Wednesday, 28 January 2015

LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA : SATU PERINGATAN DAN NASIHAT, PROAKTIF DAN KERJA KUAT



     LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA :  SATU PERINGATAN DAN NASIHAT
     PROAKTIF DAN KERJA KUAT.


     Sejak kilang nanas Pekan Nanas (PCM) ditutup,  Semua mata pencarian pekebun kecil yang menanam nanas kaleng tidak dapat memasarkan buah-buah nanas mereka ke kilang PCM itu lagi.  Mereka ibarat telah kehilangan tempat bergantung.  Ajensi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia tidak dapat berbuat apa-apa kerana pihak PCM itu bulanlah di bawah jagaan dan pengawasanya.  Maka dengan itu, pekebun terpaksa mencari haluan masing-masing meningalkan tanaman nanas kaleng mereka kepada tanaman seperti nanas segar, tanaman pokok kekal seperti tanaman pokok kelapa sawit, kelapa atau mencari penghidupan bidang perkerjaan  lain.

     Saya berpendapat setelah kilang nanas PCM telah ditutup peluang pekebun kecil untuk memasarkan salah satu hasil nanas kaleng telah makin kecil.  Untuk mengekakkan mereka daripada    terus meninggalkan perkerjaan penanaman nanas  sesuatu tindakan mestilah dibuat.  Perancangan yang rapi dan tersusun mestilah dimulakan dengan mewujudkan berberapa konsep demi  kelangsungan kemajuan industeri nanas di Malaysia seperti berikut:

1. KONSEP PEKEBUN PELAPIS
2. KONTREK FARMING.
3. SISTEM TANAMAN BERSEKALAR BESAR.
4. TIMESERIES DALAM TANAMAN.
5.  RISIKAN PASARAN.
6. PUSAT PENGUMPULAN DAN PEMASARAN BUAH.
7. PENGILANGAN BUAH NANAS

1.  KONSEP PEKEBUN PELAPIS.

     Konsep Pekebun pelapis ini telah lama di perkatakan, tetapi tiada sesiapa atau badan yang hendak bertanggungjwab memperkenalkanya.  Dalam hal ini  saya mencadangkan supaya LPNM  mengambil tanggungjawab dan iniasiatif meujudkan petani pelapis dengan menarik graduan yang ada asas dalam hal bidang pertanian.  Golongan ini hendaklah diberi pendedahan dalam mengendalikan tanaman nanas dengan cara komercial.  Jika kita dapat menarik golongan ini, maka genarasi ini akan melaksanakan dan membantu industri nanas berolih kemajuan, kerana mereka mahir dalam hal ilmu pertanian, seterusnya menjadi daya tarik kepada golongan yang berminat.

2.  KONTREK FARMING.

    Untuk menjamin pasaran tidak tergendala maka kondep Kontrek Farming hendaklah diujudkan supaya setiap hasil yang dikeluarkan dapat dipasarkan.  Dengan adanya perjanjian pembelian buah nanas,  penjual dan bembeli akan selamat kerana tidak berlaku lambakan buah yang tidak diambil.  Segala terma perjanjian telah dibuat seperti syarat buah-buah yang mengikut spek perjanjian, dan mengelakan kedua-dua penjual dan pembeli tidak ingkar.

3.     SISTEM TANAMAN BERSEKALA BESAR

       Pelabur atau pun usahawan yang berminat untuk mengusahakan tanaman nanas yang bersekala besar, satu " Model Tanaman Bersekala Besar"hendaklah dikemukakan kepada mereka sebagai panduan dan rujukan.  Setiap pelabur hendaklah diberi penerangan supaya mereka faham dan jelas kerana modal yang hendak dikeluarkan itu adalah tersangat besar. Mereka juga perlu diberi pengetahuan potensi dan risiko projek tersebut supaya mereka tidak tersalah pilih disebabkan penerangan yang kita beri itu biar jelas.  Setelah penerangan diberi biarlah mereka membuat keputusannya sendiri.

4     TIME SERIES DALAM TANAMAN

      Tiap-tiap penanaman nanas samada bersekala kecil atau pun besar hendaklah mempunyai jadual Time Series atau pengurusan masa.  Pengurusan masa adalah penting sebagai  "check List" dalam jadual melaksanakan dari mula menanam hinggalah pengutipan hasil.  Dengan mengikut jadual, semua aktiviti dapat dilakukan  mengikut masa dengan tepat,  dan jadual penghasilan telah dapat dirancang terlebih dahulu.

5.     RISIKAN PASARAN

       Tiap-tiap produk kormercial memerlukan risikan pasaran.  Risikan pasaran perlu ada pada penguasa kerana tidak mahu bersaing dengan produk saingan mereka.  Sebagai contoh, Penguasa A akan mengeluarkan produk b pada bulan Januari.  Penguasa B mesti mengelakan produk yang sama pada bulan Januari kerana pertembungan harga.  Kalau perkara seperti itu dapat dielakan maka harga pasaran dapat distabilkan dan tidak menghadapi kerugian dan tiada lambakan

6.     PUSAT PENGUMPULAN DAN PEMASARAN BUAH NANAS

       Tiap -tiap penghasilan buah nanas olih pekebun sewajarnya di tempatkan di Pusat Pengumpulan bauh untuk dipasarkan.  Dengan adanya pusat tersebut dapat mengurangkan atau menghapuskan orang tengah.  Selama ini harga buah nanas makan segar di tetapkan olih orang tengah, mereka mengambil kesempatan meletakan dengan harga yang rendah.  Sudah sewajarnya pihak ajensi seperti LPNM mengawal harga buah nanas mengikut pasaran kerana Lembaga tersebut mempunyai kuasa penentu, tidak secara langsung bolih membantu nasib pekebun kecil.

