yang sangat enak dan menyegarkan.  Dia menyatakan cappuccino Milan diantara yang terbaik rasanya dan saya bersetuju dan mengiakan cakapnya itu, hendak pula lepas makan malam di rumahnya perlu ada minuman yang menyegarkan dan dapat menghilangkan rasa letih selepas di perjalanan yang panjang itu.

Menikmati minuman cappuccino


12      Selepas bersembang sambil minum cappuccino, banyak cerita yang kami bualkan yang berkaitan hal-hal keluarga, kampong halaman tak kurang juga saya bertanyakan suasana tinggal di negera orang. Dia berkata  kadang-kadang terasa sunyi juga.  Tepat jam 12 tengah malam, kami pulang kerumah dan beristerihat.



VENICE

13     Setelah dapat berehat sehari, pada hari ke tiga saya di Milan, Ahmad telah mengatur lawatan ke Venice.  Mengikut ceritanya, Venice adalah satu tempat yang menarik dan terkenal dengan tarikan pelancong-pelancong di seluruh dunia yang mengidamkan datang ke situ.  Tidak sah rasanya kalau sudah sampai di Milan, Venice tidak dilawati.

Peta Venice




Gondola
 14      Venice yang terletak di Northernestern Italy adalah diantara kumpulan 118  buah pulau kecil yang dipisahkan oleh terusan buatan manusia dan disambung dengan beratus jambatan  samada kecil atau pun besar.  Terdapat bangunan-bangunan yang sungguh cantik dan penuh dengan keindakan yang berseni seperti bangunan  The Pizza San Mario, The Grand Canals dan The Island of Sand Florgio.


Terusan Buatan manusia

15      Venice telah diiktiraf sebagai “World Haritage” oleh UNESCO.  Ia juga dikenali dengan namanya sebagai “ La Dominate “, “ Serenissimo”, “ Queen of the Adriatic”, “ City of Water “, “ City of Masks “, “ City of Bridges “, ‘ The Floating City “, dan “ City of Canals “.  Venice juga terkenal sebagai bandar raya yang cantik dan indah yang dibangunankan oleh manusia dan diantara tempat yang romantic di Eropah.

16      Tidak ketinggalan ia juga terkenal sebagai pusat Program Artastic terpenting dan menjadi pusat Symphoni dan Musik Opera.  Tidak heran ramai pelancong di serata dunia mengunjunginya.





Di hadapan Stesen kereta api Milano Central
Bergambar di hadapan kereta api



17      Kami telah bertolak ke Venice dengan menaiki keretapi dari stesen keretapi  Milan Central.  Masa perjalanan menuju ke destinasi mengambil masa selama dua jam setengah.  Di dalam train kami ditempatkan di koc yang terdiri dua pasang penumpang di kebin yang bertutup.  Sepasang pelancong yang agak berumur duduk menghadap kami yang dipisahkan oleh sebuah meja.  Kami sempat berbual-bual dengan mereka, kelihatan ramah.  Mereka sepasang suami isteri pelancong dari England pernah beberapa kali mengunjungi Malaysia kerana melancong. Disamping Pulau Pinang yang di kunjungi,  mereka juga pernah pergi disamping Kuala Lumpur mereka pergi ke Sabah.  Saya teringat Sabah adalah dikenali sebagai Adventure Tourism, sebab itu ramai orang-orang Eropah suka ke sana. 

18      Kedua-dua  suami isteri ini sangat mengenali Malaysia dan tidak lupa bercerita tentang bangunan berkembar Petronas “ Petronas Twin Tower “ dan “ Litar FI Sepang  circuit”.  Rasa bangga Negara Malaysia diperkatakan……

Di atas Jambatan Venice



19      Setibanya…….. kami berjalan-jalan kaki menyusur di kawasan peranginan Venice yang terkenal itu bersama –sama pelancong dari luar.  Semua bangunan di sekitar kelihatan mengagumkan.  Diantara deretan bangunan panjang, terpisah dengan canal-canal yang bolih dilalui sampan atau gondola.  Itulah laluan transport awam.  Tidak ada kenderaan bermotor di kawasan tersebut.





