Wednesday, 31 December 2014

PERKHIDMATAN PENGEMBANGAN -- DALAM ASPEK PERKHIDMATAN PEMBANGUNA INDUSTRIAN NANAS DI MALAYSIA:

Monday, 29 December 2014

TEKNOLOGI TANAMAN NANAS MORIS



     TEKNOLOGI TANAMAN NANAS MORIS

1.     Tanaman nanas moris telah dilaksanakan olih pekebun kecil sejak berabad lagi.  Tanaman jenis makan segar ini terus kekal sampai kehari ini, tidak seperti nanas jenis kaleng seperti nanas merah" Singapore Spanish", nanas Masmerah dan nanas PPG No 19 atau dikenali sebagai nanas Gandul.  Nanas Moris adalah di dalam kumpulan "Queen"  Nanas Moris tidak banyak masalah kepada serangan penyakit, mungkin mempunyi daun yang keras lagi berduri serta  mempunyai akar yang kasar tidak seperti jenis kaleng yang disebutkan tadi.

2.     Seingat saya pada tahun 1960 nanas ini berharga empat ke lima sen sebiji, berbanding hari ini dengan harga RM 1.35 sebiji  gred A harga di ladang. estimewanya nanas ini bolih ditanam samada di atas tanah gambut atau di atas tanah meneral.  Di tanah meneral kemanisanya terserlah berbanding menanamnya di kawasan tanah gambut, manis hanya pada sebelah bawah daripada pangkal buah hingga pada pertengahan isi buah.

3.     Dengan perubahan teknologi, nanas Moris telah mengunakan sejenis Fruitone bagi mendapat buah yang berbentuk "gantang", isi yang sedikit mampat dan melewatkan kematangan supaya nanas menjadi sedikit berat keuntungan bagi pekebun kecil.  Sekiranya kimia Fruitone tidak digunakan bentuk buah kekal besar di bawah dan akan kelihatan tirus sedikit demi sedikit dari pangkal buah hingga ke hujung buah.

4.     Di sebelah Utara Semenanjung amalan pekebun kecil di sana sedikit berbeza dengan sebelah Johor dari segi praktis tanaman nanas tersebut.  Ini saya kesan pada pertengahan tahun 2000 dimana mereka menanam nanas jenis ini mengunakan kaedah sistem tanaman 1:4 iaitu satu pokok ibu dan empat kali dilaksanakan dengan cara menyulam.  Pengunaan hormon balas tidak dilakukan ini menyebabkan batang buah akan pecah mengakibatkan kerugian pada petani kerana buah yang rosak.  Pengunaan Fruitone tidak dilakukan.  Mungkin pegawai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia yang bertugas di kawasan Utara telah memberi penerangan kepada pekebun kecil di sana yang
 menanam dengan nanas moris.

5.     Saya akan menerangkan teknologi tanaman  nanas Moris samada dikawasan tanah mineral atau di tanah gambut.  Keterangan saya berlandaskan pengalaman dan perlaksanan yang telah dibuat.  Diharap kita sama-sama memperolih ilmu dan pengalaman :

     a)     PENYEDIAAN TAPAK TANAMAN.
             Kawasan yang hendak diusahakan ialah samada diatas tanah gambut atau di tanah mineral.  Sekiranya di tanah gambut pekebun perlu membersihkan kawasan dengan meracun samada racun serap atau racun sentuh.  Sekiranya kawasan tersebut belukar, perlulah ditebas mengunakan parang panjang, biar kawasan kering dan dibakar.  Perlu diingat semasa kerja pembakaran segala rumpai hendaklah betul-betul kering, dan cari masa semasa hari panas dan kering, bagi mempastikan segala rumpai dan belukar habis terbakar.  Masa pembakaran ialah disebelah petang, dimana tiupan angin telah reda bagi mengelakan pembakaran melarat ke kebun sebelah atau jiran sebelah.  Keliling sempadan kebun hendaklah dibersih betul sepanjang satu rantai daripada parit sempadan.  Semasa pembakaran dilaksanakan pembakaran dimulai dengan arah menyungsung angin kerana mengelakan tiupan angin yang kencang.  Setelah kawasanyang  telah dibakar kelihatan semuanya kering, kumpul segala ranting-ranting pokok yang tidak terbakar buat longokan bakar ulangan sekali lagi.  Biarkan beberapa hari supaya segala biji benih yang ada didalam tanah,  semuanya bercambah.  Setelah rumpai tersebut telah berdaun tiga ke empat helai hendaklah diracun dengan mengunakan racun PARAQUAT iaitu racun sentuh atau dicampurkan racun BASTA.  Lakukan penyemburan semasa cuaca terang.  Sekiranya ada tumbuh lalang berselerak di dalam kebun maka biarkan ia tumbuh setinggi satu kaki dan racun dengan racun serap seperti racu Mosanto ROUND UP atau racun NASA.  Bagi racun sentuh Racun Paraquat sebanyak 100 cc bagi empat gelen air dicampur dengan racun Basta gunakan 50cc, disembur semua tempat dalam kawasan kebun.  Kalau mengunakan satu drum 40 gelen air tambah racun tersebut dengan nisbah sepuluh kali ganda.  Mengunakan mesen sembur lebih mudah pada kebun bersekala besar.  Buat racun ulangan mempastikan supaya semua rumpai musnah..  Perlu diingat mebunuh semua rumpai tanpa tanaman nanas lebih mudah berbanding dengan membersih rumpai dalam pokok nanas yang telah ditanam.
          Bagi tanaman di atas tanah mineral, kalau didapati kawasan dipenuhi belukar dan kayu bekas ditebang, hendaklah menyewa Bulldozer untuk menolak segala kayu yang bekas ditebang, longokan memanjang kerana mudah kering dan senang dibakar.  Setelah kawasan terang kerana dibakat maka sewa pula trektor jenis bajak piring.  gunakankan dua kali bajak piring bagi membalikan tanah sebelah atas iaitu "Top Soil" dan selepas itu gunakan bajak putar untuk mengemburkan tanah serta membuat batas lorong tanaman.  Sebelum menanam semua rumpai yang tumbuh tiga empat helai daun sembur mengunakan Paraquat dan racun Basta.

     b)     PENYEDIAAN BENIH / BAHAN  TANAMAN
             Ada dua cara mendapatkan benih iaitu dengan cara menyimpan sendiri benih dengan membela benih  didalam kebun sendiri atau menerima bekalan.  Bagi mereka mendapat bantuan daripada ajensi kerajaan, biasanya ajensi akan membekalkan bahan tanaman tersebut atau pekebun membelinya sendiri terlebih dahulu dan membuat tuntutan bayaran kepada ajensi penyalur bantuan  kemudianya.  Bagi benih nanas Moris lilitan pada pangkal benih tersebut hendaklah 2.0 -  2.5 inci.
ini supaya masa menghormon semasa umur pokok selepas ditanam berumur tujuh bulan.  Sukar mendapat bekalan benih sebesar itu, kerana pembeal mengutamakan keuntungan.  Itu sebabnya pekebun kecil selalu mendapat bekalan benih yang tidak berkualiti dan bekalan benih yang tidak mengikut spek bekalan.  Sekiranya pekebun menerima bekalan daripada ajensi penyalur bantuan yang tidak mengikut spek seperti benih rosak kerana lecur, terlalu kecil, tidak mengikut bilangan pokok saya mencadangkan  supaya jangan membuat akuan terima
            Bagi pekebun yang mempunyai benih sendiri, setelah pokok nanas telah mengeluarkan buah, pokok ibu hendaklah di bela dengan menjaganya dengan cara membuang semua daun nanas tersebut dengan menyiangnya sepanjang enam inci daripada pangkal batang.  Segala daun nanas tersebut dipotong pendek dan letakan diatas lorong supaya rumpai sukar tumbuh.  Pekerjaan ini dilakukan keseluruhan kebun.  Setengah bulan berikutnya anak benih akan tumbuh dipangkal kelopak pangkal daun. seeloknya baja semburan hendaklah dilakukan supaya benih yang tumbuh akan cepat besar dan sihat. Sukatan baja semburan ialah 12.5 kilo urea dicmpur dengan Hydrated Lime 5.0 kilo dan terusi 150 gm dengan satu drum air 40 gelen disembur kesemua pokok yang baru ditumbuhi anak benih.  Bagi pokok yang sihat bolih mengeluarkan benih diantara lima ke lima belas sulur pada setiap pokok.

     c)    MENANAM
            Sebelum menanam pastikan segala biji benih tidak lagi tumbuh, pastikan sebelum menanam segala rumpai telah dimusnahkan.  Saya sangat menitikberatkan dalam hal ini, kebanyakan pekebun gagal dalam tanaman mereka disebabkan masaalah rumpai.  Penghasilan akan terjejas lebih 50% ada yang tidak dapat menerima hasil terus kerana rumpai telah meliputi tanaman nanas.
           Bagi tanaman diatas tanah mineral kerana tidak mengunakan sungkupan plastic pekerjaan merumput diperingkat awal tersangatlah penting.  Di tanah meneral atau tanah terbiar bekas sawah padi pengurusan  rumpai tersangat penting.  Parit ladang atau parit sempadan adalah nadi sesebuah kebun, tanpa parit tanah akan sentiasa berkeadaan lembap dimana rumpai mudah tumbuh dan akan menyebabkan masaalah kepada pekebun.  Benih Moris yang hendak ditanam adalah dengan jarak 3.6 inci X 20 inci X 14 Inci 'berjumlah 13,750 sulur bagi satu ekar.  Dengan corak "Double Two Row"
3.6 inci lorong besar, 20 inci lorong kecil dan 14 inci antara pokok selorong.  Sama corak tanaman samada diatas tanam meneral atau di tanah gambut.  Penanam benih hendaklah mengikut gted iaiti besar, sedang dan kecil, Adalah dicadangkan menanam mengikut petak, setiap petak mengandungi 5000 pokok, senang mengatur semasa menghormon dan pengutipan hasil, sebagai contoh, satu baris sebanyak 200 pokok dikali dengan 25 lorong bersamaan 5000 pokok, bersamaan satu lori pengangkutan.  Kerja penanaman sekurangnya dilakukan seramai tiga orang, saorang kerjanya mengangkut benih dari tepi jalan besar untuk diselerakan benih-benih tersebut keseluruhan kebun, saorang membuat lubang dengan menugal mengunakan penugal dan saorang menanam.  Pekerjaan menanam bolih mengunakan ramai tenaga biasanya satu ekar mereka dapat menghabiskan seluas satu ekar penanaman.

     d)     MERUMPUT
             Semua tanaman samada diatas tanam meneral atau di tanah gambut, pekerjaan merumput mengunakan racun Pra-cambah hendaklah digunakan, racun Pra-cambah Gasapex dengan 100cc dicampur 50 cc Basta ( Pengunaan racun hendaklah berhati-hati supaya tidak terkena pada tanaman nanas) untuk empat gelen air disembur sepanjang lorong tanaman mengunakan corong dihujung kepala knep spray yang diubah suai.  Pekerjaan hendaklah dijalankan semasa cuaca panas seharian.  Pengalaman saya semasa mengusahakan tanaman jagung manis madu pekerja saya merumput mengunakan racun paraquat dengan basta didalam lorong jagung jika rumpat telah tinggi enam inci, mereka memijaknya rumpai tersebut terlebih dulu dan meracun rumpai-rumpai tersebut dengan teliti dan cermat.  Selepas tiga minggu pekerjaan merumput mengunakan racun Pra-cambah hendaklah dibuat ulangan bagi mempastikan  biji rumpai yang bercambah terselindung disebalik anak pokok nanas.  kalau pekebun menerima bekalan dikhutiri biji benih rumpai melekat di celah-celah anak pokok tersebut kalau tidak dimusnahkan akan bercambah dan seterusnya berbunga dan akhirnya mengeluarkan benih lagi, menyebabkan pekerjaan merumput tidak akan habis sampai bila-bila.
            Sebulan selepas merumput ulangan mengunakan  racun Pra cambah, merumput secara manual dengan membawa tajak sepanjang lorong tanaman mencari rumpai yang tumbuh liar mungkin dibawa haiwan yang terbang seperti burung-burung.  Pekerjaan merumput hendaklah dibuat setiap bulan dengan cara manual selama enam bulan.  Merumput setiap dua  bulan selepas itu iaitu bulan ke lapan dan.,bulan ke 10.  Pekerjaan merumput hendaklah dilakukan di sepanjang sempadan parit sempadan bagi menghalang musuh tanaman membiak di kawasan semak tersebut seperti tikus.  Lorong jalan juga perlu dibersihkan.  Pekerjaan pembersihan sempadan dan lorong jalan hendaklah dibuat setiap dua bulan sekali.