7.     PENGILANGAN BUAH NANAS

       Setelah kilang nanas PCM di tutup, LPNM sewajarnya mengambil tanggungjawab membantu pekebun kecil memperoses buah-buah nanas mereka seperti mengadakan kilang nanas secara mini, sebagai contoh kilang industri kecil membuat jem, ayer jus nanas.  Dengan modal yang sederhana kecil pihak LPNM mampu untuk melaksanakanya.

       Untuk melaksanakan perkara yang dinyatakan pihak LPNTM dan semua anggotanya mestilah mempunyai sifat proaktif dan kerja kuat demi menjayakan Industri nanas malaysia.  Dengan harga komiditi yang tidak menentu ini,  pekebun hendaklah digalakan mempelbagaikan jenis-jenis tanaman mereka supaya produk mereka akan stabil.  Ajar mereka cara penanaman dengan mengecilkan kos tetapi mendapat hasil yang tinggi.

       Banyak lagi perkara yang pekebun bolih diajar seperti sistem tanaman nanas secara organic, menggunakan bahan tananaman bernilai tinggi seperti baka sarawak MB2,  pendik jangka masa  menghormon nanas MB2 semasa umur pokok 6-7 bulan supaya bolih mengeluarkan hasil cepat. teknologi membuat textile daripada daun nanas atau produk daripada umbut nanas.

       Perkara yang saya cadangkan ini hendaklah menjadi satu cabaran kepada semua staf LPNM kerana mereka kebanyakannya semua saya tahu.  Semasa diadakan bengkel di Melaka sejurus saya hendak bersara pada tahun 2006, saya ada menyatakan saya akan meninggalkan lembaga bukan pergi begitu saja, tetapi akan menegur sehingga Lembaga berjalan mengikut landasan yang betul.

      Itulah janji saya. 

  

Thursday, 22 January 2015

ADAKAH INDUSTRI PEKEBUN NANAS TELAH MENJADI KELAM DAN SURAMI


     ADAKAH INDUSTRI PEKEBUN NANAS TELAH MENJADI KELAM DAN SURAM ?


     Betulkah Industri Nanas Malaysia sekarang ini menghadapi hari-hari yang kelam dan suram seperti selalu diperkatakan ramai orang sebagai "Sunset Industry"  Sejak saya meninggalkan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) hampir sedekad yang lepas tidak nampak peningkatan industri itu berkembang dan berjalan pada landasan yang betul, atau saya sendiri telah ketinggalan mendapat maklumat berkaitan dengan kemajuan LPNM.

     Mengikut pengamatan saya, adalah didapati banyak projek tanaman nanas di bawah pengawasan Lembaga menemui kegagalan.  Kawasan tersebut ialah seperti kawasan berkolompok yang bersekala besar di Batu 13 Jalan Parit Sulong Muar.  Kawasan FELDA Nita, Mersing.  Kawasan berkolompok Sedili.  Kawasan berkompok Pengerang, dan yang terbaru kawasan berkolompok Lembaga Pertubuhan Peladang di kawasan Kuala Kabong, Mukim Api-Api, Pontian.

     Mengikut pemerhatian saya, projek-projek tersebut telah banyak mengeluarkan peruntukan dana yang bolih mencecah ratusan ribu ringgit, tetapi kalau hendak dikira dengan pulangan jauh daripada keuntungan.  Saya belum lagi hendak memberi teguran apa yang berlaku di Stesen Nanas Alor Bukit yang dimileki olih LPNM, berkeluasan 299-3-00 ekar itu.  Sebenarnya saya tidak mahu memberi apa-apa teguran berkaitan ladang di Stesen Alor Bukit, ditakuti menyingung anggota di Stesen tersebut.

     Terakhir sebuah kilang nanas (PCM), Pekan Nanas telah ditutup gara-gara kurang mendapat bekalan buah nanas daripada ladangnya seluas 2000 ekar di kawasan Jalan Bukit Batu - Ayer Baloi.
termasuk juga kurang  mendapat bekalan buah nanas daripada pekebun kecil.

     Kilang nanas PCM Pekan Nanas telah dirasmikan operasinya pada tahun 1964, walaupun berlaku  sedikit masaalah kilang tersebut tetap beroperasi sehingga hampir empat dekad, tetapi setelah bertukar tangan dengan pihak pengurusan baru, tidak berapa lama terus ditutup kerana menghadapi masaalah kewangan yang serious.  Pekebun kecil yang menerima bantuan daripada LPNM yang bertanam dengan nanas kaleng tidak dapat pembelaan daripada sesiapa.

     Saya berpendapat kegagalan kawasan berkolompok yang bersekala besar itu adalah disebabkan penjaga kawasan tidak mempunyai ilmu pengurusan tanaman nanas yang bersekala besar, jauh sekali mendapat pengalaman terlebih dahulu dalam hal pengendalian kawasan yang besar dan luas itu, disamping kurang mendapat kerjasama daripada kakitangan lembaga.  Itulah sebabnya projek semuanya gagal.  Itu belum mengambil kira keperluan tenaga pekerja, mengawasi musuh tanaman, termasuk pengurusan tanaman seperti penyediaan tapak, menanam dengan baka bahan tanaman yang bermutu, merumpai dan seterusnya sampai peringkat pengutipan hasil.  Arah tuju pemasaran pun mesti diambil kira.

     Saya merasakan sepatutnya pihak Lembaga lama dulu telah ada satu model tanaman nanas bersekala besar seperti ladangnya yang berkeluasan 300 ekar.  Model tersebut bolih digunakan olih pelabur atau usahawan sebagai panduan dan rujukan.  Kalau pihak Lembaga belum lagi melaksanakanya mulakan dari sekarang, buat satu bengkel dengan melibatkan saintis daripada MARDI, Pengurus-pengurus ladang seperti mereka dari ladang nanas Peninsula, Simpang Rengam dan Pengurus Ladang Nanas Parit Sikom.  Ilmu dan pengalaman daripada mereka sangat-sangat diperlukan.