20      Setelah penat menyusur sekitaran kami menaiki sampan “Gondola” yang dipandu oleh pengayuh sambil menyanyikan lagu berbahasa Itali yang menceritkan keindahan Venice, mengikut kata Ahmad.  Kami telah membayar tambang dengan wang Euro kepada pengayuh ‘Gondola”  tersebut.


21      Kami juga telah menaiki feri dan melalui terusan atau canals bersama pelancong dengan percakapan dan perbualan yang tidak mengerti bahasa yang digunakan oleh mereka.




22      Yang menariknya dan tidak dapat dilupakan ialah ketika kami berbual-bual, terdengar sayup sebutan perkataan “ Selamat Sore Pak “ dan kami terpinga-pinga  menoleh dari arah mana suara “ Selamat Sore Pak” itu.  Tiba-tiba saorang pemuda berumur dalam lengkungan awal empat puluhan merapat dan nengulur salam dengan kami.  Dia menyatakan lama memerhati dan mendengar akan perbualan kami itu.  Dengan rasa bangga, jauh dari tanah air ada juga orang menegur walau pun dalam bahasa Indonesia.  Pemuda tersebut menceritakan yang dia pernah bekerja di Indonesia beberapa tahun dengan syarikat Belanda.  Dia ke Venice kerana melancong sambil menghabiskan cuti tahunan.  Pernah ke Pulau Pinang transit dalam perjalanan pulang ke Belanda.  Satu hari kalau ada kesempatan dia berjanji akan  datang melancong ke Kuala Lumpur.

23      Kami mengambil kesempatan merakam foto di sekitaran peranginan Venice detik-detik saya berada di pulau peranginan yang mengkagumkan itu.  Benar apa yang diperkatakan Venice adalah tempat yang terindah, cantik yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.



24      Setelah beberapa jam kami berada di kawasan peranginan itu, sebelum pulang kami pergi di sebuah taman bunga berdekatan membawa bekalan yang disediakan oleh adik saya untuk menjamu selera.  Kami bertolak pulang ke Milan sudah lewat petang.  Terasa penat tetapi puas.  Selamat tinggal Venice sebuah kota romantic dan sunguh mengasyikkan.  Itulah Venice.

Di hadapan Taman Bunga


PASAR PAGI

25      Pada hari keempat saya telah dibawa oleh Ahmad dan Fadilah ke jualan pasar pagi di pinggir Bandar raya Milan.  Anak mereka ikut bersama.  Di Milan pasar pagi yang ada seakan-akan sama konsepnya dengan yang ada seperti di tempat kita di Malaysia, cumanya pasar tani dan pasar malam di Malaysia jualanya rencam tidak seperti di Milan.  Di Milan, nampaknya barang-barang yang dijual disusun atur dengan kemas.  Jenis jualan ditempatkan  seperti jualan barang perhiasan, kain baju,langsir, alat solek,alat pakaian seperti kasut, tali pinggang ditempatkan berjauhan dan  jualan buahan di sudut yang lain, begitu juga stall daging sejuk beku disudut yang lebih jauh lagi.  Nampaknya  pihak berkuasa di Milan menitik beratkan kebersihan dan kesihatan dalam aktiviti pasar pagi mereka.

 26      Pelanggan atau pembeli di pasar pagi menjadikan pasar tersebut sebagai alternaitve mereka  membeli di pasaraya kerana di pasar pagi harga barangan lebih murah, tiada bayaran  sewa bangunan dan membayar gaji pekerja.  Sepanjaang saya di Milan sebanyak tiga kali saya di bawa ke pasar pagi untuk membeli keperluan barang rumah dan
Di Pasar Pagi
barang-barang seperti sudu garpu  yang digunakan oleh hotel- hotel lima bintang di Malaysia.  Harga barang tersebut murah dan mengikut Fadilah adalah tulin.  Saya dapat membeli sebanyak enam dozen untuk dibawa pulang ke Malaysia.  Hingga kehari ini sudu dan garpu nampak elok berkilat  walau pun telah digunakan berulang kali.