     e)     MEMBAJA
             Ada dua jenis pembajaan iaitu baja semburan dan baja tabur.  Bagi pekebun kecil yang mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan mereka biasanya mengunakan baja yang dibekalkan saja.  Bagi saya baja yang dibekalkan tidak mencukupi, anggaplah bantuan yang diberi itu hanya sebagai sokongan kepada  pekebun, mereka hendaklah menambah dengan baja sendiri yang bolih dibeli dipasaran
             Baja semburan hendaklah dibuat pada  satu bulan setengah selepas pokok nanas ditanam, kedua,  bulan ke tiga, ketiga,  bulan ke lima dah akhir sekali ialah pada bulan ke tujuh.  Pada umur pokok berumur satu bulan stengah baja semburan digunakan ialah sebanyak Urea 6 kilo, Hidrated Lime 5 kilo, Terusi 250 gram, Zinc 150 gram, Besi 150 gram dan Azmo Plant Gro 100 gram dan baja NPK15:15:15 cap Kuda Singa satu kilo.kesemua bahan tersebut dilarutkan didalam air sebanyak 40 gelen dan disembur setiap pokok dalam lorong tanaman.  Oleh sebab pokok masih kecil semburan hendaklah mengunakan knap spray yang kecil semburanya.  Cara menyembur ialah dengan mesen sembur, masuk setiap  lorong besar dan berjalan dengan sedikit pantas supaya anak nanas tidak terkena terlalu basah semburan.  Semburan pada bulan ketiga ialah urea 8 kilo, Hidrated Lime 6 kilo, Terusi 250 gram,gro 100 Zinc 150 gram Besi 150 gram,Azmo plan gro 100 gram dan baja NPK 15: 15: 15 Cap kuda singa sebanyak satu kilo, kesemua bahan tersebut dilarutkan didalam air sebanyak 40 gelen diaembur setiap lorong tanaman.  Pengunaan baja semburan pada umur pokok satu bulan setengah dan umur pokok tiga bulan pengunaan baja semburan ialah sebanyak dua hingga tiga drum bagi seekar.
            Baja semburan pada bulan ke lima  ialah urea 12.5 kilo, terusi 250 gram, Hydrated Lime 10 kilo, Zinc 150 gram, Besi 150 gram, Azmo plant gro 100 gram baja NPK 12:12:17:2: cap kuda singa sebanyak satu setengah kilo.  Kesemua bahan tersebut dilarutkan dalam air 40 gelen disembur setiap dua lorong besar tanaman.  Setiap semburan hendaklah satu drum 40 gelen air  dengan 3000 pokok tanaman nanas.Dan semburan akhir ialah pada bulan ketujuh. Urea 12.5 kilo, Hydrated Lime 10 kilo, Zinc 150 gram, Zinc 150 gram, Besi 150 gram, Azmo plant gro 100 gram dan baja NPK 12:12:17:2 cap kuda singa sebanyak satu kilo setengah.  Kesemua bahan tersebut dilarutkan dalam 40 gelen air dan disembur setiap dua lorong besar tanaman.  Setiap semburan hendaklah satu drum 40 gelen air dangan3000 pokok tanaman nanas.
          Baja tabur  adalah bulan ke dua dan bulan keenam.  Pada bulan kedua gunakan baja butir NPK 15:15:15: Cap kuda singa ditabur setiap pokok sebanyak 2000 pokok setiap satu kampit 50 kilo.  Baja hendaklah ditabur setiap pokok taburkan sebelah dalam lorong kecil.  Pada bulan keenam gunakan baja butir NPK 12:12:17:2;Te cap kuda singa ditabur setiap pokok sebanyak 2000 pokok tabur pada lorong besar kerana pada masa itu pokok-pokok nanas telah menutupi lorong kecil

     f)      ARUHAN PEMBUNGAAN / HORMON
              Bagi nanas Moris masa menghormon sehingga pengutipan hasil ialah selama 125 hari.  Nanas jenis Moris tidak kira tempat samada ditanam dikawasan tanah meneral atau di kawasan tanah gambut memerl  hormon balas, tanpa hormon balas dikhuatiri akan berlaku pecah batang buah terutama semasa terkena musim panas.  Saya mempunyai pengalaman semasa lawatan ke ladang nanas Moris di kawasan Pulau Pinang saya dapati lebih 20 peratus nanas yang baru keluar buah menghadapi tangkai buah yang pecah tangkai, saya dapat menanyakan perkebun terbabit berkaitan pecah tangkai, mereka hanya menyatakan tidak tahu kenapa berlaku tanpa mendapat maklumat untuk mengatasinya.  Setelah diberi penerangan kebun tersebut perlu ditaruh hormon balas, nercaya perkara pecah tangkai tidak berlaku lagi.  Bayangkan hilang hasil sebanyak 20 peratus kerana pecah tangkai.  Beberapa hari lepas semasa saya pergi ke Pulau Pinang, dalam perjalanan dari Kulim Bandar Baru memalui Jalan Sungai Lembu, di tepi jalan saya lihat sebidang kebun ditepi jalan bertanam dengan tanaman nanas Moris,  dalam lengkungan  empat ekar berumur  lima bulan, Kebun dijaga dengan sempurna dan kelihatan sangat subur.  Tanaman di atas tanah meneral  sedikit beralun.  Saya bimbang dikhuatiri pekebun tersebut tidak mendapat maklumat berkenaan hormon balas daripada wakil kakitangan Lembaga yang bertugas dikawasan tersebut.   Harap mereka mendapat maklumat.
            Pada umur pokok nanas berumur tujuh bulan pekerjaan menghormon perlu dijalankan.  Bagi hormon yang pertama sebnyak 5000 pokok yang perlu dihormon peringkat pertama,seterusnya seminggu selepas hormon pertama buat hormon kedua pada petak seterusnya sebanyak 5000 pokok dan dilakukan dengan jarak seminggu seterusnya.  Gunakan ethrel 30 cc dicampur urea  setengah tutup penapis tong  sembur empat gelen dan di masukkan dalam pucuk nanas sebanyak 2000 pokok bagi empat gelen tong sembur tersebut. Setelah dua minggu menghormon pertama, baja semburan terakhir iaitu baja semburan keempat .  Setelah umur 32 hari hormon pertama, hormon balas hendaklah di lakukan dengan Ethrel sebanyak 30 cc dicampur dengan pill Ana sebanyak 50 biji dilarut dalam air empat gelen disembur betul-betul pada buah nanas yang baru terbit dari hujung pucuk yang berwarna merah dengan 1500 hingga 2000 pokok setiap tong empat gelen.

     g)     FRUITONE
              Ada dua kaedah mengunakan ubat kimia Fruitone iaitu semasa membuat semburan membuang jambul nanas terlebih dahulu atau sembur pada pucuk nanas "Crown" tanpa membuang jambul.  kaedah pertama buang jambul setinggi satu inci setengah selepas itu sembur dengan kimia Fruitone dengan kadar 25 cc Fruitone dengan empat gelen air semburan  sebanyak 2000 biji buah.  Satu lagi kaedah sembur pada pucuk "Crown" dengan bancuhan 25 cc Fruitone dengan empat gelen air disembur sebanyak 2000 biji bua nanas.

      h)      PENGUTIPAN HASIL
               Mengikut index kematangan buah nanas sudah mula bolih dipetik pada umur pokok 125 hari dari tarikh hormon pertama.  Sebanyak 5000 biji bolih dituai dan telah sedia dengan tempahan lori,  Pengutipan hasil di petak kedua sebanyak 5000 biji akan menyusul dan seterusnya.           Seminggu sebelum memetik setiap lorong besar hendaklah dirintis supaya mudah melaksanakan aktiviti memetik.

6.     Nanas makan segar yang ada potensi adalah nanas jenis Moris dan  Nanas HYBRID 1 atau dikenali dengan nanas Josapine.  Nanas jenis ini senang diurus dan mudah dipasarkan berbanding dengan nanas jenis N36 dan Sarawak Phillipina MD2  kerana buah yang berharga mahal, peratus kejayaan hormon  yang rendah.  Dengan pengurusan yang baik, bembajaan yang cukup dan tepat pengunaanya sudah pasti peratus penghasilan nanas Moris bolih mendapat pencapaian peratus gred A akan mencapai lebih tinggi lagi.

7.     Sedikit info bagi penanam nanas Moris di kawasan Selatan Semenanjung elakan membuat pengutipan hasil pada bulan-bulan March,April dan Mei kerana pada masa tersebut pengeluaran buah berlaku penyakit "Mata Hitam" kerana faktor cuaca.  Petik semasa satu dua bulan sebelum Hari Tahun  Baru Cina, seloknya menanam pada bulan November dan bulan D.ecember.  Risikan Pasaran saya perolehi daripada sumber yang boleh dipercayai.

      
 

     .
.


 

Sunday, 28 December 2014

TEKNOLOGI TANAMAN NANAS MORIS

TEKNOLOGI TANAMAN NANAS MORIS

BERKONGSI PENGALAMAN MAKAN NASI KANDAR BERATUR

 .
BERKONGSI PENGALAMAN MAKAN NASI KANDAR BERATUR

1     Pada hari 25hb. Disember 2014, jam 8.00 malam pesawat Air Asia telah meninggalkan Lapangan Terbang Senai membawa saya ke Pulau Pinang.  Tepat jam 9.10 malam pesawat kami sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa pulau Pinang.  Saya terpaksa menunggu anak saya Ain dilapangan tersebut kurang lebih satu jam kerana talian talipon Celcom pada hari itu tidak dapat berfungsi . Dengan tawakal, saya menunggu anak saya itu didepan pintu masuk  gate Nombor 1 dekat deretan teksi dan duduk di satu baris bangku panjang,  ramai manusia berpusu-pusu mungkin menunggu sesaorang seperti saya juga.

2     Saya telah membut perancangan satu bulan yang lepas menghadiri majlis perkahwinan besan saya, ibu mertua kepada Ain.  Dia telah membuat tempahan tiket pesawat Air Asia  dari tarikh 25hb  Disember 2014 hingga 27hb Disember 2014  Kunjungan ke Pulau Pinang hanya saya saorang yang menghadiri kerana isteri saya uzur dan anak saya Dr Nieza masih dalam rawatan pembedahan dalam perut.

3     Dalam saya duduk sambil menunggu, saya terpandang seperti kereta Ain yang terletak di tepi jalan, baru melangkah lima enam langkah, saya terpandang Ain keluar dari pintu masuk gate Nombor 4, saya menjerit dan memanggilnya.  Dia telah menyatakan telah menunggu satu jam tidak nampak saya yang duduk di pintu gate nombor 1.  Alhamdulliah semua telah beres.

4     Saya, Ain, suaminya yang memandu kereta dan bersama dua orang cucu kembar perempuan berumur empat tahun  sedang tidur di dalam kereta kerana menunggu saya. Perut telah berkeroncong, apa yang telah dijanjikan,  Ain telah mengajak saya untuk makan malam nasi kandar.

5     Kerana malam Raya Krismes ramai manusia sepanjang jalan yang kami lalui, hendak pula ada pesta Pulau Pinang sepanjang jalan yang kami lalui.  Tempat yang dituju belum lagi ditemui.  Menantu saya telah menyatakan telah lebih satu tahun tidak melalui jalan tersebut, banyak jalan di buat kepada satu lorong, maka lebih rumitlah perjalanan kami.

6     Setelah lebih satu jam perjalanan mencari tempat makan nasi kandar, kami telah berjumpa satu tempat kumpulan barisan manusia, dan kami mencari tempat parking tidak jauh daripada kumpulan yang berbaris itu. Pada masa itu tidak kurang 200 orang sedang berbaris menunggu giliran penempahan,  Saya menyatakan pada Ain baik kita cari tempat lain yang kurang ramai,  hendak pula dua cucu yang sedang tidur susah hendak di kejut.  Akhirnya mereka berdua kami kejut dengan menyatakan "Atuk Datang".  Saya dan Ain di minta olih suaminya beratur beliau sambil menunggu anak-anaknya di meja makan.