     Adalah dicadangkan Bengkel tersebut hendaklah meliputi:

    1.  Keluasan tanaman yang hendak diusahakan.  Sekurang-kurang 500 ekar.
    2.  Pembiakan benih dan penjedualan menanam.
    3.  Berapa ramai tenaga kerja yang diperlukan
    4.  Lantik saorang pengurus, Penolong Pengurus, beberapa orang penyelia yang bertanggungjawab
         menjaga parit dan jalan ladang, menyimpan dan bela benih,  menanam merumpai, membaja         hormon pengutipan hasil, transpot, halehwal kebajikan pekerja dan lain perkara yang diperlukan.

     Setelah kilang PCM ditutup ada kabar ladang nanas telah menanam dengan nanas makan segar jenis Sarawak MB2 dan Josapine ditanam seluas 50 ekar sehari.  Aktiviti ini bolih menjejaskan penghasilan daripada sektor pekebun kecil.  Adakah syarat ladang nanas bolih menanam nanas makan segar  sedangkan mereka ada kilang mengetin.  Fikirkanlah!
        

Tuesday, 20 January 2015

MENGAPA TINDAKAN TATATERTIB TIDAK BOLIH DIAMBIL TERHADAP SAYA




     MENGAPA TINDAKAN TATATERTIB TIDAK BOLIH DIAMBIL TERHADAP SAYA


     Saya sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada saorang juruterbang Mejar Zaidi, 47 tahun kerana tuduhan kesalahan membuat kenyataan media dan beliau telah menerima hukuman dibuang kerja.  Jurulatih juruterbang jet pejuang yang telah berkhidmat selama 25 tahun dengan Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM) didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat lapuran polis dan bercakap dengan media.

     Saya mempunyai pengalaman sepertimana saya nyatakan pada tajuk penulisan saya ini.  Ceritanya bermula begini:

     Pada sekitar tahun 1987, semasa saya bertugas di Lembaga Perindustria Nanas Malaysia ( LPNM ) saya di tempatkan di Bahagian Perkembangan membuat kerja-kerja  penyeliaan semua Pembantu Perkembangan.  Pada setiap bulan mesyuarat Bahagian Perkembangan diadakan.  Pengerusi mesyuarat pada masa itu Pengarah Perkembangan.  Banyaklah perkara yang telah dibangkitkan berkaitan dengan pembangunan kemajuan sektor kecil nanas.  Saya masih ingat isu panas yang saya bangkitkan ialah dengan menimbulkan sejenis baka nanas kaleng iaitu Nanas N PPG 19 yang dikenali dengan nama Nanas Gangul

     Nanas jenis Gangul ini telah ditanam olih pihak Ladang Pontian Pineapple Growers  (PPG) dan Ladang Peninsula Simpang Rengam secara besar-besaran sejak sedekad yang lalu.  Pada masa itu LPNM menyalurkan bantuan dengan menggunakan bahan tanaman "Mass Selection" jenis Nanas Masmerah yang hanya dapat mengeluarkan hasil buah nanas dalam lengkungan sepuluh hingga dua belas tan sahaja bagi seekar,  sedangkan bagi nanas Gandul bolih mencapai penghasilan hingga 28 tan dengan jumlah ekar yang sama dengan nanas Masmerah.  Pada mesyuarat bulanan berikutnya saya telah membawa beberapa biji Nanas Gandul serta mengopiknya sekali untuk membuktikan kepada pengerusi dengan buah yang besar, berbentuk gantang dan dengan isi keemasan.  Sangat sesuai untuk nanas kalengan.  Malangnya pihak pengerusi tidak mahu memperakuinya nanas Gandul itu, alasan yang diberi ialah nanas Gandul mengandungi ronga-ronga pada isi buah dan tidak cukup berat jika ditinkan, beliau khuatir jika buah nanas tersebut menggunakan kimia "Fruitone" pada buah tersebut akan mendapat risiko semasa di pasaran.

     Cadangan saya untuk menggalakan pekebun menanam dengan nanas Gandul tidak berjaya.  Dengan secara kebetulan, kenalan bapa saya yang pada masa itu berkerja sebagai kerani di PPG, telah diminta olih kawanya yang berkerja sebagai penyelia ladang PPG tersebut memohon untuk mendapatkan bantuan bertanam dangan nanas Gandul.  Setelah permohon tersebut telah dikemukakan olih bapa kepada saya, permohonan tersebut sangat sukar diluluskan.  Saya telah memberi pandangan dan jalan supaya kawan Cina tersebut membuat surat permohonan bertulis   memohon  hendak menanam dengan nanas Gandul dan membekalnya sendiri baka nanas tersebut dengan menangung apa-apa kerugian yang disebabkan olih nanas Gandul tersebut. Saya yang meniliskan surat tersebut.   Alhamdulliah permohonan untuk bertanam dengan Nanas Gandul telah diluluskan dengan syarat pekebun sanggup menanggung apa-apa risiko yang berlaku kepada nanas Gandul tersebut.  Pihak Lembaga  telah memohon kepada kerajaan untuk melaksanakan tanaman dengan kaedah sistem 1 : 2 iaitu satu kali tanam dengan dua kali pokok ratoon,  cara praktis adalah pada nanas Masmerah, sedangkan jika dilaksanakan pada nanas Gandul ia tidak praktik kerana nanas Gandul sesuai dengan satu pusingan tanaman sahaja iaitu sistem 1 : 0.