27      Semasa di pasar pagi saya telah pergi ke gerai menjual buahan, disamping buahan seperti orange, epal, pear dan anggur, ternampak beberapa biji buah nanas dipamerkan.  Saya perhatikan jenis nanas tersebut seakan nanas Sarawak kalau di Malaysia dikenali jenis nanas Sarawak MD2.  Nanas tersebut melihat lebelnya datang dari kepulauan Costa Rica. Berat termasuk jambul (crown) kurang sedikit 1.5 kilo dengan harga RM 18  wang Malaysia.  Hantaran menggunakan  kargo udara dari kepulauan Costa Rica.
sedang menunjuk nenas MD2


28      Selepas kami membeli belah di pasar pagi, kami beredar ke satu kawasan kedai menjual daging lembu yang  tidak jauh dari pasar pagi tersebut.  Kami menaiki kereta lebih kurang sepuluh minit, berjumpa kedai yang menjual daging tersebut.  Dari jauh penjual berbangsa Arab Mesir itu memberi salam kepada Ahmad sambil mereka bersalam.  Saya dapat meneka penjual daging itu adalah tempat Ahmad selalu datang melangan.  Sempat juga dia bersalam dan bertanyakan kabar pada saya.  Sungguh mesra dan baik hati.  Setelah barang-barang keperluan dapat semuanya, maka kami pun pulang ke rumah.

STADIUM  SAN SIRO

29      Hari-hari berikutnya saya telah dibawa melawat di stadium San Siro.  Stadium ini dikenali dengan nama Stadio Giuseppe Meazza.  Stadium bola sepak ini terletak di dalam daerah San Siro, Milan.  Ia juga dikenali sebagai rumah kepada Inter Milan dan A.C. Milan.

Di hadapan pintu masuk Stadium SanSiro

30      Stadium ini boleh menampung seramai 80, 018 penonton.   Satu daripada sepuloh stadium terbesar di Eropah dan satu-satunya stadium bola sepak yang terbesar di Italy.  Sebanyak dua kali kejohan piala dunia telah diadakan  iaitu pada tahun 1934 dan 1938 di mana team game ialah Inter Milan.  Stadium ini sebagai hos sebanyak enam perlawanan ditahun 1990 piala dunia FIFA diadakan dan sebanyak tiga kejohanan leage UEFA pertandingan akhir pada tahun 1965, 1970 dan 2001.
Bergambar kenangan bersama jersey bola sepak Inter Milan & AC Milan

Bersama jersey Ronaldo

Di tempat duduk VVIP, Stadium SanSiro
  



 31      Jika tiada pertandingan bola sepak diadakan, stadium ini digunakan untuk music konsert dan sebarang pertanding” sporting event”  Acara besar pernah diadakan,  seperti The Rolling Stone Concert, Bob Marley, Muse, Madonna dan Micheal Jackon.







Bersama Replika Piala






32      Muzium bola sepak – Mengikut sejarah, stadium ini adalah yang pertama dijadikan  muzium dalam stadium.  Ia menceritakan sejarah bola sepak Inter Milan dan AC Milan dengan memamirkan memorinya sejak perkembangan dan ia juga menceritakan 100 tahun kejayaan dan challenging bola sepak Milan,  pameran  daripada pertunjukan kasut bola sepak mengunakan tungku kulit, Authenutic shirt, cup dan tropics yang dimenangi dan the legend of soccer ditunjukkan juga.


Di dalam stadium SanSiro

33      Stadium ini dimiliki oleh Minicipality of Milan.  Mengikut rekod pada tahun 1997 jumlah penuntun adalah 83, 381 orang.  Dirasmikan pembukaanya pada tahun 19-9-1926 dan stadium ini pernah diubahsuai pada tahun 1955 dan 1990.

34      Sekiranya tidak ada apa-apa event, muzium ini  di buka untuk  pelawat, kebanyakan mereka dari luar Milan.  Tiket dikenakan untuk dewasa berharga 7 Euro, 5 tahun sampai 14 tahun dikenakan 5 Euro sementara warga emas berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah percuma.  Waktu melawat muzium  selama dua jam setiap giliran.  Selepas selesai melawat, giliran kumpulan lain pula mengambil tempat. 