7     Dalam kita beratur panjang saya perhatikan ramai dikalangan bangsa Cina beratur sama dengan perbualan sesama mereka.  Ada saorang "Mat Saleh" yang lalu lalang di sebelah kami berhenti keheranan sambil bertanya apa yang sedang berlaku.  Satu kumpulan dibelakang saya menyatakan sedang menunggu giliran  tempahan nasi kandar.  Sambil berlalu "Mat Saleh" itu ketawa berdekah-dekah.  Dalam kami sedang berbaris menunggu giliran, saya terpandang sebuah bangunan tersergam betul-betul bersebelahan bangunan menjual nasi kandar.  Nama bangunan tersebut ialah Mesjid Kapitan Keling.  Kami juga terpandang di atas bangunan menjual nasi kandar tertulis tulisan Nasi Kandar Beratur, mula dibuka jam sepuluh tiap-tiap malam.

8.     Satu kumpulan enam orang termasuk perempuan sebaya anak-anak saya, mereka berbual sesama mereka dalam lorat orang luar dari Pulau Pinang.  Saorang daripada mereka menanya saya datang dari mana, saya mengatakan datang dari JB,  Cerita kami berkisar hal-hal banjir, Dia menyatakan kalau banjir besar seperti ini Muadzam pun banjir juga.  Setelah bertanya,  salah saorang adalah bekas penuntun Universiti Tenaga di Muadzam, saya juga menyatakan anak saya Jehan juga bekas penuntut diUniversiti itu juga  Panjang perbualan dan cerita kami yang berkisar hal-hal banjir, nasi kandar beratur, hal-hal pemimpin negara makan angin bermain golf di luar negara yang tidak sensitive dengan penderitaan rakyat.  Barulah mereka bercerita mereka  orang Kelantan kerana menghadiri majlis perkahwinan.  Mereka menyatakan makanan nasi kandar beratur telah tersebar luas, olih yang demikian mereka ingin mencuba makanan nasi kandar beratur tersebut. Salah saorang bertanyakan Ain bekerja dimana,  Ain menyatakan dia bekerja di PTD, Bahagian JPA.  Saorang daripada mereka telah menyatakan telah temuduga sebanyak dua kali tetapi gagal.

9     Dalam kami berbaris beratur sudah dekat dengan tempahan kami dapati masih panjang barisan belakang seperti kami mula sampai tadi.  Apabila sampai giliran daripada budak Kelantan mereka menempah enam pingan nasi semuanya, dengan lauk berlainan mangkuk.  saya perhatikan mereka menempah berbagai lauk seperti ayam goreng, daging kari, sotong,telur sotong, dan dua tiga macam lagi lauk yang ditempah termasuk minta kuah kari sekali.  Menyelirakan.  Tiba giliran saya dan Ain kami memesan nasi campur kerana bagi saya kuah yang ditaruk kedalam pingan bercampur, itulah yang mengenakan.  Kami minta ayam goreng, ikan goreng, daging dan sotong dan telurnya sekali.  Ain menempah nasi berserta kuah sekali, ayam goring, telur sotong, dan lain yang saya tidak ingat.  Dia menempah dua pingan nasi kosong untuk dua orang anaknya.  Suaminya tidak hendak kerana sudah kenyang, makan berkali-kali semasa majlis perkahwinan adiknya.

10     Dalam perbualan, suami Ain menceritakan sejarah makanan nasi kandar beratur ini pada mulanya semasa bapa kepada tuan punya nasi kandar berniaga makanan nasi tersebut mereka berniaga semasa bulan puasa, dengan jualan untuk mereka yang hendak bersahur.  Kedai ini telah dibuka tepat pukul sepuluh malam dan berakhir jam lima pagi...Lama kelamaan taukeh kedai mendapat cadangan dan galakan daripada pelanggan jualan nasi kandar hendaklah diteruskan walaupun bukan dalam bulan puasa.  Akhirnya nasi kandar beratur telah hidup kekal hingga kehari ini.

11     Kami makan sangat menyelerakan, suami Ain melihat kami makan, dia terpaksa menempah satu pinggan nasi kosong kerana lauk  masih banyak dalam pinggan kami,  Bukan saja nasi yang ditempah, nasi anak kambar pun dilalunya.  Teringat semasa saya dalam perkhidmatan dengan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,  Apabila membuat "Inspection" di kawasan utara kami tidak lupa makan nasi kandar  Kassim,dibulatan" round about" bersebelahan bangunan Komtar, Pulau Pinang.

12     Begitulah sedikit sebanyak pengalaman saya makan nasi kandar  beratur di Jalan Kapitan Keling, Pulau Pinang..Pengalaman ini saya cerita untuk berkongsi maklumat.  Cubalah siapa yang belum mencubanya.   
   

Saturday, 20 December 2014

PENANAMAN NANAS MENGUNAKAN KAEDAH SUNGKUPAN PLASTIC " PLASTIC MULCH"


PENANAMAN NANAS MENGUNAKAN KAEDAH SUNGKUPAN PLASTIK "PLASTIC MULCH "

1     Dalam bidang pertanian menanam mengunakan kaedah sungkupan plastic telah lama diamalkan olih pekebun penanam sayur.  mereka mengunakanya tanam sayuran itu di atas tanah meneral.  Di atas tanah tinggi disamping pengawalan rumpai kaedah itu dapat mengelakan daripada penghakisan tanah.

2     Dalam tananam nanas, sungkupan plastik belumlagi digunakan, semasa saya bertugas di Stesen nanas Alor Bukit di awal tahun 1990an selepas beberapa tahun pengisytiharan  Varieti Nanas MARDI HYBRID 1 yang dikenali dengan nanas JOSAPINE, saya telah melaksanakan petak pengamatan pada tanaman nanas JOSAPINE mengunakan sungukupan plastik di atas tanah mineral di sebelah setor baja Stesen tersebut  Kali kedua iaitu tahun 2006 sebelum bersara, saya telah mencadangkan kepada  saorang pekebun yang menerima bantuan daripada Lembaga Perindusteria Nanas Malaysia (LPNM) mengunakan kaedah sungkupan plastic disebahagian tanaman mereka.  Mereka pada masa itu menghadapi masaalah rumpai dan tenaga  kerja.  Bantuan yang diperolehi seluas 22 ekar  tanaman dengan baka nanas sarawak Thailand.  Tanaman nanas tersebut adalah di atas tanah mineral di Kawasan Sitiawan, Perak.  

3     Tujuan utama pengunaan sungkupan plastik adalah untuk mengatasi masaalah rumpai dan tenaga kerja.  Pembajaan baja tabur dapat dilakukan sekali gus  tidak seperti keadaan biasa pada pembajaan nanas dengan membaja tabur mengikut peringkat ke tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan.  Walaupun mengunaan sungkupan plastik akan menambah kos pengeluaran kerana pembelian "Plastic Mulch" tetapi dapat menjimatkan kos upah merumput dan pembelian racun pra cambah pada kawasan nanas.

4     Di bawah ini dicatatkan faedah dan kebaikan pengunaan sungkupan plastik pada kawsan tanaman nanas.  Kawasan yang paling sesuai adalah kawasan bertanah mineral   Tanah gambut dalam adalah kurang sesuai jika pengunaan trekter kerana jentera yang berat,tetapi bolih juga digunakan dengan jentera pembajak kecil jenis kobota yang diubah suai:

    i)  Dapat mengawal pertumbuhan rumpai dengan berkesan
   ii)  Aktiviti membaja tabur dapat dibuat sekali gus pada tanaman
. iii)  Dapat menjimatkan kos merumput dan menjimatkan pengunaan tenaga kerja.
  iv)  Apabila tanah di tutupi dengan plastik, tanah sentiasa berkeadaan  lembap dan tidak kering.
   v)  Cahaya plastik yang dibentang dengan cahaya "silver shine" bolih menyebabkan pembalikan cahaya matahari dan mendapat faedah proses photosisntisis
  vi)  Pengunaan baja sekali gus sangat sesuai terutama kepada nanas jenis Hybrid seperti nanas  N 36 Sarawak.  Nanas jenis Sarawak, N 36, dan Josapine peratus pengeluaran buah yang rendah jika pembajaan dibuat terlalu dekat jarak masa dengan pengaruhan bunga.  Dijangka berlaku juga pada nanas Hybrid MD2 Sarawak Philippina 
   vii)  Penghasilan buah yang membangkan.

5.     Nanas yang bernilai tinggi, dengan harga yang mahal seperti Hybrid Josapine, N36, Sarawak dan terbaru jenis sarawak MD2.   Jenis-jenis nanas ini adalah sangat sesuai ditanam ditanah mineral. Nanas jenis untuk kaleng seperti nanas merah" Singapore Spanish", Masmerah dan nanas gandul hanya sesuai ditanam di atas tanah gambut sahaja ,tidak ditanah meneral.  Untuk pengetahuan, jenis nanas yang ditanam di atas tanah gambut kemanisan buah apabila sudah matang hanya berlaku pada pangkal buah hingga sampai dipertengahan biji buah, berbanding jenis-jenis yang sesuai ditanam ditanah meneral, isi buah akan berasa manis daripada pangkal hingga kehujung buah.

6)     Saya akan menerangkan kaedah tanaman nanas Hybrid Josapine, N36, Sarawak, dan MD2  Phillipina mengunakan kaedah sungkupan plastik di atas tanah meneral:

i)    PENYEDIAAN TAPAK / KAWASAN
       Semua kawasan tapak hendaklah di tebas atau racun dan dibakar.  Setelah kawsan tersebut dibersihkan dengan amalan yang disyorkan mengikut keterangan yang telah diberikan sebelum ini, kerja mengunakan terktor membajak piring supaya pembalikan tanah lapisan atas akan diterbalikan kebawah.  Bajakan piring akan dilakukan ulangan sebanyak sekali lagi, supaya segala akar-akar lalang terkeluar daripada tanah.  Selepas proses bajak piring  telah selesai, bajak dengan cara putar "rotto" dibuat pula bagi pengemburan tanah.

ii)    MEMBUAT BATAS TANAMAN
       Membuat "pattern tanaman" dengan cara satu batas tanam dengan dua baris tanaman dengan jarak antara lorong kecil ialah 60 cm sepanjang 50 kaki panjang.  Buat batas selebar 60 cm berikutnya dengan jarak lorong besar ialah 120 cm dan seterusnya.
        Sekira kontor tanah kelihatan sedikit beralun curam, lorong tanaman hendaklah melintang dan jangan mengikuti menuruni curam tersebut, dikhuatiri setiap lorong 120 cm akan terbina aliran parit kecil apabila tiba musim hujan.
        Setelah batas-batas tersebut dibina setinggi enam inci, sebelum membentang menutupi "plastic mulch" pertama, tanah batas hendaklah di basah dengan semburan ayer, atau biarkan terkena hujan, kedua, satu lorong tanaman nanas mengandungi dua baris tanaman iaitu 50 pokok dikalikan dengan 2 baris berjumlah 100 pokok, di darab dengan 60 gm per pokok berjumlah 1200gm iaitu bersamaan satu kilo setengah.  Baja butir NPK 15:15:15 berjumlah 40  gm dicampur dengan NPK 12:12:17:2 +TE sebanyak 20 gm digaul dan ditabur sepanjang lorong penanaman 50 kaki
      Setelah baja di tabur sepanjang lorong 50 kaki", plastik mulch" hendaklah di bentang dan menutupi  batas tanaman sepanjang jarak 50 kaki, mengelak plastik yang baru dibentang tidak berterbangan, tindih dengan benda yang berat dan lakukan seterusnya.

iii)     MENANAM
          Sebelum kerja menanam dilakukan rentang tali sepanjang lorong 50 kaki dan ditandai  dengan satu kaki diikat dngan penanda kecil sebagai panduan semasa menanam.  Untuk menanam dengan benih nanas, plastik mulch hendaklah ditebuk sepanjang tanda pada tali lorong dengan alat yang tajam dengan lubang bersais se besar tin susu yang diubahsuai,  Setelah lubang plastik ditembukan buat lubang dengan penugal dan seterusnya menanam dengan benih-benih nanas seterusnya.  Pekerjaan menanam dibuat  sehinga kerja menanam selesai.