     Perkara tersebut telah kami timbulkan dalam mesyuarat Perkembangan, Perbincangan telah menjadi hangat dan peraturan sistem yang telah dicadangan adalah pada nanas Masmerah yang tidak sesuai dengan nanas Gandul yang terlalu banyak mengeluarkan sulur angin, hanya sesuai ditanam dengan kaedah sistem 1 : 0., sedangkan semua pekebun telah mengambil kesempatan menanam nanas Gandul.

     Saya telah memberanikan diri menulis dan menghantar ke Berita Harian Berkaitan buruk baik perlaksanaan sistem 1 :2 , kerana sistem tersebut sesuai digunakan pada nanas Masmerah, pekebun telah menukarkannya dengan tanaman nanas Gandul.  Saya meminta pihak akhbar tersebut menukar nama saya kepada nama samaran iaitu kalau tidak silap dengan nama MASMERAH.  Selang beberapa hari rancana tulisan saya telah diterbitkan olih akhbar Berita Harian di kolum Rancana Pengarang, muka 10 dengan nama saya terpampang sebagai penulis dengan huruf besar MUZLAN MOHD YUSOFF.  Saya ingatkan tulisan saya itu diterbitkan dalam ruangan harian pembaca sahaja, tetapi keluar dimuka surat 10.  Ramai kawan-kawan yang mengucapkan tahniah kerana tulisan saya itu, mula-mula  rasa bangga dan gembira kerana mendapat pujian dan tahniah, tetapi rasa bangga dan gembira tersebut bertukar menjadi takut, kerana selang berberapa minggu saya telah mendapat Suratan Rasmi daripada jabatan saya dengan tajuk kepala surat: Mengapa tindakan tatatertib tidak bolih diambil terhadap tuan"

     Seminggu saya berfikir bagaimana hendak menjawab surat tersebut.  Saya telah meminta pandangan daripada pegawai atasan saya,  beliau telah memberitau sekiranya hendak menulis disurat kabar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada ketua jabatan dan akhirnya beliau menyuruh saya menjawab dengan pertama meminta maaf, kedua nyatakan tidak tahu dan ketiga tidak akan membuatnya lagi. Ekoran daripada surat jawapan saya itu cerita tindakan tatatertib hilang begitu sahaja, mungkin surat saya itu telah disimpan dalam fail peribadi.

     Itulah sedikit sebanyak cerita saya semasa berkerja di LPNM.  Ada juga kawan-kawan berkata berkerja makan gaji hendaklah pandai mengambil hati Bos, apa-apa yang diarahkan buat jangan banyak soal, buat dulu kalau tidak dapat baru bertanya, setiasa cakap yes bos, tengok perangai bos dahulu, study, buat yang dia suka jangan sekali melawan, jangan buat benda yang dia tidak suka.  Selamat.  

     Saya masih teringat pada Mejar Zaidi Bin Ahmad!  Kesian dan banyak sabar......

      

          

Monday, 12 January 2015

PANDUAN PEMBAJAAN NANAS JOSAPINE (MARDI HYBRID 1)




        PANDUAN PEMBAJAAN NANAS JOSAPINE (MARDI HYBRID 1)

      Seperti hidupan samada haiwan, manusia memerlukan pemakanan untuk hidup dan kesihatan, begitu juga dengan jenis-jenis tumbuhan yang memerlukan kesuburan.  Berbeza dengan manusia, tumbuhan hidup dan tumbuh dengan melalui proses fotosintesis.  Proses ini berlaku di dalam daun-daun hijau dengan bantuan zat galian, gas kabon dioxide dan udara diamping proses fotosintesis memerlukan cahaya matahari, air dan klorofii.

        Nanas baka kacukan Josapine telah diperkenalkan olih MARDI pada pertengahan tahun 1985 dan baka tanaman tersebut telah tersebar luas penanamanya di seluruh negara.  Mengikut sejarahnya, nanas Josapine ini telah menjangkau 20 tahun ia bertahan.  Nanas yang popular dengan buah  makan segar ini disyorkan olih MARDI,  pembajaanya dengan 356 kg "Ammonium Sulphate"  +  5 kilo CIRP  +133 kg "Murite of Potash" sehekter tiap-tiap pembajaan pada tiga, enam dan sembilan bulan selepas ditanam.  Sekarang ramai pekebun maju telah mengubah suai kaedah pembajaan nanas ini supaya hasilan daripada pembajaan dapat meningkatan penghasilan tanpa menjejaskan kualiti buah.

      Syor pembajaan ::tanaman nanas Josapine :


         Umur                                                                                                                  
         Pokok                      Keadah pembajaan                     
         (Bulan)                                                                                                                  

           1.5                          Baja semburan 1

           3.0                          Baja semburan 2

           4.0                          Baja tabur  1

          5.5                           Baja semburan  3

          6.0                           Baja tabur  2

           8.0                          Baja semburan  4

          9.0                           Baja semburan  5

         10                             HORMON.

    
      Syur pembajaan pada tanaman nanas Josapine ialah dua kali baja tabur dan  lima kali aktiviti baja semburan dilaksanakan iaitu pada umur pokok satu bulan setengah., bulan ketiga, bulan lima setengah, bulan ke lapan dan bulan ke sembilan.  Manakala baja tabur hanya pada dua kali sahaja  iaitu pada bulan keempat dan bulan ke enam. 