34      Setelah membayar wang tiket, kami telah di bawa menonton filem 100 tahun kejayaan dua pasukan Inter Milan da Ac Milan selama 15 minit.  JC pemain legenda dipamerkan  dengan tercatat nama dan nombor seperti Ronaldo, Baggio, Boban, Vieri,Cirio dan Bierhoff.  Slepas itu kami dibawa pemandu dimana kami ditunjukan sejarah perkembangan bola sepak kedua-dua pasukan.  Kami juga ditunjukan bola yang diperbuat daripada kulit asli

35     Kami dibawa ke dewan dimana kawasan tersebut berlantaikan karpet seakan padang rumput berwarna hijau. Sekiranya tidak dapat bermain di dalam stadium kerana factor cuaca, maka  inilah menjadi tempat pemain memanaskan badan dan belajar segala taktik dan taknik.  Kami juga ditunjukan tempat mandi dan persalinan pemain selepas game.

36      Seterusnya,  kami di bawa ke dalam stadium, ke  tempat duduk VVIP, dibawa dan ditunjukan ke  kawasan rakaman selari oleh pengulas perlawanan  oleh wartawan sukan. Dari tempat duduk VVIP,  saya kagum melihatkan stadium  San Siro yang terbesar di Italy mempunyai tiang bulat di empat penjuru di stadium yang  sungguh besar dan unik itu.

37      Sepanjang berada di muzium dan di dalam stadium saya telah mengambil kesempatan dan peluang merakamkan gambar stadium San Siro untuk di bawa pulang ke Malaysia sebagai kenang-kenangan.
Di hadapan stadium SanSiro


GEREJA DUOMO CATHEDRAL/  DI PLAZZA DE DUOMO/  PEJABAT TOURISM MALAYSIA, MILAN

38      Pada hari ini saya telah dibawa oleh Ahmad ke kawasan bandara raya Milan sekali gus melawat beberapa tempat seperti gereja Duomo Cathedral, Di Plazza de Duomo dan seterusnya dibawa melihat pejabat Tourism Malaysia di Milan.

Gereja Duomo Cathedral


39      GEREJA DUOMO CATHEDRAL – Gereja ini berada ditengah-tengah bandaraya  Milan, utara Italy.  Bangunan Milan Catheral  ( Catheral Church of Milan ) tersergam indah dan mengagumkan bagi penganut kristian Cothelic. 

Bergambar kenangan bersama Isi Kelapa



40      Mula di bangunkan ( ground breaking ) kira-kira  pada tahun 1386 dan siap sepenuhnya pada tahun 1965.  Untuk menyiapkan pembinaan gereja ini mengambil masa yang sangat panjang iaitu selama enam abad ( six centuries )  Untuk membinanya memerlukan beribu buruh yang dipaksa membina canal dimana terusan itu dijadikan sebagai pengangkutan jongkong-jongkong batu besar daripada kuari ke Duomo.  Material bangunan adalah daripada batu  Candoglio marbles. 

Duomo


41      Gereja ini adalah yang  ke lima terbesar di dunia sementara yang kedua   terbesar di Italy.  Ia boleh memuat pada satu satu masa seramai 40, 000 penganut.  Ia telah dibina oleh Archbisshop Antonio da Saluzzo.  Beberapa kali pembangunanya terkendala kerana masaalah kewangan dan idea.   Decoration dalaman telah dilaksanakan diantara tahun 1575 hingga1585.  Napoleon Bonaparte telah dimahkotakan sebagai raja Itali di Gereja Duomo ini.

42      Terdapat jumlah yang besar monumen dan  acra, tiga altars yang beautiful menghiasi bermacam amazing tingkap stain glass  yang berwarna warni.   Terdapat seni lukisan yang cantik dan halus pembikinanya menghiasi di dalam gereja tersebut dan juga terdapat bentuk  lembaga lembaga Bishop yang terbabit dalam era zamanya  di pamerkan juga.