iv)      BAJA SEMBURAN
           Baja semburan mengunakan "brodox mixture" di buat sebanyak dua kali iaitu pada pokok berumur satu bulan setengah dan pada masa umur pokoh empat bulan setengah.  kerja-kerja semburan dengan terusi, kapor hydrated lime, urea, zinz, besi dan juga AZMO plant gro.  Bagi bancuhan 40 gelen  ayer gunakan setengah kilo urea, 500 gm kapur 150 gm terusi, 150gm  zinc, 150gm ferrous, dan 100gm AZMO plant gro.  Semburan mengunakan mesen sembur dengan menyemburnya mengunakan hujung mata penyembur sedikit kembang disembur keseluruhan tanaman tidak begitu tajam, biar kesemua pokok nanas mendapat baja semburakeseluruhanya.

v)      MERUMPAI
          Kerja merumpai seluruh sempadan dan pembersihan parit dilakukan setiap 2 ke tiga bulan sekali dengan racun kimia bagi menghindar daripada sebarang jangkitan penyakit atau menghindar musuh tanaman seperti tikus.

vi)     RAWATAN PENYAKIT
          Untuk mengelakan daripada penyakit benah pokok seperti penyakit daun merah "red wilt" yang biasa berlaku pada tanaman nanas kerana serangan koya, kimia racun serangga hendaklah digunakan dengan mengunakan racun Malathion disembur keseluruhan tanaman yang terkena serangan.  Kadar bancuhan ialah 50cc bagi empat gelen air.

v)       ARUHAN PEMBUNGAAN
           Aruhan pembungaan bolihlah dibuat sepertimana keterangan diberi sebelum ini.  Bagi pokok jenis Sarawak pastikan pokok tidak terlalu tua seperti kelihatan pangkal pokok telah memungung, dikhuatiri tidak terbit buah kerana terjadi "pokok ular"

vi)      PENGUTIPAN HASIL
           Pengutipan hasil hendaklahlah dibuat pada masa buah masak mengikut index kematangan.  Kalau nanas N 36 yang hendak dieksport makan segar, panduan semasa memetik index kematangan hendaklah dipatuhi.  Pastikan pasaran telah diperolehi sebelum pengutipan hasil dilakukan

7)       PENUTUP    
 Serba sedikit kaedah menanam nanas mengunakan sungkupan plastik dan faedahnya kepada pekebun nanas yang melakasanakanya mengunakan kaedah tersebut.  Mudahan mendapat menafaat daripadnnya, amin.    
 
          










   








Tuesday, 16 December 2014

PENGURUSAN TANAMAN NANAS - Menili Semula Amalan Buruk Dan Baik Oleh Pekebun

PENGURUSAN TANAMAN NANAS  -  Menilai Semula Amalan Buruk Dan Baik Oleh 
                                                                     Pekebun

 1.  Aktiviti penanaman nanas oleh pekebun boleh mendatangkan pulangan yang tinggi kepada pekebun, bidng komercial ini kalau tidak dilaksanakan dengan berkesan dan sampurna akan membwa kerugian.

2.  Pihak kerajaan telah mengeluarkan bantuan kepada pekebun nanas pada awal tahun tujuh puluhan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM ). Pekebun telam disalurkan bantuan berupa wang tunai, bahan tanaman, baja, hormon dan racun rumpai.

3.  Untuk melahirkan pekebun kecil berjaya sejak LPNM diujudkan adalan sangat sukar: Banyak faktornya, pekebun tidak cukup modal untuk mengusahakan projek tanaman nanas, kekuarngan ilmu berkaitan tanama dan seterusnya tidak mempunyai tenaga pekerja yang mahir.

4.  Ada dua pekebun yang berjaya yang bolih kita jadikan contoh, saorang berkuturunan Indonesia .bernama Saji, tinggal di Parit Puteri menangis. Beliau mengusahakan tanaman nanas moris dan nanas josapine.  Seluas lebih lima puluh ekar kawasan tanaman yang diusahakan.  Saorang lagi berbangsa Cina bertanam dengan tanaman nanas.  Jenis nanas yang diusahakan ialah jenis josapine seluas 600 ekar.  Nama pekebun berjaya ini Goh Swee Eng.  Beliau baru meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.  Kedudukan tanah yang diusahakan  dengan josapine ialah di hujung ladang nanas Peninsula Simpang Rengam, Kluang.  Johor.

5  Ada dikalangan pekebun mengambil kesempatan menerima bantuan tanaman nanas mereka bersekali dengan kelapa sawit.  Tanaman nanas hanya dapat di usahakan sebanyak dua pusingan tananam.  Setelah tanaman kelapa sawit di dalam tanaman nanas telah mencapai umur 30 bulan maka tanaman nanas dimusnahkan kerana tidak sesuai ditanam dengan nanas lagi.

6.  Tanaman nanas mesti mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.  Aktiviti penanaman nanas memerlukan ramai tenaga pada satu-satu masa.  Pekerjaan menanam sekurang - kurangnya memerlukan seramai tiga orang pekerja.  Saorang mengangkat benih diserakan keseluruhan kebun, saorang membuat lubang dengan menugal mengunakan penugal dan saorang menanam.  Begitu juga melaksanakan baja semburan mengunakan misen sembur dan seterusnya semasa kerja pengutipan hasil.

7.  Ada dikalangan penerima bantuan tidak memberi sepenuh perhatian kepada penanaman.  Mereka mengangap penanaman nanas adalah mudah dengan mengambilnya sambil lewa dan mengangap tanaman nanas sebagai sampingan sahaja.  Lebih-lebig lagi   mereka tidak mengeluarkan modal daripada  poket mereka, dengan ketiadaan komitment sudah pasti tanaman nanas mereka menemui kegagalan.

8.  Mengikut pengalaman dan penghayatan yang saya lakukan banyak kesalahan dan kelemahan yang dilakukan pekebun kecil dalam hal pengurusan tanam nanas.  Perkara yang dapat dikesan adalah:

a)  Penyediaan tapak.
     Tidak melaksanakan pekerjaan yang betul semasa pembersihan kebun.  Tidak memusnahkan segala rumput rumpai dengan sempurna.  tidak memusnahnya dengan mengulangi  meracun mengunakan racun rumpai dan Round up menyebabkan kehidupan rumpai tumbuh berulang-ulang ka dalam kawasan tanaman nanas yang tiada  berkesudahan.

b)  Menanam
     Tidak mendapat bekalan bahan tanaman yang sihat dan segar.  Tidak melaksanakan penanaman dengan mengerid benih-benih tersebut dengan pengklaskan kepada besar, sedang dan kecil.   Membiarkan benih nanas berlongok terlalu lama, benih akan terkena panas dan hujan akhirnya benih akan rosak kerana lecur.  Tidak membuat bantahan kepada pegawai yang membekal semasa  bahan tanaman yang rosak dan tidak berkualiti.

c)  Merumput
     Tidak mengikut tatacara yang betul.  Ada yang kerja merumput setelah rumpai telah mengeluarkan bunga dan benih.  Enggan mengeluarkan modal dengan mengunakan racun pra-cambah kerana sayangkan wang.  Merumput dengan cara manual, mereka mencbut pokok-pokok rumpai yang telah sama tinggi dengan pokok nanas.  Ada juga  memusnahkan rumpai pada masa hujan dengan mengunakan mesin  sembur.  Kerja yang bertanguh dalam pengurusan merumput menyebabkan pekerjaan tidak akan habis-habis sehingalah sampai masa mengeluarkan hasil

d)  Membaja
     Rata-rata pekebun kecil nanas khususnya yang berbanga Melayu tidak tahu mengenali baja dan pengunaanya.  Lebih-lebih lagi yang baru hendak berjinak-jinak menceburkan diri sebagai petani.  Mereka hanya mengunakan bekalan input daripada penyalur bantuan.  Tidak menabur baja pada masa yang telah ditetapkan, mereka mengangap kebun masih berkeadaan subur tidak perlu dibaja.  Ada juga dikalangan pekebun mengunakan baja bantuan nanas terus kepada kebun kelapa sawit mereka, atau menjualnya kepada pembeli dengan harga yang murah.  Semburan "Folier Spray" dibuat semasa hari hujan dan tidak mengulanginya lagi.  Membuat semburan baja terlalu kuat dan tajam menyebabkan pokok terlebih baja, dan tidak mengacau baja "Bordox mixture" semasa kerja-kerja penyemburan dilaksanakan.

e)  Aruhan Pembungaan/Hormon
     Aruhan pembungaan tidak diikuti dengan betul, Aruhan pembungaan tidak sama dengan jenis-jenis pokok nanas, seperti nanas jenis smooth cayenne (Jenis sarawak), atau nanas jenis moris.   Sebagai contoh pada penanaman nanas moris akan berlaku pecah tangkai kerana faktor cuaca, begitu juga jenis nanas baka baru iaitu jenis nanas Phillipina peratus kejayaan Aruhan pembungaan akan menurun disebabkan ketiadaan pengatahuan menghormon.

f)  Pengeluaran Hasil
     Tidak ada perancangan apabila tiba masa pengeluaran hasil.  Tempahan dibuat secara tergesa-gesa kepada pembeli menyebabkan hantaran buah boleh tergendala dan keadaan buah akan rosak.  Memetik buah tidak mengikut index kematangan seperti nanas moris, nanas sarawak, nanas N 36 untuk pasaran segar.  Sepanjang perjalanan daripada menanam hingga pengutipan hasil beberapa kelemahan dan kekurangan perancangan bolih menyebabkan kerugian.

9)  Serba sedikit yang dapat ditunjukkan bagaimana kesalahan dan kelemahan yang dibuat oleh pekebun dalam mengendalikan kerja penanaman nanas.  Pekebun didapati tidak pernah membuat penilaian semula selepas penghasilan pertama dapat dikeluarkan.  Sepatutnya mereka perlu mencari sebab sebagai contoh mengapa penghasilan yang tidak tercapai sepertimana diharapkan.  Mereka mesti melihat kembali aktiviti yang dilaksanakan seperti kerja -kerja pembersihan, menanam, merumput pembajaan dan lain-lain pengurusan seperti tenaga pekerja.  selepas penilaian semula telah dibuat dan dapat dikesan segala kelemahan dan halangan, maka seterusnya cuba elakan kelemahan dan kesalahan tersebut tidak berulang lagi.

10)  Di bawah ini diperturunkan cara-cara dan kaedah mengikut amalan pertanian .yang betul:

a)  Merancang Gerak Kerja
     Pekebun kecil nanas hendaklan merancang gerak kerja dengan menyediakan segala keperluan seperti modal, ilmu dan pengalaman dalam hal penanaman nanas, tenaga pekerja, tapak tempat aktiviti menanam dan akhirnya pasaran.  Semua perkara ada kait mengait diantara satu dengan yang lain.  Sediakan jadual" Time Series", pengurusan masa sangat penting  dalam aktiviti menanam nanas. " Time series"sangat penting sebagai" check list dalam aktiviti penanaman.

b)  PembersihanTapak Kawasan
      Kawasan hendaklah dibersihkan daripada semak samun dan rumput rampai dengan menebas segala semak belukar.  Setelah segala semak tersebut habis di tebas biarkan ia kering.  Kalau cuaca panas dalam dua ke tiga minggu segala belukar sudah boleh dibakar.
      Setelah dibakar semua ranting-ranting dan dahan-dahan ranting yang tidak terbakar hendaklah di kumpul untuk diperun.  Setelah kerja-kerja memerun telah dibuat, pekerjaan membina parit ladang, parit sempadan atau parit yang terkambus hendaklah dijalankan serentak.  Begitu juga dengan membina jalan lorong untuk mengeluarkan buah nanas kelak.
     Kerja membakar hendaklah dengan cuaca yang terang, supaya segala semak samun telah betul-betul kering, mudah dibakar. cari masa yang sesuai seperti waktu membuat pembakaran seeloknya sebelah petang, dimasa itu tiupan angin telah mula perlahan dan reda.
     Sementara bekalan benih diterima, segala biji benih rumpai telah mula bercambah dan mengeluarkan dua tiga helai daun, maka pekerjaan meracun mengunakan racun paraquat hendaklah digunakan dengan kadar setiap 100 cc racun paraquat dengan 4 gelen iir, disembur secara "Blanket".  Jika didapati ada tumbuh lalang hendaklah gunakan Round up dengan kadar 100 cc kepada 4 gelen air.  Pengunaan racun serap Round up semasa cuaca terang dan panas, biarkan pokok lalang tersebut tumbuh sedikit tua, senang lelehan semburan  mengalir terus ke perdu pokok.