      Syur sukatan baja semburan
            (40 gelen air)
           bahan                          kuantiti(kilo)

         i) urea                                  6
         ii muriate of potash             3
        iii) copper sulphate               0.5
        iv) Hydrated lime                 2.0
         v) Azmo                              0.25

      Kaedah bancuhan baja semburan. Pertama isikan air di dalam tong gelen  serpetiga penuh masukan hydrated lime sebanyak 2 kilo dan kacau hingga larut.  Kedua larutkan copper sulphate atau terusi di dalam baldi plastik hingga larut semuanya tuangkan larut terusi tersebut ke dalam bancuhan kapur dan kacau hingga larut  Seterusnya masukan urea sebanyak 6 kilo dalam larutan kapur dan terusi.  tuangkan azmo dan kacau.  Tuangkan air kedalam tong hingga penuh dan kacau sehingga larut.
      Baja semburan hendaklah digunakan dengan mesen sembur.  Perkerjaan menyembur hendaklan dilakukan seramai tiga orang iaitu saorang menjaga tong air dengan sentiasa mengacau larutan jangan ia mendak dan  tersumbat pada tali getah, saorang memegang tali getah dan saorang lagi kerja menyembur dengan memasukki setiap dua lorong besar.  Semburan hendaklah rata.  Semburan pertama gunakan sebanyak dua drum 40 gelen air  untuk satu ekar, di ikuti semburan kedua dengan jumlah bahan yang sama.  Pada semburan kali ke 3, umur pokok lima bulan setengah, keempat umur lapan bulan dan ke lima bulan ke sembilan hendaklah gunakan semburan sebanyak dua drum setengah hingga ke tiga drum bagi setia[ satu ekar.
      Baja semburan ini hendaklah digunakan samada pada tanaman diatas tanah gambut atau dikwasan tanah mineral.

      Syur bagi baja tabur dengan menggunakan baja compound dan baja campuran pada tanaman di atas tanah gambut atau tanah mineral:

      Kaedah pertama;  Baja tabur, urea dua  bag, potash satu bag, copper atau trusi setengah kilo dan zinc suku kilo.  Bahan tersebut hendaklah dikacau dan dibancuh rata ditabur pada pokok nanas sebanyak dua kali iaitu yang pertama pada baris berkembar kecil, umur pokok empat bulan. dan kedua pada umur pokok enam bulan pada setiap lorong  besar tanaman  Gunakan baja tabur NPK 15 gram sepokok.
      Keadah kedua:  Gunakan baja campuran NPK 31.1.32, sama seperti menggunakan kaedah pertama.  Dua kaedah pembajaan adalah pada pokok nanas diatas tanah gambut.
      Kaedah ketiga:  Baja tabur gunakan baja compound Natroposka Cap Kuda Singa 15:15;15  umur pokok empat bulan pada peringka pertama, pada peringkat baja kedua umur pokok enam  bulan tabur guna baja Compound Natroposka Cap Kuda Singa 12:12:17:2:TE sebanyak 20 gran sepokok. Keadah pembajaan tabur pertama pada setiap lorong lorang kecil berkembar dan kedua setiap dua lorong besar berkembar.  Kaedah ketiga ialah pada tanaman di atas tanah mineral

      Tujuan pembajaan adalah menambahkan kesuburan tanah, kedua pemakanan untuk pertumbuhan pokok, pengeluaran bunga dan buah dan seterusnya akan meningkatkan pengeluaran hasil tanaman.

      Sedikit sebanyak kaedah pembajaan pada tanaman nanas Josapine, mudahan mendapat manafaat daripadanya..

     
      



                                                                                                                                                                                                             

Friday, 9 January 2015

PENGALAMAN MEMANCING IKAN DI LAUT DALAM



          PENGALAMAN  MEMANCING  IKAN  DI LAUT  DALAM


1      Saya telah mula diperkenalkan olih datuk saya memancing ikan ialah semasa berumur sepuluh tahun.  Di masa itu kami bertiga, bapa saudara, sepupu dan saya sendiri dibawa menaikki perahu melangai udang galah di Sungai Parit Baran.  Saya teringat kami memperolihi bamyak udang galah.
        Memandangkan waktu pada masa itu masih awal lagi, kami dibawa mudik ke kuala Sungai Ayer Baloi, sampai kami di kuala Sungai Ayer Baloi pandangan kami ke arah laut nampak dua longgok buah pulau, datuk menyatakan itu ialah  Pulau Pisang.  Olih sebab ayer laut masih surut, datuk membawa jauh mudik  ke laut mengikuti alur sungai sehingga sampai digigi air. Setelah datuk mengikat tali perahu pada pancang yang sedia ada, kami memasang umpan anak udang pada mata kail dan terus memancing.  Tiba-tiba mata pancing saya telah disambar sesuatu seperti direntap, saya terperanjat dan memegang tali pancing   sekuat-kuat, dan datuk mengambil tali pancing saya  yang terkena sambar olih ikan.  Saekor   ikan sebesar satu kilo setengah telah dapat ditewaskan .  Datuk berkata, Melan dapat ikan sembilang dan bertelur pula.  Nanti sampai rumah kita masak gulai pedas dan kita makan sama-sama.  Bapa saudara dan sepupu yang  sebaya dengan saya itu sama-sama gembira kerana  meraikan tangkapan ikan  yang terkena pancing saya itu..