43      Itulah gambaran  gereja Cathedral, Milan yang dpat saya ceritakan.  Saya tidak masuk di  dalam bangunan tersebut tetapi ramai pelancong-pelancong  yang datang di seluruh dunia masuk menikmati keindahan gereja yang menjadi pujaan itu.

44          DI PLAZZA DE DUOMO – Saya dibawa berjalan-jalan bersiaran di kawasan Di Plazza De Duomo.  Pamandangan sungguh menarik perhatian saya.  Semua bangunan yang ada sangat indah, berseni dan sedap mata memandang.  Di kawasan lapang terdapat ramai manusia berkumpul bersembang lelaki perempuan, tua muda dan kanak-kanak berkejaran.   Kebanyakanya saya rasa mereka sedang menikmat  keindahan  suasana di situ,tidak ketinggalan  termasuk saya sendiri.   

Di Plazza De Duomo



Di hadapan Kedai Kasut Moreschi
Kenangan semasa memilih baju Boggi



Masa di Plazza De Duomo saya telah membeli baju  berjenama  Boggi buatan Madras India.  Baju yang saya beli jenis cotton dengan bercorak kotak-kotak kecil.  Saya dapat membeli sebanyak enam pasang baju Boggi.  Begitu juga saya telah membeli sepasang kasut kulit, tali leher dan tali pingang kulit yang kesemuanya berjenama Moreschi.  Sangat lumayan harganya.  Ahmad menceritakan ramai VVIP dari Malaysia datang membeli belah    di Milan.  Tidak hiranlah  Milan menjadi syurga membeli belah bagi orang  kaya.  Yang anehnya sehingga hari ini kasut kulit Moreschi belum saya gunakan lagi.  Mungkin menunggu semasa berjalan di atas karpet merah nanti……Ahmad menyatakan kasut yang saya beli itu dipakai oleh orang paling VVIP di Malaysia. Ya ke !

45      Setelah dapat membeli barangan yang dikehendaki itu,  kami berjalan-jalan menyusur melihat pamiran dicermin jualan seperti kasut lelaki, wanita, alatan pakaian yang berjenama mahal.  Kami hanya menyusur di kaki lima lorong bangunan hanya  sebagai ( window shoping ) sahaja.  Setelah penat, kami terasa lapar dan telah pergi kesatu restaurant menjual fast food, kami menempah makanan vegetarian food berserta dengan ayer coke. Itu lah makanan  darurat kami di Milan?

46      PEJABAT TOURISM MALAYSIA, MILAN – Lawatan yang terakhir pada hari itu ialah pergi pejabat Tourism Malaysia.  Pejabat yang terletak di tengah-tengah bandaraya  Milan.  Suasana pejabat amat kemas dan rapi,  Ahmad sebagai ketua dan dibantu saorang yang bercatogari B kanan dan di bantu dua orang kerani wanita berbangsa Italy.  Pada masa itu sudah lewat petang dan pula jatuh hari minggu, saya tidak berpeluang berkenalan kesemua staf Ahmad.

Di dalam Pejabat Tourism Malaysia, Milan


47      Semasa di pejabat Ahmad, saya dapat bertanyakan bidang tugas dan misi ajensi Tourism Malaysia di Milan.  Saya banyak dapat info berkaitan ajensi tersebut daripada Ahmad semasa di pejabatnya.

48       Kami pulang ke rumah sudah lewat petang.  Sampai di rumah kami telah dihidangkan dengan  makanan malam oleh adik saya Fadilah.  Makanan nasi yang berlaukan ikan yang saya bawa dari Malaysia. Ikan masakan asam pedas yang dirindui.

MASAKAN FADILAH MENYELERAKAN

49      Selama saya di Milan, adik saya Fadilah sentiasa memasakan
Masakan yg disediakan oleh cikgu Fadilah


makanan  enak dan rasa yang menyelerakan.  Berbagai masakan yang telah di sajikan.  Jenis-jenis masakan makanan orang Italy seperti swastika, Spaghetti, masakan nasi dan daging beriani serta dalca daging selangka serta bermacam masakan yang dapat dinikmati termasuk kuih muih.  Kami juga dihidangkan dengn sate.