Setelah dua minggu aktiviti meracun pertama telah dijalankan, untuk mempastikan segala rumpai bersih meracun rumpai hendaklan dibuat ulangan supaya tidak timbul masaalah kemudian hari.  Meracun kawasan dengan tanpa tanaman  nanas lebih mudah meracun rumpai di dalam kawasan nanas.  Kebaikan membina parit ladang dan parit sempadan boleh mengalirkan ayer apabila hari hujan, tidak secara langsun dapat mengurangkan tahap Ph tanah.  Tanah sentiasa kering tidak lembap menyebabkan sukar bagi rumpai  tumbuh.

b)    Menanam
       Setelah rumpai telah dimusnahkan dengan meracun kali kedua dan kelihatan betul-betul mati, tempahan benih sudah bolih dibuat.  Penghantaran benih hendaklah diperolehi daripada sumber yang betul dengan mendapat benih yang sihat dan segar.  sebolih-bolihnya benih yang dibekalkan adalah dari kebun yang bersih dari rumpai, kerana kalau ada rumpai melekap pada anak pokok nanas sudah pasti rumpai tersebut dengan mudah tumbuh dan menimbulkan masaalah.
      Kerja menanam memerlukan sekurang-kurangnya  tiga orang iaiui mengangkat benih selerakan dikawasan kebun, saorang membuat lubang dengan cara menuggal dan saorang lagi menanam dengan memasukkan pangkal anak pokok kedalam lubang.
      Sebelum menanam benih nanas hendaklah di gred dalam kumpulan besar, sedang dan kecil.  Tujuanya ialah benih yang ditanam mengikut gred akan hiduo dengan sekata berbanding tidak mengred, pokok yang kecil tengelam tidak dapat makan baja, cahaya matahari, akhirnya pokok tidak dapat mengeluarkan hasil, seterusnya penghasilan akan terjejs.

c)    Merumput
       Aktiviti merumput sangan penting dalam pekerjaan menanam nanas.  Jika perlaksanaan merumput dibuat sambil lewa akan menjejaskan penghasilan.  Ramai pekebun yang meninggalkan kebun nanas mereka kerana tidak dapat mengawal pertumbuhan rumpai...Merumpai dengan cara yang betul boleh memudahkan pekebun nanas menguruskan kebun mereka seterusnya.  Saorang pekerja dapat melaksanakan kerja merumpai seluas 10 ekar.  Tidak termasuk kerja-kerja lain dalam pengurusan tanaman nanas.  
     Setelah tiga minggu pokok-pokok nanas di tanam, racun pertama mengunakan racun pra cambah bagi menghapuskan segala rumpai yang ada dalam kawasan tanaman nanas dengan kadar bancuhan 100cc racun gasapex campur dengan 4 gelen air, disembur pada lorong nanas , segala rumpai yang tumbuh hendaklah diracun sehingga daun rumpai yang tumbuh tiga empat helai daun.
     Setelah tiga minggu berlalu dengan racun pra camba, racun pra cambah  ulangan kali kedua hendaklah dijalankan kerana meracun pra cambah yang kali pertama dikhutari ada pokok rumpai yang tersembunyi disebalik anak nanas tidak kelihatan, dan pula dikhuatiri biji-biji benih rumpai yang bersama hantaran dengan anak-anak nanasakan  tumbuh hidup.
    Sebulan selepas kerja merumput dengan cara manual, mengunakan tajak dibuat dengan berjalan setiap lorong nanas bagi mencari dan memusnahkan rumpai-rumpai yang tidak dikehendaki dan diikuti merumput pada setiap bulan hinga bulan ke 6.. Seterusnya merumput setiap dua bulan iaitu bulan ke 8,10 dan12 dengan membawa tajak sepanjang lorong mencari rumpai yang tumbun untuk dimsnahkan.  Setiap tiga bulan sekali semua parit hendaklah dibersihkan dengan cara manual ataupun meracunya begitu juga dengan lorong-lorong jalan supaya tidal tumbuh sehala rumpai yang tidak dikehendaki. Rrumpai dikawasan parit dan jalan bolih menyebabkan kepada masaalah pekebun nanas. 

dPembajaan
     Pekebun yang maju dalam ilmu pertanian, mereka hendaklah mengetahui jenis-jenis baja dan kegunaanya.  Dengan mengetahui ilmu baja tersebut mereka mudah mengunakan baja campuran sendiri kerana mengetahui kekurangan unsur-unsur nutrien dalam kehidupan pokok.
     Dalam tanaman nanas ada dua jenis baja yang biasa digunakan, iaitu  baja Compound atau baja butir seperti Netroposka  NPK 15:15;15 atau NPK 12:12:17:2:Te.  Satu lagi baja campuran nanas NPK 30:1:32, dengan Baja Ammonium sulphate, CIRP dan Mauriate of potash.
     Baja semburan seperti urea, hydrated lime, terusi, iron dan zinc,  Semua unsur-unsur tersebut mengikut kadar disembur pada tanaman nanas pada bulan ke satu setengah bulan dan bulan yang ke empat setengah.  Bagi baja tabur mengikut pada kesuaian pokok dan jenis pokok, biasanya baja tabur yang pertama ialah pada bulan ke tiga, ke enam dan ke sembilan.  Bagi mereka yang telah mahir dalam pengurusan pembajaan mereka menpunyai formula sendiri.

e)    Aruhan Pembungaan/hormon
        Tujuan aruhan pembungaan adalah bertujuan menghendaki pengeluaran buah nanas seragam, kerana sekiranya pengeluaran buah yang serentak memudahkan semasa pengutipan hasil. Kaedah  aruhan pembungaan atau hormon berbedza diantara jenis nanas seperti nanas jenis sarawak (smooth cayenne) dengan nanas jenis moris dan josapine, begitu juga dengan nanas gandul, nanas masmerah dan nanas merah (Singapore Spanish)
      Nanas untuk kilang seperti Singapore Spanish mengunakan seketul carbide bagi satu tong empat gelen air disemur betul-betul dipucuk nanas sebanyak 20 cc.  Begitu juga nanas masmerah menggunakan bahan yang sama seperti nanas Singapore Spanish.  Masa berubah penggunaan pil Anna dengan meletakan bahan tersebut pada pucuk nanas.  Bagi nanas josapine aruhan pembungaan menggunakan ethrel yang di syorkan olih LPNTM, mengikut rekod kejayan yang tinggi sehingga mencapai 90% kejayaan.  Bagi nanas moris, Hormon dibuat sebanyak dua kali pada nanas jenis ini, setelah hormon pertama dengan mengunakan ethrel 25 cc dicampur dengan ana pil sebantak 100 butir pil anna dengan empat gelen air disemburkan pada pucuk nanas sebanyak20 cc.  Setelah hormon pertama hendaklah dibalas 32 hari hormon pertama dengan 150 biji pil anna dicampor empat gelen air disembur sebanyak 20 cc kedalam pucuk nanas moris tersebut. Tujuannya supaya mengelakan berlaku pecah pada batang buah.
     Setelah nanas moris mengeluarkan jambul sebesar panjaang satu inci setengah pucuk hendaklah disembur dengan jenis kimia nama Fruitone dengan kadar 25 cc dengan empat gelen air.  Ada pekebun guna fruitona setelah membuang jambul nanas moris setelah 90 hari dihormon dan disembur fruitone  pada kadar 25 cc dengan empat gelen air, disembur pada hujung buah dengan kadar 20cc sebiji. Tujuan penggunaan fruitone ialan memampatkan isi buah dan melewatkan kematangan buah .dan buah akan bertambah berat dan mencapai gred besar.  Perlu diingat mengunakan kimia fruitone dengan" over dose" menyebabkan kualiti buah terjejas, dan isi buah akan keras rangup seperti rasa sengkuang dan menjejaskan  harga buah tersebut
     Ada pihak ladang menghormon pada waktu dini hari dengan mencampurkan ketul air batu bagi mencapai peratus pengeluaran yang tinggi.  Nanas yang di tanam ialah jenis sarawak Philippina, pihak ladang tersebut menerima tempahan pembelian nanas sarawak Phillipina sebagai nanas makan segar dengan harga yang tinggi, selebihnya dihantat ke kilang untuk nanas tin.

f)     Pengutipan hasil
        Beberapa hari sebelum pengutipan hasil, pekebun hendaklan membuat persediaan tempahan kepada pembeli supaya pengambilan buah nanas tidak terjejas.  Banyak jenis nanas seperti buah nanas untuk kilang, buah untuk makan segar dan nanas makan segar untuk eksport.  Jenis nanas yang dinyatakan ada caranya untuk mengendalikanya.  Ini semua mempunyai ilmu dan pengalaman.  Pekebun hendaklah mempelajari ilmu index kematangan buah.  bagi mereka yang hendak mengetahuinya perlulah menghubungi pegawai yang terbabit dengan pemasaran nanas seperti ajensi FAMA, LPNM atau Jabatan pertanian.

11)     Penilaian semula
          Setelah mendapat penghasilan buah-buah nanas selama 14 ke 16 bulan menceburkan diri delam penanaman anans para pekebun hendaklah membuat penilaian semula sepanjang yang dilalui mengesan segala kelemahan dan salah silap semasa melaksanakan kerja penanaman dari sejak mula penyediaan tapak hingga pengutipan hasil  mungkin matlamat yang hendak dicapai berjaya 70%, atau 80%, jika berjaya 80 peratus Alhamdulliah, cari kesilapan supaya tanaman pada seterusnya akan mencapai peratusan yang lebih tinggi lagi.

12)     Penutup
          Serba sedikit telah saya terangkan berkaitan dengan Pengurusan Tanaman Nanas - menilai semula amalan buruk dan baik olih pekebun.  Saya sangat gembira dapat berkongsi bersama dengan para petani dalam hal pengurusan penanaman nanas,mudahan  mendapat manafaat daripada ilmu yang disampaikan, Insyallah.


        





     
   
    
            


              




















     



















     

 


  
    

Sunday, 14 December 2014

SEJARAH VARIETI NANAS HYBRID 1

SEJARAH VARIETI NANAS HYBRID 1

Perusaan nanas yang berasaskan pertanian adalah yang paling lama dan mempunyai kepentingan sioso-ekonomi kepada negara.  Parusahaan yang telah bertapak di Nagara ini dalam sekitar tahun 1888.   Dari segi faktor kepentingan,  perusaan ini ialah pengunaan tanah gambut yang mempunyai status kesuburaan tanah yang bernilai rendah.

Kultivar nanas tin yang menjadi tulang belakang perusaan nanas di Malaysia ialah nanas merah "Singapore Spanisa"yang dibawa masuk kenegara ini pada abad yang lepas.  Kultivar ini telah lama digunakan walaupun ia mempunyai banyak ciri-ciri yang tidak memuaskan.

Hasil Masmerah (Penganti kepada Singapore Spanish) adalah lebih rendah hasilnya sekurang-kurang 40 peratus dari Smooth Cayene (jenis sarawak), varieti yang ditanam di luar negara seperti di Thailand, Austerlia, Philipina dan Hawaii.  Nanas ini tidak mempunyai isi yang keemasan (Golden) seperti nanas Masmerah dan Singapore Spanish, seperti mana identiti nanas tin Malaysia.  Jenis nanas sarawak mempunyai masaalah lain mudah berlaku serangan penyakit seperti buah hantu, mata guli, mata hitam dan berkulit tebal mengakibatkan perssahaan nanas  ini berada pada tahap yang kekurangan dalam pasaran nanas tin.

Pihak Mardi telah berjaya melahirkan satu penemuan pembiakbaik  untuk menghasilkan "Mardi Hybrid 1" yang dipangil nanas komersial iaitu NANAS JOSEPINE.  Sempena dengan itu, pehak Mardi telah mengisytiharkan Hybrid 1 itu oleh YB Saudara Anuar Ibrahim, Menteri Pertanian ketika itu di Stesen PenyelidekanMARDI, IPRIS Pontian Johor pada 4hb. Julai, 1985.