2      Pada tahun1968,  umur saya 18 tahun ketika itu, saya dan saorang kawan bernama Raman telah dipelawa  olih kawan yang pada masa itu berkerja kelong ditengah laut Tampok, Benut.  Pada hari yang dijanjikan, kami telah pergi ke jeti Ah Heng di Pontian untuk berangkat menaikki bot menuju ke kelong.  Tuan punya kilong saorang bangsa Cina melarang kami pergi ke kelongnya kerana pada masa itu angin barat selalu berlaku ribut dan keadaan kelong yang telah buruk mudah roboh.
        Kebetulan saorang budak muda Melayu menyuruh kami masuk kedalam bot bersembunyi dicelah injin bot tersebut  tanpa diketahui taukeh kelong,  kami dapat pergi kekelong tanpa diketahui olih taukeh tersebut.  Sebelum sampai ke kelong yang di tuju, bot yang membawa kami itu menyusur dari satu kelong ke kelong yang lain menghantar ayer minuman sehingga sampai ke kelong yang akhir iaitu kelong  Tampok ,dimana kawan saya ditempatkan.  Bot yang menghantar air minuman pun berhenti di kilong tersebut, esok paginya bot tersebut akan menyusur ke kilong lagi untuk mengambil hasil tangkapan untuk dihantar ke pasar ikan.
         Setelah sampai di kilong saya dan Raman sangat gembira dan itulah pertama kali kami dapat menjejakki kilong yang tidak pernah termimpi akan ke situ, kami dapat merasa suasana malam hari di kelong  melihat ikan-ikan, sotong, ikan bawal dan ikan bilis berenang terperangkap di  jaring untuk ditangkap dengan sauk.  Saya lihat beberapa buah ancak berisi ikan bilis yang telah direbus dan beberapa tong berisi dengan ikan hasil tangkapan.  Kami puas makan hasil tangkapan seperti udang tuaheyt, comek, ketam dan lain-lain sehingga kami kekenyangan.  Besok paginya saya pulang awal kedarat mengikut bot yang mengambil hasil tangkapan di kelong, Rahman tidur semalam lagi di kilong dan balik mengikut bot yang sama  besoknya.
         Seminggu selepas saya balik dari kelong,saya telah mendapat kabar bahawa  kawan saya yang berkerja di kelong Tampok itu telah  terkena ribut, kelong tempat mereka berkerja telah runtuh kerana kena ribut.  kedua-dua kawan saya itu berhanyut satu hari suntuk berpaut pada batang nibung kilong tersebut,  nasib mereka baik kerana telah diselamatkan olih bot jaring.   Apa akan jadi pada saya dan Raman sekira saya bersama-sama terkena ribut yang tidak tahu berenang itu.......
           Pada hari ini pihak kerajaan telah mengharamkan pembinaan kelong sepanjang laut  pantai Barat Semenanjung kerana hal-hal yang tertentu.

3         Saya banyak berpengalaman memancing ikan di laut dalam.  Walau pun saya meminati memancing tidaklah sampai saya digelar orang gila memancing.  Tempat yang saya banyak memancing ialah disekitar laut Pulau Pisang, Pontian.  Di kawasan tersebut banyak" labuh "tempat ikan tinggal, seperti labuh Ah Heng, Labuh Alor Benang, Labur Temereh, Labuh Tanjong Mat Shah, Labuh Tanjung Arab, Labuh Lubang Timur, dan Labuh Lubang Barat.  Jauh ke barat dari Pulau Pisang ialah Labuh Kapal Tengelam Teronoh depan laut Sengarang.
             Labuh yang saya sebutkan semuanya saya telah pernah  memancing.  Biasanya saya pergi memancing dengan tekong dan awak-awak  dengan bot pukat saya sendiri seberat 20 tan.  Biasanya kami memancing setelah seharian menarik pukat,  dan memancing, kami ambil kesempatan pada waktu malam dimana  waktu itu kami tidak menarik memukat. 
             Masa dahulu kami mencari labuh  dengan tidak menggunakan alat moden seperti GPS atau EKO SOUNDER.  Kami hanya menggunakan "Baring" tanda pulau pisang dan samada gunung Pulai atau tanda Bukit Nyamuk.  Kalau dah tepat kena baring yang ditanda, maka kami mencampakan batu  kedalam laut, batu tersebut ditarik sampai terkena batu karang labuh tersebut.  Begitulah kami mencari labuh di masa dahulu.
             Setelah mendapat labuh, kami akan mencampakan tong gelen kosong  betul-betul di atas batu karang dan di ikat dengan  tali pelita lanting sebagai panduan mengalih bot semasa ayer surut dan
 ayer pasang. 

4        Saya ada pengalaman memancing di Labuh Ah Heng.  Setelah kami dapat labuh tersebut, sauh pun dilabuh.  Kapal dagang lalu lalang kiri kanan sebelah kami dengan jarak cuma lima puluh meter.  Seram sejuk juga kami dibuatnya, takut-takut kalau bot kami dilanggar olih kapal dagang tersebut...Kami hanya menyalakan api bot dan lampu lanting, kalau kapal dagang dari jauh nampak menuju kearah kami, kapal tersebut akan kami suluh dengan lampu "Spot Light" kami supaya kapal tersebut beredar. 
           Labuh Ah Heng sedalam 30 meter, dengan perambut sepanjang tujuh depa saya mencampak umpan comek hidup yang dicedoh olih salah saorang awak-awak saya, setelah lima belas minit saya menunggu, tiba-tiba mata kail saya telah direntap saekor ikan, saya telah dapat menaikan saekor ikan "Onga" seberat lapan kilo yang dikenali dengan ikan jenahak.  Dalam masa setengah jam saya telah dapat menaikan ikan-ikan jenahak sebanyak lapan ekor, sebaya beratnya.  kerana menaikan ikan dengan ayer yang se dalam 30 meter, dengan rasa penat dan sakit tangan memegang tali tansi, maka saya berehat daripada memancing.  Masa tersebut ikan jenahak tersebut datang ke labuh tersebut secara berkumpulan, pekerja saya masih dengan menaikan ikan yang sedang rancak makan umpan sotong pada mata pancing.  Pada malam tersebut kami memperolihi berpuluh ikan jenahak hasil tangkapan kami hanya dengan memancing.