50      Dia pernah bercerita satu hari setelah pulang ke Malaysia nanti, akan memohon bersara awal sebagai guru dan hendak mengubah kerjaya sebagai pengusaha  restaurant  makanan.  Saya percaya dengan minat memasak yang ditunjukan itu tidak mustahil dia akan berjaya kelak.  Saya perhatikan dengan ayer tanganya semua masakan kena selera bagi tekak saya.  Mudahan dia Berjaya.

TASIK COMO/ KILANG PERABUT SEKITAR TASIK COMO



51      Hari-hari berikutnya, selepas tengah hari Ahmad telah membawa saya pergi kesebuah tempat peranginan tasik Como.  Pemandangan di sekitaran tasik tersebut sangat indah dan menyegarkan, hendak pula dengan angin Medetererian yang sejuk-sejuk nyaman..  Fadilah dan anak-anak ikut bersama.


Kenangan di hadapan Tasik


52    Mengikut rekod,  panjang maximum tasik Como ialah sejauh 46 km, lebar sejauh 4.5 km, keluasan kawasan 146km  persegi, purata kedalaman 154 meter.  Di kawasan tasik tersebut ada pulau diberi nama pulau Isola Comacina.  Ia adalah tasik yang terdalam di Eropah. Yang ke tiga terbesar di Italy selepas tasik Garda dan tasik Maggiore.  Ia popular dengan tarikan pelancong kerana banyak artistic dan cultural yang diperbuat daripada stone.  Banyak villa dan Istana seperti villa Olmo.  Sebanyak 1380 hotel di tasik Como diantaranya hotel Bellagio, Varenna, Carenobbio dan Menaggio.
Kenangan di Tasik Como


53      Ramai orang kenamaan tinggal di villa seperti Ronaldinho dan   Madonna.  Tasik ini adalah diantara yang tercantik di Eropah.


Tasik Como

54      Setibanya kami di tepi tasik como, kami berjalan-jalan sekitaran melihat orang-orang atau pelancong  sedang  menaiki bot-bot laju menuju  ke  seberang.  Sebagai kenangan saya tidak melepaskan peluang merakamkan gambar-gambar semasa diTasik Como.

55     KILANG PERABOT SEKITAR TASIK COMA - Dalam perjalanam pulang saya dibawa Ahmad ke sebuah kilang perabut.  Kilang perabut kayu tersebut nampak sederhana besar tetapi banyak alatan misin seperti kikir, pemotong, alat pengukir dan lain peralatan membuat perabut.  Saya dapati beberapa orang perkerja sedang tekun dengan kerja yang dibuat.  Saya difahamkan kilang ini mengimpot perabut kayu jati dari Indonesia yang telah dibuat kerusi meja yang belum di perhalusi.  Kilang inilah yang  memperosesnya sehingga menjadi perabut sampurna dan dijual dengan harga yang mahal.  Itulah kerja seni orang Italy yang belum dapat ditandingi.

56    Sedang kami melihat saorang pekerja sedang menjalan kerja mengukir kayu menggunakan mesen, datang saorang berjumpa  dan  bersalam dengan Ahmad sambil dia bercakap  dalam bahasa Italy, dan menyapa Fadilah dan anak-anak.  Dia bertanyakan saya kepada Ahmad, dan Ahmad menyatakan yang dibawa bersama adalah abang ipar yang datang dari Malaysia.  Dia mengganguk dan menyebut Hello kepada saya.  Dia menyatakan meja minuman bergerak yang di tempah masih belum siap lagi, dia berjanji akan menyiapkan lagi satu minggu.  Sebelum beredar , kami bersalam dan dia menyatakan selamat jalan kepada kami.  Kami sampai di rumah sudah hampir Malam.