Sempena dengan itu juga angota kakitangan yang terbabit dengan tanaman nanas yang dinyatakan telah diberi kursus pengurusan tanaman nanas Hybrid 1  olih pihak Mardi, LPNM, Jabatan pertanian, Peladang dan pihak swasta,  kursus tersebut diadakan selama tiga hari.  Saya juga telah dapat menyertai sama.  Penyampai kursus adalah terdiri pegawai mardi yang terlibat kepada projek Hybrid 1.  Saya dapat bertemu pegaai lama saya semasa bekerja di pusat penyelidikan nanas LPNM iaiti DR Lim Weng Hee (bahagian pathology), Dr Lee Soo Ann ( Bahagian Agronomi), DR Tey Tian Hock.  Mereka sangat baik dan rapat dengan saya.  Saya sempat berbual dan bertanya kabar.  Budi baik mereka tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Program Pembaikbiak untuk menghasilkan Mardi Hybrid 1 mengunakan kaedah "crossing" SINGAPORE SPANISH   X  SMOOTH CAYENE.  Proses ini dijalan bertahun dengan ujian ladang dibeberapa lokasi, pembiakan bahan tanaman dan akhir segala penghasilan disebarkan kepada petani.  Ada pekebun nanas yang bersekala besar telah menempah bahan tananam HIBRID 1 ini untuk kegunaan ladang mereka dengan membeli sesulur berharga  60 sen.  

CIRI_CIRI NANAS MARDI HYBRID 1

CIRI_CIRI TAMPANG:
: pokok tinggi dan cergas
: daun tidak berduri, panjang dan tegak
: 55-60 daun keluar di peringkat
  pengaruhan bunga
:jambul besar
:Pengeluaran sulur tangkai agak rendah
: pengeluaran sulur  tidak menentu.

CIRI-CIRI PEMBUNGAAN:
 : tindakan kepada aruhan ethrel agak
   memuaskan (80-90%)
: dari peringkat pengaruhan hingga
  pembungaan: 44 -48 hari
 dari pembungaan hingga penuaian:
16 - 120 hari
: dari peringkat pengaruhan hingga
penuaian: 162 - 166 hari

CIRI_CIRI BUAH:
: kulit muda berwarna hijau ungu
: warna braktea merah cerah ( muda )dan
  putih kemerahan semasa penuaian
: 100 - -mata, lebar dan leper
: buah besar, 75% lebih berat dari 
 Masmerah
: berbentuk silinder
: warna isi kuning hingga keemasan
: kandungan gula dan asid yang tinggi
:citarasa enak

KETAHANAN KEPADA PENYAKIT
: lebih tahan kepada penyakit buah hantu
 jika dibanding dengan Masmerah
: tahan kepada penyakit reput teras
: kejadian penyakit "cork spot"
  sekali sekala
: kejadian buah 'marble" sekali sekala
  bergantung kepada keadaan cuaca

CIRI-CIRI PENGETINAN
: kadar perolehan yang lebih baik
(23 -33%)
: peratus sederhana untuk pak istemewa
("fancy')
: mengekalkan citarasa yang enak
: garis pusat empulur yang besar dan perlu
ditebuk dengan tiub yang berukuran
sekurang- kurangnya 1 inci

HASIL DAN KESESUAIAN

: hasil yang lebih baik dari kultivar nanas 
tin semasa
: lebih mudah sesuai dengan berbagai
keadaan alam sekitar'

AMALAN KULTURA
Bahan tanaman biasanya terdiri dari jambul dan sulur.  Jarak tanaman 120 cm x 60 cm x 30 cm (2 baris sebatas)  Pembajaan 356 kg "Ammonium sulphate  + 5 kg CIRP +133 kg "Maurite
 of potash sehektar tiap-tiap kali pembajaan pada tiga, enam den sembilan bulan selepas ditanam.  Pengaruhan bunga pada masa 10 bulan selepas ditanam dengan mengunakan Ethril dan 400 bahagian perjuta dan 5% urea (40 ml sepokok).  Memetik buah pada peringkat "braktea putih"

Jualan buah nanas Hybrid 1 yang dikenali dengan nama Nanas Josapine akhirnya dijual secara buah nanas makan segar kerana ia mempunyai cita rasa yang enak berbanding nanas makan segar lain seperti nanas moris  .Hingga hari ini nanas tersebut telah dijual di pasar raya yang terkenal, dan dianggap buah nanas yang sangat manis serta mahal.

PENUTUP

Itulah serba sedikit sejarah penemuan varieti nanasMardi Hybrid 1 yang dikenali dengan pangilan nanas Josapine.  Industeri nanas sewajarnya berterima kasih kepada pehak Mardi yang membuat kajian dengan penumuan nanas baka hybrid 1  yang kekel pengeluaranya sehingga hari ini.





   



   
 
 
 
   

Wednesday, 10 December 2014

PENANAMAN NANAS : Mengapa masaalah rumpai masih tidak dapay diselesaikan

PENANAMAN NANAS ; Mengapa masaalah rumpai masih tidak dapat diselesaikan. 


Rumpai adalah satu jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki dalam tanaman yang kita usahakan.  Rumpai akan mengangu pertumbuhan dan akan menjejaskan penghasilan yang kita usahakan.  Fokus saya dalam hal ini ialah dalam menguruskan tanaman nanas dan kaitanya dengan rumpai.

Dalam perlaksanaan pengurusan tanaman nanas khususnya di kawasan tanah gambut, dalam pengalaman dan penghayatan saya adalah didapati masaalah rumpai memang tiada kesudahanya.
Sejak awal tahun tujuh puluhan penanam nanas mengurus masaalah rumpai dengan cara manual dan bergotong royong.  Masa itu tidak ada racun kimia.  Pekebun mengusaha kebun mereka menunggu kebun bersih memakan masa selama tiga bulan.

Pada tahun 1973 Syarikat ICI telah berkerjasama memperkenalkan sejenis kimia racun rumpai PARAQUAT dengan jabatan saya ketika itu sehingga kami pergi disegenap pelusuk kampung yang bertanam nanas mengadakan majlis penerangan dan seterusnya dengan pertunjukan wayang pacak.  Sejak saat itu atas inisiatif kami maka pekebun nanas telah mula mengunakan racun kimia PARAQUAT untuk memusnahkan kebun mereka untuk tanaman nanas.  Daripada menungu masa tiga bulan , setelah mengunakan racun tersebut hanya mengambil masa satu bulan setengan tananam nanas dapat dimulakan.

Tetapi masaalah menyelesaikan rumpai itu hingga kini masih berlaku .  Adakah para pekebun tidak ada ilmu bagi menghapuskan rumpai dalam tanaman nanas atau mereka tidak diberi penerangan dan penjelasan bagaimana hendak menguruskan rumpai dalam tanaman nanas.  Atau mereka mengambilnya sebagai sambil lewa saja.

Saya ada pengalaman dimana saorang pekebun kecil nanas menghadapai masaalah rumpai dalam kebun nanas mereka,  berpandukan kepada keteranganya projek yang diusahakan itu mendapat bantuan sebuah ajensi yang menelan belanja berpuluh ribu ringgit.  Saya telah melawat dan merberi penerangan.  70 peratus keseluruhan kebun ditumbuhi rumpai sehinggakan tidak nampak tanaman nanas.

Kesimpulan yang dapat saya beri ialah mungkin pekebun ini tidak diberi penerangan yang betul.  Mereka mengangap tanaman nanas seperti tanaman jenis lain seperti tanaman kelapa sawit, getah, kelapa atau jenis pokok tahun, tiga bulan tidak tengok masih rumpai dapat dimusnahkan dengan racun rumpai, berbanding dengan tanaman nanas selama jangka masa itu pasti tanaman nanas tersebut tidak dapat diselamatkan.  Berbalik kepada pekebun yang diceritakan itu, siapa yang rugi?  pehak pekebun kecil, ajensi yang menyalurkan bantuan atau oleh pihak kerajaan yang menyedia dana bantuan?

Bagi pendapat saya setiap pekebun yang menyertai projek kerajaan pertama sekali mereka hendaklah ditemuduga. setelah mendapat maklumat daripada peserta tersebut dari segi pengalama bertani, ilmu pertanian yaang diperolehi, modal, jumlah tenaga kerja jika ada, kedudukan tanah adakah dekat dengan kawasan   dimana musuh tanaman tinggal disitu dan akhirnya kemampuan yang boleh kerjakan.  Adalah  selamat jika pekebun baru yang hendak menceburkan diri dalam tanaman nanas di beri kelulusan permulaan cuma jumlah yang minimum .Kedua diberi kursus kaedah penanaman, mengenal semua input dan menerangkan pengunaanya, beri tunjuk ajar pengurusan masa dalam hal penanam nanas.  TIME SERIES tersangat penting kerana dapat kita menyemak semua Check List ini dengan tepat.  Yang lebih penting setelah menerima projek penanaman pekebun mestila memberi perhatian sepenuhnya dan seluruh komitmen kerana tenaman tanas tidak boleh dibuat secara sampingan.

Berikut saya akan menunjukan serba sedikit cara-cara pengurusan rumpai dalam tanaman nanas:

Peringkat awal, kawasan yang hendak diusahakan dengan tanaman nanas adalah berbelukar, semak samun, kawasan tersebut hendaklah dipancah dan ditebas.  Setelah kerja-kerja tersebut dilaksanakan, tunggu selama dua minggu setelah segala belukar kering, kawasan hendaklah dibakar dengan cara terkawal,  biasanya carilah masa yang redup, terutama sebelah petang dimana masa itu tiupan angin telah mula reda. Setelah kawasan bersih daripada pembakaran, segala tungul-tungul dan ranting kayu yang tidak terbakar hendaklan dikumpulkan beberapa longok untuk diperun

Setelah kerj-kerja pembakaran dapat disiapkan, biarkan beberapa hari supaya segala rumpai hidup dah kita boleh kenal pasti jenis-jenis rumpai yang tumbuh.  Jika rumpai jenis berdaun lebar kita boleh guna racun paraquat, dan kalau tumbuh lalang gunakan jenis racun serap untuk memusnahkanya.  Jenis racu serap ialah jenis Mosanto, Round-Up dan NASA.

Sekiranya kebun tersebut tumbuh dengan lalang berselerak sekitar kebun biarkan sehinga pokok tersebut tumbuh sedikit tua, samada racun jenis Round-up atau NASA boleh digunakan dengan sukatan 100 cc bagi empat gelen air,  racun sehingga pokok tersebut kelihatan basah.  Biarkan pokok lalang mati kerina, ia mengambil masa dua ke tiga minggu.  begitu juga jika didapati rumpai yang berdaun lebar gunakan paraquat dengan sukatan 100cc bagi empat gelen air.Kerja penyemburan hendaklah dibuat semasa cuaca terang, meracun lalang berkehendakan sekurangnya tidak hujan dalam masa 24 jam berbanding dengan paraquat ia tidak hujan dalam dua tida jam saja.

Setelah kawasan diracun, tungu seketika bagi memberi peluang rumpai tumbuh sekali lagi.  Sebelum menanam setiap rumpai-rumpai telah dimusnahkan dan kerja menanam boleh dimulakan.  Tiga minggu,  selepas menanam pekebun hendaklan memusnahkan rumpai yang baru tumbuh dengan mengunakan racun pra cambah seperti gasapex.  Bagi pekebun yang berani dan teliti adalah memusnahkan rumpai dengan mengunakan racun basta dicampur paraquat.  Masa penyemburan jangan sekali-kali terkena pada tanaman nanas.  Racun pracambah adalah disyorkan kepada pekebun,kerana ia tiada risiko pokok mati kesan keracunan.  Gunakan 100 cc gasapex kepada empat gelen air, sembur pada rumpai yang baru tumbuh, elakan jangan terkena pokok nanas walaupun nanas tidak mati terkena racun pra cambah tersebut, sekurangnya pokok akan sedikit terjejas jika terkena racun pracambah tersebut.

Tiga minggu selepas merumput rumpai pertama  dengan racun pracambah kerja merumput dengan mengunakan racun pracambah kerana semasa  merumput pertama ada diantara  rumpai masih hidup tersembunyi disebalik pokok nanas, jika rumpai tersebut tidak dimusnahkan rumpai tersebut akan tumbuh dan berbunga dan akhirnya akan mengeluarkan benih.  Perlu di ingat semasa pembersihan kebun pembinaan parit hendaklan dilaksanakan seperti membina parit ladang, parit sempadan atau membersihkan parit sempadan yang telah tersumbat.  Parit sangat penting pada tananam nanas kerana ayer akan mengalir keluar serta mengurangkan tahap Ph kemasaman tanah.