5         Saya juga ada pengalaman memancing ikan laut dalam di Pulau Sembilan , Negeri Perak bersama adik ipar Sirajuddin  Pada hari yang telah ditetapkan saya telah pergi ke Kuala Lumpur untuk memancing di Pulau Sembilan, Perak.  Saya datang berbekalkan pancing" AMBOR" sahaja, Siraj menyatakan memancing di laut perak tidak menggunakan cara ambor, ,mereka menggunakan semuanya rod ada kalanya gunakan bateri menaikan ikan.  Kedalaman ayer di sana ialah 150 meter.  Kami telah pergi kekedai memancing  untuk membeli "Fishing Rod" yang dibayar olih Siraj dengan harga RM 700.
           Kami telah bertolak ke Sungai Bagan Datok tengah hari, seramai sebelas orang menaiki van termasuk drever berbangsa India, tuan punya kepada bot.  Dengan dua hari satu malam kami telah dikenakan tiga ratus berjumlah satu package berjumlah tiga ribu ringgit, bahagian saya Siraj yang membayar.
            Kami telah bertolak ke Pulau Sembilan melalui sungai Bagan Datok jam enam petang.  Bot yang membawa kami dilengkapi kabin, makan disediakan dan beberapa jenis ayer panas yang tersedia hanya dengan memasak ayer dengan sendir sahaja.  Selepas makan malam kami telah berhenti di satu labuh untuk memancing.  Dalam perjalanan tersebut kami dapat berkenalan dengan kesemua pemancing di dalam bot, saya dapati enam orang berbangsa Cina dan empat Melayu.Saya masih ingat dalam ramai orang tersebut ada saorang berbangsa Cina berkerja dengan Syarikat Insuran dengan kerja "Valueation kereta accident" tidak dapat seekor ikan pun semasa memancing.  Yang lain semuanya dapat.  Saya perhatikan semasa semua tidur, beliau meminjam curi pancing yang lain mingkin dapat tuah daripada yang punya pancing, namun masih juga tidak berhasil.
           Saya banyak berehat dengan berbaring di kabin bot, sementara semua orang sambil berangan mungkin memikirkan sesuatu.  Saya akan mencampakan mata pancing apabila saya dapati ada ikan yang naik memakan umpan.  Akhirnya saya memperolihi lima ekor ikan jenahak sebanyak lima ekor berat lima kilo setiap ekor.  semua ikan-ikan saya beri Siraj sebagai ucapan terima kasih kerana dia membayarkan bayaaran sewa bot.  Berbalik kepada kawan Cina tersebut dengan balik ke Kuala Lumpur tanpa saekor ikan pun.  Semasa singgah di restoran kami volentier menyerahkan saekor ikan jenahak dimasak untuk kami makan bersama.

6          Semasa umur saya dalam lingkungan tiga puluhan, saya dapat berpeluang berkenalanan saorang pemancing mengunakan bot pancung, kebetulan beliau pekebun nanas yang menerima bantuan daripada jabatan saya. Namanya Bujang, tinggal di Sungai Cengkeh, Serkat.  Bujang terkenal dengan memancing.  Kalau pergi memancing tidak pernah yang tidak dapat ikan,  Bolih dikatakan kalau dia turun ke laut persediaan bahan untuk memasak sudah bolih disediakan terlebih dahulu tinggal tungu ikan hasil tangkapanya sahaja, begitulah hebatnya dia.
               Kawasan dia memancing ialah  di kawasan Pulau Merambung sehingga ke kawasan kilong satu sampai kilong nombor    sembilan dalam perairan Singapura. Saya pernah mengikuti beliau memancing di perairan Singapura, kami dapat beberapa ekor ikan aruan tasik dan ikan pari yang seberat 15 kilo, beberapa ekor ikan aruan tasik pukul rata seberat 15 kilo saekor.  Semua ikan-ikan diberi saya untuk di bawa pulang.  Jadi satu kerja membawa ikan-ikan tersebut dihantar ke pasar untuk di siang kerana terlalu besar.

7           Di tempat saya di Pontian, ada beberapa orang yang sanggup menyewakan botnya membawa pemancing di sekitar Pulau Pisang dengan dikenakan bayaran  RM 400 satu package, seramai empat  ke lima orang.  Penyewa bot pancing ialah bernama pertama, Noh Botak, dan saorang lagi nama Leman Pet-Pet. Kedua-dua beralamat di Kampong Sri Dungun, Pontian Besar, Pontian.
             Ada penyewa bot pukat, setelah  memancing semalaman mereka diberi peluang memukat selama satu jam setengah , semua hasil tangkapan pukat di beri kepada pemancing yang menyewa bot.  Bayaran sewa bot pukat adalah sekitar RM1200.

8             Itulah serba sedikit pengalaman saya memancing ikan di laut dalam di sekitar laut Pulau Pisang, Pulau Sembilan Negeri Perak dan kawasan Pulau Merambung, bekas  kelong 1 hingga 9 perairan Singapura.

Monday, 5 January 2015

KHIDMAT PENGEMBANGAN -- DARI ASPEK PEMBANGUNAN INDUSTERI PEKEBUN KECIL NANAS DI MALAYSIA



KHIDMAT PENGEMBANGAN -- DARI ASPEK PEMBANGUNAN INDUSTRI PEKEBUN 
                                                            KECIL NANAS DI MALAYSIA


1      Sejarah Khidmatan Pengembangan Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (Sebelun di tukar kepada nama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kemudianya) telah bermula secara besaran dalam Rancangan Malaysia Yang Ke 2 iaitu pada jangka masa 1970 - 1975.  Dengan melaksanakan dasar ekonomi baru (DEB).  Tujuanya ialah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor  di Malaysia sekaligus memperbaiki  kedudukan orang-orang Melayu.

2      Seiringan dengan itu Lembaga telah diberi tangungjawab mewujudkankan dua unit iaitu Unit Perkembangan dan Unit Tanam Semula Nanas.  Tujuanya ialah untuk membasmi kemeskinan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada sektor pekebun kecil.  Pada awal tahun 1971 Unit Perkembangan telah dimulakan dan seterusnya diikuti dengan pengambilan anggota Unit Tanam Semula beberapa bulan selepas itu.