MEMBELI  BELAH  DI FOX TOWN,  SWITZERLAND /  MEMBELI KASUT  BALLY DI GENEVA

Peta FoxTown Outlet, Switzerland


 57      Pagi-pagi lagi kami telah berkemas dan bersedia untuk pergi membeli belah di Fox Town Outlet di dalam Negara Switzerland yang bersempadan  dengan Milan.  Sepanjang  perjalana,  tidak ramai  manusia kelihatan, keadaan sunyi  kami rasakan.  Menurut Ahmad, pada musim Summer  ramai orang Italy bercuti pergi melancong sama ada di luar atau di dalam Negara.  Kalau mereka tidak melancong pada tahun-tahun tersebut mereka menukar alatan perabut menukarlangsir yang baru di rumah mereka.  Itulah tabiat orang Italy katanya.







58      Pemandangan banjaran Alps merentas Negara Italy, Perancis, Switerzerland, German kelihatan putih cantik dan menawan.  Banjaran Alps itu tercatat yang tertinggi diantara sempadan Perancis dan Italy.  Diantara yang terkenal ialah gunung Matterhone, jenama rokok terkenal d inegara kita suatu ketika dulu.

Begitu juga pemandangan tasik yang sungguh indah, ayernya biru gelap menunjukan ia sangat dalam.  Tasik tersebut di kelilingi deretan  bukit berbatu yang tinggi dan hanya kelihatan rumput yang menghijau pendek di tempat-tempat yang lapang kejauhan.  Sangat sesuai bagi orang yang sentimental dan romantic pergi bercuti di sini.  Saya teringat banyak filem Hindi membuat pengambaran di Switzerland yang biasa dilakonan seperti Shahrukh Khan, Salman Khan , Kajol dan lain lagi.  Tiada gambaran yang hendak saya bayangkan betapa indahnya pemandangan negara yang sedang saya berada ini.




59      Saya telah sampai di Ticino, Fox Town Outlet Factory Stores,  di katakan  tempat membeli belah yang mewah dan elegance.  Pusat membeli belah ini diletakan ditingkat atas mempunyai tempat parking percuma.  Ada bar, restoran dan kasino.  Mengandungi sebanyak 160 lot kedai jualan, harga diskaun ditawarkan sepanjang tahun.

 60      Di Fox Town ini saya telah membeli sepasang kasut kulit
Kenangan di hadapan FoxTown Outlet
berjenama Ferragamo, sebuah brief case berjenama Bally dan Wallet, jenama Bridge.  Tiga barangan yang lumayan harganya.  Mata wang disini ialah menggunakan Swiss Franc.   Fadilah membeli kasut dan hand bag.  Anak-anak mereka masing-masing dapat sepasang saorang  kasut dan baju T.  Sebelum pulang kami pergi di sebuah  tempat berihat dan membuka bekalan yang dibawa dari rumah dan menikmati bekalan makanan tersebut sepuasnya.





61      MEMBELI KASUT BALLY DI GENEVA – Beberapa hari berikutnya, kami telah pergi mencari kedai Outlet kasut bally di sebuat Bandar kecil dipinggir banda raya Geneva.  Ahmad tahu di Outlet tersebut tengah ada jualan sale, dia mendapat maklumat daripada staf di pejabat Tourism Malaysia di Milan.  Mereka mendapat tahu daripada siaran iklan daripada TV.  Di situ ada menjual kasut untuk lelaki dan wanita  yang berjenama Bally.  Saya telah membeli setiap dua pasang saorang untuk anak-anak perempuan termasuk isteri.  Saya juga telah membeli sepasang kasut dan sandal untuk kegunaan  sendiri, sementara untuk anak lelaki, saya belikan sepasang kasut berwarna hitam.

Pemandangan diSwitzerland

62      Dalam perjalanan ke Geneva, kami melalui disebuah terowong sejauh 30.8 kilo meter.  Itulah terowong paling panjang yang pernah saya lalui.  Sepanjang perjalanan kami melalui jalan yang berliku-liku, pemandangan di tepi tasik yang cantik dan indah.  Switzerland yang diliputi banjaran  gunung ganang,  tasik, itulah sebabnya banyak jalan yang merentas menggunakan terowong  yang berbatu-batan.