Satu bulan  berikutnya kerja merumput dengan cara manual di laksanakan, pekebun perlu berjalan setiap loraang dengan tajak bagi mengesan rumpai yang tumbuh, perkerjaan ini perlu dilakukan pada setiap bulan sehinga bulan keenam  Setrusnya.kerja merumput dibuat setiap 2 bulan iaitu pada bulan ke 8, bulan ke 10, dan bulan ke 12.

Setelah kerja-kerja merumput dilaksanakan dengan mengikut Time Series maka dirasakan masaalah merumput di dalam kawasan penanam nanas sedikit sebanyak  sudah dapat diselesaikan.
Diharap bagi pekebun atau anggota ajensi yang terbabit dengan pekerjaan berkaitan ikutlah panduan yang ditunjukan, mudahan mendapat manfaat daripadanya. 

PENGURUSAN PENANAMAN JAGUNG MANIS MADU DI ATAS TANAH GAMBUT Bahagian II

PENGURUSAN PENANAMAN JAGUNG MANIS MADU DI ATAS TANAH GAMBUT
Bahagian II

Dalam bahagian pertama tulisan saya ada menyentuh hal-hal pekerja,  Pekerja yang "skill" adalah aset bagi kita.  Perlu diingat jika kita pandai mengendalikanya insyaalah semuanya dapat diselesaikan.  Sebagai majikan kita hendaklah sentiasa bertolak ansur, jaga kebajikan mereka, sekali sekala ajak mereka keluar makan bersama sebagai mengambil hati.

Peringkat awal, kita perlu membuat perancangan seperti berapa ekar keluasan yang hendak kita usahakan,  Bagi saya walaupun kita mempunyai tanah keluasan 30 ekar, eloklan peringkat permulaan tanah yang hendak diusahakan biarlah dusahakan hanya 15 ekar dahulu, selebihnya biarlah setelah kita melaksanakan tanaman jagung beberapa pusingan, tak secara langsung kita telah ada ilmu pengalaman.  Pembeli jagung kita pun hendak tahu tahap pengurusan dan kualiti jagung yang dihasilkan.

Dengan tenaga yang kita ada seramai lima orang itu, sebagai permulaan kita mulakan dengan 15 ekar dahulu.  Kalau dibagi dengan lima orang maka purata mendapat tiga ekar saorang. Bagi yang ada kemahiran dan rajin mereka boleh mengusakakan tanaman sehingga enam ekar.

Kita juga perlulah menyediakan tempat tinggal pekerja kita dengan membina rumah pondok kecil yang sesuai untuk mereka diami dengan membeli peralatan pembinaan secara bergotong rorong.  Peralatan memasak seperti pingan mangkuk, periuk kuali dan gas, dapur perlu disediakan.  belanja makan seperti beras, gula dan lain-lain perlulah disediakan dan semua perbelanjaan makanan tersebut akan ditolak daripada hasil jagung mereka kelak.

Ada juga dikalangan pekerja suka tinggal satu rumah pondak dengan dua tiga orang sahaja, itu terpulang kepada keselesaan mereka.  Mereka terpaksa mendirikan dua buah rumah pondok setelah mendapat persetujuan sesama mereka.  Disamping itu sebuah rumah stor kecil hendaklah disediakan untuk menyimpan segala input dan alatan pertanian.  Soarang yang dipercayai hendaklah dilantik sebagai wakil menerima apa-apa bekalan input, atau pun menjadi wakil semua pekerja apa-apa masaalah untuk disampaikan kepada majikan.

Mereka juga akan diberi pinjaman sedikit wang tunai untuk membeli keperluan mereka seperti membeli rokok, ada juga yang meminjam sedikit wang untuk mengirim kepada keluarga dikampung.

Setelan perkara berkaitan dengan pekerja telah selesai, perkara seterusnya ialah pergi membeli peralatan membajak iaitu dengan membeli sebuah trakter kobota yang disesuaikan dengan pembajakan di atas tanah gambut.  Pembelian kobota tersebut boleh dibeli dengan harga "Second hand".  Mesen tersebut dapat diperolehi di kedai yang menjualnya seperti di Simpang Rengan, Muar atau di tangkak.

Kawasan tanah gambut yang baru yang hendak diusahakan itu biasanya mengandungi tunggul kaya yang keras seperti kempas, kerja-kerja membersihkan kayu kayan tersebut perlu mengunakan tenaga menual dan mesen.  Disini sebuah mesen tebang diperlukan.  Kerja-kerja membersihkan batang dan tunggul kaya memakan masa lebih kurang satu bulan.  Setelah tunggul itu dikumpul dan dilongok pembakaran terkawal hendaklah di lakukan sebelah petang kerana diwaktu itu tiupan angin mula kurang mengelekan daripada melarat kekebun sebelah.

Setelah keseluruhan kebun telah bersih, tarikh mula menanam hendaklah diperolehi haripada pembeli buah jagung kita. Taukeh tersebut akan menetapkan jadual menanam dan akan membekalkan biji benih yang dikenakan pada harga RM125.00 sekilo.  Bayaran akan dipulangkan semasa pengeluaran hasil.  Bagi seekar sebanyak tiga kilo benih akan dibekalkan.

"Contract Farming" adalah sesuatu yang sangat baik bagi pengusaha.  Pembeli akan  mengambil jagung kita berapa banyak pun, bayangkan seekar boleh mengeluarkan 10000 tongkol gred A, sekiranya menanam lima ekar sudah tentu penghasian boleh mencapai 50000 tongkol.  Bayangkan dipasar tani atau pasar minggu berepa mereka akan dapat memesarkanya.   Konsep "Contract Farming" sangat sesuai bagi usahawan tani yang hendak menjalankanya.

Benih jagung jenis MADU MANIS mengandungi hibrid berjenis-jenis,  seperti hibrid untuk pasaran tongkol.  Hibrid jenis ini selalunya dipasarka ke Singapore, sekitar Kuala Lumpur dan di bandar kecil Semenanjung.  Hibrid jenis ini ialah Nombor 368, nombor 968, G 20, N06 dan N09.  Tarikh penghasilan ialah diantar 58 hari hingga ke hari yang ke 60.

Bagi hibrid yang hendak di ekspot keluar nagara ialah No 168, G 20, No 6 dan No 9.  Jagung -jagung ini akan dilanjutkan masa menuai ke 65 dan 66 hari selepas menanam, bagi mendapat isi biji sedikit keras mudah untuk mengopek biji. Negara Timur Tengah seperti Abu Dhabi mengimpot jagung jenis kopek.

Setelah memperolehi tarikh menanam daripada pembeli,  kerja-kerja membersih dan membajak dengan kobota sudah boleh dimulakan dengan membajak mengunakan  kaedah membajak putar "rotto" dengan membuat lorong penanaman corak "double Row" jarak tanaman ialah 2.6"X1.6"X1.0".Oleh sebab ini kali pertama kawasan tanah tersebut di bajak, sebelum bajak putar dilakukan kali kedua setiap lorong  hendaklah di tabur dengan baja taik ayam, dan jika hendakan tanaman lebih subur bolehlah di tabur dengan abu getah sepanjang lorong yang hendak menanam.  Bagi satu ekar baja taik ayam memerlukan sebanyak 100 bag, sementara baja abu getah sebanyak 50 bag.  Baja tersebut memang diperlukan.  Selepas tiba pusingan kedua penanaman baja taik ayam dan baja abu getah bolehlah diselang seli pada masa menanam selanjutnya.

Berikut, diterangkan kaedah pengurusan masa untuk memudahkan penanam mengetahui dengan lebih tepat dan detail lagi.  "TIME-SERIES ini sangat penting sebagai "Check List"supaya segala perlaksanaan dan gerak kerja dapat dibuat dengan sampurna.
     

HARI  1                                       MENANAM                
                                                     Sehari sebelum menanam setelah lorong yang hendak ditanam telah ditabur dengan baja taik ayam dan baja abu getah ,saeloknya bajak putar hendaklah dibuat sebelah petang sehari sebelum tanam, kerana baja-baja tersebut sudah digaul dengan putaran kobota.  Dan pula tanah masih basah. Biji benih hendaklah direndam dengan ayer 5 jam sebelum kerja-kerja menanam supaya biji kembang dan mudah bercambah beberapa hari setelah menanam.  Sebelum itu perlu diingat setiap lorong tanaman hendaklah ditabur dengan racun siput bagi menghindar tanaman dimusnahkan siput-siput tersebut.  juga beberapa kilo racun tikus dicampakan dikawasan kebun,dicelah-celah tunggul kayu.  Musuh tanaman ini akan memakan biji-biji benih yang baru di tanam.  Lima orang pekerja hendaklah memulakan kerja seawal pagi iaitu pukul 6.30 pagi
dua orang membuat lubang mengunakan kayu penugal, dua orang menanam dan saorang menjalankan kobota membajak putar sepanjang lorong.  penugal akan membuat kerja menugal sedalam 2 ke 3 cm dengan jarak "bouble row" 2.6"X1.6"X1.0", manakala yang menanam pula dengan mecempakan biji benih kedalam lubang dan menekan sedikit dengan jari kaki  supaya biji benih terbenam dalam tanah.  Cara menam ialah dengan mencampakan satu biji pada satu lubang di ikuti dua biji dan seterusnya  dengan sistem 1:2;1;2 dan seterusnya.
Pekerjaan menanam dapat disiapkan dalam satu hari seluas empat ekar.

 HARI 4,5,6,7                              MENYULAM
                                                     Setelah empat hari kerja -kerja menanam dilakukan kebanyakan       biji  benih tersebut telah mula tumbuh .  Bagi lubang yang tidak keluar cambah benih hari ke 5, 6 dan ke7 kerja-kerja menyulam hendaklah dilakukan dengan mencabut satu pokok yang tumbuh kembar ditanam pada lubang yang tidak hidup bagi mempastikan peratus penghasilan tingi.

HARI 8                                        BAJA SEMBURAN 1
                                                    Setelan umur pokokberumur lapan hari batang pokok sebesar jari kelingking dan mengeluarkan 5 helai daun kerja penyemburan pada pokok dilakukan dengan menggunakan  semburan pam dokong yang bersais empat gelen.  Pokok yang muda hendaklah di sembur dengan semburan menggunakan muncung penyembur sedikit kembang supaya keseluruhan pokok menerima semburan.  Bancuhan bahan kimia adalah seperti racun kulat seperti TOP-PLUS sebanyak setengah sudu, racun serangga DRAGON 20 cc, baja urea 20 gm, buster 25 cc dan calcium20cc.

HARI 12                                        BAJA SEMBURAN 2
                                                       Pekerjaan untuk pembajaan semburan hendaklah dilaksanakan mengikut setertimana kerja penyemburan pertana. Penyemburan ini hendaklah menggunakan mesen sembur.  Tiga orang memerlukan pekerjaan penyemburan ini, saorang membancuh ubat kimia dan mengacau sepanjang kerja penyemburan supaya bahan bancuhan tidak  mendak didasar bekas tong., saorang menjaga tali hos dengan saorang lagi membuat kerja penyemburan. Penggunaan ayer semburan iaitu dua tong drum 80 gelen bagi seekar.  pekerjaan penyemburan menggunakan mesen penyembur hendaklah dengan cermat. penyembur hendaklah masuk lorong menyembur setiap dua baris sekali semburan.  Biasanya daripada rehat tengah hari sehingga lewat petang pekerjaan penyemburan boleh siap dalam empat ekar.  Racun tepung kuning Mankozeb 500 gram, Amure 70cc, racun serangga iapac250cc, dragon200cc,  baja urea 250gram, calcium200cc, buster 250cc,untuk bancuhan 40 gelen ayer bagi satu drum. 

HARI 13                                            BAJA TABUR 1
                                                           Baja jenis butir "COMPOUND" 15:15:15 hendaklah ditabur sekeliling perdu pokok bagi menggalakkan kesuburan.  Sepokok memerlukan sebanyak satu sudu makan dan bagi satu ekar. sebanyak 100 kilogram .  Baja campuran juga boleh digunakan dengan menggunakan baja jenis pokok muda,

HARI  14,15                                        TIMBUS TANAH DAN BUANG ANAK
                                                             Pada hari ke 14 dan 15 kerja menimbus tanah dengan menaikkan tanah sekeliling perdu pokok jagung bagi mengelakkan pokok tumbang beserta membuang mana pokok yang tumbuh kembar.  Pokok jagung diatas tanah gambut tidak disimpan tumbuh, hanya disimpan secara tunggal bagi mempastikan penghasilan buah mencapai gred A  Kerja menimbus tanah diperdu pokok akan  diteruskan sehinga siap.