3      Sektor pekebun kecil sebelum itu tidak mendapat apa-apa penerangan dan pengetahuan dalam hal teknologi tanaman  nanas secara formal daripada Lembaga.  Mereka pada masa itu kebanyakanya telah  menanam nanas kaleng iaitu nanas merah "Singapore Spanish" untuk dihantar penjualanya kekilang nanas PCM, di Pekan Nanas. 

4       Setelah anggota daripada Unit Perkembangan mula beroperasi maka pekebun-pekebun kecil telah mula dapat melaksanakan aktiviti penanaman nanas dengan cara formal daripada pegawai Lembaga mengikut sistem yang ditunjukan seperti dari segi penyediaan tapak pembersihan kebun, menanam dengan cara yang betul, merumput, membaja, hormon dan pengutipan hasil.  Mereka juga telah diajar tidak memetk buah-buah nanas yang tidak terlalu muda dan terlalu masak dikhuatiri akan menerima penolakan olih pihak kilang.

5      Disamping khidmat nasihat, kerja-kerja Pengembangan telah diluaskan skopnya seperti diantara lain melaksanakan kerja-kerja pendaftaran pekebun kecil tiap-tiap tahun bagi mendapat maklumat tanaman mereka seperti jenis nanas yang ditanam, luas, dan samada secara tunggal atau secara selingan.  Ini bagi tujuan membuat perancangan dan program disamping mengetahui jumlah keseluruhan luasnya tanaman nanas sektor pekebun kecil.  Pekebun juga telah diberi kursus teknologi tanaman nanas secara formal seperti kursus Asas, Pertengahan dan Lanjutan.  Pekebun ini telah diberi khidmat nasihat secara individu.

6      Pada pertengahan tahun 1986 Unit Perkembangan telah dicantum dengan Unit Tanam Semula dengan ditukar nama Bahagian Pembangunan.  Bahagian Pembangunan telah melaksanakan sekali gus kerja Pengembangan dan Tanam Semula.  Disamping menyalurkan bantuan melalui Tanam Semula pekebun telah diberi khidmat nasihat olih pegawai Pengembangan yang memeriksa kebun-kebun pekebun kecil.  

7      Lama kelamaan tugas pengembangan sudah menjadi tidak begitu jelas kerana tugas khidmat pengembangan yang dibuat pegawai telah banyak tertumpu kepada lawatan bantuan.
Kursus telah mula sedikit demi sedikit terabai.  Sistem baru telah diujudkan dengan nama Pusat Ceramah Berkelumpuk (PCB).  PCB ini telah diberi tanggungjaab kepada saya di masa itu, tujuanya adalah seakan-akan sama dengan Sistem 2L yang dilaksanakan olih Jabatan Pertanian.  Saya diminta mewujudkan lebih kurang 30 kawasan  berkelumpuk dan setiap kelumpuk mempunyai saorang pengerusi yang terdiri daripada pekebun kecil yang aktif seperti Ketua Kampung atau JKKK.  Setiausaha adalah terdiri saya sendiri ( Kadang-kadang saya terpaksa mengajar pengerusi memimpin mesyuarat kerana kebanyakan mereka tidak tahu mengendalikanya)  Agenda mesyuarat  antara lain adalah mengesan setiap permohonan bantuan tanam semula yang belum mendapat bantuan, menjelaskan masaalah tanaman seperti masaalah rumpai, pembajaan dan perkara yang berkaitan dengan masaalah pekebun.  Diakhir mesyuarat saya diminta menyampaikan ceramah pendik olih pekebun seperti penolakan buah olih pihak kilang, bekalan benih yang tidak bermutu olih pihak Lembaga, hal-hal penyakit buah nanas. diakhir, diadakan jamuan rengan peruntukan oleh Lembaga.

8      Setelah saya ditukar dengan diberi tanggungjaab membangunkan ladang nanas Alor bukit, PCB telah tidak disambung lagi dan mati begitu saja.  Sebenarnya saya berasa sedih dan kesal kerana Pusat Ceramah Berkelumpuk telah mati , dengan adanya PCB itu kita dapat bertemu muka menyelesaikan beberapa masaalah yang ditimbulkan pekebun, mendapat maklum balas dari masa kesemasa, yang terpenting pekebun rasa mereka dihargai ,dapat menyelesaikan masaalah yang timbul dengan pantas.

9      Zaman telah berubah tidak lagi sama dengan tiga puluh tahun  dulu, era tersebut telah berlalu intisarinya masih bolih terpakai lagi, cumanya ubah sedikit pendekatan disana sini.  Pada pendapat saya di era zaman yang  baru ini,  kerja-kerja pengembangan industri pekebun kecil memerlukan pendekatan  pengajaran kaedah "Time Series' dalam pengurusan tanaman nanas , Perlaksanaan tanaman bersekala besar,  Sistem "Contract Farming" dan cara pelaksanaanya, dan "Risikan Pasaran".  Cadangan yang saya sebutkan ini adalah sangat bermanfaat dan penting terhadap pembangunan industri pekebun nanas di Malaysia.  

10.      Kerja -kerja Pembangunan Pengembangan memerlukan pembinaan modal insan yang betul dan tepat yang dapat membantu pembangunan industri pekebun kecil nanas di Malaysia. Mereka hendaklah diberi latihan yang secukupnya mengikut peredaran zaman, kerana mereka akan menjadi penyuluh dan seterusnya gulungan sasaran menerima faedah.  Pilihlah pegawai Pengembangan yang berintregriti, bermoral dan beretika.  Untuk membuat pilihan beberapa kreteria perlu ada dalam saringan ini.  Bagi mereka yang membuat pilihan carilah mereka yang berkelulusan dalam bidang diceburi tanpa ada pilih kasih ,Insyaalah akhirnya akan menerima kejayaan.