63      Setelah barang-barangan yang diidamkan telah diperolehi, kami mula berangkat pulang ke Milan sambil menikmati suasana pemandangan  Switzerland yang sungguh nyaman dan menghiburkan. Bila rasanya saya akan dapat menjejeki lagi Negara yang sangat kaya denga pemandangan dan keindahan ini.   Banjaran Alps saolah-olah mengejar semasa kami meninggalkan Geneva.  Sampai di rumah jam sudah menunjukan pukul sepuluh malam.
Banjaran Alps


LEOLANDIA MINITALIA




64      MINITALIA ada-lah satu tempat (park) untuk pengunjung  berhibur seperti menonton pertunjukan, mainan yang seakan-akan sama konsepnya di legoland di Johor.  Orang dewasa, kanak-kanak, orang berumur semua bolih datang mengunjung untuk menikmati permainan tersebut.  Permainanya adalah dibuat khas untuk kanak-kanak, remaja, dewasa  dan orang yang telah berumur.  Masuk adalah dikenakan teket.  Di dalam kawasan tersebut ada jualan makanan, minuman.  Tidak payahlah bagi pengunjung mencari makanan di luar.

Bangunan Pisa Conding, MINIITALIA

65      Tempat yang paling menarik yang saya lawati adalah kita dapat melihat satu Italy dalam masa satu hari.  Tempat tesebut berdekatan dengan Leolandia dimana kawasan tersebut adalah bikinan manusia yang dibuat betul-betul menyerupai Negara Italy, dikelingi laut tetapi dengan nisbah yang mini.  Banyak bangunan bersejarah diletakan betul-betul di tempat saolah-olah di dalam Negara Italy.  Bangunan yang bersejarah semasa kegemilangan Roman Empira beribu tahun lalu, Gereja Cathedral di Milan yang terkenal diseluruh dunia, Stadium perlawanan semasa Roman Empira, Bangunan –banguna gereja, Banjaran gunung Alps, Tempat peranginan Venice,Bangunan Pisa condong, Satu Bandar tengelam oleh gunong berapi dan lain-lain yang sangat menarik.


Gereja Cathedral,MINIITALIA



66      Semasa di Minitalia saya dapat merakam gambar-gambar yang berlatar belakangkan bangunan yang bersejarah sebagai kenangan.  Kami menyusur segenap tempat dinegara Italy untuk menikmati pemandangan saolah-olah  dalam satu hari perjalanan satu Itali sudah saya jejaki……….

Bangunan Bersejarah Milan, MINIITALIA


Bangunan yg runtuh akibat gunung berapi, MINIITALIA

67      Sesampai di Apartmant adik saya, tidak disedari beberapa hari lagi  saya akan balik ke Malaysia kerana sudah sampai masa dua minggu saya berada di Milan.  Saya mula mengemaskan barangan yang saya beli untuk dibawa pulang ke Malaysia.  Setelah di periksa banyak juga rupanya barangan yang telah saya beli itu.

Barangan yang dapat di beli di Milan, FoxTown & Geneva



PULANG  KE MALAYSIA

68      Sampai masa ditetapkan, dengan rasa sedih dan pilu, sebelum berpisah, saya  telah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahmad serta keluarga kerana melayan saya sepanjang berada di Milan.  Anak saudara saya terlalu sedih saat-saat saya berpisah semasa di Linate. “ Akmaluddin dan Afiquddin Pak Long ingin berpesan belajar rajin-rajin supaya menjadi anak yang berguna “. 

Saat hendak pulang ke Malaysia

69      Sepanjang perjalanan di dalam pesawat,  saya mengenangkan keluarga saya itu bila akan pulang berkhidmat di Malaysia.  Teringat kata-kata Ahmad semasa sedang minum cappuccino di Duomo “kadang-kadang  terasa sunyi juga”…tinggal lama di Milan………
Syukor alhamdulliah saya telah selamat sampai di Lapangaan terbang disambut oleh sepupu saya, Zakaria dan terus balik kerumah.    

2 Comments:

At 26 April 2019 at 06:40 , Blogger kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Catatan yang menarik.

 
At 17 January 2022 at 22:29 , Blogger stenote said...

https://stenote-berkata.blogspot.com/2021/10/roma-di-fontana-di-trevi.html

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home