HARI 16                                               BAJA SEMBURAN 3
                                                              Baja semburan ini dilaksanakan seperti baja semburan menggunakan mesen sembur semasa peringkat kedua.  Kaedah semburan dan sukatan baja adalah sama.  Cuma dicampur dengan baja Mix- green sebanyaksetengah kilo.

HARI 17,18,19                                      TIMBUS TANAH
                                                               Kerja menimbuskan tanah dengan menajak tanah sekeliling dan menaikanya di pangkal  pokok.  Pada masa ini anak pokok sudah kelihatan subur dan mula membesar

HARI 20                                                BAJA SEMBURAN 4
                                                               Baja semburan diteruskan seperti semburan ke 3.  Oleh sebab pokok telah mula membeser, penggunaan ubat kimia ditambah kepada 3 tong drum. Masa ini kerja penyemburan hendaklah dengan cermat dan berjalan perlahan semasa penyemburan supaya semua pokok kena baja,ubat serangga dan kulat.  Jangan terlalu basah seperti orang mandi.  seperti manusia jika makan terlampau banyak hingga mengah akibatnya pasti menerima kemudaratan.

HARI 21                                                 RACUN RUMPAI
                                                                Pertumbuhan rumpai telah mula hidup dimerata kawasan tanaman jagung, akibat kesan pembajaan semburan dan tabur.  Bancuhan racun yang disyoykan adalah racun jenis racun pracambah dan racun sentuh,  iaitu Nisbah bancuhan ialah bagi  PARAQUA 1000cc. BASTA 500 cc pada 40 gelen air    Pekerja hendaklah menggunakan pam dukung 4 gelen.  Semasa menyembur gunakan botol mineral 1.5 liter ambil serpetiga sampai hujung penutup potong dan letakkan dihujung muncung alat semburan supaya semasa membuat semburan boleh dikawal tidak terkena pada pokok jagung.  Bagi rumpai yang telah menjalar sehingga ke pokok jagung hendaklah dipijak dan bolehlah disembur dengan racun.  Pekerjaan meracun ini perlu cermat dan teliti.  Adalah disyorkan kerja meracun hendaklah dibuat semasa cuaca terang, seeloknya pekerjaan dilakukan diawal pagi,  masa ayer embun banyak akan mengalir bersama racun terus ke pucuk rumpai.

HARI 22                                                 SEMBURAN PUCUK  1
                                                                Pada peringkat ini ketinggian pokok sudak melangkau dua setengah kaki, Bagi mengelakkan ulat pengorek batang menyerang racun serangga hendaklah digunakan agar tidak menjejas dan merosakkan tanaman.  Racun serangga yang disyorkan ialah.Impac 75 dan 505 Dragon. Impac 75 sebanyak 25cc dengan Dragon 20 cc bagi setiap empat gelen ayer.  semasa membuat semburan letakan satu inci muncung knap spray pada pucuk  sebanyak 25cc pada setiap semburan sepokok. Semburan pada setiap pucuk perlu ketelitian, tekun dan kesabaran.

HARI 23,24                                             RACUN RUMPAI
                                                                 Semburan racun rumpai masih diteruskan.  Menyambung daripada hari yang ke 21. Rrumpai yang tumbuh masih belum berbunga, bagi mengelakan ia tumbuh pekerjaan meracun perlulah disegerakan supaya tidak  menjejaskan kesuburan tanaman,  juga mengelak pembiakan seranga dan musuh tanaman seperti tikus.

HARI 25                                                   SEMBURAN PUCUK 2
                                                                  Semburan pucuk perlu diulang bagi mengelekkan serangga pengorek batang tinggal dalam pucuk jagung sebelum ia pergi tinggal mengorek pada batang pokok pula

Hari 26                                                       BAJA SEMBURAN  5
                                                                   Baja semburan menggunakan mesen diulang seperti semasa membaja semburan yang keempat.  Tidak ada perubahan dari sega input tambahan diperingkat ini.

HARI 27                                                     BAJA TABUR 2
                                                                    Setelah semua rumpai telah musnah, baja peringkat ke dua hendaklah ditabur dengan mengunakan baja butir Yara Mila  NPK 13:13:21 sebanyak dua bag bagi seekar.

HARI 28                                                     SEMBURAN PUCUK 
                                                                    Bagi semburan ketiga pada semburan pucuk ialah Impac 75 dan racun serangga 1.8.  Racun ini sangat berkesan untuk menghapuskan ulat pengorek batang.  Kalau kerja menyembur pucuk kurang sampurna kita boleh lehat pada sebahagian pucuk kelihatan najis serangga tersebut pada pucuk, jika kelihatan banyak najis serangga tersebut maka semburan ulangan perlulah diulang lagi.  Banyak racun seranga yang boleh diguna seperti, Impac 75. Madol, 019,Dragon,Nurelle, Enyoy 1.8 atau Deptrix.

HARI 30                                                      SEMBURAN MESEN
                                                                     Sama seperti semburan 5, Pastikan semasa membuat semburan pada pokok tidak ada hujan, walaupun hujan renyai-renyai.  Sekiranya berlaku hujan dalan masa 24 jam kerja-kerja menyembur   ulangan hendaklah dibuat semula.  Kadang-kadang  kalau musim hujan dan kurang mendapat cahaya matahari kalau diperhatikan pada pokok ada kelihatan kutu daun sangat kecil, serangga ini seperti agas ditepi laut dan lebih kecil daripada itu, kalau dibiarkan serangga ini ikan mengisap pada daun dan kesanya daun sebelah bawah akan mula kelihatan merah dan kering seterusnya terus hingga kepucuk.  Ini akan menjejaskan penghasilan.  Racun yang disyorkan ialah seperti profenofur.

HARI 31,32,33,34,35                                     SEMBURAN PUCUK 4,5,6,7,8
                                                                        Semburan pada pucuk sangat penting.dalam aktiviti penanaman jagung,  Ulat pengotek batang akan pergi ke buah, dan setelah ulat ini dapat bertelor pasti akan menjadi masaalah pada petani.

HARI 36                                                         SEMBURAN MESEN  7
                                                                        Dalam semburan ke tujuh beberapa bahan kimia perlu ditambah,  racun serangga seperti Racun serangga Ken Emma, Amister, dan juga pelekat, Kalau kita berkehendakan jagung yang kita tanam mempunyai biji isi hingga ke hujung buah, ubat kimia nama Nexus Zinc perlu dalam semburan mesen seterusnya.

HARI 39,40,41,42                                            SEMBURAN PUCUK 9,10,11,12
                                                                           Aktiviti ini perlu dijalankan sehingga kesan ulat serangga tidak lagi kelihatan,  Berjaya atau gagal adalah terletak sejauh mana keja memusnahkan ulat pengorek dibuat dengan berkesan.  Banyak racun serangga yang ada dijual dipasaran yang berkesan  tetapi mahal.

HARI 43                                                             MESEN KE 8
                                                                             Semburan mesen adalah sama seperti semburan mesen yang dijalankan pada hari yang ke 36

HARI 44                                                              BAJA TABUR  3
                                                                             Baja Yara Mila Compound NPK 13:13:21.  Baja ketiga adalah terakhir dan  seperti baja kedua iaitu memerlukan dua kampit 100 kilo bagi satu ekar. Keadaan pokok telah mengeluarkan anak buah yang dipangil janten.

HARI 46                                                                MENGOPEK JANTEN
                                                                               Di peringkat ini pekerja akan mengopek buah jagung muda yang akan dijual dipasar untuk dibuat sayur.  Janten ini yang dipanggil baby corn akan diambil oleh pihak pembeli dengan harga empat ringgit bagi satu bag.  "Baby Corn" ini boleh mencapai 50 ke 80 bag seekar mengikut tahap kesuburan tanaman.  Satu pokok jagung yang sehat mengandungi tiga biji buah yang keluar daripada pelepah daun, hanya satu biji yang disimpan untuk pasaran kerana hendak mengekalkan tongkol yang bergrid A.

HARI 47                                                               BUANG BULU/
                                                                              SEMBUR BUAH
                                                                              Bulu pada hujung buah hendaklah dicabut bagi mengelakan mana-mana serangga hingap dan bersarang seterusnya bertelur.  Kerja-kerja membuang bulu dilaksanakan,  apabila kerja tersebut selesai maka pada hujung buah hendaklah diracun dengan racun serangga.  Racun serangga yang dusyorkan ialah Modol dan Nurulle 019. Setiap satu ialah 20cc bagi setiap empat gelen ayer dengan satu semburan sebanyak 10 ke 15cc sekali sembur.  Halakan hujung muncung nosel penyembur satu inci kena pada hujung buah.

HARI 48                                                                SEMBUR MESEN 9

                                                                               Pekerjaan semburan ke 9 ini dilakukan bagi mempastikan kesuburan pokok kekal sehingga hari pengeluaran hasil. pengawasan pertumbuhan pokok diperingkat ini perlulah diselia sentiasa bagi mempastikan pertumbuhan pokok tidak terjejas.  Pastikan kesuburan pokoh kelihatan hijau dan subur.

HARI 49                                                                  BUANG BUNGA
                                                                                Semua bunga pokok hendaklah   dimasukan ke dalam bag dan dibuang.   Debunga jantan tersebut dibuang kerana debu yang keluar daripadanya telah tiada lagi, kedua mengelakan serangga menjadi benah kepada tanaman jagung dan sekiranya tidak dibuang dikuatiri terkena musibah angin kencang menyebabkan pokok jagung tumbang.

HARI 51                                                                  SEMBUR BUAH
                                                                                  Semburan buah diteruskan dengan menggunakan racun yang sama seperti yang pertama.

HARI 52                                                                   SEMBURAN MESEN 10
                                                                                  Semburan dijalankan saperti semburan yang dibuat pada hari ke 48  Pemantauan dan penyeliaan perlu dibuat bagi mempastikan keadaan pokok adalah terkawal.

HARI 53,55,57                                                           SEMBURAN BUAH
                                                                                    Pada hari 53 semburan buah hendaklah dibuat selang sehari iaitu hari ke55 dan hari ke 57. Kurang sepuluh baru masa memungut hasil akan tiba, Bagi mempastikan kualiti buah dan tanpa sebarang penyakit penghasilan pasti berjaya.

HARI 58                                                                  SEMBURAN MESEN TERAKHIR
                                                                                 Semburan mesen terakhir ialah untuk mempastikan pokok tetap kelihatan segar kerana jangka hayat pokok jagung sudah tidak lama lagi sebab itu baja urea digunakan untuk mempastikan pokok sentiasa segar, tepung kuning mengelakan supaya tahan daripada serangan kulat dan cometec daripada serangan serangga.

HARI 59,60,61                                                       SEMBURAN BUAH
                                                                                 Semburan buah dibuat sebagai menjaga mutu buah tidak terjejas sementara menunggu penghasilan buah jagung 

HARI 65,66,67                                                         PENGUTIPAN HASIL
                                                                                  Beberapa hari sebelun pihak pembeli telah mengirimasn bag untuk diisikan buah jaagung.  Taukeh tersebut telah berhubung akan mengambil buah jagung pada hari 65 selepas menanam sebanyak 30000 tonkol, lori akan datang mengambilnya jam tujuh pagi,  selepas dua hari akan mengambilnya lagi satu trip dan dua hari selepas pengambilan hantaran kedua.  Semuanya pengambilan pada jam tujuh pagi.
Pada hari pengutipan hasil semua pekerja diminta membuat operasi memetik jam sembilan malam selepas waktu solat Ishak,  Mudahan sebelum jam tujuh pagi jagung sebagaimana dikehendaki telah siap untuk dimuatkan kedalam lori.



Kesimpulan dan penutup

Saya telah menerangan sedikit sebanyak berhubangan penanaman jagung madu manis di atas tanah gambut,  sepanjang lima tahun saya menceburkan diri sebagai usahawan penanam jagung, pengalaman dan ilmu ini  saya perturunkan, mudahan mendapat manafaat kepada yang terbabit, amin.

                                                                                                                                                                                                 
                                                                             








                                                                 


                                                                   .

  
                                                             .